Ketukan kuat di pintu membuatkan Humaira kaget lantas tersedar dari lamunan panjang.
Pantas anak matanya tepat memandang pintu yang diketuk itu. Tidak lama kemudian, pintu itu dikuak oleh seorang jejaka. “ Masuk ! ” Pelawa Humaira. Senyuman semekar bunga mawar merah jelas terukir di bibirnya.
Jejaka itu membalas kembali senyuman Humaira. Secara tidak langsung wajah jejaka yang kacak itu menjadi makin kacak apabila dia tersenyum. Humaira pasti, jejaka mampu mencairkan ramai gadis seperti ais yang cair. Pasti !
“ Hai ! Sibuk ke ? ” Tanya Doktor Ilyas. Humaira menjawab pertanyaan Ilyas dengan mengangkat bahu. Dia yakin benar Ilyas tahu jawapan akan pertanyaan itu. Ilyas hanya tersenyum sinis.
Humaira mengerlin jam tangannya. Begitu juga Ilyas. Kemudian, mata mereka saling bertembung. Lama sekali mata mereka saling memandang. Pada saat itu juga mereka dapat merasakan mata mereka tidak dapat dialihkan lagi !
“ Hari ni siapa yang belanja ? Dah masuk waktu lunch ni ! ” Humaira memecahkan kesunyian yang telah lama tercipta itu.
“ Hari ini Doktor Ilyas yang kacak bergaya akan belanja. Cakap je nak makan apa. Saya akan belanja. ” Ilyas membetulkan kot doktor yang dipakainya bagi menunjukkan gayanya seperti yang diberitahu
“ Kacak bergaya ? Huh…, perasan ! Saya tengok awak dengan kambing tak ada bezanya langsung… ” Humaira ketawa sejurus menyatakan pendapatnya. Ilyas pula hanya tersenyum kambing. Mungkin kata- kata Humaira itu ada benarnya juga.
Ilyas melabuhkan punggung di atas kerusi. Lenguh pula rasanya apabila berdiri. Kini, dia betul duduk menghadap Humaira. Wajah cantik gadis itu dipandangnya bagai mahu ditelan. Humaira sengaja memuncungkan mulutnya kerana Ilyas sudah melanggar salah satu prinsip yang diciptanya. Boleh dikatakan bentuk muncung Humaira ada iras- iras itik
serati.
“ Ilyas ! Jangan duduk di atas kerusi pesakit saya kerana ianya hanya dikhaskan untuk pesakit saya… ” Terang Humaira. Dia tidak puas hati langsung.
Ilyas terkesima. Entah bagaimana dia boleh terlupa akan prinsip tidak masuk akal Humaira itu. Memang sejak dahulu lagi Humaira berpegang pada prinsip itu. Ini merupakan kali kedua Ilyas melanggar prinsip Humaira. Oh, sungguh tidak patut ! Jadi, bagaimanakah Doktor Ilyas yang kacak bergaya ini boleh terlupa ?
“ Habis tu, saya nak duduk dekat mana ? Lenguh lah kaki saya kalau berdiri wahai Cik Humaira ! ” Kadang- kadang Ilyas penat untuk melayan perangai Humaira yang persis kanak- kanak ribena. Tapi, apa boleh buat bila hati dah kata sayang…
“ Duduk je lah dekat mana- mana pun… ” Ringkas saja kata- kata yang keluar dari mulut Humaira. Dia mencapai pen dan buku notanya untuk mencatat sesuatu yang penting.
“ Kalau saya duduk dalam hati awak boleh ? ” Ilyas tersenyum nakal. Ternyata, usikan Ilyas itu mampu membuatkan muka Humaira merona kemerahan. Tiba- tiba sahaja Humaira jadi tidak keruan.
“ A…apa yang awak merepek ni ? ”
“ Saya tak merepeklah ! Jawablah soalan saya tu… ” Sekali lagi Ilyas tersenyum nakal. Dia berjaya mengusik sang puteri kesayangannya.
Humaira faham benar maksud tersirat yang ingin disampaikan Ilyas. Kadang- kadang Humaira berasa pelik kerana Ilyas tidak pernah berputus- asa untuk mendapatkannya. Apakah Ilyas tidak penat ? Seingat Humaira, sudah hampir lapan tahun Ilyas cuba untuk meraih cintanya. Bukan Humaira tidak mahu menerima. tetapi dia takut untuk membuka pintu hatinya. Lagipun, dia pernah kehilangan cinta pertama. Cinta yang selama ini diagung- agungkannya. Selepas kejadian itu, dia tidak berani lagi mencintai sesiapa.
“ Saya rasa otak awak dah tak betul. Itu melayakkan awak untuk duduk di kerusi pesakit saya. ” Humaira sengaja berdolak- dalih. Dia tidak mahu menjawab soalan Ilyas.
“ Jawablah soalan saya tu… ” Ilyas ingin sekali mendengar jawapan dari mulut Humaira.
“ Sudah lah ! Daripada awak mengarut dekat sini, baik awak belanja perut gergasi saya ni makan… Saya kenyang, awak dapat pahala… Macam mana ? ” Kata Humaira sambil menepuk- nepuk perutnya perlahan. Ilyas tergelak besar apabila melihat gelagat selamba gila Humaira itu.
Humaira bangun dari kerusi dan mencapai tas tangan sebelum melangkah keluar untuk mengisi perutnya. Bunyi perutnya sedang berdandut membuatkan semangat Humaira untuk makan semakin berkobar- kobar.
Share this novel