“Kerap kali kaki mu melangkah keluar sewaktu berkumandangnya azan. Keluarnya kaki dan tubuhmu bukan untuk mencari punca di mana mata air syurga memancut diatas nikmat kebesaran Allah. Adakah kau tahu dimanakah punca mata air syurga itu?..... rumah Allah .. di mana air suci itu mengalir untuk menyucikan diri dengan cara berwuduk. Sucinya itu melimpahi masuk ke dalam ruangan hati agar kau lebih mencintai penciptamu sendiri tetapi!!... suara itu bergema. Mencengkam lagi tubuhnya hingga menggeletar kesakitan.
“Kau menggunakan kedua belah kaki mu ini.....”
Kaki Anissa terasa bahang dan kepanasannya teramat sukar untuk digambarkan...
“kau menggunakan kedua belah kaki yang tuhanmu berikan ini untuk mencari punca mata air neraka! Kau tahu apa itu punca mata air neraka?... arak yang kau teguk itu wahai perempuan!!!!! Setitis sahaja air haram itu melalui kerongkongmu, ianya telah pun memecahkan segumpalan air yang membeku sejuk agar mencair dah mengalir begitu sahaja sedangkan air yang sejuk membeku itu adalah jiwamu yang tenang dan ingin sentiasa mengingati tuhanmu. Malulah engkau wahai perempuan!!!!!...
Anissa menjerit ketakutan. Dia merangkak selepas tubuhnya dilepaskan.
“lari...... ke mana tempat yang kau mahu tuju untuk berpisah dengan hukum Allah sedangkan apa yang ada di langit dan di bumi biarpun sezarah cuma ini adalah haknya!
“Takkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Maafkan aku!!!!!!! Ibu... tolong Nissa” jerit Anissa. Telinganya dicekup semampat yang mungkin. berharap agar suara itu meminggirkannya serta merta.
“Bukan dari ibumu yang patut kau minta pertolongan tetapi daripada tuhanmu yang juga telah menjadikan ibumu yang telah banyak menumpahkan air matanya hanya kerana kau ....... menjadikan syaitan itu raja segala raja di hati dana akalmu”
Anissa terjatuh ke dalam gaung. Dia masih menangis malah lebih kuat berbanding tadi. Dia mencengkam rambutnya yang panjang paras bahu itu sekuat yang dia mampu.
Share this novel