BAB 5

Horror & Thriller Completed 13860

Lelaki adalah pemimpin, dan perempuan adalah penolong pemimpin.
Dikala penolong pemimpin di dalam keadaan lemah pemimpin aku
mengjaganya. Dikala pemimpin jauh tersungkur dalam keadaan tidak terurus
penolong pemimpin akan datang dan menguruskan apa yang tidak terurus-

Irfan tergamam. Dia terdiam. Perempuan itu mula mengangkat wajahnya
perlahan-lahan. Sebelah wajah perempuan itu berulat. Manakala wajah yang
disebelah lagi elok, cantik saja. Sayu saja mata perempuan itu memandang
Irfan.

"Fan, mana Rahman?" Soal perempuan itu. Mata Irfan masih merenung
wajah perempuan itu.

"Kau! Kau! Kau! Kau dah mati Kan!!!" Jerit Irfan apabila tersedar
dari merenung wajah perempuan itu.

Wajah perempuan itu perlahan-lahan berubah. Wajah yang tadinya
sayu terus berubah tegang. "MANA RAHMAN,KENAPA DIA BUAT AKU MACAM TU !"
marah perempuan itu. Lagi sekali wajah perempuan itu bertukar sayu. "Aku
sayang dia. Aku rindu dia. Kenapa?" Perlahan lahan perempuan itu lenyap
dari pandangan mata Irfan.

Agak lama Irfan termanggu akibat jerkahan perempuan itu. "Arhhh!!!
Hayalan aku je tu. Mana mungkin orang yang mati hidup kembali," Irfan
terus menutup lampu lalu masuk ke alam mimpi.

EndFlashback

"Fan!"
"Irfan!"
"I.R.F.A.N!!!" Rahman mengibas tanganya di depan Irfan. "Kau pekak
ke? Aku panggil banyak kali kau tak dengar,"marah Rahman.

"Sorry, termenung kejap. Apahal?" Irfan baru sedar dari
lamunanya tentang malam semalam.

"Tu ha! Aina dah sampai," gadis itu melambai lambai pada Irfan dan
Rahman. Irfan masih curiga dengan Aina. Kenapa dia nak tolong dia dan
Rahman? Kenapa dia beria sampai sanggup masuk hutan?kenapa? Banyak
soalan yang berada di benaknya.

---

"Rumah dukun tu jauh lagi ke?" Irfan sudah seram berada di dalam hutan.

"Haissh kau ni penakut sangat lah. Rilek arh," Rahman berjalan
disebelah Aina manakala Irfan berada di belakang mereka.

Irfan hanya menjeling melihat tingkah laku Rahman. Dok senyum-senyum
macam kerang busuk. Tak pernah Rahman macam. Ramai dah perempuan kat
kampus tu purpose Rahman jadi boyfriend tapi Rahman tu mana makan
dengan perempuan. Maksudnya macam tak layan perempuan lah. Tapi dia
bukan song sang tau readers. Sekarang auothor dah start meraban.
Better korang sambung baca.

"HA!" Jerit Aina.

"Kenapa?" Rahman memandang Aina pelik. Tiba-tiba saja menjerit. Kena
rasuk apa?

"Tu rumah dukun tu," jawab Aina. Irfan melihat jam di tanganya. Jam
sudah menunjukkan pukul 6:30 petang.

"Man, pikir elok-elok wei. Kau betul nak buat benda tu,"entah kenapa
Irfan tidak mempunyai firasat yang baik tentang benda yang bakal diorang
buat.

Rahman tidak mempedulikan Irfan. Makin dilayan makin banyak soalan
yang bakal ditanya. Mereka terus menuju ke arah rumah dukun itu. Rumah
itu rumah papan. Papannya juga telah reput dimakan anai-anai.

TOK!TOK!TOK!

"Atok," panggil Aina. Pintu rumah itu terbuka perlahan lahan.
"Mari,"ajak Aina. Gadis itu perlahan-lahan memasuki rumah papan itu.
Biarpun berasa seram namun misi membalas dendam mesti diteruskan. Misi?

Irfan dan Rahman mengikuti Aina di belakang. Kelihatan dalam rumah
itu hanya terdapat kain-kain hitam dan kuning. Disebabkan matahari sudah
hendak terbenam suasana di dalam rumah itu kelihatan sungguh menakutkan.
Irfan membuat isyarat mata pada Rahman. Dia tidak mahu melakukannya.

"Kau jangan nak mengada, kita dah sampai sini dah. Aku tak nak patah
balik,"marah Rahman. Biarpun hati sendiri juga tidak mahu melakukannya
namun demi menghentikan gangguan Airina.

Mereka terlihat seorang tua sedang duduk memandang bawah. Mulutnya
terkumat-kamit membaca jampi serapah.
"Duduk," arah dukun itu. Rahman duduk ditengah-tengah antara Aina dan
Irfan. "Aina ini rupanya orang yang kamu ceritakan," dukun itu memandang
segenap sudut muka Rahman dan Irfan.

"Iya tok. Saya harap tok boleh tolong mereka," rayu Aina. Rahman dan
Irfan tidak senang dengan pandangan dukun itu. Bagai mahu memakan mereka.

"Aina sudah menceritakan segalanya," dukun itu mahu memulakan
pemujaan. "Kalau kamu nampak benda yang pelik. Jangan tegur. Jangan
lari," arah dukun itu. Dia terus memulakan pemujaan. Dia terus
meletakkan lebih banyak arang untuk menambahkan asap. "Kamu ada barang
milik si mati," tanya dukun itu kepada Rahman.

"Ada, ada. Saya ada selendanya,"Rahman terus mengeluarnya sehelai
selendang. Ia tersangatlah cantik. Lagi² kalau dipakai Airin yang putih
melepak seperti cina. Dukun itu terus mengerbangkan selendang itu di
atas asap. Tiba-tiba Rahman seperti ada rambut di atas bahunya kerana
rambut milik Rahman langsung tidak mencecah bahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience