Bab 5

Romance Completed 13383

Bab 5

Hari yang dinanti pun tiba.Aliana kelihatan sungguh cantik sekali bila disolek oleh mak andam.Dia berasa berdebar-debar kerana tidak lama lagi rombongan pengantin akan tiba dan acara akad nikah akan berlangsung.Selepas itu dia sudah sah menjadi hak milik lelaki yang dia cintai dalam diam manakala lelaki itu hanya mencintai wanita lain.Bukan itu saja,hidupnya akan berubah.Dia tidak tahu adakah dia dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik atau sebaliknya.

“Hai,nape ni. Termenung nampak.Janganlah tunjuk muka masam macam ni. Kalau ye pun tak suka,senyum le sikit. Aku takut nanti semua orang takut tengok muka kau macam ni. Apa yang kau fikir sebenarnya ?’’ Aliana merenung muka Hafizah.Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan.

‘’Aku tengah fikir macam mana kehidupan aku selepas ni.Kau kan tahu pasal aku dan Lim.’’ Akhirnya Aliana berterus terang juga.Hafizah tidak tahu hendak kata apa-apa lagi.tiba-tiba muncul adik Aliana iaitu Ariani memberitahu rombongan pengantin lelaki sudah tiba.Aliana yang menunggu didalam bilik semakin berdebar-debar.dia menggengam erat tangan Hafizah. Hafizah yang memahami perasaan kawannya itu hanya tersenyum dan dia berasa lucu bila melihat Aliana menggelabah.

“Wei.tenanglah.kau jangan risau semua berjalan lancar dan sekejap lagi mesti mama Lim masuk nak sarungkan cincin kahwin.Oppsss…… correction. Bukan mama Lim tapi mak mentua kau. Mereka yang mendengar celoteh Hafizah tergelak. Hilang sedikit perasaan gementar didalam hati Aliana.

“Aku ni dah kahwin.Kau dengan Tajul Zaman bila lagi?Kawan punya le lama. Aku takut nanti kau yang merana. Hahaha ………….”Hafizah menampar bahu kawannya.

“Adakah patut kau kata macam tu.untuk Pengetahuan kau,minggu depan kami nak bertunang dan tempoh pertunangan kami 6 bulan saja lepas tu kami pun kahwin.Bukan macam kau terus kahwin.” Aliana berasa terkejut.Dia tidak menyangka yang Hafizah sanggup merahsiakan perkara ini dari pengetahuan nya.

“Sampai hati kau sembunyi perkara ni.Kalau aku tak tanya tentu ,aku pun tak tahu dan kau pun tak nak beritahu pada aku.”

Aliana berpura-pura merajuk dan berpaling dari melihat Hafizah.

“Bukan aku tak mahu beritahu.Aku ingat selepas majlis kau ni,baru aku nak beritahu.Bukan ke sejak kebelakangan ini kau sibuk dengan majlis kau.Mana aku sempat nak khabarkan kau.Sorry leee…….. bukan niat aku tak nak beritahu.” Hafizah sedaya upaya menjelaskan perkara sebenar.Belum sempat Aliana membalas,kelihatan ibu dan mak mentuanya masuk kebilik diiringi suaminya itu.Semua yang berada didalam bilik terpegun melihat kekacakkan Lim berpakaian baju melayu berwarna kuning langsat dan bersongkok.Aliana yang melihat lagi berdebar-debar dan dia kaku tidak tahu hendak berkata apa-apa.Didalam hatinya memuji kekacakkan suaminya.Hafizah yang melihat keadaan Aliana terus menarik tangan Aliana.Aliana yang terkejut,menunduk malu dan dia berasa yang mukanya bertukar warna. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berkhayal disaat-saat itu. Dengan perlahan Aliana menhulurkan jarinya kepada Lim untuk disarungkan cincin sekaligus membatalkan air sembahyang.Aliana mencium tangan suaminya lalu Lim mengucup ubun-ubun isterinya.Ketika itu ,Aliana berasa sangat sayu bercampur gembira. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.

Selepas selesai majlis akad nikah,kini tiba pula acara bersanding dan bergambar.Hari itu ,majlis berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berasa gembira melihat pasangan raja sehari yang diibarat seperti bagai pinang dibelah dua. Keluarga kedua belah pihak sangat gembira. Selepas seminggu majlis dikampung Aliana, diadakan pula majlis disebuah hotel terkemuka disebelah pihak Lim.Ramai tetamu yang datang terpegun melihat kecantikkan dan kekacakkan pasangan pengantin.Ramai kenalan keluarga Lim tidak percaya dengan perkahwinan ini.Mereka tidak menyangka Lim akan berkahwin dengan Aliana.Walau apa pun mereka tetap mengucapkan tahniah diatas perkahwinan itu. Keesokkannya pasangan pengantin telah berangkat pergi berbulan madu di Paris.Percutian itu ditanggung oleh bapa Lim. Tanpa pengetahuan Aliana Lim juga membawa Susanti pergi bersama tetapi berlainan penerbangan. Mereka berlepas terlebih dahulu baru diikuti oleh penerbangan yang dinaiki oleh Susanti. Sangka Aliana mereka akan bergembira bersama dan menghirup udara Paris,berjalan-jalan sambil membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan rupanya meleset. Hari pertama tiba disana mereka cuma terperap didalam bilik.Alasan yang diberi oleh Lim ialah penat. Aliana tidak kisah kerana dirinya pun berasa amat letih kerana terlalu lama didalam pesawat.

Keesokkannya selepas sarapan pagi,Lim menyuruh Aliana naik kebilik sementara dia hendak menemui seseorang.Aliana tidak mensyakki apa-apa. Bagi dirinya mungkin suaminya hendak berjumpa dengan kawan-kawan yang dikenali yang tinggal di Paris. Tanpa banyak soal,Aliana menurut segala arahan dari Paris.Lim masih sempat berpesan andai Aliana lapar dia menyuruh Aliana membuat pesanan dan dihantar kebilik kerana dia mungkin pulang lewat.

Aliana begitu merasa bosan tetapi dia memujuk dirinya supaya bersabar mungkin esok baru dia dan Lim dapat peluang untuk berjalan bersama.Pesanan yang diminta olehnya telah dihantar.Hari itu terpaksa makan seorang diri. Sudah hampir pukul 10.00 malam,Lim masih tidak pulang.Aliana berasa bimbang andai berlaku sesuatu pada Lim.Dia tidak tahu pada siapa hendak meminta tolong.Dia cuba menelefon tetapi telefon suaminya iutu tidak aktif.Dalam dia kegelisahan,tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia berlari untuk membuka pintu.Apabila melihat Lim yang terpacak didepan pintu,hatinya berasa tenang semula.Lim merasa hairan melihat isterinya itu seperti orang dalam keadaan gelisah.

“Kenapa ni?Gelisah saja abang nampak?Ada yang tidak kena ke?” Aliana Cuma menggelengkan kepala.Dia menarik nafas perlahan lalu melepas pelahan-lahan.

“Abang pergi mana?Sekarang baru balik.Liana risau apa-apa terjadi pada abang diluar sana.Pada siapa Liana nak minta tolong.Kalau di Malaysia boleh le tapi ni negara orang.” Lim tersenyum lalu memeluk bahu isterinya dan duduk dibirai katil.

“Abang tak kemana.Abang pergi jumpa kawan lama abang.Dah risau kenapa tak call saja abang?”

“Cuba abang tengok telefon abang.Dah berapa mis call ada.Jari Liana ni dah lenguh asyik dail nombor abang tapi tak aktif.” Lim menyeluk poket seluar untuk mengambil handphone.

“Patut le abang tak dengar.rupanya baterinya empty.Sorry ye sayang. Abang terlupa nak change.” Aliana cuma menggelengkan kepalanya.Dia menolak tangan suaminya dari bahu.

“Abang pergi mandi dulu.Bau busuk tak mandi dari pagi tadi.’’ Lim cuba menghidu bau badannya dan cuba mengusik isterinya.

‘’Mana ada wangi lagi le.Sampai esok pagi pun tak pa masih wangi.Ayang yang tak mandi kot ?’’ Lim cuba merapatkan badannya kearah Aliana.Aliana cuba menolak tetapi dia tidak berdaya melawan tenaga Lim. Akhirnya Lim mengalah setelah melihat Aliana tidak berdaya menolak badannya itu.Dia terus bangun sambil ketawa lalu pergi untuk membersihkan badannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience