Kuala lumpur membawa seribu satu kenangan pahit kepada Tengku Adeline Christina. Bermula ketika dia menjejakkan kaki di bumi Kuala Lumpur ketika berusia 12 tahun sehinggalah sekarang, dia berusia 17 tahun, kenangan pahit lebih banyak menerjah minda berbanding kenangan manis. Jika masa dapat diundurkan, dia akan memilih untuk terus tinggal di Australia bersama Grandma dan Grandpa. Jika dia tahu kenangan pahit akan banyak menjengahnya, pasti dia akan membuang hasratnya untuk mengikut mummy dan daddy berpindah ke Malaysia.
"Lin. Kau betul ke nak tinggalkan kami dekat sini? Kau tak sayangkan kami lagi ke?" Sayu suara Aulia menyapa gegendang telinga Adeline, menyedarkan dia kepada realiti.
"Sampai hati kau tinggal kita orang dekat sini. Kita kan dah janji tak nak berpisah." Giliran Nadia pula bersuara sambil menggenggam tangan kawan baiknya itu.
Adeline memandang sayu wajah keempat-empat rakan baiknya. Nadia, Aulia, Iris dan Evanda. Pilu hati ingin meninggalkan insan yang setia bersamanya ketika susah senangnya. Apakan daya, hanya ini jalan yang boleh difikirkannya buat masa ini. Dia perlu jauh dari Kuala Lumpur untuk menenangkan diri.
"Hey, guys. Chill okay. Aku bukan pergi mana pun. Aku cuma balik negara aku duduk dengan grandma grandpa. Itu je. Tak lama pun, lepas aku dah tenang, aku balik jumpa kau orang ye?" Adeline memujuk rakan-rakannya. Dia tak janji bahawa pemergiannya itu sekejap. Mungkin mengambil masa bertahun.
Adeline memeluk keempat-empat rakannya dengan erat sekali.
Panggilan terakhir untuk penumpang pesawat Malaysia Airline MH129, MH129 ke Melbourne. Sila ke pintu gate 9 dan bersedia untuk pelepasan.
Mendengarkan pengumuman itu, mata Adeline mula berkaca. Sayunya hati nak tinggalkan budak empat ekor ni. "Jaga diri tau. Nanti aku balik Malaysia, okay? Aku nak kena pergi dah ni." Usai berkata demikian, Adeline menarik semua kawan-kawannya ke dalam dakapannya. Adeline mendapatkan Tengku Aveline, dan memeluk mummynya itu sebelum beralih kepada daddynya, Tengku Irwan.
"Lin, janganlah pergi. Aku perlukan lau. Siapa nak jadi partner in crime aku nanti." Rungut Evanda. Evanda bersifat sedikit kebudak-budakan. Dan dialah yang paling rapat sekali dengan Adeline. Semua perkara diceritakan kepada Adeline. Bila Adeline tiada, terasa seperti kehilangan seorang kakak.
Adeline menyeka airmata di pipi Evanda perlahan. "Shh. Jangan menangis. Aku tak suka tengok kau menangis. Nanti aku balik ya." Lembut suara Adeline memujuk Evanda. Ini yang aku lemah, tolonglah jangan menangis depan aku. Ada yang tak jadi pergi Melbourne ni nanti.
Usai berpelukan, bersalaman dan menitipkan beberapa pesanan, Adeline berkira mahu beredar ke pimtu balai pelepasan. Satu suara menghalang pergerakan Adeline dan mengundang perhatian semua orang di situ.
"Adeline Christina!" Jerit seorang jejaka sebaik melangkah laju mendekati gadis itu. Adeline memandang gerangan yang memanggilnya. Faiqal Arrayan. Lelaki yang menjadi penyebab dia nekad meninggalkan bumi Malaysia sebaik sahaja tamat kertas terakhir peperiksaan SPM.
Terus sahaja dipusingkan badannya apabila lelaki itu kini berada di hadapannya. Tangan Adeline diraih Faiqal. Dengan segera Adeline menarik kembali tangannya dari genggaman lelaki itu.
Beg roda besar berwarna biru ditarik menuju ke dalam balai pelepasan. Tidak ditoleh sekilas pun ke belakang. Terutamanya apabila lelaki itu kini berada di kalangan rakan-rakannya di belakang. Dia yakin dia akan kekal di Malaysia jika dia menoleh ke belakang. Hatinya lembut bila melibatkan lelaki itu. Itulah yang paling dibencinya.
Aku cuma perlukan masa sekejap untuk aku lupakan semua kenangan pahit di Malaysia. Aku janji aku balik sini jumpa kau orang semua bila aku dah bersedia. Aku tak tahu berapa lama untuk aku rawat hati yang luka ini. Jaga diri wahai sahabat. Selamat tinggal bumi Malaysia
Share this novel