DALAM kebosanan Nurjihan berada di hospital itu, dia berjalan sebentar di seluruh kawasan hospital.
"Tak nak ! asyik-asyik makan ubat tu je. Bosan la nak balik."
Terhenti langkah kakinya apabila terdengar suara rungutan dari seseorang di dalam wad 10 yang berjiran dengan wardnya iaitu wad 11.
"Puan...puan kena makan ubat ni kalau nak balik. Kalau tak makan kita tak bagi balik. Nak?"
Kedengaran suara seorang petugas juru rawat yang sedang memujuk wanita tua itu. Nurjihan mendekati pintu yang sedikit terbuka itu untuk melihat. Ya benarlah yang sedang di pujuk mereka itu adalah seorang wanita tua yang sedang memprotes untuk memakan ubat.
Sedikit hairan, wanita itu kelihatan langsung tidak kisah dengan juru rawat dan dokter yang ada di depannya. Dia begitu asyik bermain dengan sebuah permainan electronik yang di panggil 'Nintendo switch'.
Pergh tua-tua pun macam hebat je tengok dari skill cara dia main tu.
"Hei...kenapa kau tengok je? nak main sekali tak ? sini...sini mari masuk."
Bagai nak rebah jatuh Nurjihan saat itu bila keberadaannya di situ di sedari oleh wanita tua tersebut.
Nurjihan masih terkesima bila semua mata memandangnya yang masih berdiri tak berkutik di situ. Nurjihan naik segan lalu segera ke arah wanita tua yang dari tadi tidak putus-putus menggamitnya untuk datang.
"Sini duduklah kat tepi aku."
Ruang kosong pada katil itu di tepuk-tepuk pada Nurjihan untuk menyuruh dia duduk.
"Haa ye..ye". Nurjihan berasa gementar duduk di sebelah wanita itu.
"Nah...nak main tak?". Dia menghulurkan Nintendo switch nya pada Nurjihan.
"Er...boleh ke?" Tanya Nurjihan takut-takut.
Nurjihan panjang akal. Dia memerhati sejenak muka kepenatan para petugas hospital di bilik itu.
"Okay, Tapi sebelum tu.. kita main battle nak?". Tanya Nurjihan.
Berkerut dahinya memandang Nurjihan. Di sengetkan kepalanya memerhati gadis di depannya.
"Hmm...kalau aku menang dapat apa?". Tanya wanita tua itu.
Nurjihan memerhati tanda nama pada kepala katil itu. Nama yang tertera adalah NORA.
"ummm puan nora nak apa?". Tanya Nurjihan.
Dia memandang ke atas berfikir sejenak.
"nak coklat!". Balasnya girang.
"Dan kau?". Tambah Nora.
"Okay boleh..kalau saya menang......Puan Nora kena makan ubat."
Laju dia memeluk tubuh. mukanya di monyokkan serupa dengan budak kecil tingkahnya.
"Okaylahh set!!". Akhirnya Puan Nora setuju.
Kelihatan petugas hospital di situ tersenyum. Senang barangkali mendengarkan syarat pertaruhan dari Nurjihan.
***
"ISH..aku nak masuk macam mana ni? Mana pintu masuknya?".
Tergaru-garu kepala Mak Eton mencari laluan untuk masuk ke wad 11 yang di duduki Nurjihan itu.
Dia mengeluarkan telefonnya dan mencari kontak nombor Hawa.
"Baik aku call Hawa ni. apa susah-susah kan?".
****
"YESSS!! saya menang. So janji tetap janji ye Puan Nora."
Nurjihan mengenyitkan matanya ke arah Puan Nora.
Muncung bibirnya merajuk memandang juru rawat yang ada di situ sedang menghulurkan ubat-ubatan dan juga segelas air kosong.
Tersenyum Nurjihan melihat keletah Puan Nora itu. Lebih kurang macam emaknya sahaja bila di lihat Puan Nora itu. Cuma perangai wanita itu terlebih kebudak-budakan.
"Ha...bukan susah pun nak makan ubatkan?". Tegur seorang dokter lelaki yang agak berusia baru masuk. Di lihat pada tanda namanya 'Dr.Sherif'
"Eii suka paksa aku. Menyampah!!". Kata Puan Nora merajuk dengan dr.Sherif.
"Puan..masa untuk rehat. Esok la ye sambung main game." salah seorang juru rawat itu cuba memujuk Puan Nora untuk berbaring.
"Hebat jugak kau kan? dah biasa main ke?". Soalannya di arahkan pada Nurjihan.
"Tak adalah Puan, ini first time saya main."
Nurjihan di berikan pandangan aneh oleh Puan Nora.
"Tipulah. esok kita main lagi nak?"
Nurjihan tersenyum lalu dia bangun dan ingin keluar dan dia berhenti sejenak di muka pintu memandang Puan Nora.
"boleh." Dia ingin melangkah pergi tidak mahu menggangu kerja-kerja mereka.
"Kejap. Nama kau siapa." Tanya Puan Nora.
"Jihan." Sengihan lebar di tayangakan.
Puan Nora menarik selimut hingga paras dada setelah Nurjihan hilang dari pandangan matanya.
Dia tersenyum suka.
***
DALAM Nurjihan berjalan balik menuju semula ke wadnya. Tiba-tiba dia di tarik dengan kasar oleh seseorang.
"Syuhhh diam. Saya ni Cik Nurjihan!".
Bisik Benjamin tangannya masih menekup mulut Nurjihan.
Nurjihan kaku di dalam dakapan Benjamin.
Seketika dia terlihat Megat Rusydi sekeluarga melintasi hadapan lorong kecil yang mereka sedang bersembunyi.
Megat Rusydi? Fuh... hampir.
Benjamin melepaskan nafas lega. Hampir sahaja dia terserempak dengan Dr.Haider.
****
HAWA yang baru keluar dari kereta dan melihat Mak Eton menunggunya di luar hospital itu berlari ke arah Mak Eton.
"Sorry.. sorry Mak Eton..Hawa lambat."
Mak Eton melambai comel ke arah Hawa.
"Tak apa. Ni kau dah makan belum? aku bawak banyak ni makanan sambil-sambil tu nak bagi dekat Jihan sikit. Mimpi apa tah nak makan Nasi planta."
Hawa mengganguk. "Boleh..boleh..Hawa pun lapar ni."
Seketika Hawa terlihat Dr.Haider yang baru turun dari tangga hospital itu.
Damn it ! macam mana Dr.Haider boleh ada kat sini. Ah Karlisa? Jihan?
Seketika dia cuba untuk mengelakkan Mak Eton dari bertemu dengan Dr.Haider.
"Mak Eton..jom masuk ikut tangga belakang la. Sini jauh."
Tangan Mak Eton terus di tarik. Dia terpinga-pinga dan hanya mengikut langkah Hawa.
Hawa mengerling sedikit di balik dinding bangunan itu dan melihat kereta milik Dr.Haider telah beredar.
"Siot Jihan. Kau punya hal habis semua orang gelabah." Rungut Hawa perlahan.
***
"HAIH...kita datang lewat ni. Terlepas lagi nak lawat Karlisa." Kata Megat Haider sendiri.
"It's okay papa. Nanti jumpa karlisa di luar jelah. Biarkan dia rehat dulu." Ujar Megat Hanif.
Dr.Haider hanya diam memandu. Fikirkannya Masih memikirkan Nurjihan.
"You ni caring sangat pasal Karlisa. Why papa?".
Tanya Puteri Qisha.
"Tak ada apa. kalau baik untuk bisness kita why not papa berbaik kan?".
Senyuman sinis terlahir dari bibir Puteri Qisha. Hmm orang bisnes ni dalam kepalanya hanya duit !
SETELAH keadaan selamat dan tenang Benjamin meminta diri untuk pulang. Mujurlah dia sampai awal sebelum keluarga Megat Rusydi datang. Sempatlah dia menyelamatkan keadaan.
Nurjihan termenung seketika. Hampir dia berjumpa dengan Dr.Haider. Kalaulah identiti Karlisa terbongkar. Habis dia. Tuan Syed pasti kecewa.
"Hoi Assalamualaikum!". Tegur Hawa.
Terbangun Nurjihan dari pembaringannya bila di terjah sebegitu. Masih trauma tentang kedatangan Megat Rusydi tadi.
"Ish apa la. Nak bagi salam ke nak marah?". Balas Nurjihan menjeling ke arah Hawa.
"Hehe sorry..sorry saja nak bergurau."
Tangan Mak Eton di cium Nurjihan penuh hormat. Lalu di tepuk-tepuk tangannya girang melihat emaknya membawa mangkuk tingkat berisi nasi planta berlaukkan daging kicap itu.
"Huishh sedapnya bau !". Kata Nurjihan.
Mak Eton masih memandang Nurjihan dengan pandangan yang semacam.
" Apa mak.... tengok orang macam gitu?".
"Kau ni kalau dah tau ada alahan tu bawa la ubat tu 24 jam dengan kau. Ini tak pasal-pasal pengsan. Nasib baik ada kawan kau si Ben ten tu."
Nurjihan dan Hawa tergamam.
Ben ten? Ben 10 ? siapa pulak tu. Bukan kartun ke tu?
seketika dia teringatkan yang Mak Eton tersalah sebut nama itu.
"Ya Allah mak... Benjamin la nama dia bukan Ben ten. Ben ten tu kartun mak !"
Hawa menepuk dahinya.
"Ah, sama la tu Ben...ben.. Dah, makan nasi ni. Karang Dokter masuk nampak kau makan ni, lepas tu tak bagi. Padan muka kau kempunan !".
Balas Mak Eton yang sedang menyediakan makananan buat Nurjihan di dalam pinggan itu.
"Sayang mak!!". Nurjihan memeluk mak Eton.
Mengada !
SETELAH Dr.Haider menamatkan kelasnya itu. Dia memerhati Nurjihan yang berada di meja atas itu. Di jalan mendaki anak tangga dan matanya tidak lepas dari memandang gadis itu.
Dia berhenti di meja itu dan di ketuk 2 kali menggunakan jarinya untuk menarik perhatian Nurjihan.
"Meet me after class at my office."
Gulp !
Keras kejung dua orang gadis itu melihat Dr.Haider yang berlalu bersama buku-buku di tangan melangkah penuh gaya.
"Jihan..... sekarang ni kan, kau tau yang jadi Karlisa. Apasal aku pun menggeletar sekali ni?." Hawa berkata pada Nurjihan tidak saling bertatapan.
"Sekarang kau tahu kan macam mana seksanya aku jadi karlisa waktu jumpa dia semalam?." Balas Nurjihan.
Hawa mengganguk perlahan seperti robot. Lalu di tepuk bahu Nurjihan.
"Good luck beb. Aku tunggu kau dekat cafe."
***
KABIN BIRU
Nurjihan merenung lantai bila dari tadi rasa macam tak boleh bernafas dengan tenang di sebabkan Dr.Haider merenungnya.
"Awak sengaja ye nak kenakan saya semalam?".
"Tak lah, Dr...saya tertidur lepas balas whatapp Dr. yang first tu." Bohong Nurjihan.
"Saya takde niat pun nak kenakan Dr...sungguh". Tambah Nurjihan.
Dr.Haider melepaskan nafas deras.
"Nasib baik mood saya baik semalam. Kalau tak...siap awak." Tangannya di lipatkan memeluk tubuh.
"Dr. nak jumpa saya ada apa eh?".
"Erm, tak ada apa. Hal tu kena cakap semalam. Tapi....di sebabkan awak tak datang, saya decided lupakan."
Nurjihan terpanggung kepalanya.
"mana boleh macam tu Dr.."
"Well bagi saya boleh."
Nurjihan mejuih bibirnya. Saja dia ni nak bazir masa aku !
TERGELAK Hawa mendengarkan apa yang di lakukan di bilik Dr.Haider.
"Hahaha dia panggil kau suruh kau beli kopi untuk dia?"
"Yelah... Aku rasa dia nak kenakan aku balik sebab tak datang jumpa dia semalam."
"Protes la tu..alahai kau ni. Itu pun tak faham".
Berkerut dahi Nurjihan.
"Apasal nak protes pulak. Hello aku bukan girlfriend dia nak merajuk protes bagai."
"Malas aku nak cakap banyak kali. Pandai-pandai la kau faham Jihan."
MAK ETON berlari anak dengan pantas bila dia yakin ada orang mengekorinya dari belakang.
Hatinya penuh berselawat dan bibirnya terkumat kamit membaca segala doa perlindungan diri.
Buk!!
Mak Eton terlanggar seseorang di hadapannya.
"Eh Mak Cik, kenapa lari-lari ni. Macam kena kejar je?".
Lega hatinya bila di hadapannya kini adalah Dr.Haider.
"Ya Allah Dr...nasib baik mak cik terjumpa Dr. Mak cik takut la rasa macam ada orang ikut mak cik."
Dr.Haider memerhati keadaan sekeliling. Tiada siapa yang mencurigai di lihat. Mungkin perasaan Mak Eton sahaja.
"Tak apa jom saya hantar mak cik balik."
Mak Eton masih memandang ke arah belakangnya. Benar dia nampak kelibat yang mengejarnya namun wajah tidak terlihat..dia tidak ada musuh? ataupun ada orang berniat nak meragut?
Share this novel