Bab 2: Carla bukan hilang tetapi…

Mystery & Detective Series 2682

Papa selalu berpesan, “hidup, mati dan jodoh itu semuanya di tangan Tuhan. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, merawat dan menjaga dengan penuh kasih sayang.” kata-kata itu diucapkan papa ketika Carla menangisi Fluppy, ibu kepada dua ekor anak kucing yang comel dan gebu kesayangan kami bernama Key dan Mi. Fluppy sudah dibela sejak kami berumur tiga belas tahun lagi. Aku masih ingat, Carla selamatkan Fluppy yang masih kecil sedang cuba menyeberangi jalan raya. Ketika itu, seluruh badan Fluppy diliputi oleh lumpur.

“Karl. Anak kucing tu!” laung Carla kepadaku. Kemudian, Carla terus berlari ke arah Fluppy yang tampak gemuruh. Malangnya, Fluppy lebih sensitif dengan bunyi tapak kasut Carla dan dan terus berlari ke tengah jalan raya.

“Karl. Anak kucing tu!” jerit Carla. Tanpa berfikir panjang, oleh kerana rasa belas kasihan aku terus membuka langkah mengejar Fluppy. Sebuah motorsikal, pada masa yang sama menderu dari arah bertentangan. Penunggang motorsikal itu terus membunyikan sirennya, seraya itu Fluppy menoleh ke arah bunyi itu. Sepertinya dia sangat peka akan bunyi siren itu atau dia sedang mengalami trauma.

Akhirnya, Fluppy berjaya diselamatkan. Namun,Fluppy sudah tiada sekarang. Yang tinggal hanya Key dan Mi.

“Selamat pagi anak kesayangan ayah. Nyenyak tidur?” papa muncul dari belakangku lalu memberikan kucupan di dahiku. “Selamat pagi, pa. Karl nyenyak.” jawabku. Beg pejabat bewarna coklat ditaruh di atas meja berdekatan dengan tempat duduknya sendiri. Kemudian, papa mengambil gelas dan menuang air mineral lalu diteguh. “Karl tahu, minum segelas air mineral waktu pagi memang sesuai untuk golongan muda macam Karl ni. Untuk maintainkan kuantiti peluh di dalam badan.” aku tergelak mendengar kata-kata merapu papa yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Dialah sumber kekuatan kepada aku dan mama dalam mengharungi saat-saat gentir di dalam kehidupan kami, seperti sekarang.

“Selamat pagi, semua. Sarapan akan siap tak lama lagi.” mama muncul dari bilik air. Kemudian, dia menyarungkan apron hitam di badannya lalu mengalihkan satu mangkuk besar nasi goreng rojak kampung ke atas meja makan. Lihat, itu nasi goreng kegemaran Carla. Mereka ingat aku tak perasan tapi tidak. Aku hanya buat-buat tak nampak.

“Wow.” ujar papa. “Nampak sangat sedap.” tambahnya lagi. Aku hanya tersenyum gembira, sebentar lagi kami bertiga akan bersarapan bersama-sama di satu meja sebelum berpisah untuk beberapa jam kemudian.

“Kejap.” tiba-tiba mama bersuara. Dia membuat isyarat tangan.

“Satu lagi mama lupa. Tunggu, ya.” ujar mama lalu kembali ke dapur dan beberapa saat sahaja dia kembali dengan dulang berisi tiga piring kecil. Omelette.

“Kegemaran Karl.” ucapku gembira. Kemudian, aku teringatkan Melvin. Setiap pagi, kami akan menyediakan omelette bersama-sama sebagai sarapan pagi sebelum ke kuliah. Tapi, pagi ini aku sendiri yang akan makan omelette yang disediakan khas oleh mama.

“Ya. Mama tahu makanan kegemaran anak-anak mama,sebab itulah mama sediakan semua ni.” balas mama. Aku memandang ke arah mama dengan wajah tersenyum. Namun, aku juga lihat dengan jelas papa memegang tangan mama dengan erat hanya mama yang tidak menoleh ke arah papa.

“Thank you, mama. You are the best. Both of you.” jawabku. Aku semakin tidak sabar untuk bersarapan dengan hidangan yang sedap-sedap di depan mata apatahlagi makanan yang penuh dengan kenangan.

“Baiklah, sayang. Jom duduk, kita sarapan sama-sama.” celah papa setelah situasi dingin sebentar tadi. Mama tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sisi papa.

Sesi sarapan dimulai dengan ucapan syukur melalui doa yang dibawa oleh papa. Kami bertiga berpegangan tangan, mama dan papa menutup mata tetapi aku tidak. Seperti realiti, Carla sedang duduk di sebelah ku, di antara aku dan mama. Dia sedang menutup mata dengan berpakaian putih. Reben putih menghiasi kepalanya. Satu solekanpun tiada di wajahnya, namun kecantikannya masih terserlah seperti mama. Aku tersenyum sendiri membayangkan realiti itu.

“Amen.” aku, mama dan papa menikmati sarapan pagi itu tanpa Carla. Makanan kegemaran Carla sendiri, nasi goreng rojak kampung. Malangnya, dia tiada di sini untuk merasakan kenikmatan masakan mama.

Tidak seperti hari-hari biasa ketika keempat-empat kami berkumpul semeja, hilai tawa menghiasi waktu pagi, usik-mengusik antara kami. Aku masih ingat, sewaktu papa mengusik Carla dengan Justin anak jiran sebelah. Air di dalam mulut Carla hampir tersembur keluar. Papa kata, Carla sesuai dengan Justin memandangkan Justin seorang anak yang rajin bekerja dan Carlapun tiada kurangnya. Kemudian, papa cakap aku akan menjadi pengawal mereka apabila mereka sudah berumah tangga. Semuanya tak masuk akal. Fikirku.

Aku rindukan saat-saat itu, bukan seperti sekarang. Setiap kali sarapan, hanya kedengaran bunyi sudu bersentuhan dengan pinggan, bunyi kipas berbisik dari siling rumah, bunyi deruan ekzos kenderaan di luar rumah. Kalau ada sepatah katapun dari mulut masing-masing, itu hanya antara mama dan papa. Selalunya, papa yang mulakan “Macam mana keadaan di tempat kerja?”dan mama pula jawab, “Semuanya berjalan seperti biasa.”

“Karl, kamu buat apa hari ni?” soalan yang selalu diajukan oleh papa dan aku kena laju memikirkan jawapan logik agar papa percaya, seperti pergi jenguk Mak Cik Maya, pergi bawa Lulu keluar jalan-jalan, berjoging dan macam-macam lagi asalkan papa berhenti menyoal dan sambung makan. Sekarang, aku betul-betul tiada mood untuk berbual dengan seseorang. Bukan seperti dulu, aku yang rancak berbual bila di ajak berbual. Sejak kehilangan Carla, aku sendiri yang perhatikan tingkah lakuku. Suka menyendiri.

“Hari ni, papa akan balik awal. Jadi, papa rancang nak bawa kita makan di luar. Setuju?” nampaknya, kali ini papa sudah sediakan awal-awal topik yang hendak dibawa ke meja sarapan kami. Mama berhenti menyuap kemudian menarik tisu lalu mengelap mulutnya. Keningnya dinaikkan sedikit. Dia mengangguk.

“Mama setuju.” jawab mama. Jawapan yang menghampakan bagi aku. Saat itu juga, seluruh badanku seperti ditarik oleh graviti. Rasa malas untuk bergerak.

Aku menatap dua wajah yang kelihatan letih dan sedih hadapanku kini. Mereka seperti ingin memberikan suasana baru ke dalam kehidupan kami terutamanya aku. Mereka tersenyum menatapku. Mengharapkan jawapan daripadaku. Hanya aku yang belum memberikan kata putus.

“Karl…” mulutku masih berat untuk bersuara.

“Karl ikut mama dengan papa.” apa yang aku ucapkan sebentar tadi. Yang aku fikirkan tadi lain, yang keluar lain pula. Rasa kesal hadir di dalam hati. Hakikatnya, aku kena juga keluarkan aura positif untuk kebaikan semua orang. Bisikku cuba memberi aura positif kepada diri sendiri.

Papa sudah bertolak tadi, mamapun sudah mensedekahkan lebihan nasi goreng rojak kampung kepada Mak Cik Maya di sebelah rumah. Kini, tinggal aku seorang sahaja yang tinggal di dalam banglo yang luas ini.

“What can I do?” soalku sendiri. Sudah masuk dua hari,sejak aku pulang dari universiti tempatku berkuliah. Aku malas mahu nebatkan hal universiti sekarang. Sudah masuk dua hari itulah aku tiada apa-apa aktiviti yang boleh aku lakukan di sini. Di rumahku syurgaku.

Suasananya masih seperti dahulu, potret kami sekeluarga terpampang indah di dalam dinding ruang tamu, meja television dihiasi dengan pelbagai watak kartun Disney dan wira Marvel Studio. Di sana, di tepi tingkap kaca yang menghala ke arah tasik di belakang rumah. Di sanakan Carla menghabiskan masanya untuk membaca novel, mengisi kisah-kisah baru di dalam buku keramatnya.

Dua kerusi diperbuat daripada rotan menghadap masing-masing. Di sanalah kami berdua pernah berkongsi kisah romantik. Spesifiknya, kisah cinta monyet Carla bersama bekas teman lelakinya Cassidy. Teman lelaki pertamanya.

Mereka berjumpa di sebuah bistro ketika Carla menyambut hari lahir kawan baiknya, Megan dan permulaan kepada zaman percintaan monyet Carla.

“He is charming plus sexy man I’ve ever met.” itulah pujian Carla mengenai Cassidy. “Really? I wonder how will he react when he meet me dressed up just like your look.” usikku sambil menghirup coklat panas sambil bersila di atas kerusi. “I guess, we should give it a hit.” saat itu juga melopong habis. Tak percaya, Carla juga menggilakan idea gila itu. “No way, better not. Kang, aku yang kena tempias percintaan monyet korang.” bantahku. Carla ketawa mendengar penjelasan kurang warasku itu.

Aku tersentak tatkala terdengar bunyi penggera rumah berbunyi, ada orang datang. Bisikku. Aku membuka langkah menuju ke arah pintu utama. Aku mengintai dari langsir tingkap. Postman.

“Hello. Parcel untuk siapa?” soalku kepada seorang lelaki muda berusia lingkungan dua puluhan, bertopi merah, berkemeja merah segak, dia menghampiri aku dengan sebuah kotak berzaiz kotak kasut dalam tangannya.

“Ms. Fluppy Ki-Mi” balas pemuda itu membaca nama penerima di atas kertas bungkusan itu. Dia kemudian tersneyum sambil memandang ke arah aku lalu menghulurkan bungkusan tersebut.

“Ta…” aku belum menghabiskan ayat, dia terus memotong, “Sila tandatangan di sini.” tambahnya. Aku hanya menurut tanpa berfikir panjang. Kemudian, dia terus beredar pergi.

Aku masuk ke dalam rumah dengan persoalan yang ada di minda setiap kali aku memandang bungkusan misteri itu. Aku menuju ke bilik tidur, membuka dan menutup pintu bilik. Bungkusan itu aku letak di atas meja kemudian beralih pula menuju ke pintu bilik lalu keluar.

“What the hell is I’m doing?” soalku sendiri. Rasa bosan yang teramat. Kalaulah aku ada adik, boleh jadikan peneman waktu begini. Aku dan Carla memang ada menginginkan seorang adik, namun semua impian itu tertanam jauh ke dalam tanah pada malam kami mendengar perbualan mama dan papa di luar bilik mereka.

Waktu itu, aku dan Carla sedang duduk di tempat biasa kami melepak sambil bermain permainan di dalam tab milik Carla hadiah pemberian papa sempena hari lahir kami yang ke lima belas.

“Yeah! Karl menang lagi.” laungku dengan bangga kerana telah memenangi Ludo untuk kali yang ketiga. Tampak jelas wajah kecewa Carla kerana kalah dalam permainan tersebut. Dia terus berpaling sambil mendengus berkali-kali. Aku hanya ketawa jahat meraihkan kemenangan itu.

“Karl main tipu. Kata nak bagi Carla menang, tapi last-last…eee…, kalau ada adikkan best. Boleh ajak bekerjasama kalahkan Karla.” ujar Carla sambil berdiri dengan wajah marahnya. “Karlkan bijak.” balasku sambil mengangkat keningku berkali-kali ke arah Carla.

“Geramnye…” Carla mendengus lagi. Dia terus menuju ke sofa lalu menghidupkan television.
Manakala aku, masih meraihkan kemenangan malam itu tanpa rasa kesal kerana telah menipu Carla dalam permainan Ludo kami. Namun, terdetik di hati rasa kasihan melihat keadaan Karla yang kelihat kecewa.

Carla kemudian memeluk kusyen sofa dan dari jauh aku perhatikan dia seperti menutup mukanya menggunakan kusyen itu berkali-kali. Aku syak dia sedang menangis. Jahatnya aku, bisikku di dalam hati.

“Carla, maafkan adik.” aku mendekati Carla. Dari tepi, aku melihat pipinya basah akibat menangis. Rasa kasihanku mula memuncak. Aku sebenarnya tidak ada niat walau sedikitpun untuk menyakiti hatinya. Aku mula faham bahawa tindakanku dalam permainan tadi adalah salah.

“Adik pentingkan diri sendiri. Adik yang sepatutnya kalah sebab…main tipu.” ucapku lagi. Carla menoleh ke arahku dengan pandangan kosong. Aku undur ke belakang sedikit, kalau-kalau dia menyerang, ada juga peluang aku untuk selamatkan diri. Fikirku pula.

“Karl tengok tak anak-anak kucing tu meratapi mayat ibu mereka yang kena gilis oleh kereta. Carla terbayangkan nasib Fluppy, Carla tak mahu Fluppy mati.” jawab Carla. “Pulak.” balasku. Rupa-rupanya, dia menangis bukan kerana kekalahan dalam permainan tadi, tapi menangis tengok program di television tu pula. Setelah menjelaskan semuanya, kami berdua ketawa. Mati-mati aku menyesal dengan perbuatanku tadi, dia pula menangis tonton kisah hidup seekor ibu kucing di dalam television.

“By the way, apa kata kita pujuk mama dengan papa untuk buat baby baru. Nak tak?” soalku pula setelah keadaan mula reda dan ingatanku kembali normal. Carla mengangguk mengiyakan sahaja idea itu.

“Great idea.” puji Carla. Kemudian, kami mulakan operasi memujuk itu dengan menyediakan telur goreng di dapur. Malam-malam begitu, makan telur goreng. Apa-apapun asalkan operasi kami berjaya.

Kemudian,kami perlahan menuju ke arah bilik mama dan papa. Setelah tiba di anak tangga yang terakhir, aku menghentikan langkah, Carla dibelakang. Aku menuju ke daun pintu. Tombol pintu dipulas perlahan. Hanya sedikit mulut pintu itu terbuka dan aku sudah mendengar bunyi tangisan mama dengan jelas. Kemudian, suara papa yang sedang memujuk. Sesi pujuk-memujuk, fikirku.

“Karl. Apa?” soal Carla dari belakang. Aku membuat isyarat diam. Kami memasang telinga dari luar bilik mama dan papa. Kami mendengar dengan jelas yang mama tidak boleh lagi melahirkan zuriat dan itu telah disahkan oleh doktor. Di belakang mereka, kelihatan sampul surat bewarna putih dan kepingan kertas berterabur di atasnya. Aku yakin, itulah jawapan yang menghampakan itu.
Tinggal lima minit lagi, pesanan foodpanda yang aku pesan tadi akan sampai. Perutku mula berkeroncong tatkala aku memandang nasi ayam butter yang terpampar dalam koleksi aplikasi foodpanda.

Setelah sekian lama aku bersabar, akhir punyi siren rumah berbunyi lalu aku bergegas mendapatkan pesananku. Aku menikmati makan tengahari seorang diri di dalam ruang tamu rumah kami.

Usai makan, aku memberi Key dan Mi makan. Mereka nampak besar dan sihat serta gebu. Seekor putih melepak, seekor lagi hitam bercorak putih seperti zebra. Masing-masing ada tempat tinggal khas dan sudah dilabel oleh Carla semasa aku di universiti. “Key, Mi. Mi Key. Key, Mi. Mi key.” ucapku berkali-kali sehinggalah aku menyebut nama Fluppy ibu mereka di papan tanda yang tergantung di antara rumah Key dan Mi.

“Fluppy… Key, Mi.” kemudian aku sebut perkataan “Ms.” di belakang “Fluppy.” menjadi “Ms.Fluppy Mi Key.”, serta merta aku teringat akan bungkusan yang di hantar oleh postman pagi tadi. “Bingo.” ujarku lagi. “Meow.” bisik Key dan Mi serentak seperti mereka dapat memahami saya.

Dadaku berdenyut dengan kencang setelah berjaya menyelesaikan bungkusan misteri tadi. Carla ada buat pesanankah sebelum dia pergi? Atau bungkusan ini ada kaitan dengan Carla. Aku mula mempersoalkan tentang Carla.

Aku merobek plastik bungkusan misteri itu. Namun, masih terdapat lapisan lain. Kelihatan seperti kertas keras. Tertulis di atasnya “Kebenaran” dan abjad “C” di bahagian bawahnya.

“Apa ni?” soalku sendiri. “Kebenaran, C.” tambahku lagi. “Carla?” soalku masih bingung. Kebenaran tentang apa? Fikirku. Dengan rasa gemuruh, aku perlahan membuka bungkusan tersebut. Agak berat bungkusan itu.

“What the hell.” ujarku sendiri. Tiba-tiba bulu romaku berdiri, seperti ada yang sedang memerhati dari luar tingkap. Namun, andaian itu ku lempar jauh dari fikiran. Aku mahu fokus.

Di dalam bungkusan itu terdapat barang yang di bungkus pula di dalam plastik sampah hitam. Tanpa melengahkan masa, aku terus mengoyak plastik tersebut.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baru saksikan sekarang. Siapa pemberi bungkusan ni, aku nak jumpa sekarang. Mungkin, ada peluang untuk aku jumpa dengan Carla. Hatiku mula meronta ingin jumpa dan menyelamatkan kembarku ketika itu.

Aku menyambar lapisan bungkusan yang awal tadi dan memeriksa alamat pemberinya namun tidak disertakan. Hanya alamat rumah kami. Aku periksa pula nombor telifon pemberinya juga tiada. Aku hampir baran dengan situasi ini.

Kemudian, aku belek barang yang terdapat di dalam kotak itu dan jantungku hampir-hampir tercabut melihat gambar-gambar Carla dengan seorang lelaki yang aku sendiri tidak kenal. Kemudian, aku melihat sekeping gambar Carla seperti tertidur atau pengsan di dalam sebuah kereta bewarna hitam. Malangnya, gambar kereta itu hanya separuh dan yang paling mengganggu fikiranku adalah kepingan gambar yang menunjukkan Carla sedang di diikat dan lebam di mukanya. Aku mula mengesyaki sesuatu yang tidak betul tentang kehilangan Carla.

Dia bukan sahaja hilang. Sekali lagi, bulu romanya berdiri dan aku terus menuju ke tingkap lalu memerhati keluar. Tiada orang. Hanya burung beterbangan di udara. Berpindah dari satu pokok ke pokok yang lain.

Aku berundur sedikit dengan perlahan sebelum pahaku terkena penjuru meja. Tiba-tiba pandanganku terus tertuju ke arah buku keramat Carla.

Tanpa berfikir panjang aku membelek muka surat demi muka surat. Aku langkau gambar semasa kami bayi sehinggalah kami kanak-kanak. Setiap kali memandang gambar-gambar yang terlintas di wajahku, ingatan demi ingatan membanjiri fikiranku. Ingatan bersama Carla. Ingatan kami sedang menikmati suasana senja di bukit belakang rumah, ingatan kami sedang mengutip siput di tepi pantai, ingatan semasa kami sedang makan aiskrim di sebuah restoran dan banyak lagi sehingga aku sendiri tidak menyedari bahawa air mata bercucuran dari kelopak mataku. Aku tidak dapat menipu diri sendiri yang aku betul-betul rindukan Carla.

Tiba-tiba tanganku berhenti di salah satu muka surat buku itu. Muka surat seterusnya tidak dapat dibelek lagi dan begitu juga dengan yang seterusnya sehinggalah muka surat yang terakhir. Aku meraba ke tengah permukaan muka surat itu. Lubang. Carla bijak dalam sembunyikan rahsianya sendiri dan aku berjaya menemui tempat persembunyian ini.

Aku mengambil pisau kertas dari laci meja lalu menggores permukaan muka surat itu yang agak tebal juga. Setelah semuanya terdedah, aku mendapati sebuah diari lain di dalam buku keramat ini. Diari berkulit seperti kulit kayu itu diikat kemas menggunakan tali.

“Carla. Apa kau buat ni? kau sengaja hilangkan diri?” bisikku sendiri. Aku mengeluarkan diari kecil itu.

Teka-teki tentang kehilangan Carla kini bermula yang aku sendiri tidak tahu hendak bermula darimana. Bayangan demi bayangan tentang kronologi kehilangan Carla bermain di minda. Tetapi, apa yang pasti ada kaitan dengan gambar-gambar dalam bungkusan tadi.

“Carla. Sudah lima hari kau menghilang. Tapi, chemistry antara kita menjadi semangat aku untuk terus mengharapkan kepulangan kau.” ujarku sambil menatap gambar Carla di dalam bingkai di atas meja.

“Well. Kita dah sampai. Family dinner.” ujar papa. Aku menoleh ke luar tingkap kereta. Molly Gun restoran. Tempat yang sering dikunjungi oleh kami sekeluarga untuk meraihkan apa-apa yang menjadi keutamaan di dalam keluarga. Misalnya, ketika Carla berjaya ditawarkan untuk menjadi salah seorang model di sebuah syarikat ternama di Sarawak, Marcylin’s Heaven. Itulah cita-cita dan impian Carla sejak dulu, menjadi model. Memang sesuai dengan penampilannya yang selalu elligant dan menjadi influencer di internet. Lihat sahaja follower instagram dia, perubahan mendadak dalam masa seminggu. 1.32K terus meningkat menjadi 500K. Namun, sekarang kehilangannya menjadi tanda tanya kepada para pengikutnya. Tidak kurang juga yang menghantar doa melalui online ke story IG mereka. Dengan doa itu, moga-moga Carla ditemui.

“Malam ni, kita raihkan kepulangan Karl dari…”

“Papa.” aku terus memotong tanpa rasa segan. “Ya, Karl. Kenapa?” soal papa sambil tersenyum memandangku.

“Wheatres.” jawab mama pula. “Ow, ya. Maaf, mh…hidangkan kami menu istimewa.” pesan papa. Pelayan restoran bernama Lily itu tersenyum lalu beredar dari situ.

“Jadi, malam ni kita akan raihkan kepulangan Karl… di samping…mengingatkan Carla.” ujar papa. Suaranya semakin lama semakin kedengaran sedih. Mama pula hanya terdiam memandang papa dengan senyuman yang dibuat-buat. Aku faham, perasaan itu memang sukar untuk dihindar. Aku faham, memang sukar untuk berpura-pura bahagia di tengah kesedihan, sebegini.

“Pa, Ma, Karl ada benda nak bagi tahu.” celahku. Mata-mata mereka memandang ke arahku. Sesuaikah aku beritahu mereka tentang apa yang aku jumpa pagi tadi kepada mama dan papa? Sungguh berat bagiku untuk meluahkan apa yang telah aku temui pagi tadi. Tapi, mereka berhak tahu. “Apa dia?” balas papa dengan tenang. Sekali lagi, rasa sebak menyelubungi diri membuatkan aku seperti tidak berdaya untuk bersuara. Sesuatu menyekat esdofagusku untuk mengeluarkan kata-kata yang harus didengari oleh mereka.

“Karl. Karl okeykah?” tiba-tiba bahuku disentuh oleh mama membuatkan aku terbangun dari realiti. Aku tidak sedar yang air mata membasahi pipiku. “Karl, kalau Karl belum bersedia, tak apa. Papa dan mama faham. Take your time. Everything’s will be back to normal.” pujuk papa. Tipu! Jeritku hanya tidak kedengaran. Aku menggenggam pahaku sekuat hati. Menahan amarah dan juga kebenaran. Kebenaran yang harus aku sampaikan. Hanya aku yang tidak ada kekuakatan untuk melakukannya.

“Iya.Apa yang penting sekarang, Karl dah balik dan Karl selamat. Itu yang terpenting bagi mama dan papa.” tambah mama pula. Aku memandang wajah mama. Kemudian papa. Senyuman mereka sedikit mengubat hatiku yang kini terguris. Aku bertuah kerana memiliki mereka. Mereka sayangkan aku. Mereka sayangkan Carla. Mereka bijak membahagikan masa mereka dalam menguruskan hal pekerjaan dan meluangkan masa dengan keluarga.

Namun, masa yang berlalu tidak akan kembali dan terulang. Tiada sesiapa yang dapat melawan masa. Masa kami sekeluarga makan bersama-sama di restoran ini dulu, Carla duduk di sebelah kananku. Masa Carla menjadi buah mulut orang sekeliling kami yang memuji dialah Queen of beauty. Masa aku menemani Carla ke set penggambaran dan ditawarkan kerja di sana bersama dengan Carla dan aku menolak dengan penuh rasa hormat. Masa papa dan mama membuat kejutan kepada kami di malam hari lahir kami di hotel Maximus dan beratus orang datang dengan pengikut-pengikut Instagram Carla juga dijemput. Masa Carla hampir memperkenalkan aku dengan seorang kawan lelakinya yang lembut itu.

Semua masa itu tidak akan kembali atau akan berulang. Hanya dapat diingat dan diabadikan di dalam bentuk gambar atau video sahaja.

Hidangan sudah tiba dengan dimulai dengan pencuci mulut sehinggalah menu utama kami dan semuanya berhenti secara tiba-tiba. Malam itu menjadi malam paling buruk yang pernah aku alami. Kalau aku buka mulut, semua ini mungkin tidak akan berlaku tetapi kalau diampun semuanya tetap akan berlaku dan akan berlalu. Berlalu. Tidak. Semuanya terhenti malam itu. Harapanku, harapan mama, harapan papa, harapan pengikut-pengikut Carla. Semuanya terhenti di sini. Di malam ini. 2 April.

Kebenaran tentang kehilangan Carla terungkap dengan begitu sahaja. Bukan dari mulut aku, tetapi dari mulut Encik Sebastian. Seorang pegawai polis Miri. “Selamat malam Encik Jonathan, Puan Susan, Karl.
Kami sudah berjaya menemui anak tuan dan puan yang hilang tetapi…” aku sudah syak misteri kehilangan Carla dan aku tidak perlu keterangan lanjut dari mereka. Aku tahu apa yang akan disebut oleh Encik Sebastian. Gegendang telingaku seakan-akan tidak berfungsi lagi. Duniaku gelap gelita. Aku tahu akan hadapi masa sukar ini, namun aku hanya diam dan tunggu dan akhirnya masa itu tiba juga dan meninggalkan luka yang amat parah kepadaku.
Carla bukan hilang tetapi dia meninggal. Bisikku sendiri di dalam hati.

Aku (Karl) berat hati menerima kenyataan bahawa Carla telah meninggal dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience