Keesokan paginya Zayn bangun dengan rengekan dan erangan yang kuat dari gadis di sebelahnya, juga dikenali sebagai perempuan yang hangover teruk.
Matanya kini memandang bahagian belakang kepala Gigi yang masih terbaring di sebelahnya. Memikirkan bagaimalah respon Gigi yang sah-sah tidak ingat langsung apa yang sudah terjadi semalam.
Zayn tidak berbaju, seluar Jeans hitamnya masih tersarung di kaki. Zayn juga melihat yang Gigi tidak berbaju hanya bra sahaja yang tersarung menutup bahagian wanitanya yang indah itu. Zayn tak dapat nak gambarkan betapa tak kenanya keadaan mereka saat ini meskipun sebenarnya jauh di sudut hati dia enjoy melihat belakang tubuh gadis yang gebu dan mulus itu.
Sedang dia merenung tubuh indah itu, Gigi menolehkan kepalanya lalu mata mereka saling berpandangan. Matanya berkelip-kelip memandang dadanya yang terdedah lalu kembali melihat Zayn, seakan tidak sedar yang dia tidak berbaju. Dan Zayn pula terus memacakkan matanya memandang gadis tersebut, langsung tidak mengalihkan pandangannya ke arah dada montok Gigi.
''Um, apa yang berlaku semalam?'' tanya Gigi dengan suara serak jelas menunjukkan tekaknya sakit barangkali kesan minum alkohol banyak semalam. Matanya mula melilau memandang sekeliling bilik itu yang dia sedar bukan biliknya. Dia kemudia memandang bawah tubuhnya dan sedar dia tidak memakai baju. Mukanya bertukar kemerah-merahan, dia segera mencapai selimut di hujung katil lalu menutup dadanya, lalu bingkas duduk cuba mencari bajunya.
''Look, it's not what you think okay,'' Zayn memecahkan kebuntuan Zayn, dia juga segera bangun, mencapai baju-T putih miliknya lalu memberikannya pada Gigi yang sudah tertunduk malu. Gigi mengambil baju tersebut lalu segera memakainya sebelum pandangan mereka sekali lagi bertemu, jantun Gigi tiba-tiba berdegup kencang.
''Kau minum banyak semalam dan aku bawa kau ke bilik tetamu Niall ni dan baringkan kau atas katil ni, aku temankan kau - hanya untuk pastikan tiada siapa-siapa or maybe ada pasangan masuk dan buat projek dalam dalam bilik ni 'disaksikan' oleh perempuan yang dah tak sedarkan diri.''
Gigi mula ketawa kecil memikirkan alasan Zayn untuk menemaninya, tapi dia dapat merasakan bagai ada sesuatu berlaku di antara dia dengan Zayn . Dia berkali-kali menggeleng-gelengkan kepalanya dan menyakinkan berkali-kali bahawa tiada apa yang berlaku dan tak mungkin Zayn menipunya. Gigi kemudiannya memberikan pelukan yang erat kepada Zayn lalu membisikkan, ''terima kasih sebab tak tinggalkan aku dan melindungi aku daripada, urmm dari sebarang aktiviti seksual yang mungkin boleh berlaku pada aku semalam.''
Zayn tertawa dalam pelukan gadis itu, mengeratkan lagi pelukannya sebaik sahaja keinginan untuk mencium gadis itu mula membara sekali lagi. Tapi dia tidak dapat berbuat demikian, pertama sebab Gigi dalam keadaan sedar dan jika Gigi tidak meminatinya atau marah dengan perbuatannya itu, makan hubungan persahabatan mereka mungkin terjejas, boleh jadi juga Gigi melabelnya bad kisser. Apapun dia cuba menahan dirinya dari berbuat demikian apatah Gigi baru sahaja berpisah dengan Abel meskipun kedua mereka tidak pernah menjadikan hubungan mereka rasmi. Zayn rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai.
''Kau rasa Niall ada buat breakfast tak?'' tanyanya seraya melepaskan pelukan tersebut, meninggalkan Zayn kedinginan. Zayn terbatuk kecil mendengar pertanyaan Gigi lalu berdiri. Matanya masih tidak lekang dari memerhatikan gais yang masih duduk di atas katil itu, bajunya kelihatan longgar pada tubuh kecil gadis itu.
''Kau nampak cantik pakai baju aku tu,'' ucapnya tanpa sempat berfikir panjang dengan apa yang baru dikatakannya sebentar tadi. Pipi Gigi bertukar merah mendengar kata-kata Zayn lalu membelek-belek baju putih milik Zayn itu.
''Aku suka pakai baju kau ni, mungkin juga aku akan mabil terus baju ni jadi hak milik kekal,'' usiknya, matanya terpaku pada bahagian dada Zayn yang terdedah. Tanpa sempat dia memikirkan ayat yang sesuai untuk dituturkan, mulutnya laju berkata, ''aku tak kisah kalau kau berjalan di hadapanku tanpa memakai baju.''
Wajah Zayn merah padam mendengar kata-kata Gigi itu. Saat ini dia benar-benar ingin mencium Gigi, nampak gayanya dia kena tunggu sampai malam, bila Gigi berada dalam keadaan tak sedar, hanya pada saat itu sahaja dia punya segala keberanian di dunia ini.
Share this novel