Rate

Proloq

Romance Series 14721

Pov Ian Hazrael...

"Mummy nak kamu balik ke Malaysia esok juga," Kata Puan Asmidah.

"What? No way. Ian tak nak dan tak akan balik Malaysia. Kat sini tempat Ian," Bantah Ian Hazrael.

"Kalau Ian tak nak balik Malaysia, mummy akan ambil semula yang mummy beri kamu termasuk rumah dan lain-lain kamu kat sana," kata Puan Asmidah.

"What? Mummy tak boleh buat Ian macam ni. Mummy taukan Ian tak boleh hidup tanpa semua tu," balas Ian Hazrael.

"Kalau macam tu, baliklah Malaysia,"

Ian Hazrael berfikir sejenak.

"Okay fine. Ian tempah tiket ke Malaysia sekarang juga. Tapi mummy janji tak akan ambil semula?" Tanya Ian Hazrael.

"Ye mummy janji," jawab Puan Asmidah.

Ian Hazrael mematikan panggilan itu.

Pov Kayla Hazel....

Semua yang terjadi pasti ada hikmah sebaliknya. Kita tak berkuasa untuk menghalangnya kerana tuhan sudah tetapkan perjalanan kehidupan kita dan juga pasangan.

Semua orang mempunyai kenangan. Kenangan tentunya bersifat dua iaitu sedih gembira. Kenangan hal indah, tentu sulit untuk di lupakan. Manakala kenangan hal menyakitkan cinta kepada seseorang sulit untuk di luahkan.

Seperti alunan cinta tentunya melekat di ingatan kita. Dan takkan bisa di lupakan. Setitis air hujan membasahi tengah malam. Di sini, Kayla Hazel sendirian di bujur katil bersaiz king. Tiba-tiba satu hal yang telah bertahun-tahun lalu menjelma kembali. Saat itu.....

"Hai si comel!" Usik seorang pelajar lelaki.

"Kau orang nak apa ah?" Marah Kayla Hazel.

Sejak dari hari pertama mingguan orientasi dia selalu ganggu oleh budak-budak nakal.

"Dia takde masa nak bermain dengan kau. Baik kau orang pergi!" Tegas seorang lelaki yang merupakan ketua pengawas sekolah.

"Wei, jom blah," ajak lelaki itu kepada kawan-kawan.

"Thank!" Ucap Kayla Hazel.

"Welcome," balas lelaki itu.

"Okaylah aku pergi dulu," Kayla Hazel pamitan.

Lelaki itu mengangguk.

.....

Kata pramugari, pesawat akan mula mendarat. Semua penumpang sudah beratur untuk masuk ke dalam bas yang menuju bandaraya. Ian Hazrael menolak troli yang penuh dengan beg pakaian dan barang-barang peribadinya.

"Eh, mana lah Pak Ali ni? Dah lima belas aku kat sini. Batang hidup tak nampak lagi," kata Ian Hazrael.

"Assalamualaikum... Tuan Ian?" Tegur seorang lelaki tua.

Ian Hazrael menoleh ke kanan.

"Waalaikumussalam. Ye saya. Pakcik Ali?" Tanya Ian Hazrael ingin kepastian.

"Ye saya Pak Ali. Maaflah lambat jemput tuan. Tadi jalan sesak nak masuk ke KLIA," jawab lelaki tua itu.

Ian Hazrael mengangguk. Dan mereka berdua pun pergi.

Kayla Hazel yang menunggang basikal di kawasan rumahnya sambil mendengar mp3 dan bernyanyi. Dia tidak perasan yang di simpang kanan ada sebuah kereta meluncur laju dan...

Critt!!! Burkk!!! Kayla Hazel tersepit dengan kereta itu.

"Wei, kau bisa memandu tak? Fuh.... Fuh...." Marah Kayla Hazel.

"Sorry aku tak sengaja. Kau okay tak ni?" tanya pemilik kereta itu.

"Kau rasa?" balas Kayla Hazel.

"Jom aku cuci luka kau tu. Rumah aku depan tu je. Kau boleh jalan?"

Gedebukk!!! Kayla Hazel terduduk semula. Pemilik kereta itu pun mengendong nya.

"Eh! Kau nak buat apa ni?"

"Nak bawa kau masuk keretalah," jawab pemilik kereta itu.

Kayla Hazel membiarkan lelaki itu mengendongnya. Nasib baik berlapik.

Gila ni mamat. Gentleman habis... Dahlah handsome dan carring pula tu. Untuk siapa yang dapat kahwin dengan dia ni.

"Hey, kau tenung apa tu?" Tegur pemilik kereta itu.

Sampai sahaja di sebuah rumah banglo, Kayla Hazel lagi sekali di gendong. Tapi kali ni dia bawa masuk ke dalam rumah.

"Kak Bibah, tolong bawa air suam dan kotak ubat," Arah lelaki itu.

"Baik tuan, Ayyan."

Jadi nama pemilik kereta itu Ayyan.

Tidak lama wanita muda datang bersama dengan barang-barang yang lelaki nak.

"Terima kasih Kak Bibah,!" Ucap lelaki itu sopan.

Wanita itu mengangguk.

Lelaki itu pun mula mencuci luka di kaki Kayla Hazel.

"Dah siap," kata lelaki itu.

"Oh, thank you," ucap Kayla Hazel.

"Most welcome," balas lelaki itu.m

"Rasanya dah lewat petang ni. Aku kena balik. Nanti ayah dan ibu risau," kata Kayla Hazel.

"Jom aku hantar kau balik," pelawa lelaki itu.

"Eh tak payahlah. Aku boleh balik sendiri. Lagi pun basikal aku kat sana lagikan," tolak Kayla Hazel.

"Oh pasal basikal tu kau jangan risau. Aku dah suruh member aku ambil bawa ke bengkel dia,"

"Susah-susahkan kau je,"

"Takpe. Jom aku hantar kau balik," ajak lelaki itu.

Kayla Hazel mengangguk.

Mari jemput baca first story dari Cik Silenziosa... Cerita ni hanya ada kat sini je.... Kat wattpad takde ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience