BAB 38

Humor Completed 78160

SEKALI lagi Aisyah jatuh dalam pelukan hangat Adam.Kali ini dengan hati yang rela.Bukan paksaan.Aisyah rasa selamat dan disayangi.Tidak seperti sebelum ini.

Adam pula gembira tak terkata.Rasa bahagia sangat bila Aisyah pun cintakan dia.Rasa tak sabar nak umum dekat satu dunia yang Aisyah adalah isteri sebenarnya.

Iqbal pula tidak lagi menyimpan perasaan pada Aisyah.Nasib tak lebam biji mata kena tumbuk dengan Adam.Ya lah hari-hari luah perasaan suka kan Aisyah pada Adam.Pada hal Aisyah milik kawan sendiri.Bertuah punya Adam.Nasib Iqbal tak masuk meminang isteri dia.

Iqbal dapat tahu bila dia terserempak dengan Aisyah dan Adam waktu keluar beli barang.Terkejut bila dia bila nampak Adam berpegangan tangan dengan Aisyah.Nasib dia tak fikir yang bukan-bukan.Terselit juga fikiran tak baik.Adam dengan selambanya tarik Aisyah dan memeluk depan Iqbal.Berbulu mata Iqbal tengok.

"Kenalkan ini isteri aku Aisyah Humaira..."Adam sengih sampai telinga.Lepas ni tak payah dah la Adam nak dengar luahan perasan Iqbal terhadap Aisyah.

"Kau ni biar betoi.Bila kau kahwin?Aku tak tahu pun."Iqbal tercengang.Begang pun ada bila kawan baik cantas jalannya.

"Dah masuk enam bulan.Sengaja aku rahsiakan.Sekarang kau dah tahu kan.Jadi aku harap lepas ni kau tak simpan apa-apa perasaan lagi pada isteri aku."

Iqbal terus ternganga.Enam bulan dah Adam kahwin.Kenapa dia tak bagitahu.Dengan Aisyah pula tu.

Mulanya muram juga muka Iqbal.Mana taknya gadis idaman hati sebenarnya milik orang.Milik kawan baik sendiri pula tu.

"Maaf encik Iqbal.Saya tak ada niat nak sembunyikan."Aisyah pula rasa bersalah.

"Aisyah tak salah.Aku yang salah.Aku yang terlalu ego sampai tak nak mengaku dia isteri aku.Aku suruh dia tutup mulut dari bagitau sesiapa pun.Aku minta maaf Iqbal.Harap lepas ni kau tak simpan dah perasaan dekat Aisyah ."Ayat yang last tu Adam bisik dekat telinga Iqbal.

Iqbal menyengih.Takut.Adam kalau sesuatu milik dia yang dia sayang sangat pantang orang lain usik.Iqbal faham sangat dah dengan perangai kawan baiknya yang satu ni.Lepas ni mata tu jangan pandang dekat isteri orang.Nak jeling pun tak berani dah.Tak pasal dapat habuan nanti.

Menonong Adam tarik tangan Aisyah pergi dari satu.Bukan apa dia nak berduaan dengan Aisyah.Baru Adam rasa betapa indahnya bercinta selepas nikah.Semua benda dah halal.Nak pegang tangan sampai tak bernyawa pun tak berdosa dah.

Rasa bahagia sangat.Aisyah pun rasa begitu.Adam begitu mengambil berat akan dirinya.Adam yang dulu nampak ego dan sombong kini menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

Hal kebajikan Aisyah satu pun dia tidak terlepas pandang.Sampaikan Aisyah rasa melebih pula.Aisyah bersyukur sangat Allah dah buka kan pintu hati Adam untuk menerimanya.Makin hari makin berputik rasa cinta di hati Aisyah.

"Sayang duduk kejap.Abang ada benda nak bagi ni."Adam tarik tangan Aisyah duduk di sebelahnya.

Aisyah menanti penuh sabar.Adam ambil sebuah beg kertas berwarna merah hati dari bawah meja kopi.Diletakkan di hadapan Aisyah.

"Cuba sayang tengok apa isinya."Adam kulum senyum.

Perlahan Aisyah keluarkan isi perut dalam beg kertas.Bulat mata Aisyah melihat sepasang dress labuh berwarna unggu.Sangat lembut kainnya.

"Untuk sayang.Abang dah beli lama cuma abang tak sempat nak bagi sebab masa tu sayang dah pergi tinggalkan abang"ada nada kesal di situ.

"Terima kasih,abang."ucap Aisyah sambil senyum suka.

"Abang nak sayang pakai nanti.Err...tadi sayang cakap apa?"Adam baru tersedar akan sesuatu.

"Terima kasih."ulang Aisyah sekali lagi.

"Abang dengar lain.Cuba sayang panjangkan ayat tu."Adam kulum senyum.

"Abang saja kan nak kenakan Aisyah."Aisyah pura-pura merajuk.

Terus Adam tarik Aisyah ke dalam pelukan.Peluk Aisyah seeratnya.Terjerit kecil Aisyah dibuatnya bila bertalu mukanya dihujani dengan ciuman dari bibir Adam.

"Abang sayangkan sayang.Terima kasih terima abang.I love you sayang."Adam ketatkan lagi pelukan sambil di balas oleh Aisyah.Keduanya dalam perasaan bahagia berganda-ganda.Hanya mereka berdua yang rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience