MAB 32: SYAHADAH

Romance Completed 902115

Suara bising emaknya yang menyuruhnya bangun sambil menarik selimutnya, membuat tidur Qaiser terganggu. Mengerjap perlahan, namun ditutup semula matanya apabila silau cahaya matahari menerobos masuk melalui tingkap yang terbuka membuat matanya sakit.

“Mak, tutuplah sikit langsir tu. Silau,” ujarnya.

Latifah yang sedang melipat selimut Qaiser, terhenti pergerakannya. Dipandang wajah anak sulungnya itu tidak berkedip. Qaiser masih terkedip-kedip, cuba menyesuaikan anak matanya dengan jumlah cahaya yang masuk.

“Qai…Qai…Cakap apa tadi?” Bergetar bibir Latifah dengan air mata yang sudah mula bertakung di tubir mata, hanya menunggu masa untuk melimpah keluar.

“Silau mak.”

“Qai boleh nampak…cahaya?”

Pertanyaan emaknya itu membuat Qaiser bungkam sejenak. Benar, dia silau. Sudah lama dia tidak melihat cahaya. Sudah lama juga dia tidak berasa silau. Apa yang dirasainya kini, sama seperti ketika penglihatannya mulai kabur beberapa tahun dulu sebelum semuanya menjadi gelap.

“Qai…” Latifah melabuhkan duduk di birai katil, menggawang-gawangkan tangannya di depan mata Qaiser. “…boleh nampak tangan mak?”

Berkerut wajah Qaiser. Tidak dapat melihat dengan jelas, tetapi ternampak seperti bayang melintas di depan matanya.

“Nam…nampak macam bayang,” ujarnya gugup. Gugup kerana terlalu gembira. Sekalipun belum melihat dengan jelas, tetapi dibandingkan hitam gelap sebelum ini, seperti itu sudah memadai.

“Ya Allah Qai…Alhamdulillah…Alhamdulillah.” Jatuh air mata Latifah lalu memluk anaknya itu.

“Kita jumpa doktor lepas ni ya? Biar doktor check, kalau-kalau Qai boleh pulih macam dulu,” ujarnya sebak.

Qaiser hanya mengangguk; Tidak mahu meletak harapan terlau tinggi kerana bimbang kecewa. Dia sudah mula dapat menerima keadaannya yang hilang deria penglihatan. Jika diberi peluang melihat semula, dia bersyukur. Namun, jika itu tidak berlaku, dia tidak akan kecewa. Pasti ada jalan dan pasti ada hikmahnya. Arianna sudah membantunya untuk mengambil master di salah sebuah universiti tempatan dan baru beberapa hari lepas dia menerima surat tawaran.

Ya, Arianna dan Zahran banyak membantunya. Sedih, mengenangkan cinta dia dan Arianna yang tidak kesampaian. Tetapi setidaknya dia lega kerana Arianna bersama dengan lelaki yang baik, yang pantas mendampinginya.

Zahran tahu dia bekas teman lelaki Arianna, tetapi lelaki itu tidak lokek membantunya. Malah lelaki itu yang meyakinkannya supaya menyambung pengajian di peringkat Master. Arianna bertuah memiliki Zahran sebagai teman hidupnya.

.
. .

Zahran sedang menyemak draf bajet yang disediakan Zahrin apabila intercom di atas mejanya berbunyi.

“Yup Dila,” ujarnya tanpa mengalihkan fokus dari dokumen di depannya.

“Puan Sri is here and she wants to meet you.”

“Oh…” Tercengang sejenak Zahran. Tidak pernah ibu datang mencarinya di pejabat. Jika ada perkara penting pun, selalunya ibu akan menunggu dia pulang.

“Okay. Ask her to come in.”

“Okey.”

Menekan alat kawalan, membuka pintu secara automatik, Zahran bangun. Langkah diatur menuju ke pintu sebelum daun pintu dibuka lebar. Muncul wajah cantik ibunya yang tersenyum lebar sambil melangkah ke arahnya

“Ibu…” sapanya; menyisihkan sedikit tubuhnya, memberi ruang ibunya melangkah masuk.

“Sibuk ke?” tanya PS Wahida.

“Sibuk jugak. Ibu tak cakap pulak nak datang hari ni,” ujar Zahran sambil menyaingi langkah ibunya menuju sofa yang terletak di sebelah kiri biliknya.

“Ibu saja singgah. Tadi keluar dengan Dina pergi salon. Lepas tu Dina kata nak datang office Rin. Katanya nak keluar makan tengah hari sama-sama kejap lagi. Tu yang ibu pun ikut.”

“Oh…” Zahran memanggut-manggut.

“Boleh Ran bagi ibu masa sikit?”

Tertawa Zahran dengan kata-kata ibunya. “Ibu kenapa formal sangat? Mestilah boleh.”

“Yalah. Kat rumah, Ran anak ibu. Kat sini Ran bos, kenalah guna bahasa formal.”

Zahran menyengir sebal.

“Tak…Ibu datang ni sebab ibu nak tanya Ran. Ran serius ke dengan Arianna?”

“Seriuslah bu. Kenapa ibu tanya?” tanya Zahran. Pertanyaan ibu itu, jujur membuatnya takut. Nadanya seolah-olah mahu dia memutuskan hubungan dengan Arianna.

“Kalau serius, kita kena bagitahu yang Arianna yang dia perlu convert dulu ke agama Islam. Benda ni nampak simple, tapi tak mudah tau. Kena rasionalkan family dia kenapa Arianna perlu convert. Kahwin campur ni bukan mudah. Soal agama tulah yang paling penting.”

Zahran tidak menjawab. Ya, dia ada juga memikirkan tentang itu, tetapi kesibukannya membuatkan dia tidak punya masa untuk membincangkannya dengan Arianna.

“Ibu ayah tak halang kalau Ran nak kahwin dengan Arianna. Dia pun nampak baik, family dia pun kita kenal. Tapi, Ran kena tahu, kahwin campur ni bukan mudah. Besar tanggungjawab Ran nanti nak bimbing Arianna. Kena ajar macam kita ajar Lily Lana. Bermula dari alif ba ta, dan semua tu tak boleh capai dalam masa satu hari. Kena konsisten dan berterusan. Lagikan yang lahir-lahir Islam pun ramai yang tergelincir, ini pulak yang baru nak mengenal Islam.”

“Ya bu…”

“Nanti ibu jumpa Ari, mintak dia bincang dengan family dia.”

“Kalau family dia tak setuju macam mana?” Persoalan itu bukan baru hari ini muncul, tetapi sudah lama. Dan jujurnya, itu membuat dia benar-benar takut.

Tersenyum PS Wahida dengan pertanyaan Zahran. Ini kali pertama dia melihat wajah Zahran seperti itu. Cemas, khuatir, panik, dan rona wajah seperti itu benar-benar membuat Zahran kelihatan seperti orang lain baginya.

“Inshaa’Allah, niat kita baik, Allah permudahkan. Jangan lupa doa,” ujar PS Wahida.

Zahran mengangguk samar. Ya, semoga dipermudahkan, walaupun dia tahu mungkin tidak mudah, mempertimbangkan Arianna adalah puteri tunggal keluarga Chan.

“Don’t worry too much, okay?” Tersenyum, PS Wahida meramas lembut bahu anaknya, dan itu ternyata berhasil memberi sedikit ketenangan kepada Zahran.

Perlahan dia mengangguk. “Thanks bu.”

.
. .

Pulang dari pejabat Zahran, PS Wahida menghubungi Arianna, mengajak teman wanita anaknya itu bertemu di sebuah restoran vegan di Bukit Bintang. Mujur juga Arianna tidak terlalu sibuk dan menerima pelawaannya.

Tidak lama dia menunggu, sebelum dia melihat kelihat gadis Cina itu melangkah ke arahnya.

“Sorry auntie. Lambat,” ujarnya sebelum melabuhkan duduk di depan PS Wahida.

“Tak apa. Auntie pun baru sampai.”

“Oh…” Arianna tersenyum; tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Juga tidak tahu apa tujuan PS Wahida mengajaknya bertemu. Berbagai-bagai andaian menerjah benaknya, yang membuat dia resah. Bimbang jika wanita ini menentang hubungannya dengan Zahran atas alasan perbezaan pegangan. Keluarga Zahran nampak beragama. Itu yang dia lihat ketika pertemuan kali pertama. Tidak tahu atas dasar apa dia membuat kesimpulan begitu. Mungkin kerana roman wajah TS Zahari dan PS Wahida yang nampak seperti orang beragama. Malah kediaman mereka juga terasa damai. Rasa gugup, gementar yang memacu jantungnya berdetak dengan laju hilang begitu sahaja sebaik sahaja dia menjeja kaki ke dalam rumah itu beberapa hari lalu.

“Kita order dulu ya?” Suara lembut PS Wahida itu membuyarkan lamuna Arianna. dipandang wajah PS Wahida yang tidak lekang dengan senyuman, juga pelayan yang sudah berdiri di sisi meja mereka, bersedia mengambil pesanan.

“Okey, auntie.”

“Ari tolong orderkan untuk auntie, boleh? Sebab auntie sebenarnya tak pernah makan kat restoran vegan.”

“Oh boleh.” Arianna mengangguk senang.

“Auntie nak try Japanaese miso soup? Don’t worry, it’s non-alcoholic.”

“Oh auntie tak pernah makan miso soup, but I can try.”

Arianna tersenyum, meneliti menu itu satu persatu sebelum membuat pesanan.
“One set of pop corn mushroom, seasoned potato wedges, Japanese Miso Soup, crunchy tempura, spongy tofu, two white rice, flower tea and two lemon poppy seed muffin.”

Pelayan itu menanda pesanan Arianna itu pada tablet, sebelum membacanya ulang untuk memastikan pesanan yang dicatat itu betul.

“Yup, betul,” ujar Arianna.

“Please wait for 15 minutes, and we will serve your order.”

“Alright, thanks.” Tersenyum, Arianna memerhatikan sejenak pelayan itu berlaku sebelum kembali mengalihkan perhatiannya kepada PS Wahida. Gugup dia apabila menyedari ibu Zahran itu merenungnya.

“Auntie sebenarnya wonder about vegan,” ujar PS Wahida; cuba mencari tajuk perbualan yang akan membuat Arianna selesa berbual dengannya.

“Ramai yang cakap macam tu. Ramai juga yang confuse vege dan vegan.”

“Oh tak sama?”

“Tak. Vege dia lebih kepada pemakanan je. And vege masih ambik protein dari telur dan susu. Tapi vegan more to gaya hidup. We don’t eat anything yang bersumberkan haiwan termasuk telur, susu, butter, etc. Even sabun, and bahan pencuci yang ada lemak haiwan pun kita tak guna. And kalau auntie nak tahu, we have vegan soap.”

“Oh really?” PS Wahida kelihatan takjub mendengarnya.

“Yup.”

“Then how did you get protein?”

“Protein dari tumbuhan, dari sayuran hijau, kekacang, bijirin…Kalau auntie nak tahu, even kita tak boleh makan telur, tapi kita masih boleh makan telur dadar. Tapi telur dadar tanpa telur.”

Tertawa PS Wahida mendengarnya. “Macam mana tu?”

“Kita guna tepung kacang kuda, flaxseed powder and nutritional yeast, then letak air sikit. Nanti tekstur dia akan jadi macam telur dadar jugak.”

“Oh…Baru auntie tahu. Then, goreng macam biasa?”

“Yup, goreng macam biasa. Kalau nak letak bawang ke cili ke, macam telur dadar biasa tu pun boleh.”

PS Wahida memanggut-manggut. “So your whole family is vegan?”

“Yeah.”

“Masa mula-mula Zahran bagitahu auntie you’re vegan, auntie terfikir jugak, is it related to your religion? Tapi bila Ari kata bukan, then auntie lega jugaklah. Sebab…” PS Wahida jeda sejenak, memikirkan kata-kata yang sesuai untuk menyatakannya kepada Arianna. “…Ari mesti tahu kan, yang Ari dan Zahran berbeza…agama…?”

Perlahan Arianna mengangguk, menelan air liur yang mula terasa kesat. Apa benar andaiannya tadi? PS Wahida menentang hubungannya dengan Zahran?

“Auntie dengan uncle sebenarnya tak kisah siapa pilihan Zahran, asalkan perempuan…”

Meletus tawa Arianna dengan kata-kata PS Wahida.

“Dulu auntie dengan uncle ingat dia gay, tak minat perempuan. Syukurlah akhirnya dia jumpa Ari.”

Nafas yang sesak, kembali lega dengan penuturan PS Wahida itu. Jadi, apa yang membuat wanita anggun di depannya ini, kelihatan begitu berat mahu menyampaikan niatnya?

“Tapi…Ari kena tahu yang perbezaan agama antara Ari dan Zahran not allow the two of you to get married.”

Berubah wajah Arianna, namun dia masih memilih diam; tidak mahu memotong bicara PS Wahida.

“So, kalau ikut undang-undang Malaysia, and Islamic beliefs as well, you have to convert first, peluk agam Islam, then lepas tu baru boleh teruskan dengan prosedur perkahwinan.”

“Oh, saya faham and…I’m aware of that.”

“Soal ni bukan isu kecil. Auntie pun faham. Soal agama ni memang sangat-sangat sensitif. Jadi, sebaik-baiknya, kalau Ari nak teruskan hubungan dengan Zahran, nak hubungan ni berakhir dengan ikatan perkahwinan, Ari kena bincang dengan family Ari. Dapatkan izin dan restu daripada mommy daddy Ari, okay?”

Arianna mengangguk perlahan dengan senyum tipis. Bukan dia tidak memikirkan tentang itu. Malah, sudah lama dia memikirkannya. Sama seperti PS Wahida, dia juga khuatir jika keluarganya menentang keputusannya untuk memeluk agama Islam. Merestui hubungan, belum tentu lagi keluarganya merestui hasratnya mahu menukar agama.

“Tak perlu fikir banyak. Inshaa’Allah kalau ada jodoh Ari dengan Zahran, Allah akan permudahkan. Berbeza pegangan, takkan memutuskan hubungan Ari dengan family Ari. Mommy daddy Ari tetap akan jadi mommy daddy Ari sampai bila-bila.”

“Okay auntie, nanti Ari bincang dengan mommy daddy.”

Tersenyum PS Wahida dengan jawapan Arianna. Sopan. Tertib. Beradab. Cukup segala pakej untuk menjadi menantunya. Wajah cantik dan berharta, itu bonus. Dia mahukan menantu yang tahu menempatkan dirinya. Tahu bagaimana berbicara dengan orang tua, dan tahu bagaimana menjadi sebahagian daripada keluarga mereka tanpa ketara memperlihatkannya. Dia mahu menantu yang semula jadi, bukan plastik, bukan hipokrit.

Kedatangan pelayan membawa hidangan yang dipesan, menghentikan perbualan mereka tentang perkara itu. PS Wahida juga tidak mahu terlalu memaksa atau memberi tekanan kepada Arianna; cuma mahu memberi sedikit gambaran kepada Arianna tentang apa yang sepatutnya dia lakukan jika mahu meneruskan hubungan bersama Zahran.

“Apa yang ada dalam Miso soup ni?” tanya PS Wahida, cuba mencairkan semula suasana. Dicedok sedikit sup itu lalu menghirupnya, sebelum dia mengangguk-angguk. Walaupun kali pertama merasanya, namun rasanya tidaklah terlalu teruk. Cuma agak tawar.

“Miso tu sebenarnya pes kacang soya yang ditapai dari Jepun tapi banyak digunakan sebagai perasa dalam masakan Asia. Sup ni dinamakan sup miso sebab ada diletakkan pes miso tu. Kalau sup miso yang bukan vegan, dia akan ada letak katsuobushi.”

“Oh what is that?” PS Wahida bertanya penuh minat.

“Katsuoboshi ni isi ikan tuna yang direndam dalam air panas, lepas tu disalai, then ditapai ataupun dikenali jugak dengan nama bonito flakes. Tapi vegan version ni tak ada katsuobushi. Actually miso soup macam sup sayurlah, tapi ditambah perencah miso sebagai perasa. Miso is the ultimate reference point for the flavor sensation known as umami.”

“Oh apa pulak tu?”

“Umami ni kalau dekat Malaysia macam Ajinomoto.”

“Oh…” Tertawa PS Wahida mendengarnya. “…dah pergi Jepun, tukar nama pulak ya.”

Arianna turut tertawa. “Ya. Kalau auntie tengok, dalam ni ada kelp seaweed ataupun kun-bu.” Menggunakan chopstick, Arianna menunjukkan kun-bu di dalam sup itu kepada PS Wahida.

“…then ada Japanese thick seaweed. Yang ni tebal sikit banding kun-bu tadi, ada toasted black and white sesame seed, and ada grinded flaxseed.”

“This is the first time auntie masuk restoran vegan. Sebelum ni auntie tertanya-tanya, apalah yang orang vegan ni makan ya? Bila dah rasa, it’s not bad actually.”

“Yeah…” Tersenyum, Arianna menghirup supnya.

“Ni, cendawan kepala monyet jugak ke?” tanya PS Wahida sambil menyepit cendawan goreng yang dipesan Arianna tadi.

“Bukan. Ni king trumpet mushroom. It’s the small version of cendawan tiram.”

“I see…” Memanggut-manggut, PS Wahida memasukkan cendawan itu ke mulutnya.

Dari satu hidangan ke satu hidangan, PS Wahida mencubanya satu persatu, sambil Arianna menerangkan kandungan setiap hidangan itu. Perbualan santai yang akhirnya membuat perasaan kekok Arianna saat berdepan ibu Zahran ini perlahan sirna.

“Thanks Ari, sudi jumpa auntie hari ni. Banyak benda baru auntie belajar,” ujar PS Wahida setelah mereka selesai makan.

“Don’t mention that, auntie. Terima kasih jugak belanja Ari makan tengah hari ni.”

“You’re welcome. Send my regard to your parentas ya.”

“Okey, auntie.”

.
. .

TS Albert, Datuk Eric, dan Datin Michelle memandang Arianna yang kelihatan gugup setelah mengajak mereka berkumpul di ruang keluarga. Menunduk sambil meramas-ramas jemarinya, sesekali terdengar Arianna menghela nafas.

“Ari nak cakap apa sebenarnya?” Datin Michelle akhirnya bertanya. Risau melihat Arianna yang resah seperti menanggung hutang sejuta.

“Ari…Sebenarnya…Ermmm…”

“Are you pregnant?” Datuk Eric menyerkap jarang.

“What? No!”

“Then, apa yang susah sangat nak cakap. Other than you're pregnant, I can hear anything that comes out of your mouth,” balas Datuk Eric.

“Are you sure?”

“Yeah sure.”

“Betul ni daddy?”

Datuk Eric berdecit. “Of course, honey. What’s worse than you being pregnant before getting married?”

“Yeah.” Datin Michelle dan TS Albert menyetujui.

“I want to convert.” Cepat Arianna memberitahu sementara masih ada keyakinan dan sebelum daddynya berubah fikiran.

Hening. TS Albert, Datuk Eric, dan Datin Michelle bungkam, membuat keyakinan Arianna yang menucak tadi kembali kendur melihat reaksi ketiga-tiganya.

“I want to marry Zahran and I want to convert. But I promise…”

“Can you guarantee that you will still be part of us after you convert to Islam?” soal Datuk Eric. Kemungkinan ini sudah lama dia fikirkan sejak Zahran datang bertemu dengannya beberapa minggu lalu. Tidak akan terjadi perkahwinan antara Zahran dan Arianna jika Arianna dengan agamanya dan Zahran dengan agamanya. Mahu menghalang, Arianna sudah nekad mahu bersama Zahran. Kebahagiaan Arianna bersama Zahran. Mahu tidak mahu, perkara itu akan berlaku juga. Cepat atau lambat pasti terjadi.

“I guarantee. Whatever happened, I’m still part of this family. I may convert to other religion, but the blood that flows in me, is still the blood of the Chan family,” ujar Arianna.

Datuk Eric memanggut-manggut. Menunduk dalam, saat itu tangan isterinya terhulur menggenggam tangannya dan meramasnya lembut.

“Pa?” Datuk Eric toleh, pandang papanya.

“It’s up to you. she’s your daughter.”

Datuk Eric menarik nafas dalam, sebelum menghembusnya perlahan. Bibir dikebam, cuba meredam rasa sebak yang mencengkam.

“Daddy…” Bangun dari duduk, Arianna bersimpuh di kaki daddynya.

“Does he love you as much as you love him?”

“I believe, more than I do.”

“What makes you so sure?”

“Bila dia berani datang jumpa daddy, walaupun dia tahu macam mana marahnya daddy bila tahu hubungan Ari dengan Qaiser. He doesn’t even know how you will react, mungkin daddy akan marah, mungkin daddy akan pukul dia atau tampar dia, tapi…for the sake of his love to me, dia beranikan diri. You have no idea how relieved he is after meeting you and telling you everything. He said he felt like he had his life back.”

Datuk Eric tertawa perlahan. “But he looks so confident and arrogant at that time.”

“Well, he’s really good at manipulating emotions and atmospheres.”

“I hope he won’t manipulate my daughter.”

“Of course he won’t.” Arianna mempertahankan teman lelakinya itu.

“Ari…” Datuk Eric mengusap puncak kepala Arianna yang berteleku di lututnya. “…kalau Ari dah betul-betul yakin, nekad, then do it. Just do it. We will support you. You’re my only child and your heppiness is my priority.”

Daripada berteleku, Arianna mendongak memandang daddynya. Ditegakkan tubuhnya lalu daddynya dipeluk erat.

“Thank you, daddy.”

.
. .

Meyarungkan baju kurung moden berwarna ungu lembut, Arianna menyanggul rambutnya sebelum selendang berwarna senada diletakkan di kepalanya. Sebelum melangkah turun, sekali lagi dia memeriksa dokumen yang diperlukan untuk prosedur pengislaman.

Cuma Salinan kad pengenalan dan dua keping gambar passport. Masih dia ingat Zahran mentertawakan gambar passportnya. Katanya bukan senang mahu melihat gambar passport model antarabangsa. Ah, teman lelakinya itu memang menyebalkan. Menyampah pun ada. Tetapi, tetap sayang.

Setelah memastikan semuanya lengkap, dia melangkah turun. Dilihat mommy dan daddynya bersantai di ruang utama.

Tidak berkedip mata Datuk Eric dan Datin Michelle memandang anak mereka itu.

“Do I look weird?” tanya Arianna.

“No. You look beautiful and like…brand new Arianna,” ujar Datuk Eric.

“Daddy…” Arianna dapat mengesan nada sayu daddynya itu. “…I’m still your Arianna. Always and forever.”

“Yeah,,,I know. Are you ready?”

Kali ini giliran Arianna memandang daddynya dengan wajah tidak percaya. “Daddy…nak hantar Ari?”

“Yeah… I want to accompany you on the important day of your life.”

Arianna tersenyum haru. Segera dia berlari lantas memeluk daddynya itu. “Thank you, daddy. Thank you…Thank you…I love you so much.”

Tersenyum, Datuk Eric mengusap lembut belakang Arianna. “I love you too.”

SESAMPAI di depan bangunan JAWI, Zahran dan PS Wahida sudah sedia menunggu di sana. Melihat Datuk Eric, dan Datin Michelle juga ada bersama, segera mereka menghampiri.

“Datuk, Datin…” Zahran menyapa sopan sambil menghulurkan tangannya ke arah Datuk Eric.

Tersenyum ramah, Datuk Eric menyambut huluran tangan itu. Tidak segera melepaskan tangan Zahran, Datuk Eric menepuk bahu lelaki yang bakal menjadi suami anaknya itu. “Take good care of my daughter.”

Zahran menagngguk. “You can take my words.”

“Good. I trust you.”

Tangan Zahran dilepaskan, sebelum dia memandang Arianna. “Daddy tunggu kat sini.”

Arianna mengangguk dengan mata berkaca sebelum memusingkan tubuhnya, beriringan dengan Zahran dan PS Wahida menuju ke bangunan JAWI. Namun sesaat kemudian, langkahnya terhenti. Toleh, daddynya bagai tahu apa yang bermain dalam fikirannya. Datuk Eric mendepangkan tangan dan tanpa ragu Arianna berlari memeluk daddynya itu. Pelukannya berbalas dan tangis Arianna pecah.

“Thank you, daddy. Thank you. I love you…” Entah berapa kali dia sudah mengucapkan ‘thank you’ dan ‘I love you hari ini, namun rasanya seperti tidak cukup.

“I love you too. Go…” Meleraikan pelukan Arianna, Datuk Eric sedikit mendorong tubuh anaknya itu supaya tidak membuat Zahran dan PS Wahida tertunggu-tunggu.

“Daddy tunggu Ari.”

“Ya, I’ll wait for you.”

Arianna kembali melangkah mendekati Zahran. Datuk Eric memerhatikan langkah anaknya itu dengan dada yang berkecamuk dengan pelbagai rasa.

“You can cry,honey. I won’t judge you,” ujar Datin Michelle.

“I don’t feel like crying,” balas Datuk Eric sambil menguis-nguis sudut matanya,.

“Really?”

“Yeah. Dia bukannya tinggalkan kita pun. When everything;s done, she will back to us.” Yakin Datuk Eric berkata walau getar suara itu tidak dapat dia sembunyikan.
“I talked to Alex about this.” Datuk Eric membuka cerita.

“That’s good,” balas Datin Michelle. Alexander adalah abang keduanya. Anak Alexander juga memeluk Islam kerana mengahwini wanita Melayu.

“He calmed me. He said, just look at Adrian. Nothing’s change even they’re not in the same religion. Dia still balik rumah Alex, dia still panggil panggil parents dia mama dan papa. He still works at Alex’s company. Dia still celebrate Chinese New Year with the family. Dia masih berkumpul dengan family on Christmas. You know, Alex has convinced me that there will be nothing in this world that will break the bond between father and children.”

“Yeah…I agree with Alex. Kahwin campur tak boleh elak kalau kita tinggal kat Malayia. Lainlah kalau kita hidup dekat Korea Utara.” Datin Michelle berseloroh, cuba menghiburkan suaminya.

“You’re right.”

“Then, why did you cry?”

“I’m not crying la Michelle. You jangan buat cerita.”

Datin Michelle terkekeh. “Yalah…You’re not crying. Just mata you berair.”

Datuk Eric berdecit sebal. “Memang I menangis. So what? She’s my only daughter, and now she is now at an age where she can make her own decisions, and we just need to support her. I just pray she makes the right decision.”

“Kita kena yakin dengan dia.” Pandang tampang sugul Datuk Eric, tangan Datin Michelle terhulur mengusap dan meramas lembut bahu suaminya itu.

“Kalau tak yakin, kita tak ada kat sini, Michelle.”

Datin Michelle tertawa. “Yeah, you’re right.”

“Pertama sekali, tahniah…Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memilih untuk kembali kepada fitrah.” Ustaz Hadi membuka bicara sambil memandang tiga orang di depannya silih berganti. “Sebelum kita lanjutkan dengan lafaz dua kalimah syahadah, saya akan ceritakan serba sedikit berkaitan rukun iman dan rukun Islam. Sebagai seorang Muslim, kita semua wajib mengetahui rukun iman dan rukun Islam. Apa itu rukun Islam? Rukun Islam adalah lima perkara dasar dalam Islam, yang dianggap sebagai asas yang wajib bagi orang-orang beriman. Ada satu hadis yang khusus menerangkan tentang 5 rukun Islam iaitu sabda Rasulullah SAW: Islam dibangun di atas lima perkara: persaksian bahwa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, pergi haji, dan puasa di bulan Ramadhan. Hadis daripada riwayat Bukhari dan Muslim.”

“Baik, Rukun Islam Yang Pertama ialah mengucap Dua Kalimah Syahadah. Perintah pertama Allah untuk manusia adalah mengucapkan 2 kalimah syahadah. Ucapan dua kalimat syahadah ni wajib hukumnya bagi seseorang yang ingin menjadi muslim.”

“Setelah manusia mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad ialah pesuruhnya, dia telah melakukan kebaikan terbesar disisi Tuhan. Islam menetapkan syahadah sebagai teras atau tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan selama mana seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah ini.”

Arianna memanggut-manggut.; mendengar dengan saksama setiap perkataan yang disampaikan oleh Ustaz Hadi sehingga akhirnya selesai.

“Baik, Cik Arianna ikut saya…” Ustaz Hadi mengangkat telunjuk kanannya, dan diikuti oleh Arianna.

“Ash ha du anla…”

“Ash ha du anla…” Sepatah-sepatah Arianna mengikut kalimat yang disebut Ustaz Hadi.

“Ila ha illallah…”

“Ila ha…il…”

“Lallah..”

“Ila ha illallah…” Suara Arianna mula sebak, membuat PS Wahida juga tidak dapat menahan air matanya.

“Wa ash ha du anna…”

“Wa ash ha du anna…” Air mata Arianna semakin deras mengalir sehingga dia teresak. Dia tidak tahu mengapa dia menangis tetapi ada rasa sayu, rasa sebak, dan juga terharu membuat air matanya mengalir begitu sahaja tanpa dapat ditahan-tahan.

“Muhammadurrasulullah…”

“Muhamma..dur…rasulullah…”

“Alhamdulillah…”

PS Wahida mengengsot lalu memeluk Arianna yang masih teresak. Diusap belakang badan Arianna sambil menepuknya lembut.

“It’s okay…It’s okay…You’re good. You’re good,” bisiknya.

Zahran hanya memerhati, tidak tahu harus memberikan reaksi yang bagaimana. Namun dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Setelah beberapa minit membiarkan Arianna meredakan tangisannya, Ustaz Hadi membacakan doa kesyukuran dan diaminkan oleh Zahran, Arianna dan PS Wahida. Doa pertama yang diaminkan Arianna setelah dia memeluk Islam.

“Lepas ni isi borang pendaftaran pengislaman. Dan Cik Arianna kena hadis kursus intensif Fardhu Ain anjuran JAWI sebelum boleh dapatkan kad akuan Islam.”

“Berapa hari?” tanya Zahran.

“Satu hari je. Kita nak bagi pendedahan kepada saudara baru berkaitan perkara asas Fardhu Ain.”

“Bila tu?”

“Nanti kita akan bagi tarikhnya.”

“Okey, terima kasih Ustaz.”

“Sama-sama.”

Selesai urusan pendaftaran, Arianna kembali ke kereta daddynya. Melihat daddy dan mommynya yang berdiri di luar kereta, cepat-cepat dia berlari ke arah mereka setelah pamit kepada Zahran dan PS Wahida.

“Daddy…Mommy…”

Datin Michelle baru ingin mendepang tangan, tetapi melihat suaminya sudah mendepang tangan terlebih dahulu, dia akhirnya mengalah. Biarlah. Sejak semalam suaminya itu gelisah memikirkan Arianna.

“Dah selesai?” tanya Datuk Eric setelah Arianna menerpa ke dalam pelukannya.

“Dah…”

Hening. Arianna dapat merasakan pelukan daddynya semakin erat. Membalas pelukan itu, dia mengusap-usap belakang badan daddynya.

“I’m still your Arianna,” bisiknya.

SEBAGAI salah satu syarat untuk mendapatkan kad akuan Islam, Arianna perlu menghadiri Kursus intensif fardhu ain yang dianjurkan oleh pihak JAWI. Malamnya dia bermalam di rumah Zahran kerana Zara berjanji mahu mengajarnya memakai tudung dan menghantarnya ke Kompleks Darul Hidayah di Sentul. Zahran tidak boleh menghantarnya kerana perlu berkejar ke pejabat.

Pada mulanya Zara mahu mengajar Arianna memakai shawl untuk ke kursus itu, namun ditegah Zahran.

“Ajar yang senang-senang, tak payah belit-belit. Kang masa pergi elok tudung kat kepala, balik-balik terbelit kat leher je. Lagipun nanti nak belajar ambik wudhu, kang tudung belit-belit, susah pulak dia nak pakai balik.” Begitu kata abangnya semalam, membuat Zara akhirnya mengajar Arianna mengenakan tudung bawal sahaja.

“Mula-mula lipat jadi segitiga macam ni…” Zara menunjukkan cara melipat tudung bawal.

“Okay, lepas tu letak kat kepala, samakan hujung dia, lepas tu pin bawah dagu.”

Arianna memerhati dengan saksama dan melakukannya seperti yang ditunjukkan Zara.

“Lepas tu lipat kat bahagian muka ni biar kemas.” Zara membantu melipat tudung Arianna pada bahagian muka. Dilurutkan awning tudung supaya kemas dan tidak berkelepet.

“Okay cun. Cantiklah Kak Ari pakai tudung.”

Tersenyum Arianna dengan pujian Zara. Dipandang wajahnya di dalam cermin. Nampak berbeza wajahnya berbanding dengan tidak bertudung.

“Jom Kak Ari, kita selfie. Hantar kat abang.” Mendekatkan wajahnya ke wajah Arianna, Zara menghalakan kamera depan telefonnya ke arah mereka, sebelum beberapa keping gambar di’snap.’

“Mesti abang suka tengok kak Ari pakai tudung. Dia tu anti perempuan seksi. Dulu, pernah dia sound direct tunang abang Rin.” Sambil menaip mesej untuk dihantar kepada Zahran, Zara membuka cerita.

“Oh Dina?”

“Bukan. Tunang tak jadi Abang Rin. Nasib baik tak jadi.” Zara terkekeh. “Dia seksi gila. Ada sekali kita orang terserempak dekat restoran, dia pakai dress ketat, paras lutut, menonjol semua yang tak patut tertonjol, Abang Ran kata, memang stail orang sekarang ke pakai baju kat dalam, buah dada kat luar.”

Pecah tawa Arianna dengan cerita Zara.

“Merah muka dia masa tu. Abang Rin memang bengang gila. Seminggu jugak kot dia orang tak bercakap.”

“Boleh tahan mulut dia.”

“Dia memang mulut jahat. Mulut dia bersambung dengan hati, tak bersambung dengan otak. Apa yang terlintas dalam hati, semua dia main luah. Otak dia pun tak dapat buat apa-apa.” Selamba Zara mengutuk abangnya di depan Arianna membuat Arianna terkekeh-kekeh.

“Okay dah. Jom.” Mencapai beg silangnya, Zara mendahului langkah Arianna keluar dari biliknya. “Petang nanti abang jemput kan?”

“Yup.”

KURSUS intensif fardhu ain yang dianjurkan oleh JAWI diadakan Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Al-Hidayah. Dimulakan dengan sesi taklimat dan ice breaking, Arianna benar-benar teruja dikelilingi oleh saudara-saudara baru sepertinya.

Slot pertama dan kedua hanya diisi dengan ceramah membuat Arianna sentiasa mencatat bagi mengelakkannya mengantuk dan akhirnya tertidur.

Slot pertama diisi dengan ceramah ‘Selamat Kembali Kepada Fitrah’, manakala slot kedua mereka didedahkan dengan perkara ‘suci dan solat’. Sesi kali ini agak meriah kerana peserta bergilir megangkat tangan, bertanya istilah-istilah yang tidak pernah mereka dengar. Seperti wudhu, hadas besar, hadas kecil, nifas, dan bermacam lagi. Bimbang apa yang dicatat itu ada yang tertinggal, Arianna akhirnya meminta ustaz yang menyampaikann ceramah itu menghantar slaid yang digunakan ke emelnya.

Pukul satu tengah hari mereka diberi rehat untuk makan sebelum beralih ke slot ketiga iaitu amali solat yang dikendalikan oleh 4 fasilitator.

Diajar tentang empat anggota wajib dan anggota sunat wudhu terlebih dahulu sebelum mereka ditunjuk cara mengambil wudhu dengan betul.

“Anggota wajib wudhu ada empat. Apa dia empat tu? Muka, kedua-dua tangan hingga ke siku, kepala dan kedua-dua kaki. Empat anggota wajib wudhu ni wajib rata air. Kalau tak rata, tak sah wudhu kita. Tak sah wudhu, maka tak sah…solat. Jadi nak pastikan rata, kena gosok dan ratakan air ke seluruh anggota wajib ni.” Sambil memberi penerangan, fasilitator menunjuk cara seperti yang diterangkan.

Terkial-kial Arianna mahu menanggalkan tudung ketika mengambil wudhu, dan memakainya semula setelah selesai. Lupa sudah apa yang diajar Zara pagi tadi. Asalkan tudung itu tersarung di kepalanya sudahlah. Basah lengan dan bahagian hadapan bajunya.

Selesai diajar berwudhu, mereka diajar bersolat pula. Semerbak bau harum menyeruak ke rongga hidung saat Arianna menarik keluar telekung yang dihadiahkan PS Wahida semalam.

“Ni hadiah pertama dari auntie untuk Ari. Guna telekung ni, pakai telekung ni, dan jaga solat. Kita orang Islam wajib solat lima kali sehari. Awal-awal ni memang susah, tapi kita perlahan-perlahan belajar. Nanti setiap Jumaat malam, Zahran jemput Ari datang sini, kita belajar mengaji. Auntie memang selalu jemput ustazah datang ajar anak-anak Zahrin mengaji. Nanti Ari boleh belajar sekali.” Masih terngiang-ngiang kata-kata ibu Zahran saat menghadiahkan telekung itu kepadanya semalam.

Sungguh, dia benar-benar terharu dengan penerimaan keluarga Zahran. Ayah, ibu, Zahrin, Dina, Zara, malah Lily, Lana dan Liyyan juga menerima baik kehadirannya dalam keluarga mereka. Terasa dirai dan dialu-alukan.

ZAHRAN keluar agak awal dari pejabat kerana perlu menjemput Arianna di Kompleks Darul Hidayah. Dari jauh dia melihat teman wanitanya berjalan menuju keretanya sambil ditemani dua orang yang dia tidak kenal siapa. Mungkin baru dikenali ketika kursus tadi. Salah satu kelebihan Arianna yang dia nampak, teman wanitanya itu cepat mesra dengan sesiapa sahaja walaupun baru dikenali.

Ketika Arianna semakin hampir, terletus tawa dari bibirnya. Mana tidak, lipatan tudung pada bahagian muka sebelah kanannya terlalu bawah, sebelah kirinya pula terlalu atas. Seingatnya pagi tadi saat Zara menghantar gambar swafoto bersama Arianna, elok saja tudung itu terletak. Habis kelas fardhu ain, terus kelihatan seperti pelarian Kemboja. Mujurlah tudung itu elok dipin di bawah dagu. Kalaulah dibuatnya, dia hanya mengikat di bawah dagu, sumpah Zahran tidak akan menunggu di situ. Rela dia menempah Grab untuk Arianna. Bimbang nanti ditangkap imigresen kerana menyeludup masuk pelarian Kemboja.

Semakin dekat, semakin sesak nafas Zahran dengan Arianna. Mana tidak, kain baju kurungnya disenteng sehingga ke paras betis. Lengan baju pula dilipat hingga ke paras siku. Ya, Tuhan!

Menggeleng dia dengan wajah sebal.
‘Inikah wanita yang kucintai, Ya Allah?’

Saat Arianna membuka pintu kereta dan meloloskan dirinya ke tempat duduk penumpang, Zahran belum habis sebal dengan teman wanitanya itu.

"Tadaa..." Arianna menayangkan sijil penyertaan yang diperolehinya tadi kepada Zahran tanpa mempedulikan wajah sebal teman lelakinya itu. Toh, wajah Zahran memang selalu seperti itu.

"Good job!" Walaupun sebal, Zahran memberi juga sedikit pujian kepada Arianna.

Tersenyum, Arianna menyimpan sijil itu di dalam fail.

“Kain tu tak boleh angkat tinggi lagi ke?” soal Zahran.

“Hah?” Terpinga-pinga Arianna disergah dengan pertanyaan begitu oleh Zahran ketika hatinya masih berbunga-bunga menerima sijil penyertaan.

“Kain tu…Tak boleh angkat tinggi lagi ke?”

“Oh boleh…” Diangkat kain itu sehingga ke paras paha.

“Eh Arianna!” Ketap bibir, Zahran tarik semula kain itu ke bawah dengan satu tangan memegang stereng. Haih, tak faham bahasa kias rupanya.

“La, tadi suruh angkat.”

“Yang angkat kain tinggi-tinggi tu kenapa?”

“Oh…Tadi tu belajar alami solat…”

Berkerut dahi Zahran. Alami solat?

“Alami ke amali?” soalnya.

“Oh…Amali…Amali…Sebelum solat tu kan kena ambil…” Arianna cuba mengingat-ingat istilah yang baru dipelajarinya tadi. Namun, terlalu banyak yang dipelajari sejak pukul 8 pagi tadi, membuat dia gagal mengingatnya. Menggagau beg tangan, dia mengelurkan buku catatan. Dibelek-belek nota yang ditulisnya tadi. “Wu…dhu’…Did I pronounce it right?”

“Yup.”

“Habis basah baju I tadi masa ambik wu…dhu.” Masih kekok lidahnya menyebut perkataan itu.

“Macam mana boleh basah baju? You ambik wudhu ke mandi wajib?”

“Mandi wajib tu apa?”

“Eh takkan tak belajar tadi? Tu perkara asas fardhu ain tu. Tak belajar bersuci, macam mana nak solat?”

“Bersuci?” Membuka semula buku catatannya, Arianna membelek-belek mencari jika ada dia membuat tcatatan tentang tajuk bersuci.

“Eh…ada…ada…Oh mandi wajib. Masa mula-mula ustaz tu sebut mandi wajib kan, I macam terfikir tau. Eh mandi wajib? I fikir dia salah sebut ke? Bukan ke wajib mandi? And orang Islam je ke wajib mandi? Yang bukan Islam pun mandi tiga kali sehari tau kalau kat Malaysia. I memang dah terlintas nak tanya, nasib baik I tak tanya. Kalau tak, mesti malu…”

Tertawa Zahran dengan cerita Arianna.

“Ha, dah tu apa maksud mandi wajib tu?”

“Mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu.”

“Pandai. Cuba baca niat dia.”

“Dia ada banyaklah. Ada niat umum, ada niat khusus untuk jubun…bujun…nujub…eh…apa ek?” Kembali membuka buku catatannya, Arianna mencari istilah yang cuba disebutnya tadi tanpa menyedari Zahran yang sudah keras perutnya menahan ketawa.

“Haaa junub…” Kuat dan terang Arianna menyebutnya sehingga tebal telinga Zahran mendengar istilah itu. “Lepas tu ada niat mandi wajib kerana nifas and selepas haid…You nak I baca yang mana satu? I ada tulis guna ABC sebab I tak pandai baca jawi. ”

“Baca yang umum je senang. Tapi you balik hafal dulu. Nanti esok I tanya,” ujar Zahran, tidak mahu melanjutkan perbicaraan tentang mandi wajib itu.

“Banyak istilah baru yang I belajar. Susah jugak nak ingat semua…jenis-jenis darah pun ada sampai tiga.”

“Tak apa, slow-slow belajar,” ujar Zahran.

Arianna terdiam sejenak sebelum satu pertanyaan lain terlintas di benaknya.
“You pernah mandi wajib?”

Tuhan! Menyesal pula dia menyebut tentang mandi wajib tadi.

Share this novel

Fahizah_Reena
2022-09-15 00:13:06 

hahhaha kelakarlah

norsila
2022-09-13 02:35:29 

hahaha

Safura Badarudin Fura
2022-09-13 00:15:21 


NovelPlus Premium

The best ads free experience