HILANG

Horror & Thriller Completed 39857

Semenjak kematian anak sulungnya, Fisya sentiasa dalam keadaan murung. Tiba tiba dia menangis. Tiba-tiba dia ketawa. Sehinggalah suatu hari dia terdengar suara tangisan di dalam bilik anaknya. "Kesian...dia anak mama nak susu ye... " katanya sambil menyusukan budak yang disangkakan anaknya.

Sebenarnya adalah teddy bear arwah anaknya. Suami Fisya yang sedih melihatkan keadaan Fisya berkali-kali mengajak isterinya berjumpa dengan Dr Khaliq. Psikitaris yang bertugas di Queen's Hospital, SDL City. Bukanlah mahu mengesahkan isterinya gila, cuma mahukan isterinya itu hidup kembali normal seperti biasa dan menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Pada mulanya Fisya enggan menuruti suaminya. Namun dia kena berubah kerana dia masih ada kerjaya dan dia perlu meneruskan kehidupannya.

"Fisya, saya tak dapat nak tolong awak secara berlebihan, kalau awak nak kembali seperti sedia kala awak kena ikut saranan saya, dan awak kena tabah, Allah tu sayangkan awak, sebab tu dia uji awak. Ni senarai ubat dan ni senarai rutin yang awak kena buat dalam tempoh beberapa bulan ni." Kata Dr Khaliq sambil menyerahkan ubat dan preskripsinya kepada Fisya.

Kini sudah setahun lebih Fisya mengikuti apa yang disarankan Dr Khaliq, dia pun meneruskan kerjayanya sebagai peguam, di Firma Guamannya yang terletak di tengah-tengah bandar SDL. Anaknya pun sudah tidak kelihatan seperti biasanya. Begitu juga suaminya.. Semakin hari semakin hilang dari 'pandangan' matanya.

-END-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience