Bab33:Alex vs Bella

Romance Completed 204114

Tengku Isabella dan Alex menjalani rutin hidup mereka seperti biasa.Walaupun Tengku Isabella sudah menjadi tunangan Mateen Darin namun lelaki itu hanya mendiamkan diri tanpa menghubunginya barang sekali.Hal itu sangat melegakan hati Tengku Isabella kerana dia tidak perlu hadap dan berjumpa empat mata dengan lelaki yang dia tidak kenali itu.Baginya Mateen Darin ibarat calon suami yang tidak di dendang yang tiba-tiba muncul entah dari ceruk mana.

Tengku Isabella melangkah ke arah keretanya untuk keluar ke shopping mall.Dia perlukan terapi untuk menghilangkan masalah hidupnya yang huru-hara disebabkan dua orang lelaki iaitu Alexander Izrael dan Mateen Darin.Pintu kereta baru tertutup malah di buka kembali dari luar.Dia belum sempat hidupkan enjin keretanya.Muncul pula wajah macho Alex dan lelaki itu tunduk merampas kunci dari tangan halus Tengku Isabella menyebabkan wanita itu terjerit kecil kerana terkejut.

"Apa awak buat ni,Izrael?"...Tengku Isabella membentak marah.Tiada lagi suara ayu gemalainya hanya tinggal bentakan dan amukan bila melibatkan lelaki itu.

"Miss Bella mahu ke mana?"....

"None of your business!...move!!"....Tengku Isabella menjerit marah bila Alex menahan pintu keretanya yang mahu ditutup.

"Get in my car,I will send you!"

"No!!!"....

"Please sweetheart!..jangan degil!"....Alex masih cuba berlembut tidak mahu memaksa dan berkeras seperti arahan tuannya.

"When I say no it's means no!!"

"Fine!!...don't blame me for being rude!"..Suara Alex turut naik seoktaf dan menarik Tengku Isabella keluar dari perut kereta dan didorong tubuh kecil Bella ke dalam keretanya.

"Abang!!.....Abang Que!!!"...

Tengku Isabella ketakutan dan mula menjerit meminta tolong.Alex langsung tidak peduli dengan jeritan dan amukan Tengku Isabella kepadanya,dia menekan pedal minyak kereta dan keretanya bergerak laju meninggalkan rumah agam Tengku Benjamin Adame di ikuti oleh dua buah kereta pengikutnya dari belakang.Tengku Que Iskandar yang melihat dari jauh perbalahan mereka hanya menggelengkan kepalanya.

"Good luck Alex!!"

******************

Alex memandu laju ke arah destinasinya dan hanya kebisuan yang menemani perjalanan mereka.Tengku Isabella hanya membisu seribu bahasa di tempat duduknya.Tengku Isabella terkedu saat menyedari keberadaan mereka apabila Alex memberi signal masuk ke susur laluan ke arah Genting Highlands.Otaknya mula berfikir yang bukan-bukan tentang Alex.Dia takut lelaki itu akan mengapa-apakan dirinya.Dia mula panik dan menyerang Alex kembali menyebabkan Alex terpaksa memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk menenangkan amukan Tengku Isabella.Tangan kecil Bella yang ligat memukulnya ditangkap dan digenggam kemas.Namun Bella lebih agresif menggigit lengan Alex.Alex mengeraskan otot tangannya dan membiarkan sahaja Bella menggigit sehingga wanita itu puas melepaskan amarahnya.

Tengku Isabella melepaskan gigitannya bila terasa ada darah di dalam mulutnya.Matanya tunak memandang kesan luka di lengan Alex akibat gigitannya.Alex hanya menggelengkan kepala melihat perubahan tingkah laku Tengku Isabella yang ganas dan kasar terhadapnya sejak sebulan yang lalu.Tiada sehari pun wanita itu mahu berbaik dengannya seperti dulu.

"Puas mengamuk?"....Alex bertanya sinis bila melihat keadaan emosi Tengku Isabella.Dadanya bergelora dengan nafas kasar.

"Apa niat awak sebenarnya Izrael?....Apa niat awak bawa saya naik ke sini?"...Tengku Isabella masih bersuara lantang dengan mata yang mencerlung marah.

"Awak nak rogol saya ke hah?"...Pertanyaan Tengku Isabella hanya disambut dengan ketawa yang kuat oleh Alex.

"Me???...seriously!!"

"Don't worry sweetheart,I'm not a serial rapist!"

"Saya tak akan sesekali sentuh yang bukan hak saya!"

"and I'll never ruin my future wife....Alex mengenggam kuat tangannya kerana sudah terlanjur mengeluarkan kata.

Mata Tengku Isabella berkelip-kelip melihat Alex,otaknya ligat mencerna apa yang didengar sebentar tadi.Dia takut tersalah dengar atau tersalah faham.Alex masih terdiam kerana baru menyedari keterlanjuran kata-katanya.Mata mereka bertaut lama bagaikan saling berbicara tanpa suara.Tangan Alex mencapai tangan Bella yang tersarung cincin berlian,dan bibirnya tunduk mengucup cincin ikatan di jari manis wanita itu.Tengku Isabella tidak mampu menahan perasaannya,dia masuk ke dalam pelukan Alex dan menghamburkan tangisan didada lelaki itu.Sesekali tangannya naik memukul dada Alex melepaskan rasa sakit hatinya.

"Why do you do this to me?"

"Why did you lie to me?"...Tengku Isabella mengangkat wajahnya dan menjarakkan sedikit badannya dari pelukan.

"Who lied to you?"

"Who told you Mateen Darin your fiancee?"

"No one right!!...You yang pandai-pandai buat andaian sendiri,sweetheart!"

"All of your family's member know I'm your fiancee!"

"Why don't you asked your family about your fiancee huh?"....Alex pula yang memarahi sikap tidak ambil peduli Tengku Isabella tentang pertunangan sendiri.

"Because I'm too disappointed Izrael!"

"Tapi...tapi awak cakap kita dah terlambat!"

"Hmmmm dah terlambat untuk kita berpatah balik!!!"
Alex ketawa kerana berjaya mengenakan Tengku Isabella.

**********************

Tèngku Isabella memangku baby Hael dan seronok menggomol pipi pau anak saudaranya.Renggekan baby Hael menarik perhatian Alex untuk datang memujuk si kecil yang masih di pangkuan Tengku Isabella.Mereka kelihatan begitu mesra melayan si kecil hingga tidak perasan dengan kehadiran Tengku Benjamin Adame dan Tengku Que Iskandar.

"Ehemmm!!!"

Tèngku Benjamin berdehem menyedarkan merpati dua sejoli yang sedang bercengkrama mesra di tengah-tengah ruang tamu.Tengku Que Iskandar hanya mempamerkan wajah sejuk bekunya.Walaupun sudah bergelar seorang daddy,keperibadian Que tetap sama kecuali ketika bersama dengan Hazel dan anaknya.

"Alex dah maklum pernikahan kamu berdua akan di cepatkan minggu depan?"....

Tengku Isabella mengangkat wajahnya kerana terkejut dengan berita yang di sampaikan.Alex belum bercakap tentang itu kepadanya.Walaupun kebanyakan persediaan sudah dilakukan dan semuanya sudah hampir selesai.Bella melirik pandang pada Alex menunggu kata yang keluar dari bibir tunangannya.

"Saya sudah beritahu pada keluarga angkat saya tentang hal mempercepatkan majlis dan mereka tiada sebarang halangan."

"Saya akan bawa Bella berjumpa dengan keluarga saya sebelum majlis berlangsung nanti."

"Baguslah Alex,lagipun Bella pun belum kenal dengan family kamu sebab salah sangka hingga merajuk orang tu!"....

Tengku Benjamin Adame melirik anak perempuannya yang menunduk malu. Alex hanya tersenyum mendengar bicara bakal bapa mertuanya.Dia sudah memaklumkan pada Mateen Darin untuk menghentikan permainan mereka kerana dia sudah yakin perasaan Tengku Bella terhadapnya.Mereka sudah bersetuju untuk berjumpa sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan meleraikan segala kekusutan yang ada.

Alex dan Tengku Isabella masuk Grand Hyatt Hotel.Tengku Isabella sudah sedia maklum tentang perjumpaan hari ini untuk lebih mengenali ahli keluarga angkat Alex.Kelihatan Mateen Darin,Tan Sri Haiqal dan Puan Qamariah sedang rancak berbual sambil menunggu kehadiran mereka.

"How are you Alexander?"....Tan Sri Haiqal bangun memeluk lama anak angkatnya.Puan Sri Qamariah pula sudah menarik Tengku Isabella ke dalam pelukannya.Dia bersyukur Alex sudah berjumpa jodoh dan bakal berumahtangga sedikit masa lagi.

Mereka berbual mesra sementara menunggu kedatangan isteri Mateen Darin.Tengku Isabella selesa berada di kalangan keluarga angkat Alex yang melayannya dan menerimanya dengan baik.Diam-diam dia rasa bersyukur Alex ditemukan dengan keluarga ini.

Kehadiran Thalia Rose bersama Hilman menarik perhatian Tengku Isabella.Wanita yang sangat cantik dalam berpenampilan walaupun baru melahirkan bayi kembarnya,lemah-lembut namun wajahnya berseri dengan senyuman.

"She's beautiful!"...Tengku Isabella berbisik pada Alex yang berada di sebelahnya.Bella sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang hal rumahtangga Mateen Darin dari Alex namun dia tidak mahu mencampuri urusan orang lain.

"Bella...Alex,kenalkan ini Thalia Rose,my wi...."

"His ex-wife to be!"....

Jatuh rahang mereka mendengar kata-kata wanita cantik di hadapannya.Wajah itu kelihatan tenang dengan senyuman manisnya.Tangan mereka bertaut berjabat tangan.Alex menggaru kening yang tidak gatal,matanya melirik Mateen Darin yang sudah naik temperature.Puan Qamariah dan Tan Sri Haiqal yang sudah maklum tentang anak dan menantunya hanya mampu menghela nafas berat mendengar kata-kata Thalia Rose.

"Interesting women!...I like her but sorry little brother!...I can't help you anymore!"

"I'm done!!"...Alex berbisik perlahan di sisi Mateen Darin.

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-28 18:26:33 

tqvm Hermey...teruskan menulis...

Norshahira Abd Hadi
2021-06-28 13:51:12 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience