BAB 4

Romance Completed 9482

Zayn mendesak Gigi untuk menonton wayang -movie marathon, aktiviti yang digemari mereka berdua keesokan harinya. Dia tahu yang Gigi akan terlelap sebaik sahaja filem ketiga atau keempat dimainkan, dan dia begitu terdesak untuk mengucup bibir gadis itu sekali lagi memandangkan dia tidak berkesempatan melakukannya semalam memandangkan Gigi mahu bertemu dengan Abel. Gigi mahu menamatkan hubungan mereka dengan cara baik kerana merasakan Abel berada dalam keadaan tak betul seperti orang mabuk ketika membuat keputusan mengakhiri hubungan mereka dan itu yang membuatkan Gigi marah ketika di parti Niall tempoh hari.

Sejujurnya, Zayn teragak-agak melepaskan Gigi pergi kepada lelaki yang telah mengecewakan dan membuat Gigi menangis namun dia tewas dengan pujukan Gigi yang meletakkan kedua tangannya pada dada Zayn menyandar erat pada dadanya, sungguh hampir sehingga dia mampu menghidu bau ubat gigi berpudina dari mulutnya sebaik sahaja Gigi berkata, ''aku harus setelkan benda ni, kalau tak aku takkan tenang.'' Akhirnya Zayn membiarkan Gigi pergi meninggalkan dia terkapai seorang dan menjadi bahan lawak Niall berjam-jam lamanya. Ya perginya Gigi pada malam itu membuatkan Zayn tak ubah macam orang ditinggalkan bini.

Saat ini Zayn berada di condo mewahnya, berdiri di dapur sambil menunggu bertih jagung siap dimasak sementara Gigi pula duduk di kerusi bar. Acapkali Zayn mencuri pandang Gigi namun dia tidak berani bertentang mata dengan gadis itu. Sementara itu, Gigi pula dalam dia sedang menganalisis Zayn, cuba membaca bahasa tubuh dan mencari tahu apa yang dirahsiakan oleh kawannya itu dari dirinya - kerana dia tahu ada sesuatu yang tak kena pada Zayn.

'''Movie apa kita nak tengok ni?'' tanya Gigi memecahkan kesunyian.

Zayn mengangkat bahunya berkali-kali seakan dia sendiri tidak ada idea tentang movie apa yang mereka haru tonton.

''Apa kata kau pilih movie apa yang kau nak sementara aku siapkan popcorn ni?''balasnya sambil mata mereka saling bertentangan.

Gigi tidak keberatan menurut permintaan Zayn . Dia bingkas bangun dari kerusi kemudian lalu di hadapan Zayn sebelum memasuki ruang tamu.Namun sempat dia melirikkan matanya dan melemparkan senyuman menggoda pada Zayn sebelum kelibatnya hilang dari pandangan Zayn.

Sebaik sahaja Gigi meninggalkan ruang dapur, Zayn menghela nafas lega dan mengusap dadanya cuba untuk menahan keinginannya. Ikutkan hati dia berharap cepatlah popcorn ni siap, cepatlah mereka menonton wayang dan semoga cepatlah Gigi terlena ketika menonton wayang supaya dia boleh mengucup lembut bibir mungil itu sekali lagi.

Jauh di sudut hati Zayn merasa betapa jijik dan peliknya perangainya mendamba untuk mencium gadis itu dalam keadaan Gigi tidak sedar sebab dia tahu mustahil untuk dia melakukannya ketika Gigi sedar meskipun berkali-kali Niall menyakinkan drinya bahawa Gigi juga turut berkongsi perasaan yang sama dengannya. Sungguhun Niall anggap perangai kawannya yang satu ini pelik namun dia bersetuju untuk menyimpan rahsia itu dari pengetahuan ahli band yang lain juga termasuk Gigi.

Akhirnya Popcorn pun siap dan mereka berdua kini menonton filem 'P.S I Love You', filem yang sudah lama ingin ditonton Gigi. Saat duduk berdua begini, ada satu rasa yang mendorongnya untuk menyandarkan tangannya di bahu Gigi dan menariknya dekat, atau boleh jadi ke ribanya - semata mahu melihat reaksinya. Jika Gigi tak marah atau berasa pelik dia boleh menciumnya. Tapi seperti biasa, dia tidak punya keberanian untuk melakukan perkara-perkara yang dibayangkannya itu.

Dalam pada dia sedang bertarung dengan perasaan sendiri tidak semena-mena Gigi menyandarkan kepala di bahu Zayn. Zayn tercengang seketika dan mengagak yang kemungkinan Gigi terlelap namun sebaik dia memandang Gigi, dia menyedari Gigi masih terjaga.

Zayn mengumpul segala keberaniannya dan mulai meletakkan tangannya di bahu Gigi meninggalkan kedua-duanya dengan helaan nafas lega sambil senyuman kecil terukir di bibir masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience