AFSHIN 28

Fantasy Completed 7262

"Nek.. " Rycca menyeru nama wanita tua yang sedang duduk bersimpuh di sisinya.


Nek Galyn yang perasan dengan panggilan itu cepat-cepat menumpukan perhatian kepada Rycca. Dia membantu Rycca bangun dari perbaringan.


"Kamu masih lemah. Rehatlah semula." Nek Galyn bersuara risau.


Rycca tidak membalas. Dia mula termenung memikirkan kejadian tadi. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sekarang. Sesuatu yang meresahkan hatinya.


"Nek Galyn ada melihat sesuatu semasa merawat saya tadi?" Rycca menyoal lemah.


"Tidak, kali ini nenek tidak dapat meramal apa yang bakal terjadi. Mungkin kerana keadaan badan kamu yang tidak bermaya." Nek Galyn memegang bahu Rycca lembut.


"Kenapa nak? Kamu nampak gelisah sahaja." Nek Galyn merenung anak mata hitam Rycca cuba mencari jawapan.


"Kamu sudah sedar?" Suara itu mencelah tiba-tiba.


Tanpa perlu melihat gerangannya, Rycca sudah tahu suara itu milik siapa. Hanya anggukan lemah yang dia berikan kepada Tengku Rayyan.


"Mari saya hantar kamu pulang semula. Dengan keadaan kamu yang begini tidak usahlah kamu turut serta membantu rakyat Kautsar." Tengku Rayyan mula melutut di sebelah Rycca. Dia mahu memapah Rycca untuk bangun. Tangannya mula menggenggam tangan Rycca untuk diberikan sokongan.


"Aduhh!" Rycca mengaduh sakit. Dia baru sedar kedua-dua belah telapak tangannya berbalut kemas dengan kain putih. Sekali lagi dia cuba menggerakkan tangannya dan memang betul terasa kesakitan yang mula menjalar di situ.

"Maaf. Saya lupa kamu cedera di dalam pergelutan sebentar tadi." Tengku Rayyan cepat-cepat melepaskan tangannya.


"Bukankah badan kamu kebal dengan senjata tajam?"


Soalan dari Nek Galyn itu membuatkan wajah Rycca bertukar pucat. Dia lupa kelebihan dirinya nan satu itu. Laju sahaja dia membuka balutan di tangan. Ingin memastikan sendiri kesakitan yang dirasai di hadapan mata. Dan ternyata betul apa yang disangkakan. Luka di tangannya masih ada.


"Macam mana.. " Ayat Rycca terhenti di situ. Nafasnya mula kedengaran tidak teratur. Apa yang berlaku ni? Macam mana keris itu bisa melukai tangannya? Rycca nemandang wajah Tengku Rayyan dan Nek Galyn bersilih ganti. Mereka juga kelihatan terkejut dengan kenyataan itu.


"Apa yang dia gunakan untuk mencederai kamu?" Nek Galyn bertanya cemas.


"Hanya sebilah keris. Keris emas dan kelihatan biasa sahaja. Tetapi.." Rycca mengingati kembali detik-detik dia hampir ditikam. Detik itulah yang dimenungkannya tadi.


Nek Galyn dan Tengku Rayyan menunggu dengan penuh sabar apa yang ingin disampaikan Rycca.


"Dalam ufuk yang luas, sosokku ditenggelami senja, hadir terbuai di benua sebalik alam.. Ya! Mantera ini yang dibacanya sebelum mahu menikam hamba. Hamba ingat bagaimana hamba boleh masuk ke alam ini. Mantera inilah yang membawa hamba ke sini!" Rycca mengangguk yakin. Dia sudah ingat. Dia ingat apa yang dibacanya semasa menunggang Merry-Go-Round di hutan itu.


Tengku Rayyan jelas terkejut apabila mendengar butir bicara Rycca. Dia mula teringat sesuatu. Mantera itu pernah didengarinya sebelum ini atau lebih tepat dia pernah membacanya dahulu.


"Saya sangat yakin, mantera ini adalah senjata yang sebenar untuk mencederakan saya." Rycca memandang Nek Galyn.


"Jika betul apa yang kamu katakan Rycca, maksudnya kamu sekarang dalam bahaya. Kerana bila-bila masa sahaja lelaki itu boleh datang membunuh kamu dan dia tahu kelemahan kamu." Nek Galyn memegang kedua-dua bahu Rycca.


"Saya pernah mendengar mantera itu sebelum ini." Tengku Rayyan akhirnya bersuara.


Berkerut dahi Rycca memandang Tengku Rayyan. Rycca bingkas bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan Tengku Rayyan menagih jawapan.


"Pembesar Essam pernah menunjukkan saya mantera itu. Katanya mantera itu ibarat satu malapetaka terhadapnya. Dan penyakit yang dialami sekarang berkait dengan mantera itu." Jelas Tengku Rayyan lagi.


Rycca terpana mendengar jawapan yang diberikan Tengku Rayyan. Mungkinkah pembesar Essam mengetahui sesuatu yang tidak dia ketahui selama ini? Mungkinkah kehadirannya memang dinantikan oleh pembesar kawasan itu? Atau mungkinkah apa yang dicari selama ini sudah hampir sampai ke titik pengakhirannya? Rycca tiada jawapan untuk semua itu. Tetapi dia tahu pembesar Essam pasti mengetahui segala-galanya. Kali ini Rycca tekad. Dia akan bersemuka dengan pembesar Kawasan Essam!


"Hamba mahu pergi ke Kawasan Essam!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience