Bab 48

Romance Series 80702

DALAM mengintai keseluruhan ruang bilik tetamu itu, dia tidak melihat kelibat si gadis.

Mana Jihan ni ? dah balik ke ?

Hembusan nafas berat di lepaskan, sampainya hati Jihan pulang tanpa memberitahu kepadanya terlebih dahulu. Hati tuanya risau.

Mula menapak pula ke arah bilik anak lelakinya itu. Sedikit hairan bila pintu sedikit terbuka. Biasanya Syed Iqwal ini tidur dengan pintu yang terkunci. Jarang sekali dia membiarkan angin melewati di celahan pintu ini.

Perlahan-lahan Puan Diana cuba untuk menolak pintu itu agar terbuka dan tidak mengganggu penghuni di dalam kamar tidur itu.

Kini kamar bilik terbuka luas, berserta itu sepasang mata tua itu juga turut meluas memerhati keadaan di dalam bilik itu. Apa yang terjadi sekarang ini ?

"Ami ?"

Tersentak dia bila suara yang menyapa dari belakangnya itu membuatkan dia pantas berpusing ke belakang.

"Iq ! terkejut ami."

Dadanya di urut perlahan.

"Cari apa ?." Tanya Tuan Syed Iqwal.

"Ami nak kejut bangun subuh. Nak subuh berjemaah la. Ami ingat Iq ada dalam bilik."

Puan Diana menjenguk semula ke dalam bilik tidur itu. Sungguh dia terasa macam ada penampakkan sesuatu di atas katil itu tadi.

"Iq turun pergi dapur. Haus tekak nak minum air." Katanya selamba dan mula menyaingi keberadaan Puan Diana yang tercegat di depan pintu itu.

"Tadi ami ingatkan yang dalam bilik tu..."

"Haish jangan buat nervous la ami. Tak ada sesiapa la. Iq kat bawah tadi. Bantal peluk kot tu. Ami salah tengok." Tuan Syed Iqwal ketawa sedikit.

Berkerut dahi Puan Diana cuba berfikir lalu di panjangkan semula lehernya ke arah dalam bilik. Benar..tiada apa.. mungkin itu hanya khayalannya.

"Oklah.. Tapi Iq tahu tak dekat mana Jihan ? dia tak ada dalam bilik."

Wajah Tuan Syed Iqwal beriak pelik.

"Ntah la ami. Mana Iq tahu. Dalam tandas bawah la kot. Ami tak check ke? Iq rasa macam berkunci tandas bawah tu. Lampu pun terpasang."

"Erm yela, tak apa lah.. ami tunggu kat bawah. Cepat sikit mandi. Nak solat sekali ni."
Pesan Puan Diana keras. Tidak suka melewatkan waktu sembahyang.

Melihatkan si ibu yang berlalu pergi...dia menutup pintu bilik dan tersenyum gatal ke arah si cantik yang dari tadi bersembunyi di belakang pintu itu.

"Pergh nasib baik Tuan Syed cepat datang. Kalau tak....mati saya tadi."

Kata Nurjihan seraya memakai semula t-shirt lengan panjangnya yang tidak sempat di sarung sempurna olehnya tadi akibat ingin mencari tempat sembunyi. Alik-alik di belakang pintu yang termampu. Itu pun di tahan nafas agar tidak kedengaran. Hampir kebiruan wajahnya.

"Kira tadi saya dah tolong awak la kan ?". Kedua-dua keningnya terangkat-angkat di hadapan wajah Nurjihan.

"Apa ?"
Nurjihan teragak-agak dengan pertanyaan itu.

"Mesti ada upah kan sebab dah tolong ?". Bibirnya semakin di dekatkan dengan bibir Nurjihan.

"Pervert !".

Laju tapak tangannya menolak wajah Tuan Syed Iqwal dari terkena bibirnya dan tanpa banyak bicara lagi dia keluar dari bilik itu dengan pantas.

Dalam keadaan tadi. Hanya dinding yang melihat ketawa kecil lelaki itu dalam giat mengusik si isteri.

****

"Opocot !". Terkejut Puan Diana bila dia merempuh seseorang di sudut tangga itu.

"aunty.... sorry saya tak sempat brek". Tangannya masih memegang badan Puan Diana agar tidak melayang di langgarnya tadi.

"Jihan... terkejut Aunty. Pergi mana ?".

"tadi saya dalam toilet. Sakit perut. hehe sorry aunty ". Kata Nurjihan yang lengkap bertelekung itu.

"Aik dalam toilet ? toilet mana ni ? Aunty check dekat bawah takda orang."

"Mula-mula tadi dekat bawah. lepas tu naik atas sakit perut lagi..sambung dekat atas pulak." Alasan demi alasan di ciptakan. Perutnya juga di pegang.

"Sakit perut? okay tak ni ? ke silap makan malam tadi ke ?."

Nurjihan mengganguk laju.

"Aik Aunty tak tak sakit perut pun? macam mana Jihan boleh sakit perut ?".

Alamak.

"Err tengah malam semalam saya makan samyang. Pedas. itu yang sakit perut tu".

Ampun...bukan sengaja nak tipu wahai ibu mertuaku...

Puan Diana menarik nafas lega..

"Haaa patutlah pun..haih kalau perut tu tak tahan pedas..jangan makan dah tau. Bahaya."

"Hehe baik aunty. Dah la jom turun Aunty."
Mereka beriringan menuju ke ruangan solat.

Fuh...

****

Kelihatan Tuan Syed Iqwal yang sedang menunggu mereka di atas tikar sejadah. Dia menoleh sekilas bila terdengar bunyi langsir ruangan solat itu di selak.

"Lamanya nak kena tunggu makmum datang solat subuh, karang jadi solat dhuha pulak."

Nurjihan menjeling bila terasa di perli.

Ewah...ewah dia ni......kalau bukan sebab kau yang gatal nak 'benda' tu semalam, tak ada la aku ni kena mandi wajib tadi... eeii geramnya !

"Dah...dah jom cepat solat." Ajak Puan Diana tanpa beriak dengan perlian anaknya itu.

Namun dia tersenyum sedikit bila dapat menangkap wajah cemberut Nurjihan. Dunia terasa indah !

TITISAN air drip daripada beg kecil yang tergantung itu mengalir masuk ke tubuhnya yang hampir habis tidak di hiraukan. Dia menatap rapat ke arah tingkap. Di situ terlihat sepasang burung merpati yang sedang bertenggek sambil mematuk-matuk ke lantai mengutip sisa yang ada untuk di makan.

"Kak Rania, you dari semalam tak makan. macam mana nak baik ni. Nak kena marah lagi dengan nurse ke ?"
Rizal membebel perlahan ke arah Rania yang tidak bermaya melayan perasaan sambil terduduk di atas katil itu.

"I tak lapar." Akhirnya Rania bersuara.

"Tak kisah la you lapar ke tak. Makan kena la sebab you nak ambil ubat. Kalau perut tu kosong tak jadi la ubat ni nak sembuhkan sakit you tu."
Rizal cuba menghulurkan sudu yang berisi bubur nasi dekat pada mulut Rania.

Tiada tidak balas. Rania masih begitu.

Rizal menghembuskan nafas berat. Lalu sudu kembali di letakkan ke dalam mangkuk bubur itu.

"Hmm...kalau macam tu...i rasa kena panggil Hawa untuk layan you. I datang pun you buat tak tahu je."

Pantas Rania menoleh ke arah Rizal bila mendengarkan nama Hawa. Matanya di besarkan.

"Apa ?" Tanya Rizal.

"Jangan...i tak nak jumpa dia" Rania gelisah.

"Haih...dah jadi macam ni pun you masih nak tinggikan ego you. Ambil la pengajaran yang you dapat sekarang ni dari effect bermusuhan. Tak berbaloi Kak Rania."

Rizal mula bangun dan mengemaskan Tupperware berisi makanan di atas alas besi di hujung katil itu.

"Okaylah, you rest la. esok-esok i datang lagi. Jangan lupa makan. I balik dulu."

Pemergiannya tidak di hantar oleh Rania. Sebaliknya dia berpaling semula ke arah luar tingkap. Memejamkan matanya yang terasa pedih dan mengeluarkan juraian air mata.

Bukan dia tidak suka untuk berjumpa dengan Hawa. Malah jika di lihat keadaannya sekarang ini, dia malu.. Tersangatlah malu untuk berhadapan dengan Hawa. Tangan kanan yang patah berbalut dan mukanya yang robek tersagat jalan tar. Tidak mahu ! bertambah parah pula bila insan yang di kutuk di caci itu yang menolongnya waktu itu. Mana dia nak letakkan muka ini bila dahulunya yang menongkat langit itu dirinya ?

Mana kumpulan bff yang tersohor yang di banggakannya itu ? ada ke yang datang melawatnya di hospital ini ? jangankan nak telefon tanya khabar.. bayang-bayang pun tak muncul !

Ketika itu kedengaran suara bersembang sebelum pintu di buka.

Cepat-cepat dia berbaring. Berpura-pura ingin tidur. Tidak mahu menerima kedatangan sesiapapun.

Kedengaran bunyi tapak kasut di lantai itu menghampiri katilnya. Matanya di pejam erat.

"Kak Rania...." Panggil seseorang yang bersuara lembut memaksanya untuk membukakan mata.

Ouhhh jangan...

"Hawa tahu Kak Rania tak tidur lagi." Hawa mengambil tempat duduk di birai katil itu.

"Kenapa kau datang ? balik la, aku nak rehat." Balas Rania dingin.

"Hawa akan balik kalau Kak Rania makan."

Rania memutarkan bebola matanya ke atas.

Semua orang nak paksa aku makan !

"Aku tak ada selera. Nanti-nantilah aku makan."

"Buka mulut !".

Terkejut Rania bila Hawa kini sudah di hadapannya. Mau tak mau hendaklah dia menerima suapan itu. Lagipun ada hutang budi kepada gadis di hadapannya itu yang memaksanya berlembut hati.

Hawa tersenyum bila Rania akhirnya makan dengan 3 suapan dan di hulurkan ubat serta segelas air pada Rania.

"Macam tulah baru boleh cepat baik." Hawa kembali duduk di kerusi plastik yang di sediakan.

"Hawa tak boleh lama tau akak. Hawa kena balik. Esok-esok Hawa datang lagi ye." Kata Hawa seraya ingin melangkah pergi bila dia tahu yang Rania takkan berpaling menghadapnya.

"Terima kasih."

Tangannya terhenti dari menarik rapat pintu untuk di tutup bila terdengar suara yang sayup-sayup itu.

Hawa tersenyum. Lalu dia menutup perlahan dengan rapat pintu itu. Rania mula terima dia ? alhamdulillah...Kau permudahkan jalan hambaMu.

VILLA ROSE
UDARA nyaman di kebun bunga kecil itu di nikmati oleh lelaki yang sedang berpeluk tubuh ini. Taburan bintang di langit menghiasi permandangan malamnya.

Seketika terdengar seseorang yang terbatuk kecil dari arah belakang.

"Tuan Syed, panggil saya ?" Tanya Benjamin yang kini tegak berdiri di belakang Tuan Syed Iqwal.

"Macam mana dia boleh ada dekat sini ?"
Tanya Tuan Syed Iqwal tanpa dia menoleh sedikit pun ke arah belakang.

"Saya tak pasti Tuan Syed. Tapi saya dah semak jadual penerbangannya ke sini adalah dari Aceh, bukannya Jakarta."

Tuan Syed Iqwal berkerut dahi. Aceh ? perempuan itu tidak ada saudara mara dari Aceh.

"Apa pun pastikan dia tak tahu keberadaan Villa Rose ni dan Kawal ketat pergerakkan dia." Arahan dari Tuan Syed Iqwal itu di sambut dengan anggukan laju oleh Benjamin.

"Ada apa-apa lagi Tuan Syed sebelum saya pergi ?". Soal Benjamin.

"Kau dah suruh Syifa buang ke semua minyak wangi yang lama-lama tu ?" Tuan Syed Iqwal berpusing kini dia mengahadap Benjamin.

Benjamin mengangguk sekali.

"Sudah Tuan Syed. Laci tu pun saya dah penuhkan dengan minyak wangi brand baru."

"Okay. Thank you Ben."

"Ouh ya Tuan Syed. Minyak wangi ini sesuai dengan Tuan Syed. Saya tak nafikan yang Cik Nurjihan memang ada memiliki citarasa yang tinggi."

Terdengar bunyi decitan dan diiringi dengan senyuman bila nama gadis itu di sebut. Nama yang membuatkan dirinya jatuh dalam lubuk cinta tanpa ingin mencari jalan keluar.

Dia kembali memandang ke langit dan kini peristiwa 2 hari lepas terimbau di ingatan.

***

Dia melangkah laju kerana kelewatan sudah untuk menghadiri temu janji bersama client di sebuah restoran di dalam pusat membeli-belah itu.

Tanpa dia tersilap, dia berselisihan dengan seseorang yang menangkap pandangan matanya dengan sekali imbas.

Bellinda ? Apa yang dia buat dekat sini ?

Tuan Syed Iqwal teruskan berjalan tanpa menoleh kembali walaupun dalam kepalanya kini penuh dengan persoalan.

"Iq...Iqwal ?".

Terbuntang matanya bila terdengar suara wanita itu memanggil namanya. Dia kenal ? Macam mana ?

Tuan Syed Iqwal meraup wajahnya. Di percepatkan langkahnya menyelinap di pelusuk keramaian pengunjung di pusat membeli-belah itu. Cuba mengelak sejauh mungkin dari bertentang mata dengan Bellinda.

Akhirnya dia berjaya lari masuk ke dalam sebuah kedai pakaian dalam wanita, lebih tepat lagi dia menyelinap terus bersembunyi di dalam bilik persalinan pakaian yang tersedia di dalam kedai itu. Ada jelas keraguan yang timbul di wajah para pelanggan wanita di kedai itu terhadap dirinya namun dia langsung tidak peduli.

Tersandar letih mencari nafas akibat kelelahan berlari anak. Tuan Syed Iqwal memicit-micit kepalanya. Hampir kelibatnya di tangkap oleh wanita itu.

Seketika dia terbau haruman yang melekat di pergelangan tangannya.

Ah-ha ! mungkin ini yang menjadi petunjuk untuk wanita itu mengenalnya. Minyak wangi yang selalu di pakainya ini pasti sudah di hafal aromanya oleh Bellinda setelah bertahun-tahun mereka bersama. Dia lupa bahawa itu juga adalah salah satu kenangan yang terabadi bersama Bellinda. Di perlu hapuskan.

Cukup tak perlu lama dalam 10 minit dia berkurung di dalam kedai itu. Akhirnya dia keluar dan menepis segala pandangan aneh yang di lempar kepadanya. Dari kejauhan dia melihat Bellinda yang bergerak pergi bersama seorang wanita. Lalu telefon bimbitnya di keluarkan. terpapar contact number Benjamin yang di cari.

Kenangan silam di belakangnya tadi hadir semula ketika dia sedang tekun dalam menjadi Nahkoda kapal pelayaran di alam rumah tangga bersama insan lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience