BAB 14

Romance Completed 2488

Dalam sampul itu dipenuhi gambar-gambar Fattah dan Haini tersenyum berdua. Ada yang di pejabat, kedai makan, malahan ada juga gambar mereka berdua sedang berpegangan tangan di dalam pusat membeli-belah.

Fattah ingat lagi hari tu. Mereka ke sana kerana Haini memberitahu yang Fattah perlu menguruskan majlis hari jadi ketua jabatan mereka. Pada waktu itu Haini demam dan dia meminta Fattah merasa bahang panas dari tangannya.

“Saya tak percaya. Saya akan tanya sendiri dengan Fattah,” suara Elliza mengembalikan Fattah dari memorinya sendiri.

“You tanyalah berjuta kali pun kat dia, he’ll said that we’re just friend. Tak lebih dari tu. Tapi I lebih tahu that our relationship is not friendship. Now it’s up to you nak percaya cakap I atau tak,” kemenangan Haini jelas terpancar dari suaranya. Namun belum sempat Elliza bersuara, Fattah mencelah, “Aku memang tak percaya macam ni perangani kau Haini. Aku ingatkan aku boleh percayakan kau.”

“Fattah ?!” Haini kaget. Dia seakan hilang sumber untuk berbicara. “It’s not what you think it is.”

“Oh, really? Kalau macam tu kau boleh tak bagitahu apa yang kau tengah buat ni sebenarnya? Apa motif kau kacau isteri aku and mengaku yang kita couple?” suara Fattah tidak meninggi tetapi Elliza dan Haini sudah boleh agak tahap kemarahan Fattah sekarang.

“I… I…” Haini masih tergagap-gagap mencari kata. Fattah semakin hilang sabar. Kalau Haini di hadapan matanya sekarang, mahu sahaja dia patahkan hidung mancung Haini. Perempuan itu sudah melampau.

“Aku dah agak dah. Takpe Haini, biar aku sambungkan ayat kau. I QUIT! Aku nak esok aku datang office meja kau dah clear and I want to see your resign letter on my desk. I bet you don’t wanna ruined your perfect resume,” kata Fattah sebelum mematikan perbualan telefon itu. Elliza terkejut dengan tindakan Fattah. Fattah hanya senyum kambing sambil menghulurkan kuih bulan yang sudah tinggal satu pertiga itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience