Rate

Bab 14 Selidik Cikgu Farah

Romance Completed 278246

"Anis, Cikgu Farah panggil." Aina Natasha tiba-tiba muncul masuk ke dalam kelas menemui Anis.

"Ada apa ya?" Sahut Anis pelan sambil menutup semula buku yang di pinjamnya dekat perpustakaan tadi.

"Aku pun tak tahu Anis, macam penting saja tu. Ketat sangat muka Cikgu Farah tadi." Sahut Aina Natasha .

Dug dug dug

Kenapa Cikgu Farah nak jumpa Anis? Anis ada buat salah ke? Berbagai persoalan yang timbul di benaknya namun ia singkirkan perasaan gelisahnya.

Anis cuma tersenyum simpul.

"Okay, Anis pergi jumpa Cikgu Farah dulu. Mungkin penting sangat." Kata Anis cuba berfikiran positif.

"Cikgu Farah ada di mana sekarang?" Tanya Anis semula.

"Dia ada di bilik sukan sekarang, dia suruh kamu cepat tadi." Aina Natasha menjawab dengan perasaan panik.

"Pasti ada yang tidak beres ni!" Batin Aina Natasha.

Anis berjalan keluar dari kelas menuju ke bilik sukan yang di maksudkan oleh Aina Natasha tadi. Takut ada Cikgu Farah perlu fikirnya.

Tok tok tok
Tok tok tok

"Boleh Anis masuk?" Tanya Anis Dari luar bilik sukan.

"Masuk...!" Laung cikgu Farah dari dalam.

Anis pun masuk ke dalam bilik sukan dan menutup semula daun pintu tersebut.

"Jangan lupa kunci Anis." Sahut Cikgu Farah kedengaran tegas.

"Ada apa Cikgu? Cikgu ada perlu dengan Anis ke?"

"Apa hubungan kamu dengan Cikgu Adib?"

Cikgu Farah malah menyoal semula Anis tanpa menjawab pertanyaan yang Anis kemukakan.

Anis menggeleng pelan.

"Tidak ada Cikgu, kenapa ya?"

"Semalam Cikgu ternampak Anis ikut kereta Cikgu Adib."

Cikgu Farah menatap Anis seperti ingin menelan Anis hidup-hidup.

"Kenapa kamu sampai ikut shopping dengan Cikgu Adib?" Tanyanya penuh penekanan.

"Cikgu Adib yang bawa Anis, katanya ingin Anis teman dia berbelanja." Jawab Anis jujur. Anis menjadi takut tapi berusaha tenang.

"Cikgu harap kamu jangan salah faham dengan layanan Cikgu Adib, dia cuma anggap kamu sebagai seorang pelajar." Ucap Cikgu Farah sambil tersenyum mengejek.

"Cikgu Adib akan menjadi guru kamu sampai bila-bila." Sahut Cikgu Farah dengan yakin.

"Kamu faham ke Anis?" Cikgu Farah menegaskan pada Anis.

"Anis faham Cikgu." Sahut Anis pelan sambil menundukkan wajahnya.

"Lain kali, Cikgu harap kamu jaga jarak dengan Cikgu Adib. Tolong jaga sikap kamu sebagai seorang pelajar yang menjadi role model pada pelajar lain. Kamu bukan muhrim, apa pandangan orang-orang nanti?" Cikgu Farah cuba menasihati Anis sebagai seorang guru.

"Lagi satu, kamu jangan fikir Cikgu Adib baik dengan kamu..dia suka sama kamu, Cikgu Adib cuma anggap kamu sebagai seorang murid dan tidak lebih...faham ke Anis? Ini untuk kebaikan kamu juga." Sarkas Cikgu Farah lagi.

Hati Anis menjadi sakit, tak pernah dia terfikir untuk mendekati Cikgu Adib. Itu semua murni salah faham. Wajahnya memerah menahan malu. Dia ingin menangis tapi di tahannya. Sepatutnya dia sedar diri, jangan harapkan apa-apa pun bantuan dari Cikgu Adib. Selama ini Anis berdikari dan tak pernah dapat musibah seperti yang dia hadapi sekarang.

Ini dah kira musibah la kan?

"Sebenarnya Cikgu Farah dah salah faham, semalam Anis ikut Cikgu Adib sebab hari dah gelap nak hujan jadi Cikgu Adib beri tumpang sebab teksi dan bas belum ada yang lewat." Sahut Anis perlahan-lahan membela dirinya.

"Antara Anis dan Cikgu Adib tidak lebih dari seorang guru dan muridnya." Tegas Anis Umairah dengan yakin.

"Tak pernah-pernah Cikgu lihat Anis rapat dengan lelaki, tapi sekarang kenapa dengan Cikgu Adib?" Soal Cikgu Farah lagi penuh emosi.

"Kami tak rapat Cikgu!" Geleng Anis pelan.

"Baiklah, Cikgu percaya kamu...kamu boleh kembali ke kelas kamu sekarang."

"Terima kasih Cikgu!"

Anis keluar dari bilik sukan dengan perasaan yang bercampur aduk. Hatinya remuk dan pedih bagai di hiris sembilu.

Cikgu Farah melihat Anis Umairah dengan perasaan geram dan kesal. Selama Cikgu Adib mengajar disekolah, tidak pernah Cikgu Adib tunjukkan keramahan yang lebih seperti mana dia layan Anis berbelanja semalam. Cikgu Farah tak habis fikir, apa keistimewaan Anis yang Cikgu Adib lihat. Betul ke tidak lebih, hanya antara guru dan muridnya saja?

"Aku harap Anis tak bohong!" Cikgu Farah berkata pada dirinya sendiri.

Anis Umairah berjalan dengan langkah tergesa-gesa, tak sangka dia di permalukan seperti itu oleh cikgunya sendiri.

Tidak pernah terlintas di fikirannya, dia akan di tegur oleh Cikgu Farah di sebabkan Cikgu Adib.

Apa Cikgu Adib dengan Cikgu Farah ada hubungan special?

Tak hairan la Cikgu Farah cemburu dengan Anis kalau betul mereka ada something yang orang lain tidak tahu. Tapi kenapa Cikgu Farah tak cakap sendiri dengan Cikgu Adib, dalam hal ni Anis cuma mangsa keadaan.

Anis berjalan menunduk ke perpustakaan, itu saja tempat yang dirinya rasa aman dan tenang. Dia berjanji pada dirinya sendiri tidak akan sekali-kali menumpang kereta Cikgu Adib lagi. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia di permalukan kerana seorang lelaki.

Hari itu, Anis langsung tak masuk kelas. Anis tak mengikuti pelajaran yang di ajar dari awal, Anis mengasingkan dirinya di bilik perpustakaan sekolah, dia malu kerana baru habis menangis. Tidak pernah-pernahnya Anis Umairah ponteng kelas, apa lagi subjek penting seperti English dan Matematik.

"Ada siapa yang tahu, Anis kemana?" Soal Adib pada kelas 5 Sains, kerana tadi pagi Adib nampak Anis Umairah datang ke sekolah. Tapi kenapa Anis tak masuk kelas?

Padahal Anis Umairah terkenal sebagai pelajar contoh role model di sekolahnya. Belum pernah terjadi Anis Umairah skip pelajaran, walau pun Anis demam dia tetap berusaha mengikuti pelajaran yang diajar disekolah. Begitulah yang Adib dengar dari mulut-mulut guru yang pernah mengajar Anis.

Aina mengangkat tangan lalu menjawab soalan Adib.

"Tadi pagi Cikgu Farah ada panggil Anis dekat bilik sukan, selepas tu tak pernah sudah Anis muncul." Kata Aina details.

"Dia pergi mana?" Soal Adib melihat Aina.

"Tak tahu juga Cikgu!" Katanya lagi.

Adib berfikir sejenak, apa yang berlaku pada Anis? Jadi sekarang keberadaan Anis Umairah dekat mana? Sebab sebelum rehat tadi, Adib ada juga tengok Cikgu Farah duduk di pejabat guru.

Apa masalah Anis sebenarnya?

Adib mesti cari tahu, kenapa Anis sampai tak masuk kelas. Kenapa Cikgu Farah tiba-tiba nak jumpa Anis, setelah itu Anis menghilangkan diri. Adib tersenyum samar, nanti dia akan cari Anis Umairah di bilik perpustakaan sekolah, di situ sahaja tempat Anis selalu pergi. Kerana Anis tidak ada teman rapat atau tidak pernah pergi ke tempat lain.

Setelah berakhir pelajaran matematik di kelas 5 Sains, Adib Umair terus menuju ke bilik perpustakaan sekolah mencari keberadaan Anis Umairah.

"Anis, Cikgu Farah panggil." Aina Natasha tiba-tiba muncul masuk ke dalam kelas menemui Anis. "Ada apa ya?" Sahut Anis pelan sambil menutup semula buku yang di pinjamnya dekat perpustakaan tadi. "Aku pun tak tahu Anis, macam penting saja tu. Ketat sangat muka Cikgu Farah tadi." Sahut Aina Natasha . Dug dug dug Kenapa Cikgu Farah nak jumpa Anis? Anis ada buat salah ke? Berbagai persoalan yang timbul di benaknya namun ia singkirkan perasaan gelisahnya. Anis cuma tersenyum simpul. "Okay, Anis pergi jumpa Cikgu Farah dulu. Mungkin penting sangat." Kata Anis cuba berfikiran positif. "Cikgu Farah ada di mana sekarang?" Tanya Anis semula. "Dia ada di bilik sukan sekarang, dia suruh kamu cepat tadi." Aina Natasha menjawab dengan perasaan panik. "Pasti ada yang tidak beres ni!" Batin Aina Natasha. Anis berjalan keluar dari kelas menuju ke bilik sukan yang di maksudkan oleh Aina Natasha tadi. Takut ada Cikgu Farah perlu fikirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience