BAB 21: Lunch..

Drama Series 28608

" Boleh jumpa dengan Fatin?"kata Idlan.

Fatin menoleh ke arah Nairah sebelum berjalan ke arah Idlan yang sedang menunggu di hadapan pintu. Riak wajah Nairah bertukar. Fatin mengeluh sendiri.

" Kenapa?" tanya Fatin sambil mendongak memandang Idlan yang sedikit tinggi daripadanya.

Idlan tersenyum sendiri. Fatin hanya melihatnya dengan keningnya yang berkerut.

" Jom kita lunch sama-sama hari ni.." kata Idlan.

Fatin memandang Idlan yang sedang tersengih seperti kerang busuk. Mulutnya hampir ternganga mendengar soalan yang keluar daripada mulut Idlan itu. Nak apa lagilah mamat ni? Dia tak sedar ke aku dah kahwin?

" Idlan saya.."

Kata-katanya terhenti. Rasa bersalah mula terbit di hatinya.Kepalanya menunduk perlahan. Matanya memandang ke kasut Bonianya yang berwarna coklat cair itu.

" Please.. Awak boleh je ajak Nairah sekali. Saya tak kisah. Asalkan awak lunch dengan saya. " rayu Idlan memotong kata Fatin.

Fatin tersepit di antara rakan dan sahabatnya. Namun kalau ditolak nanti takut Idlan berkecil hati pula. Fatin mengeluh sendiri. Akhirnya dia terpaksa mengambil keputusan yang sangat bahaya demi menjaga hati semua pihak.

" Y-yela. Nanti kita jumpa kat kafe." kata Fatin sambil tersenyum kelat.

Idlan sangat gembira selepas mendengar jawapan Fatin itu. Hatinya berbunga-bunga. Sehinggakan dia sendiri tidak sedar yang dia sedang tersenyum sambil berjalan. Tidak sangka jawapan 'ya' yang keluar daripada mulut Fatin. Idlan masih tersenyum.

Fatin berjalan ke arah mejanya sambil menunduk. Tidak sanggup untuk melihat muka Nairah agaknya.

" Dia cakap apa?" tanya Nairah memecahkan suasana.

Fatin tersentak. Nak pandang ke tak nak? Soalan itu berulang kali bermain di hatinya yang berdebar itu. Namun dia tetap memberanikan dirinya. Mukanya diangkat perlahan-lahan.

" Idlan ajak aku lunch..t-tapi dia suruh aku ajak
kau sekali.." kata Fatin gugup.

Nairah memandangnya dengan muka serius. Sesekali Fatin pandang seperti ada api yang membara membakar di dalam mata Nairah.
Fatin menelan air liurnya.

" Takpelah kau pergilah lunch dengan dia. Aku tak ada selera pulak hari ni." kata Nairah sambil tersenyum.

Walau senyuman itu tampak kelat namun ianya mengurangkan rasa berdebar di hati Fatin. Fatin menarik nafas dalam.

" Dahlah kau pun mesti kerja berlambak kan? Maklumlah honeymoon terlajak lama pulak.." gurau Nairah.

Fatin ketawa kecil.

" Banyaklah kau.. Kau sepatutnya berterima kasih kat suami aku tu. Dia yang pujuk aku sampai main simbah-simbah air lagi." kata Fatin.

Mereka ketawa serentak. Nairah berkerut sambil memandang Fatin.

" Ye ke? Bukan masa tu kau kata dia tu psikolah, apalah.. Tiba-tiba dah berbaik macam tu je?" tanya Nairah.

Kening Fatin berkerut. Betul jugak. Suaminya dah banyak berubah. Fatin tersenyum.

" Entahlah dia tu.. Siap panggil aku awak lagi masa tu. Aku pun tak tahulah." kata Fatin sambil tersenyum sendiri.

Nairah tersenyum lebar.

" Wow. Alang-alang dah berbaik ni apa kata kau dapatkan anak buah untuk aku sorang. Cepat sikit aku jadi aunty.." gurau Nairah.

Fatin ternganga. Tidak pernah fikirannya melayang jauh sampai ke tahap itu. Mungkin sebab dia dan Shahir masih dalam proses perkenalan lagi.

Mereka ketawa bersama.

" Dahlah aku nak pergi buat kerja. Kerja aku pun berlambak tu. Bye. Assalamualaikum.." kata Nairah sambil membuka pintu.

" Waalaikumsalam.." jawab Fatin lembut.

Ada betulnya juga kata Nairah itu. Dia dan Shahir masing-masing sibuk dengan hal masing-masing sampai terlupa tentang hal itu. Hmm.. Apa-apa jelah kalau ada rezeki adalah kalau tak ada.. Hmm.

Fatin duduk di kerusi pejabatnya yang empuk sesuai digunakan waktu kerja berlambak begini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan di Zeerah's Cafe di hadapan bangunan pejabatnya. Air sirap bandung yang sentiasa menjadi kegemarannya dipesan. Idlan masih belum sampai. Pelik. Dia yang ajak dia yang lambat? Fatin menoleh ke kiri dan kanan cuba untuk mencari kelibat Idlan. Namun batang hidung pun tidak kelihatan di pandangan mata Fatin yang tampak hitam itu. Bosan. Fatin mengeluarkan telefonnya yang berjenama Vivo V15 dan mula melayari Instagram.

Tiba-tiba kerusi di hadapannya ditarik. Fatin tersentak. Idlan tersenyum nipis memandang. Fatin menghembus nafas lega.

" Sorry saya lambat. Ada urusan kejap tadi. Nairah tak datang ke?" tanya Idlan selepas duduk.

Dia ni dahlah datang lambat. Datang..datang je terus tanya pasal Nairah. There is something fishy..

" Tak. Dia tak ada selera. " kata Fatin sambil tersenyum kelat.

" Ooh." balas Idlan sambil menganggukkan kepalanya.

" Kenapa awak ajak saya lunch ni?" tanya Fatin.

Idlan tersenyum nipis selepas mendengar soalan Fatin tadi secara tiba-tiba. Seram. Fatin menelan air liur. Tiba-tiba Idlan mengeluarkan sesuatu dan meletaknya di atas meja. Kad? Fatin mengambilnya. Keningnya terangkat.

" Ha?! Biar betul? Sejak b-bila ni?" tanya Fatin sambil tercengang.

Kad itu tertulis tentang majlis pertunangan Nairah dan Idlan. Manataknya si Fatin tercengang sampai macam tu.

Tiba-tiba kerusi di sebelah Fatin ditarik. Fatin menoleh.

" Nairah? Isy.. Kau ni jahatlah. Kau tak bagitahu aku pun. Mati-mati aku ingat kau merajuk dengan aku. Kau ni!!" pekik Fatin.

Fatin menolak lembut bahu Nairah. Nairah ketawa malu.

" Hebat tak lakonan aku?" tanya Nairah sambil mengangkat-angkat keningnya.

Fatin menjelingnya sambil tersenyum.

" Bila korang start bercinta ni?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Sampai bila kau nak tunggu. Tikam jelah dia macam yang kau selalu buat tu. Apa yang susah sangat?" tanya Tailong. Tegas.

Shahir memandangnya tepat ke matanya sambil berkerut.

" Setakat aku belum pernah lagi kecewakan kau. Tapi kes ni lain dan kau pun tahu. Aku perlukan masa.." kata Shahir.

Tailong berkerut.

" Sampai bila? Sampai perut perempuan tu dah memboyot baru kau nak bunuh dia?"

" Hei!! Aku takkan sentuh dialah! Kau percayakan jelah aku. Aku tahulah apa nak buat." kata Shahir memotong kata Tailong.

Keadaan kembali senyap. Tailong menghembus nafas.

" Ok. Ambillah masa kau, Shake. Asalkan kerja kau, jalan.." kata Tailong sambil bermain-main syiling di celah jarinya.

Shahir mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi. Dia berdecit.

Tiba-tiba dia ditahan oleh Tiger. Shahir memandangnya dengan muka bengis.

" Yo. Shake yang hebat. Apa khabar? Hehe.. Nampaknya kau dah kalah ke?" tanya Tiger. Sengaja hendak membangkitkan kemarahan Shahir.

Shahir sabar. Cuba untuk tidak menumbuk muka mamat tak guna ni.

" Bukan urusan kaulah." kata Shahir.

Tiger tersenyum nipis. Dia semakin rapat dengan Shahir.

" Aku nak nasihatkan kau. Kau bunuh jelah betina tu. Dia pun bukannya suka kau pun." kata Tiger.

Shahir memandangnya dengan pandangan yang tajam.

" Apa maksud kau?" tanya Shahir.

Tiger menunjukkan telefonnya. Kelihatan gambar Fatin dan Idlan bersama. Shahir merenung gambar itu lama. Dia memandang Tiger yang sedang tersenyum jahat.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience