Keesokan harinya... aku bawa Dzikri pergi bermain di taman permainan. Alhamdulillah.. dia membesar dengan baik dan penuh kasih sayang oleh saya.
Kekadang dia banyak tanya juga pasal ayah dia, tapi aku 'just' senyum. Aku taknak dia rasa sedih, mungkin suatu hari bila dia besar, aku akan juga beritahu Dzikri tentang ayahnya. Buat masa ini, belum lagi. Biarlah dia menjadi matang dulu.
“Mama.. mama, Dzikri nak main buaian tapi tak dak sapa nak tolong buaikan. Mama tolonglah buaiakan Dzikri.”
“Yalah.. mama buaikan untuk Dzikri.”
Aku menjawab sambil tersenyum kepadanya. Tiba-tiba sambil aku buaikan Dzikri, terlintas satu soalan daripadanya yang sudah banyak kali ditanya.
“Mama.. kenapa orang lain semua ada ayah.. boleh tolong ambil kawan-kawan Dzikri balik sekolah, beli mainan dan suap kawan-kawan Dzikri.Kawan-kawan Dzikri selalu tanya dekat Dzikri, mana pergi ayah Dzikri? Apa yang Dzikri nak jawab.”
Dzikri bertanya kepadaku dengan nada yang sedih dan muka yang monyok.
Aku sekali lagi tersenyum kepadanya. Hampir setiap hari juga dia bertanya kepadaku soalan yang sama.
Tapi kali ini dia sedikit marah dan meninggikan suara kepadaku apabila aku senyum lagi kepadanya.
“Ish... mama nih. Kenapa selalu tak jawab, Dzikri jeles tau tengok kawan-kawan Dzikri semua ada ayah tapi Dzikri takdak pun. Harituh ada cikgu tanya dekat Dzikri pasal ayah Dzikri. DZIKRI MALULAH! Mama tak pernah rasa kesian dekat Dzikri. Mama biar Dzikri tak dak ayah.”
“Ya Allah, Dzikri. Kenapa kamu cakap macamtuh dekat mama. Ayah kamu ada tapi dia kerja dekat luar negara, paham tak?! Nanti dia baliklah. DZIKRI SABARLAH SEDIKIT, MAMA KUSUTLAH DENGAN SOALAN DZIKRI. BOLEH TAK DZIKRI TAK PAYAH TANYA SOALAN TUH LAGI.”
Aku tidak tahan lagi dengan pertanyaan Dzikri, aku terpaksa berbohong dan marah kepadanya. Aku sudah penat dengan soalannya lagi.
Dzikri terus lari daripadaku sebaik mendengar jerkahan aku kepadanya di tempat awam. Semua orang melihat kami berdua. Aku terus menuju dan meligan Dzikri.
Tiba-tiba, seorang lelaki datang menangkap Dzikri dan memberi kepadaku.
Sumpah aku cakap, dia memang kacak dan mempunyai badan sado. Mestilah jejaka yang tergila-gilakan oleh gadis-gadis.
Dia bertanya kepadaku.
“Eh.. nih anak awak kan? ”
“Haah.. eerr.. terima kasih sebab tolong tangkapkan dia untuk saya.Terima kasih ya.”
Dia tersenyum kepada ku dan menjawab
“Sama-sama, lagipun bukan apa pun, saya cuma tangkap anak awak ja. By the way, nama saya Haris.”
“Nama saya Arina.”
“Nama anak awak nih apa? ”
“Owh.. nama dia Dzikri.”
“Ayah Dzikri tak ikut sekali ka pergi main dengan dia.”
“Ermmm.. saya janda.”
Bohonglah aku janda,Dzikri nih anak luar nikah. Tapi takkan aku nak bagitau dekat dia yang dia nih anak luar nikah.
“Owh yalah.. saya pun single.”
Seriously, dia single.Mamat hensem macam nih boleh single?! Hmm.. tak palah. Kot kot boleh jadi ayah Dzikri nanti.Hehe....
Kemudian Haris menyambung lagi
“Boleh tak saya nak nombor telefon awak. Mungkin awak boleh minta tolong saya kalau apa-apa yang jadi, saya sedia ja tolong awak. ”
“Hah.. tak da hak. Boleh ja..”
Aku memberi nombor telefon aku kepada Haris dengan perasaan yang gembira dan 'excited'. Selepas itu, aku mengajak Dzikri balik ke rumah kerana langit sudah bertukar menjadi warna oren.
Dalam perjalanan pulang, Dzikri bertanya padaku
“Eh.Eh, kenapa mama happy ja ni. Tadi bukan main lagi marah Dzikri, tiba-tiba jadi 'happy'.Ha.. Dzikri tahu mesti sebab lelaki tadi kan. Hehe.. Dzikri suka lah dekat pakcik tuh. Dia baik ja.. dia selalu senyum. Hensem pulak tuh kalah Dzikri.”
“Eh.. mana ada.Bukan sebab dia lah.”
“Mama tak yah tipu, Dzikri tahu. Lagipun Dzikri anak mama. Dzikri tahu lah.”
“Haha.. ada-ada ja, Dzikri nih.”
Share this novel