Amelia memandang Ajkar yang sedang memandu. Bergaya Ajkar fokus pemanduannya. Amelia akan berjumpa dengan keluarga Ajkar pagi ini. Dia terpaksa mengikut setiap kata dari Ajkar.
"Apesal tengok-tengok?".
Ajkar perasan yang Amelia memandangnya lama. Dari tepi saja dia boleh baca gerak-geri Amelia.
"Siapa tengok kau.".
Amelia berbohong. Dia tidak mahu terlalu jujur. Takut Ajkar fikir lebih-lebih. Ajkar di hatinya masih kosong.
"Oh ya. Aku belum tahu nama kau. Sape nama kau?".
Ajkar terlupa sesuatu. Dia belum tahu nama Amelia. Nasib saja Ajkar sempat menanya nama Amelia.
"Amelia.".
Jawab Amelia dengan tenang.
"Amelia apa?".
Tanya Ajkar. Dia perlu tahu nama panjang Amelia.
"Amelia Darti binti Geriz.".
Balas Amelia pertanyaan Ajkar. Matanya pula hanya memandang depan. Ajkar tetap fokus dengan pemanduannya.
Mereka diam kembali. Jam di tangan Ajkar diperhati banyak kali. Sudah jam 9.47 pagi. Tinggal beberapa minit saja masa yang mereka ada.
Amelia tiba-tiba menangis. Air matanya juga jatuh. Dia tidak rela berkahwin dengan Ajkar.
"Kenapa nangis ni?".
Ajkar terus menanya. Tidak tahan dia melihat Amelia begitu. Ajkar tahu tindakannya ini salah. Tapi dia terpaksa. Tiada pilihan lagi. Amelia harus menjadi isterinya.
"Tahu tak kahwin ni bukan benda main-main. Kau hancurkan masa depan aku tau. Aku belum bangga lagi dengan hidup aku. Aku belum sedia dengan semua ni. Dan satu lagi. Kenapa aku? Kenapa?".
Amelia memukul pintu kereta Ajkar. Mahu lepaskan geramnya. Dia masih tidak sedia dengan semua ini. Hatinya belum terrniat untuk kahwin. Lagi-lagi dengan lelaki macam Ajkar.
"Tolong diam boleh tak.".
Kuat suaranya keluar. Ajkar malas melayan karenah Amelia. Dia teruskan memandu. Prilaku Amelia diabaikan saja. Dia tetap akan kahwin dengan Amelia.
"Kenapa kau macam tak de perasaan ni? Kau tau kan benda ni bukan main-main? Aku da kata kan yang kau da hancurkan masa depan aku. Kau faham ke tak ni?".
Ajkar hentikan keretanya di tepi jalan. Kali ini dia betul-betul tidak tahan. Emosinya sangat terganggu.
"Aku kata diam kan. Kau nak mati ke? Kalau kau bising sekali lagi. Nampak pistol ni. Kau nak peluru ni masuk dalam kepala kau. Kalau aku dengar kau bising sekali lagi. Hm. Kau terima nasib kau. Aku tak nak dengar lagi kau bebel kat sini. Faham?".
Ajkar tenung Amelia. Amelia tundukkan kepalanya. Air mata pula tidak habis-habis keluar.
Amelia lantas diam. Berhenti bebelnya selepas dimarahi oleh Ajkar. Ajkar juga memukul pintunya. Dia lepaskan geramnya dengan tingkah laku yang ditunjukkan Amelia.
Pemanduan diteruskan. Ajkar mula masukkan gear. Dia perlu cepat berjumpa dengan keluarganya. Mereka berjanji jam 10 pagi. Jam sudahpun menuju jam 10.
"Oi. Pelan lah sikit.".
Ajkar tidak melayan. Pemanduannya kali ini sangat laju. Dia tidak boleh perlahan. Kalau dia teruskan perlahan mungkin jam 11 baru akan sampai.
^^^
"Keluar.".
Ajkar sudah di depan rumahnya. Dia mengarah Amelia keluar dari keretanya. Amelia masih lagi teragak-agak berjumpa dengan keluarga Ajkar.
Amelia memaksa keluar dari kereta itu. Di sini dia cuba elakkan buat kecoh. Dia kenal Ajkar. Amelia akan berjaga-jaga dengan Ajkar.
"Ingat! Kalau orang tua aku soal kau jawab je. Jangan cuba buat apa-apa. Buat macam kita da lama kenal. Aku tak nak mereka cam yang bukan-bukan. Faham!".
Gigil tangan Amelia. Dia masih terasa takut untuk berjumpa dengan keluarga Ajkar itu.
"Ye Faham.".
Jawab Amelia. Dia akan buat semua kemahuan Ajkar.
"Ajkar?".
Suara Sarna terdengar dari arah mereka berdua. Kuat suara Sarna memanggil Ajkar.
Rumah Ajkar sangat mewah. Bayangkan saja kolam ada dua. Belakang dan depan keberadaan kolam itu. Rumah 3 tiga tingkat. Beberapa pengawal berdiri di depan pintu rumah Ajkar. Kesemua itu pengawal peribadi ayahnya. Burhan.
"Siapa tu Ajkar?".
Sarna memandang Amelia. Senyum hingga ke bibir dia melihat Amelia dengan Ajkar.
"Ni lah bakal isteri Ajkar.".
Ajkar menuju ke tempat Sarna. Dia mahu bersalaman dengan ibunya. Sudah 3 hari dia tidak berjumpa dengan Sarna. Disebabkan terlalu banyak tugas yang dia perlu lakukan.
"Assalamualaikum Datin.".
Amelia salam tangan Amelia. Dia juga tundukkan kepalanya perlahan untuk mencium tangan Sarna.
"Sape nama anak ni?".
Sarna menyoal Amelia. Dia sangat terkilan dengan wajah yang dimiliki oleh Amelia sekarang ini.
"Saya Amelia. Amelia Darti binti Geriz.".
Senyum Amelia ke arah wajah Sarna. Walaupun hatinya sekarang masih sakit. Dia paksakan buat apa yang Ajkar arah.
"Oh Amelia. Jom masuk.".
Sarna biarkan Ajkar berbual dengan beberapa pengawal peribadi Burhan. Dia tidak mahu ganggu Amelia bersama Sarna.
"Amelia ni kerja apa?".
Amelia kaku dengan soalan Sarna. Dia tidak tahu mahu jawab soalan Sarna ini. Kedua mereka duduk di sofa mewah Sarna.
"Saya kerja kat Makmal Proffesor Guna.".
Jawab Amelia. Dia tidak mahu bohong dengan pekerjaannya.
"Oh. Berapa lama da kenal dengan Ajkar?".
Kaku Amelia untuk kali kedua. Dia ingat pesanan Ajkar. Ajkar tidak mahu dia buat hal-hal yang curiga dengan keluarganya.
"Dah 3 tahun.".
Amelia terpaksa tipu kali ini. Sarna hanya mengangguk kepalanya. Dia memang setuju kalau Ajkar dijodohkan dengan Amelia.
"Amelia da tahu apa kerja Ajkar yang sebenar? Amelia tak takut ke dengan Ajkar?".
Amelia buka matanya dengan besar. Inilah masa untuk dia tahu apa kerja Ajkar. Dia mulai tertanya-tanya dengan kerja Ajkar itu sejak berada di Hotel lagi.
"Ajkar kerja apa Datin?".
"Ma?".
Toleh Sarna.
Ajkar pula menggangu perbualan mereka. Tidak sempat Amelia dengar kata Sarna pasal kerja sebenar Ajkar.
"Kamu ni Ajkar. Mama tengah borak dengan bakal isteri kamu ni. Ganggu je. Pergi lah dengan dady kamu. Mama nak borak dengan bakal menantu mama dulu.".
Amelia diamkan diri. Dia tidak masuk campur perbualan diantara Amelia dan Ajkar.
"Mama ni. Ajkar bukan nak ganggu lah. Ajkar nak mama tolong cari fail projek besar dady lah. Ajkar nak baca fail tu kejap.".
Ajkar sengaja hentikan pergaulan Amelia dengan Sarna. Dia tidak sedap hati. Dia takut yang Amelia buat hal yang curiga di depan Sarna.
"Ok kejap. Kamu temankan Amelia dulu kat sini. Mama cari dulu fail yang kamu cakap tu.".
Sarna berdiri dari tempat duduknya. Dia terpaksa tinggalkan Amelia dahulu. Dia menuju ke bilik Burhan. Mencari fail yang dimahukan oleh Ajkar.
Amelia sendiri di sofa itu. Ajkar memandang Amelia.
"Kau ada cakap yang bukan-bukan dengan mama?".
Mereka bertatap muka sekarang ini. Mata Ajkar memandang mata Amelia yang biru itu dengan dekat.
Amelia biarkan tindakan Ajkar itu. Dia memeluk badannya sendiri. Ajkar terlalu rapat dengannya. Sedikit gigil lututnya melihat tingkah Ajkar itu.
"Tak de.".
Ajkar jauhkan badannya terus dari Amelia. Tidak mahu dahulu diapaka-apakan Amelia itu.
Ajkar akan tunggu hingga dia dengan Amelia sah jadi suami-isteri. Ajkar menahan nafsunya melihat Amelia.
"Ajkar.".
Panggil Amelia dengan suara perlahan.
Ajkar berhenti di tengah ruang tamu. Kini Amelia sudah tahu nama lelaki yang menculiknya. Ajkar.
Ajkar tolehkan kepalanya. Memandang Amelia yang memanggilnya.
"Ajkar. Janji dengan saya. Janji yang awak akan jaga saya macam isteri awak.".
Perlahan suara Amelia lafaz ayat itu ke arah Ajkar. Ajkar endahkan Amelia. Dia teruskan jalannya ke arah luar. Dia mahu rehatkan badan. Biarkan Amelia duduk seorang diri di situ.
Sedih Amelia melihat reaksi dari Ajkar itu. Seoalah-oleh tiada apa yang berlaku terhadapnya.
Amelia menadahkan kedua-dua tangannya.
"Ya Allah. Aku redha dengan keputusan Mu Ya Allah. Aku tetap terima dengan jodohku. Cuma aku minta dari Mu Ya Allah. Jaga aku sepanjang aku hidup dengannya nanti. Amin.".
Share this novel