Bab 4

Horror & Thriller Series 8852

BAB 4

"Qai!! Kau dah bangun ke belum? Aku nak pergi kerja dah ni . Nasi lemak atas meja. Aku pergi dulu." Bad menunggu respon dari Qai. Tiada respon. Dia terus keluar dari rumah kerana sudah lewat untuk pergi kerja.

Aku yang duduk di atas katil sambil memeluk lutut hanya mendengar.

"Jangan ganggu aku! Aku merayu! Jangan ganggu aku lagi! Aku taknak ingat lagi semua tu. Tolong keluar dari kepala otak aku!" Aku mengetuk kepala sambil menangis. Aku sembamkan kepala di atas lutut.menangis.

"Terimalah balasan kau Qaidir!" Jerit suara itu.

"Diam!! Kau diam! Arghhhh! Blah dari kepala aku sial!!" Aku terus bangun dan mengambil kayu hoki di belakang pintu dan terus memukul kepala aku. Darah mengalir keluar.aku pengsan.

"Assalamualaikum!" Bad membuka pintu rumah. Rumah yang gelap menyukarkan pergerakannya. Setelah dapat mencari suis lampu terus dia buka.cerah.

"Qai!! Keluarlah.. aku beli mcd ni... aku baru dapat gaji." Panggil bad sambil mengetuk pintu.

Pintu bilik Qai terbuka. Terjenggul kepala Qai yang tersengih.

"Kau dah balik Bad? Awal kau balik harini.. hehe." Aku menggaru kepala sambil tersengih..

"Harini kan setengah hari.. tu makan la mcd tu. Aku dapat gaji harini. Aku belanja la kau. ." Ujar Bad. Mukanya kelihatan risau.

"Terima kasih Bad! Kau la kawan aku paling baik. Hehehe." Aku mencubit pipinya. Bad menepis tangan aku.

"Dah-dah! Kau gi makan. Aku nak mandi. Nanti sejuk tak sedap dah." Bad terus masuk ke biliknya. Meninggalkan aku sendirian sambil tersengih.

"Laa lalalala" Bad memandang pelik ke arah Qai.. kadang-kadang dia takut jugak tengok keadaan Qai macam tu. Tapi nak buat macam mana Qai kawan dia.. dulu Qai bukan macam ni,tapi lepas Qai balik rumah dia yang dulu terus Qai jadi macam orang sakit jiwa!

"Bad...... kenapa pandang saya macam tu? Takut saya tengok awak Bad.." aku menegur Bad dengan suara yang lemah lembut.

"Ehh Apasal kau macam pondan tiba-tiba! Dah la makan lah kau.." Bad terus masuk ke biliknya.takut pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience