BAB 12

Humor Completed 25256

‘Alamak, apalah nasib kena kerja bawah lelaki tak guna tu pula. Habislah aku.’
Getus hati Dian. Dia mengomel sendirian di meja kerja nya.

“Dian ye nama awak?” muncul Hanif pula dating mengganggu.

“Ya. Tulah nama saya.” Jawab Dian dengan nada endah tak endah.

“Tolong betulkan nada awak bila bercakap dengan saya. Lagi satu, panggil saya Encik Hanif.”

“Baiklah En. Hanif.” Kata Dian sambal menunduk.

“Hmmm. Bagus. Pergi buatkan kopi untuk saya.”

********

“Ini kopi yang Encik Hanif minta tadi.”
“Ok ke kopi ni? Tak masuk racun? Sedap ke pun?”
“Eh, takkanlah saya nak masuk racun pula. Kalau macam tu awak minum dulu!”

“ish tak percaya pula. Nah tengok lah saya minum sekarang juga.” Kerana geram sangat, Dian menghabiskan secawankopi itu sekali gus.

Hanif menahan ketawa tapi dia masih mengawal dan membuat muka cool.

“kalau awak dah habiskan apa saya nak minum? Dah pergi buat kopi lain untuk saya.”
Dian mengecilkan mata tanda marah.

“Sebelum awak keluar tu, nanti bawakan fail projek di Paya Jaras. Saya bagi awak masa lima minit untuk cari.

Dian mengetap bibir. Mentang-mentang bos arahkan sesuka hati nampaknya.

Begitulah perang antara keduanya, macam anjing dengan kucing. Tapi di depan Tuan Jamal dua-dua bagaikan malaikat!

Dalm diam, rupanya hati Hanif tersentuh juga melihat kesungguhan Dian menyempurnakan setiap cabaran yang diberikan kepadanya.

Kekentalan wanita itu mencuit rasa lelakinya. Bila Dian terlambat ke pejabat pasti Hanif jadi moody dan akan ok semula setelah melihat wajah kesayangannya itu. Begitu juga dengan Dian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience