Bab 109

Romance Completed 78329

“Perlahan-lahan,” tangan Gia masih lagi teguh memegang tangan Luqman supaya mampu untuk berjalan. Sikit-sikit pun tak apa. Kalau asyik terperap je dalam bilik tanpa exercise kaki tu, tak ada gunanya jugak. Entah bila pulak nak boleh jalan.

“Kau tak rasa terbeban ke hari-hari nak kena tamping berat badan aku?”

“Saya tak rasa apa pun. Awak janganlah risau…saya ikhlas nak jaga awak. Awak bukannya orang lain, suami saya jugak…” Jawab Gia.

Walaupun kadang-kadang dia rasa nak tertungging tampung berat Luqman tapi dia gagahkan diri jugak. Kalau aku tak larat, mama atau Zahirah pulak yang akan gantikan tempat aku. Mama orang yang paling risau tengok aku asyik berjalan tak sudah lepastu dengan tampung berat Luqman lagi. Berapa kali dah aku kena bebel dengan mama tapi macam biasalah…aku tetap keras hati nak tolong Luqman jugak.

“Kalau kau rasa penat atau aku ni menyusahkan kau, tak apa. Tak payah tolong aku. Aku still ada mama dengan Ira yang boleh tolong aku. Kau tu hah…dengan perut bonyot kau lagi nak tolong aku. Kalau terjatuh macam mana?” Dalam bebel pada Gia, terselit jugak rasa risau dalam nadanya.

“Ok,” Gia tak banyak bunyi. Sekadar balasan ok sahaja yang diberinya.

“Gia, biar mama pulak yang ganti tempat Gia ya? Gia rehat dulu…” Ungku Maria menghampiri Gia untuk menggantikan tempatnya dalam membantu Luqman.
Esok Luqman kena pergi hospital untuk sesi terapi kakinya.

Gia sekadar akur dengan arahan Ungku Maria. Selepas memastikan mama betul-betul memegang erat Luqman, barulah dia melepaskan lengan Luqman dan menuju ke arah kerusi plastik yang dibawa keluar mak mertuanya tadi.

“Kak Gia janganlah gerak banyak sangat. Tu…mama risau tengok kak Gia kerap sangat jalan. Risau kalau kak Gia tiba-tiba jatuh ke apa.”

“Akak dah biasa pun Ira. Lagipun akak bosan kalau tak buat apa-apa kerja. Akak dah terbiasa dengan buat kerja seharian.”

“Sebenarnya akak lebih risaukan dengan keadaan angah
kan sebab tulah akak langsung tak hiraukan diri akak. Betul tak apa yang Ira cakap?”

“Ira tahukan akak macam mana? Abang Ira tu suami akak. Suami yang akak sayang sepenuh hati akak. Dialah pegganti dalam hidup akak selepas mummy dan daddy akak dah tak ada. Akak tak pernah anggap orang luar special dalam hidup akak kecuali abang Ira.”

“Tapi…kenapa akak still nak larikan diri dari angah kalau akak memang sayangkan angah sepenuh hati akak? Ira tak faham.”

“Ira tahukan apa yang jadi antar akak dengan abang Ira? Mungkin pada Ira benda tu senang dimaafkan tapi bagi akak lain. Akak kahwin dengan abang Ira sebab akak yakin yang dia memang betul-betul sukakan akak tapi rupanya kenyataan yang akak dapat adalah lain. Abang Ira kahwin dengan akak semata-mata nak balas dendam lepas apa yang dah jadi dekat Dariya. Mungkin akak yang terlalu bodoh sangat kot sebab percaya macam tu je.”

“Akak…kalau katalah angah dah berubah dan cintakan akak. Akak masih percaya ke?”

“Akak tak tahulah Ira. Jujur akak cakap akak fobia nak start semula benda yang dah jadi. Fobia teruk dengan apa yang dah akak lalui dalam hidup akak dari akak kecil sampailah besar. Untuk akak pulih dari rasa tu ambil masa yang lama.”

Zahirah mengangguk kecil mendengar apa yang dikatakan kakak iparnya. Dia tak nafikan jugak yang dia nampak kak Gia seolah-olah fobia dengan apa yang jadi tapi dia sedaya-upaya cuba menyorok apa yang dia rasa supaya keadaan tak jadi kaku.

“Mama! Biar Ira pulak yang ganti mama! Ira tengok mama dah berpeluh sangat tu!” Dari tadi dia tengok kejap-kejap mama akan suruh abang Luqman duduk supaya dia boleh ambil udara kejap sebelum sambung balik sesi tadi.

Zahirah melangkah ke arah abangnya untuk menggantikan tempat mamanya.

“Amboi! Beratnya angah!” Komennya sebaik saja Luqman bergantung kepadanya.

“Dia yang nak tolong dia pulak yang komen!”

“Tak sangka angah seberat ni! Hahaha!!!” Sempat lagi tu nak kenakan abang sendiri.

“Kalaulah tangan angah ni tak sakit, dah lama kepala tu kena luku!” Adik aku ni dah lama tak makan luku aku.
Sebab tu lah sekarang ni dia berani nak mengata aku.
Cuba kalau tangan dengan kaki aku ni sihat lagi? Tak ada maknanya dia berani nak mengata aku.

“Hehehe…” Dia mula berjalan setapak dan diikuti Luqman perlahan.

“Angah, achik ada benda nak cakap ni. Achik harap angah tak marahlah bila achik cakap macam ni?” Takut jugak aku kalau tiba-tiba aku cakap benda yang dia tak suka, terus kena marah.

“Apa dia?” Aku rasa mood aku baik sikit sekarang. Oklah kalau nak dengar cerita merepek dari adik aku yang sorang ni.

“Angah masih lagi marahkan kak Gia ke?”

“Dah kenapa pulak tanya macam tu?”

“Tak ada lah. Saja je tanya. Yelah, achik tengok kak Gia tu mengalah je dengan perangai angah yang tak berapa nak senonoh ni. Kalau angah rasa angah masih marahkan dia, lupakan jelah. Kak Gia tu masih sayangkan angah tau. Apa salahnya kalau angah berbaik dengan dia?”

“Angah takut kalau angah cuba berbaik dengan dia, dia fikir lain pasal angah. Angah takut dia fikir yang angah nak berbaik dengan dia sebab nak balas dendam lagi. Itu je.”

“Susah apa? Buktikanlah dekat kak Gia yang angah bukannya macam tu orangnya.”

“Senangnya cakap.” Luqman mengerling tajam adiknya. Kalaulah semudah apa yang adiknya cakap, dah lama dia buat.

“Rendahkanlah ego angah tu. Tak ada rugi apa pun kalau angah mengalah sekarang ni. Bukan kebaikan untuk angah dengan kak Gia je tapi untuk anak angah yang bakal lahir tu jugak. Takkanlah angah dah lupa janji angah dulu dekat kak Gia? Mana pergi janji takhta cinta yang angah nak bagi dekat dia dulu? Takhta cinta yang dijanjikan dengan sulaman kasih sayang dan bahagia untuk kak Gia? Disebabkan satu benda, angah terus lupa semua benda tu?”

Luqman terdiam bila dibidas adiknya. Bila sebut pasal tu, dia kembali teringat janji-janji yang dia pernah katakana pada Gia dahulu sebelum mereka berdua berkahwin. Dia berjanji pada Gia yang dia akan jaganya elok-elok, takkan sakitkan hatinya dan akan sayangkan dia macam mana daddy dan tatay pernah sayang dia dulu. Tapi, sekarang ni aku dah langgar semua janji aku. Kesedihan dan sakit hati je yang aku dah bagi pada dia. Sedangkan waktu daddy Gia meninggal dulu, dia pernah bertekad dalam hatinya yang dia akan cuba jaga Gia dan takkan buat Gia menangis tapi apa yang dia dah buat akhirnya? Hati Gia sering terluka disebabkan dirinya.

“Angah nak duduk,” Zahirah mengangguk dan memapah abangnya menuju ke kerusi di sebelah kolam ikan.
Terlampau banyak jalan pun buatkan kakinya terasa sengal dan sakit. Maklumlah kedua-dua kakinya mengambil masa jugak untuk sembuh sepenuhnya.

“Angah fikirkanlah apa yang achik cakap tadi. Achik bukan nak cakap yang achik ni baik ke apa tapi achik cakap berdasarkan common sense yang achik ada. Achik tak back up angah achik tak back up kak Gia. Achik dia tengah-tengah. Yang mana achik rasa betul, achik akan pertahankan. Yang mana salah, achik takkan pernah sokong.”

“Kalau angah masih fikirkan apa yang angah rasa dan perasaan angah berdendam dengan dia segala benda, lupakanlah. Lupa untuk kebaikan masa depan anak angah nanti jugak. Kesianlah dekat anak angah kalau dia lahir ke dunia ni, tengok mak dan ayah dia bergaduh.”

“Satu lagi achik nak cakap, kalau angah still fikir hati angah sakit lagi dengan benda yang kak Gia sorok dari angah, angah cubalah fikir. Kak Gia buat semua tu bersebab. Dia ada mummy yang perlu dia jaga, dia ada Vi yang dia perlu jaga jugak dari Danial. Jujur achik cakap kalau achik jadi kak Gia pun mungkin achik akan buat benda yang sama. Siapa je tak takut bila kena ugut macam-macam apatah lagi Danial tu memang berkuasa?”

“Kalau betullah kak Gia tu niat nak buat hidup angah hancur, buat apa dia sanggup gadaikan nyawa dia sampai kena tembak? Angah…dia bukan kena tembak dengan pistol air tau tapi ini memang pistol betul!”

“Angah tak bencikan dia dan tak marah dia pun. Cuma, lepas angah dapat tahu memang dia yang langgar arwah Dariya dulu, angah jadi sakit hati sebab dia tak mengaku benda tu. Kalau dia mengaku, angah tak kisah pun.”

“Benda dah lalu kan angah? Angah sendiri pun dah tahu macam mana kak Gia sayangkan angah sampaikan dia sanggup bagi rumah yang dia sayang dekat abang semata-mata nak tebus rasa bersalah dia? Kalau achik, tak ada masa achik nak bagi rumah yang achik sayang dekat sesiapa.”

Luqman menolak keras kepala adiknya dengan disulami ketawa kecilnya. “Sebab achik ni kedekut!”

“See? Dah ketawa pun!” Senang hatinya bila melihat abangnya dah mula ketawa. Kalau tak, muka tu ketat je memanjang. Kucing pun cirit tengok muka ketat abang aku ni tiap-tiap hari.

“Thank you sebab selalu ingatkan angah.”

“Tak ada apalah. Angah ni abang achik jugak. Achik teringin nak tengok family kita happy macam family yang lain. Tak lama lagi achik bakal jadi mak cik!”

“Excited eh?”

“Excited lah! Best apa ada baby dalam rumah. Heeee!!! Geram!!! Kalau pipi tembam rasa nak cubit je!” Sekali dengan tangan dia naik buat gaya nak cubit pipi tembam.

“Tengoklah tu Ira dengan Luq. Dua beradik tu selalu je bergaduh tapi bila dah sampai tahap boleh serasi, memang ngam dua beradik ni. Kadang-kadang bila Ira down, Luq akan tenangkan Ira tapi bila Luq yang down, Ira yang akan tenangkan dia. Saling tukar perasana masing-masing. Tapi, bila dua orang ni masuk dengan kakak sulung diorang, memang tak boleh nak ngam. Ngam pun sikit-sikit sebab maybe Rina tu jenis suara tegas, lantang macam tu.”

“Sebab tulah mama suka bila anak-anak mama ada dekat rumah. Sebab apa? Sebab mama boleh tahu keadaan mereka macam mana. Kalau mereka berjauhan dari mama, mama risau setiap masa.”

“Gia faham perasaan mama,” dia pun pernah rasa risau macam mana mama risaukan keadaan Luqman, Zahirah dan Zarina sebab dia rasa macam tu bila Vitalika dan mummy jauh dari dia.

“Mama tak tahulah kalau mereka bertiga ni tak ada dalam hidup mama. Mama mungkin akan rasa sunyi lepas suami mama pergi tinggalkan kami.”

“Mama janganlah sedih. Tak lama lagi kan mama nak dapat cucu? Meriahlah rumah ni nanti dengan suara baby,” Gia cuba menghidupkan suasana ceria di dalam hati mak mertuanya. Tak naklah sedih-sedih. Tak best.

“Mama nak mintak maaf atas apa yang Luq dah buat pada Gia selama ni. Mama mintak maaf sangat-sangat sebab mama tak mampu nak halang dia dari buat yang bukan-bukan.”

“Tak apalah ma. Benda dah jadi pun. Tak guna kalau nak fikir hal yang dulu lagi. Tak boleh diputarkan balik masa.” Biarlah benda yang lepas dijadikan sebagai lepas. Tak perlu diingatkan balik walau perit macam mana sekalipun.

“AYAH, umi…Ariff ada benda nak cakap dengan ayah dan umi.” Seriau jugak sebenarnya dia nak cakap benda ni walhal bukannya ada apa pun. Nak cakap yang dia dah nak kahwin pun tapi rasa takut dia tu serupa buat salah besar.

“Apa tu?” Puan Mariam dah teruja reaksinya manakala Encik Basri masih beriak biasa. Tumpuannya masih lagi pada berita yang disiarkan di televisyen.

“Ariff harap ayah dengan umi tak terkejutlah dengar apa yang Ariff nak cakap ni?”

“Apa benda?” Encik Basri pula menyoal.

“Actually Ariff…emmm…Ariff nak kahwin.”

Terus mata Puan Mariam dan Encik Basri tertumpu kepada Ariff. Reaksi mereka berdua terkejut dengan apa yang dikatakan Ariff. Nak kahwin?!

“Ariff seriuslah ni?!” Puan Mariam dah teruja lain macam.
“Seriuslah ni. Ariff dah jumpa orang yang Ariff suka. Tapi, Ariff harap umi dengan ayah dapat terima dia jugak.”

“Kenapa pulak? Dia datang ke hari ni?” Nampak sangat tu muka Puan Mariam dah teruja sangat. Maklumlah siapa je yang tak suka bila nak dapat menantu kan? Anak pun usia dah makin meningkat. Tahun ni dah masuk 33 tahun.

“Dia datang. Kejap ye…” Ariff bangun dan keluar menuju ke kereta Vitalika yang parkir di belakang keretanya.

“Doktor…saya takutlah.” Jujur dia tengah gentar lain macam sekarang ni. Gentar dia kalah nak ambik scroll di atas pentas. Dia tak tahu keluarga Doktor Ariff macam mana orangnya. Boleh terima dia atau tak.

“Jangan takut ok? Umi dan ayah saya ok je. Tak makan orang.” Lagilah Vitalika rasa gentar. Sila-silap pengsan dekat sini jugak.

Dia menarik nafas panjang sebelum mengikut Ariff masuk ke dalam rumah. Puan Mariam dan Encik Basri pula menunggu kehadirannya di dalam rumah. Ketika dia melangkah masuk, mata orang tua Doktor Ariff terhala ke arahnya. Ya ampun! Gentarnya lain macam!!!

“Ini ke orangnya Ariff?” Puan Mariam menilik penampilan manis Vitalika yang hanya memakai blaus labuh berwarna pink sakura dan disarukkan dengan seluar berwarna hitam. Rambutnya diikat gaya ekor kuda.

Vitalika sekadar tersenyum manis selepas menyalami Puan Mariam.

“Inilah orangnya umi, ayah…”

“Tengok dari gaya muka ni macam bukan orang Malaysia?” Encik Basri menilik wajah Vitalika. “Asal mana?” Encik Basri bertanya ramah.

“Filipina, pak cik.” Jawabnya dengan bibirnya yang masih lagi murah senyuman.

“Filipina?! Amboi Ariff! Jauhnya kamu ambik!” Komen Encik Basri dengan nada berseloroh.

“Tapi sekarang ni saya duduk dekat Malaysia dengan kakak kembar saya,” ujarnya lagi.

“Ohhh…”

“Ariff ni pun! Kalau dah tahu nak bawak tetamu, bagitahu umi awal-awal! Tengok ni! Umi tak masak apa-apa pun untuk tetamu! Haih! Suka betul bagitahu saat-saat akhir!”

“Benda ni tak rancang pun umi.” Ariff tersengih.

“Duduklah,” Encik Basri tersenyum kepada Vitalika. Kang dia buat muka garang dia, takut pulak bakal menantunya ni.

Puan Mariam pula menuju ke dapur untuk membuat air. Takkanlah nak borak-borak kosong pulak kan? Tak bestlah pulak macam tu. Karipap dan popia frozen yang baru dibelinya dibawa keluar untuk digoreng.

“Kamu ni nama apa?” Soal Encik Basri ingin tahu.

“Gia Vitalika, pak cik. Tapi panggil Vi je,” haih! Nak jawab soalan ayah Doktor Ariff pun aku dah rasa seram sejuk lain macam. Maklumlah first time berjumpa secara berdepan-depan. Siapa je tak gentar kan?

“Ohhh…Vi kerja apa sekarang ni?” Pada pengamatan mata tuanya, umur Vitalika masih lagi muda manakala anaknya dah layak digelar pak cik! Hahaha! Tak! Tak! Bergurau je!

“Saya baru je grad berapa hari yang lepas. Lepas je grad, saya balik Malaysia semula sebab Doktor Ariff cakap dia nak bawak saya jumpa dengan family dia.” Jawabnya jujur.

“Maknanya…dah kenallah siapa anak pak cik ni sebenarnya?”

“Mananya tak kenal ayah? Dia ni student intern dekat hospital Ariff dalam bidang nurse. Sebab tulah boleh kenal…” Jawab Ariff.

“Patutlah boleh jumpa. Student intern satu tempat dengan Ariff rupanya. Ni, pak cik nak tanya Vi. Macam manalah Vi boleh minat dekat anak pak cik ni? Dahlah tak hensem…tak ada masa untuk diri sendiri…tak pernah bercinta…tak sweet macam dalam drama. Macam mana boleh lekat ni?”

Hampir saja Vitalika menghamburkan tawanya. Hahaha!!! Lawaklah pulak aku dengan ayah Doktor Ariff ni. Selamba je kenakan anak dia sendiri. Haih…tiba-tiba pulak rindu tatay dengan daddy.

“Ayah!” Ada pulak ayah aku terus-terus cakap dekat aku macam tu? Agak-agaklah kalau nak kenakan aku pun.

“Entahlah pak cik. Saya pun tak ada jawapan,” Vitalika tersengih.

“Pak cik nak warning siap-siap ni. Kalau kahwin dengan anak pak cik ni nanti, siap sedia makan hati sebab dia tak sweet!”

“Ayah!!!” Wahhh!!! Kali ni aku kena double kill dengan ayah! Dah kenapalah ayah aku ni terlebih ramah dengan Vitalika pulak ni! Waaa!!! Emoji menangis sikit.

“Pak cik sweet lagi dari dia,” jawapan berseloroh dari Encik Basri membuatkan Vitalika ketawa lagi.

“Amboi bang…nak pikat bakal menantu sendiri ke apa? Sedar-sedarlah diri tu dah tua sebenarnya!!!” Sampuk Puan Mariam sambil menatang dulang berisi air anggur dengan karipap dan popia yang digorengnya tadi.

“Mana ada…abang cuma cakap je.” Puan Mariam menuang air anggur ke dalam setiap gelas.

“Apa nama kamu? Mak cik lupa nak tanya.”

“Vitalika. Boleh panggil Vi je mak cik.” Puan Mariam mengangguk.

“Vi umur berapa sekarang ni?”

“23 tahun.”

“23 tahun?! Sekarang ni Ariff dah masuk 33 tahun. Beza 10 tahun tu!” Puan Mariam agak terkejut mendengar umur Vitalika yang sebenarnya. Mudanya!

“Umi…apa salahnya? Takkanlah sebab faktor umur, umi
nak pertikai?”

“Tak ada lah umi nak pertikai. Umi terkejut je sebab Ariff pilih yang muda! Ingatkan pilih yang sama umur. Anak umi ni memang suka yang muda-muda ehhh? Sedarlah diri tu pun dah tua!” Hah! Kena sebijik dengan umi!

“Ariff tak memilihlah umi. Dah hati Ariff nakkan Vi, takkanlah Ariff nak nafikan pulak?”

“Ye…umi tahu. Umi ni bila dengar Ariff nak kahwin pun hati umi dah rasa lega sangat dah sebab ada yang sudi terima anak umi ni sebagai suami dan boleh jaga makan pakai minum anak umi ni nanti.”

Haih…rasa sebak pulak bila umi cakap macam tu.

“Yang kamu ni pun Yam…nak buat sesi hati ke sekarang ni. Mata abang ni dah rasa macam kena tenyeh dengan bawang. Sedih lain macam.”

“Abang ni cuba nak buat lawak ke?” Last-last semuanya ketawa.

“Tak ada lah abang ni. Saya cakap je.” Suami aku ni pun kuat menyakat orangnya. Apa yang aku cakap dia suka buat jadi bahan lawak. Haih…

“Abang rasa kita boleh kot makan karipap dengan popia tu. Nampak memanggil sangat dah tu,” tangannya laju mencapai karipap dan disuapkan ke dalam mulutnya.

“Lupa pulak…makan-makan. Makan Vi. Ini je yang mampu mak cik buat dalam masa last miute ni. Kalau Ariff bagitahu awal-awal, dah lama mak cik masak sedap-sedap.”

“Eh! Tak apa mak cik. Vi tak kisah pun.” Bibirnya mengukirkan senyuman manis. Alah…setakat makan karipap dan popia goreng ni, dia ok je. Dia bukannya sejenis yang memilih sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience