Bab 39

Romance Completed 207871

Muzik bergema kuat memenuhi ruang bersama lampu warna warni yang menyinari lantai tari.

DJ sibuk memutarkan lagu rancak untuk para pengunjung yang datang untuk berhibur.

Perempuan dan lelaki menari sambil berpelukan dan ketawa seperti dunia ini milik mereka. Minuman keras diteguk seperti air mineral.

Melisa hanya memerhati gelagat manusia-manusia yang tidak sedar diri itu dengan hati yang sebal.

Gelas di tangan dihempas kuat. Mujur tidak pecah.

Menjeling bar tender yang bertugas. Ni kalau pecah memang aku suruh ganti. Cantik tak cantik belakang kira.

"Tak guna betul. Dekat setahun aku jejak, tiba-tiba boleh lesap. Dah dua bulan aku cari, apa pun tak ada. Infomer pun tak boleh pakai. Rugi duit aku je, kata si Adinda kerja di hotel. Aku pergi cari tak jumpa. Hish!" Melisa membebel seorang diri bar sambil meneguk air tak serupa air tu.

Pada skrin telefon di hadapannya pula terpapar gambar seorang wanita bertudung manis.

Kau tunggu Adinda, aku datang..

Sedang Melisa melayan marah di hati, terdengar suara lelaki sedang marah-marah di telefon.

Tengok dari gaya macam orang ada-ada. Huh! Bukan boleh percaya, kadang tu nampak macam hebat sangat tapi poket kosong. Apa pun tak ada.

"Macam mana boleh kena serbu? Nasib baik aku ada hal di kelab, kalau tak, dengan aku-aku kena angkut. Buat kerja macam tu pun tak boleh!" marah Cleine di telefon.

Telefon di hempas di atas meja.

"Selama ni, tak pernah sekali pun polis dapat hidu kerja aku kat hotel Indah Kasturi tu. Kalau aku dapat orangnya memang tembus kepala aku tembak" bebel Cleine.

Bergerak-gerak rahang Cleine menahan marah.

"Hish! Panas pulak malam ni. Toy, kau tak buka aircond ke?" marah Cleine pada bar tender yang ada di kaunter.

Butang kemejanya di buka hingga menampakkan dadanya yang sasa.

"Hey you, you cakap hotel apa tadi?" soal Melisa pada Cleine yang berada di sebelahnya.

"Apa? Orang tengah serabut, dia sibuk nak bertanya. Sini bukan kaunter pertanyaan!" jerit Cleine pada wanita seksi di sebelahnya itu.

Pantang sangat orang menjerit padanya, Melisa terus mencapai pistol yang diselitkan pada paha kanannya lalu mengacu ke kepala Cleine.

"Orang tanya elok-elok, tak payah la nak jerit. I bukannya pekak!" marah Melisa pula.

Sebaik pistol ditala ke kepala Cleine, kelam kabut orang-orang Cleine pula mengacukan pistol pada Melisa.

Kecoh di dalam kelab tersebut. Mana taknya owner kelab kena acu senjata.

"Hey.. Chill chill okey." Cleine memberi isyarat pada orang-orangnya supaya menurunkan senjata. Cleine pantas berdiri dan datang rapat pada Melisa.

Senjata yang diacu di kepalanya pula, dipegang dan diturunkan.

"Okey, sorry I tengah badmood. My mistake" Cleine bermanis mulut.

Melisa menurunkan semula pistolnya dan disisip kembali pada hoster di paha.

"I Cleine, owner tempat ni. Tak pernah pun nampak you sebelum ni" Cleine memulakan kata lalu dilabuhkan duduk semakin mendekat Melisa.

Diperhatikan pakaian Melisa yang seksi itu, paha yang putih dan dada yang mengiurkan. Sikit lagi nak terkeluar. Tak berkalih mata Cleine.

"I Melisa, bukan asal sini. Datang nak cari orang" balas Melisa endah tak endah.

"Tadi I dengar you sebut hotel Indah Kasturi kena serbu, hotel you ke?" soal Melisa sambil minuman diteguk.

"Papa I punya. Kenapa?" soal Cleine ingin tahu.

Cantik dan seksi wanita di sebelahnya ini tapi garang. Siapa dia ni. Kalau sangkut sedap juga.

"Kalau you owner, pasti you kenal perempuan ni, Adinda" kata Melisa lalu menunjukkan gambar wanita di telefonnya pada Cleine.

Bulat mata Cleine melihat wajah manis bertudung itu.

"You cakap perempuan ni nama apa?" soal Cleine untuk kepastian.

Rasanya nama yang disebut Melisa tidak sama dengan nama yang dikenalinya.

"Adinda. Nama tu yang I panggil dia dulu. Tapi nama dia sekarang Intan Afrina. Kenal ke?" soal Melisa sambil wajah Cleine di perhatikan.

Boleh tahan handsome. Pasti anak orang berada.

"Memang I kenal dengan wanita dalam gambar ni dan nama dia Intan, bekerja sebagai housekeeper di hotel I" terang Cleine.

Pelik, kenapa nama dia Adinda. Tidak pernah pulak dengar sesiapa memanggil Intan dengan nama tu.

"Huh, I dah pergi dua hari lepas cari dia kat sana, tapi semua orang tak kenal Adinda" merengus Melisa marah.

"You cari Adinda memang lah orang tak kenal" kata Cleine.

Cari nama lain, memang la tak ada. Tak pun tunjuk gambar. Kan senang. Harap muka je cantik.

"Ada apa you cari dia?" tambah Cleine.

"You ambil dia bekerja di hotel tu, you tau ke siapa dia sebenarnya?" soal Melisa pula.

Senyuman sinis dilemparkan. Harap muka je handsome tapi tak boleh pakai.

Elok la tu, dua-dua pun sama. Dua kali lima, lima kali dua. Kata dulang paku serpih, kata orang, diri sendiri yang lebih. Sesuai sangat!

"Maksud you?" soal Cleine dengan wajah pelik.

"Nah, tengok sendiri" Melisa menyerahkan telefonnya pada Cleine yang terpapar wajah Intan lengkap berunifom polis.

"Mana you dapat ni?" soal Cleine tidak percaya.

Takkan Intan yang dia kenal seorang pegawai polis. Kenapa dia tidak sedar.

Adakah ini salah satu rancangan Caden untuk merampas harta papa. Kalau betul Caden dalangnya, tau la nasib kau nanti.

Ketawa Melisa.

"Senang-senang you kena main dengan perempuan tak guna ni" Melisa ketawa lagi.

Cleine seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Ini bermakna, serbuan tadi tu berpunca dari Intan? Tak guna betul. Sia-sia aku jatuh cinta pada kau Intan.

Kalau aku tau, masa di rumah tu lagi aku bunuh. Tangan digenggam menahan marah.

"You tahu ke mana dia sekarang?" soal Melisa ingin tahu.

"Kalau I bagitau, apa yang I dapat?" soal Cleine pula.

Tubuh Melisa yang terdedah dan seksi itu diperhatikan dari atas ke bawah dengan pandangan penuh nafsu.

Melisa senyum senget. Faham sangat apa yang lelaki buaya seperti Cleine ini mahu.

Melisa kemudian turun dari kerusinya lalu berdiri rapat di celah kaki Cleine. Diurut paha Cleine hingga naik ke dadanya yang terdedah. Tertelan liur Cleine jadinya.

Dada Cleine yang terdedah diusap dan dicium kemudian beralih ke bibir. Dicium penuh berahi. Cleine semakin rakus membalas ciuman itu.

Tanpa berlengah, tubuh Melisa ditarik rapat ke pelukannya. Aksi mengghairahkan itu tiada siapa yang peduli, masing-masing sudah sibuk dalam dunia sendiri.

"Kalau betul boleh tolong, I tak kisah untuk layan you" ucap Melisa sambil mengurut perlahan celahan paha Cleine hingga tangannya sampi ke tengah.

Terasa tindak balas di situ.

"Fine, but tonight you are mine" kata Cleine lalu bibir Melisa dicium dengan penuh asyik.

Cleine semakin tidak dapat mengawal nafsu dan kehendaknya.

Mereka berpelukan kemudian meninggalkan kelab tersebut.

Lelaki seperti Cleine mudah sahaja tersungkur jika pandai mengendalikannya.

Tunggulah kau Adinda, masa kau akan tiba nanti. Melisa ketawa di dalam hati.

Kau tak dapat lari lagi. Dah lama aku tunggu peluang seperti ini.

Kereta milik Cleine membelah kegelapan malam menuju ke sebuah hotel untuk memuaskan nafsunya. Untung malam ni, dapat lauk seksi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience