Rate

BAB 2

Spiritual Completed 387

Pak Tua hanya situa yang hidup seorang diri. Yangwataknya tidak penting
jika dilihat pada lahirnya, namun pada zahirnya, Pak Tuaada nilai yang
tersendiri. Dan nilai Pak Tua ini akan makin bernilai menjelangtarikh
keramat negara, 31 Ogos. Aku sendiri setiap tahun menyaksikannya.
Masuksahaja bulan Ogos, ramailah orang-orang berita datang menemuramah
Pak Tua.Mencari berita tentang hal Pak Tua yang hidupnya pada zaman
negara dijajah.

Hujan aku redah dengan cepat. Rumah Pak Tua tertutuprapat. Tidur lagikah
Pak Tua? Sebaik salam kedua aku laung, Pak Tua sudahterjengul di muka
pintu dengan berkain pelikat dan berbaju panas berwarna putih.Sedikit
kelakar aku lihat apabila Pak Tua siap menyarung stokin di kaki. Akunaik
ke ‘lambor’ rumah yang hanya sejengkal dengan pintu depan.

“Emak buat pulut gaul nyior. Dia kata Pak Tua dah lamanak makan.”

Pak Tua bersila rapat di tepinya. Bekas tenong ditanganku dipandang lama.

“Kamu makan sekali. Banyak nampak gayanya tu.”

“Ya lah Pak Tua. Saya pun belum sarapan lagi. Emak suruhsaya makan
sekali dengan Pak Tua hari ni.” Aku merapatkan sila sambil
mengaturbekas-bekas yang penuh dengan pulut, nyior dan ikan kukus
goreng. Lengkap pula makan pagi kami. Pak Tua sudahmenghilang ke dalam
rumah.

Hujan yang masih turun, makin menggila. Mujurlah ‘lambor’Pak Tua ini
terlindung dengan atap zink yang panjang. Bau kopi pekat mulamenyengat
hujung-hujung hidung. Seketika kemudian keluar Pak Tua menatangseteko
penuh kopi dan dua biji cawan.

“Amboi, bukan main makan pagi kita hari ni, Wan.”Tersengih panjang Pak
Tua melihat bekas-bekas yang sudah siap aku susun.

“Itulah. Rezeki Pak Tua hari ni.” Aku ketawa kecil sambilmenuang kopi ke
dalam cawan. Hilang terus rasa mengantuk kalau pekena kopipekat macam ini.

Hujan yang mencurah-curah membuatkan selera kami berduamembuak. Senyap
tidak bercakap Pak Tua menghabiskan pulut gaul nyior emak. Akutersenyum
puas hati melihat Pak Tua yang berselera memakan masakan emak.

“Emak kamu memang pandai masak. Kalah Ucu Temah.” Kopiyang sudah suam
diteguk perlahan. Mendengar pujian Pak Tua, aku tersenyum lebar.Bukan
senang mahu mendengar pujian daripada lelaki tertua di kampung kami
ini.Tambah-tambah pula dipadu dengan Ucu Temah, si tukang masak handalan
kampung.

“Dua hari lepas, saya ada nampak orang berita datang sini.Mahu wawancara
Pak Tua lagi?” Aku tertarik untuk menyoal Pak Tua perihal orangberita
tempoh hari.

“Biasalah Wan. Tiap-tiap tahun macam ni lah. Habis sahajabulan Ogos, tak
adanya orang datang jenguk aku. Tapi aku tak kisah.Sekurang-kurangnya
ada jugak yang ingat.” Pak Tua termenung jauh. Kopi pekatsudah berganti
dengan rokok daun yang dikepit di birai bibir.

“Aku pun kadang-kadang sudah naik serba salah. Tidakdilayan, mereka
semua datang dari jauh. Lagi pula, Islam melarang kita tidakmenghormati
tetamu.”

“Pak Tua sudah bosan bercerita kisah zaman komunisdahulu?” Aku sedikit
pelik mendengar kata-kata Pak Tua. Setahunya Pak Tua tidakpernah bosan
bercerita kisah dirinya yang menjadi mangsa kekejaman komunis. Adasahaja
yang bertanya, maka panjang lebarlah cerita Pak Tua.

“Sebenarnya Wan, merdeka ini bukan setakat kita mengenanghal-hal sejarah
dahulu. Apa guna bercerita kisah-kisah pejuang tanah air, kalauhati kita
sendiri tidak merdeka.”

“Maksud Pak Tua?” Aku menyoal kembali apabila butir patahkata Pak Tua
kedengaran ada makna tersirat.

“Merdekanya sesebuah negara akan dilihat apabila tiadakuasa lain yang
menjajah. Namun, merdeka pada diri kita sendiri macam mana? Akumakin
sedih tengok anak-anak muda sekarang ni. Tak payah tengok jauh.
Dekatkampung kita ni sudah.” Pak Tua mengeluh panjang.

“Makin hilang arah aku tengok mereka. Bawa motor ke hulu,ke hilir. Yang
perempuan berkepit di belakang. Kalau sudah kahwin, tidak akuherankan.
Ini belum ada ikatan apa-apa sudah berani berpeluk situ sini.
Nakditegur, tidak dipandangnya aku.” Sayu nada Pak Tua.

Aku terpana. Kata-kata Pak Tua ada betulnya. Dan akusendiri mengakuinya.
Budak-budak di kampungku masih dibelenggu masalah-masalahsosial. Mat
rempit, penyalahgunaan dadah dan terbaru kes lari mengikut temankenalan
daripada laman sosial.

“Sebab tu aku jadi makin sedih bila sampai sahaja bulanmerdeka ni.
Dilaung-laung perkataan merdeka, tapi betul ke kita ni sudahmerdeka?”
Pak Tua kembali menghirup kopi pekat yang sudah sejuk.

“Bagi Pak Tua, hati kita ini harus merdeka macam mana?”Aku menyoal lanjut.

“Kita ni orang Islam, Wan. Hati kita ini harus kuat imannya, pegangannya.
Kalau dulu, mungkin penjajah mahukan negara, tapi sekarang, mungkin
jajahannya cara lain. Aku orang tua. Hidup bukan macam zamankamu
sekarang ni. Tapi bila aku tengok berita, baca suratkhabar, tengok
anakcucu aku balik ke kampung, lagak mereka sudah lain. Semua sibuk
dengan urusanmasing-masing. Gembira dan merdeka mereka cara lain.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience