Bab 4

Fanfiction Completed 593245

"AH, sial!!! Lepaskan akulah, gila!!!" Jin Young meronta untuk melepaskan dirinya di dalam dukungan Jimin yang membawanya ke arah kereta. Dalam hati dia menyumpah seranah dirinya sendiri. Kenapalah dia pergi menampar wajah Kai tadi.

Kalau dia mengawal dirinya tadi dan tidak menunjukkan apa-apa bantahan, pasti dia tidak akan dicempung oleh orang-orang Kai. Fikirnya, dengan menyamar menjadi orang kelab malam, dia berjaya mendapatkan maklumat tentang Kai. Penat dia meminjam baju gadis yang ditariknya tadi.

Melayang juga duit buat bayar pinjam baju tu. Mujur dia membawa bajunya sekali tadi kerana gadis tadi membawa baju sendiri. Jadi, tak perlulah dia meminjamkan bajunya kepada gadis itu.

Tapi penat tukar baju apa semua, ini pula yang jadi. Jin Young bimbang, dia akan gagal dalam tugasnya yang kali ini. Niatnya untuk bekerja, tetapi kenapa pula boleh jadi macam ni?

"Diam!!! Jimin, tutup mulut dia. Ikat tangan dengan kaki dia sekali." Kai memberi arahan kepada Jimin. Dia duduk di tempat penumpang di sebelah pemandu. Menanti Jimin membuat kerjanya sementara Taehyung menghidupkan enjin kereta.

Jin Young yang masih didukungan Jimin, dibaling seperti patung oleh lelaki itu. Tubuhnya yang letih, semakin sengal-sengal. Bayangkan, bagaimana tubuhnya dibaling kejam. Tak berperikemanusiaan langsung.

"Kau belum kenal aku siapa lagi, Kim Jong In. Kau belum kenal siapa aku," katanya sambil mengetap gigi, geram. Mulutnya diikat oleh Jimin. Tangannya juga sama diikat ke belakang dan kakinya juga turut sama diikat. Bukan perlahan, dah macam ikat bungkus makanan! Tak ada hati perut! Kejam!

Kai ketawa besar di depan. Berdekah-dekah sehingga mengundang jengkel pada hati Jin Young. Jijik mendengar ketawa itu. Sejijik hatinya kepada Kai sewaktu bibirnya menjadi sasaran Kai. Sampai ke sekarang, dia dapat merasakan Kai mengucup bibirnya secara paksa.

"Kau, Irene Kim. Seorang penyiasat persendirian yang akan mencari maklumat tentang aku. Hyuna, bos kau kan? Aku bukan tak tahu, kau menyamarkan? Kau belum kenal aku lagi, Irene Kim. Kau belum kenal aku yang sebenar. Bila kau dah kenal aku, baru kau tahu langit dengan bumi tu macam mana tingginya," kata Kai dengan lagaknya. Jelas riak terkejut terpancar pada wajah Jin Young. Matanya yang bulat semakin bulat jadinya.

Macam mana kau tahu padal identiti aku? Soalan pertama yang berlegar di kepalanya selepas sahaja Kai habis bercakap.

"Mungkin kau terfikir, macam mana aku boleh tahu identiti kau. Nama Irene Kim dah tersebar kat mana-mana. Dan aku, dah banyak kali jumpa orang yang sama macam kau, cumanya kau ni, perempuan. Kalau lelaki, aku boleh je bunuh dia. Tapi kalau perempuan..." Tiba-tiba Kai melompat ke belakang mengubah posisinya.

Jimin faham apa yang bosnya mahukan. Segera dia ke depan, tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

Jin Young cuba untuk menjauhkan dirinya daripada Kai yang berada di sebelahnya itu. Tetapi disebabkan tangan dan kakinya diikat, pergerakannya terbatas. Malah, Kai semakin menarik pinggangnya supaya lebih dekat. Jin Young memejamkan mata saat Kai mendekatkan bibir pada telinganya.

"Tapi kalau perempuan, aku boleh sentuh kau. Rasa sikit 'madu' yang ada pada 'bunga' ni. Lagi-lagi, kau masih darakan? Lagilah aku suka. Bahagia hidup aku dapat tidur dengan kau." Kata Kai tepat pada telinganya.

Lelaki itu kemudiannya ketawa berdekah-dekah setelah berjaya melepaskan satu ciuman pada pipi Jin Young sejurus selepas menghabiskan ayatnya tadi. Ciuman Kai benar-benar membuat tubuh Jin Young meremang.

Masih terasa bibir itu menyentuh kulitnya. Akibat tidak dapat menahan rasa, dia mengalirkan air mata. Setitis demi setitis. Dia yakin, nasibnya tidak baik.

"Kau menangis ke? Kau tak perlu risau, sayang. Daripada kau buang masa cari maklumat pasal aku, baik kau layan aje aku. Kita juga yang... sama-sama puas nanti, kan?" ujar Kai yang sudah hampir hilang kawalannya. Nafsu sudah menguasai seluruh tubuh.

Tangannya yang berada pada pinggang Jin Young, perlahan-lahan menyentuh belakang tubuh gadis itu. Dia mengusap-usap tubuh Jin Young dengan lembut sehingga membuatkan Jin Young hampir tertewas dengan permainan Kai.

Esakan Jin Young semakin kedengaran tatkala matanya dapat menangkap anak mata Kai memandang dadanya yang terdedah itu. Rambutnya yang panjang itu tiba-tiba dikalihkan oleh Kai.

"Menghalang pemandangan aku." Selamba sahaja Kai tuturkan ayatnya. Jin Young memandang ke arah lain. Jijik mendengar kata-kata itu.

"Ah! Kau tak perlu risau. Aku tak nak kita kat sini. Tak selesa. Taehyung, kita ke vila kat Busan. Sekarang." Kai memberi arahan.

"Baik, tuan." Taehyung akur. Jin Young meredakan tangisannya. Sesekali dia cuba untuk mengelak daripada tangan Kai yang berada di belakang tubuhnya. Kai akur. Dia cuba juga untuk bertahan. Jimin dan Taehyung masih ada. Dia mahukan privasi.

'Busan?' Jin Young termenung. Jauh. Sungguh jauh daripada semua orang. Tapi dia akan memastikan dirinya terlepas. Itu yang dia azamkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience