IZZAHmelangkah keluar dari surau dan berjalan ke rak kasut. Dari jauh
dia terlihat kelibat Harraz yang turut keluar dari surau. Dia tersenyum
sendirian. Cepat-cepat dia menyarungkan kasut dan berjalan laju untuk
menyaingi langkah Harraz.
“Raz!” jerit Izzah apabila sudah menjauh dari kawasan surau.
Harraz berhenti. Selama ini belum pernah ada orang yang
memanggilnya Raz kecuali... dia berpaling. Tepat sekali sangkaannya.
Izzah tercungap-cungap sebaik saja sampai di depan Harraz.
“Awak buat apa kat surau?” Sengaja dia menyoal begitu. Kalau sudah
keluar dari surau apa lagi kalau bukan sembahyang?
“Sembahyanglah. Kenapa? Lelaki lembut macam saya ni tak
boleh sembahyang ke?” Harraz menjawab sinis. Buku di tangannya dibawa ke
dada dan dikepit.
Adess, sensitiflah pulak! Izzah tersenyum malu. “Jom
temankan saya makan kat kafe? Saya laparlah.” Izzah buat muka comel.
“Tak naklah. Saya nak balik. Nak siapkan assignment,”
tolak Harraz. Dia mula berpusing untuk melangkah.
Izzah merentap buku dipegangan Harraz dan menyembunyikan di
belakang badannya. Dia menjauhkan diri sedikit dari Harraz.
“Hei, buku saya!” Harraz cuba merampas kembali bukunya namun
Izzah sudah berlari ke depan.
Izzah berpaling. “Temankan saya makan dulu baru saya
pulangkan.” Dia melangkah meninggalkan Harraz. Dia yakin lelaki itu akan
mengejarnya.
“Saya nak balik!” Harraz mengetap gigi menahan geram.
“Awak nak buku ni tak?” Izzah berpusing sambil
menayang-nayang buku di tangannya. Senyuman mengejek terukir di wajahnya.
“Nak...” Dia menghulurkan tangannya. Perlahan-lahan dia
menghampiri Izzah.
“Temankan saya makan dulu!” Izzah mengatur langkah menuju ke
kafe.
“Eee!!!” Harraz kegeraman. Kedua-dua belah tangannya sudah
digenggam kuat. Akhirnya langkah diatur juga ke kafe mengikut Izzah.
“Okey, saya dah temankan awak. Sekarang pulangkan balik buku saya.” Dia
menghulurkan tangannya.
Izzah menggeleng. “Awak tak order pun makanan awak. Pergi
order dulu!” arah Izzah. Dia menopang dagu merenung Harraz yang merah
padam menahan geram. Nasi goreng kampungnya diletakkan ditengah dulu
menunggu Harraz memesan makanan.
“Saya dah kenyang. Cepatlah, saya nak balik ni.” Harraz
mengerutkan wajahnya. Sesekali matanya mengerling ke sekeliling kafe.
“Order first!” paksa Izzah. Pinggannya di tarik dekat
dengannya. Sudu dan garfu diangkat menggaul nasi goreng kampung di pinggan.
“Awak ni kan... eee!!! kecik besar, kecik besar je tau
saya tengok!” Harraz geram. Dia terasa seperti mahu mencekik leher
Izzah. Dia bangkit untuk memesan makanan.
Izzah hanya menayang gigi.
“Saya dahorder. Bagi balik buku saya,” pinta Harraz sebaik
saja dia sampai di meja dengan sepinggan mee goreng dan air bandung. Dia
menghulurkan tangan meminta bukunya.
“Makanlah dulu, tak baik membazir tau!” arah Izzah lantas
menyuap nasi goreng kampung ke mulutnya. Perlahan-lahan dia mengunyah.
Harraz mengetap gigi. Dia mula menyudu mee goreng laju.
“Makanlah slow-slow. Nanti tercekik saya jugak yang
susah.” Suapan Izzah terhenti apabila melihat gaya makan Harraz. Nampak
sangat tak sabar nak balik.
Harraz tak mempedulikan kata-kata Izzah. Bagi dia, cepat dia
habiskan mee, cepat dia dapat balik. Selesai menghabiskan mee, dia
meneguk pula air bandung sehingga habis. “Saya dah habis makan. Bagi
balik buku saya.” Tangan dihulurkan lagi.
“Tunggulah saya habis makan dulu.” Izzah meneruskan suapannya.
Harraz mendengus. Dia menongkat dagu menunggu sehingga Izzah
menghabiskan makanan. Lama dia merenung gelagat Izzah yang sengaja
mengunyah lambat. Dia seakan-akan terpukau melihat gadis di depannya.
Tak berkelip dia memandang gadis itu.
“Uhuk! Uhuk!” Izzah tersedak.
Renungan Harraz terhenti. Dia pantas menghulurkan air pada Izzah.
“Terima kasih.” Izzah menyisip airnya. “Risaujugak awak kat saya eh?”
ujarnya setelah nasi yang tersekat di tekak sudah jatuh. Dia tersedak
pun sebab terkejut tengok Harraz pandang muka dia semacam. Meremang
jugak bulu roma dia melihat pandangan yang dia tak pernah lihat
sebelum ni. Pandangan itu bukan nampak macam Harraz marahkan dia tapi...
nampak macam... romantik! Yup, cara lelaki itu memandangnya nampak
romantik. Harraz dah jatuh cinta kat aku ke? Homai... boleh jatuh
berkali-kali jantung aku kalau hari-hari dia tenung muka aku macam tu!
“Kalau orang lain tersedak pun saya akan tolong jugak.” Serius nada
suara Harraz.
Mati terus senyuman Izzah. Potong mood betul!
Setelah Izzah selesai makan, Harraz menghulurkan lagi tangannya.
Izzah merenung lama wajah comel Harraz dan mengeluh perlahan. Tangannya
diselukkan ke dalam beg sandang. Buku Harraz dikeluarkan dan
meletakkannya di telapak tangan lelaki itu.
Tanpa membuang masa, Harraz terus bangun dan berjalan laju meninggalkan
Izzah yang sedang tersenyum.
“Thanks, Raz. Lain kali temankan saya makan lagi eh?”
jerit Izzah.
Harraz memalingkan wajah dan menjeling tajam pada Izzah.
Jangan harap! Ini yang pertama dan terakhir! gumamnya dalam hati.
Share this novel