Rate

BAB 2

Family Completed 542

Terkocoh-kocoh Sarah berlari menuju ke arah Hairie yang sedang duduk di bangku tepi tasik. Dia dah terlambat 10 minit. Risau dia Hairie dah lama menunggu.

“Hairie , maaf sangat saya lambat. Dah lama ke sampai?”

Hairie berdiri sebagai tanda menyambut kehadiran Sarah . Senyuman terukir pada wajah Hairie .

“Tak apa Sarah . Kan saya dah pesan semalam tak perlu rushing. Drive je elok-elok. Saya juga baru sampai.”

Sarah tersenyum sama. Hairie memang begitu, selalu memahami dan bertimbang rasa dengan Sarah , tambah-tambah selepas mereka mengikat tali pertunangan.

“Oh.. Alhamdulillah, tak adalah lama awak menunggu saya. Tak nak persilakan saya duduk?” Tanya Sarah , saja bergurau dengan Hairie .

“Eh yelah, jom duduk. Hihi.”

Mereka sama-sama duduk di bangku menghadap tasik. Untuk seketika, kedua-dua mereka membisu.

“Hairie , awak okay ke? Macam ada hal penting awak nak bincang hari ni.” Sarah mulakan perbicaraan. Dia menoleh ke arah Hairie yang berada di sisi kanan.

Hairie menundukkan sedikit badan, kedua-dua tangannya digenggam. Dia menyusun kata untuk disampaikan kepada Sarah , insan yang disayangi itu.

Sarah ternanti-nanti jawapan dari Hairie . Semakin berdebar apabila melihat Hairie berkelakuan begitu. Dia cuba menenangkan diri dan sabar menanti.

“Hairie , kenapa awak diam? Apa awak nak sampaikan pada saya?”

Huh.. Hairie melepaskan nafas kecil. Dia kembali duduk seperti tadi, bersedia untuk menyampaikan satu berita kepada Sarah .

‘Ya Allah, aku berserah segala pada-Mu.’ Doa dipanjatkan dalam hati Hairie .

Dia memberanikan diri memandang kepada Sarah juga, gadis yang sudah pasti diselubungi 1001 tanda tanya sejak semalam. Dia yakin pasti itulah yang dialami Sarah sebab dia tak pernah begitu dengan Sarah selama setahun perkenalan mereka.

“Sarah , mungkin apa yang saya nak bagitahu nanti berat untuk awak. Tapi saya minta maaf sangat Sarah , ini terbaik untuk kita.”

“Hairie … Apa awak nak sampaikan ni?” Wajah Sarah mulai berubah. Mereka saling berpandangan.

Disebabkan tak berdaya Hairie menatap lama wajah Sarah selepas ini, dia menundukkan kepala.

“Kita putuskan pertunangan kita. Maafkan saya Sarah . Maafkan saya.”

Terpana Sarah mendengar ungkapan dari Hairie . Apakah dia tersalah dengar? Apakah dia di alam mimpi?

“Apa semua ni Hairie ? Kenapa tiba-tiba awak nak putuskan hubungan kita?”

“Tolong maafkan saya. Saya ada sebab buat keputusan ni. Dah seminggu saya fikirkan sebelum buat keputusan ni. Tolong sampaikan kemaafan saya juga kepada mak dan ayah awak. InsyaAllah saya akan datang ke rumah awak. Sebagaimana saya datang cara baik, saya juga nak ia berakhir dengan baik.”

“No! Tak perlu! Terima kasih untuk semua ni. Assalamualaikum.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience