BAB 41

Family Series 2595

Syaa melilau mencari rumah nenek Fadzil dari setiap rumah ke rumah. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Dia memandu sahaja memerhatikan kereta dan motosikal yang berselisih dengan kereta Syaa.

“Aku lalu je rumah nenek dia. Lepas ni kita cari homestay. Aku terperasan ada satu homestay tadi. Nanti kita stay kat homestay dulu” kata Syaa.

“Yelah okay. Location yang mak mertua aku bagi betul tak tu. Mana tau silap ke ?” tanya Azralina.

“Takkanlah boleh silap. Betul la ni. Dalam beberapa meter je lagi” kata Syaa.

“Dekat dah ni ?” tanya Azralina. Syaa mengangguk.

Beberapa minit kemudian barulah Syaa terlihat sebuah rumah yang sederhana besar. Dia yakin itu adalah rumah nenek Fadzil.

“Besarnya rumah nenek dia” kata Syaa.

“Fadzil pernah cerita dekat aku, dulu masa arwah atuk dia ada, dia renovate rumah nih bagi besar semua. Atuk dia besarkan bilik mak ayah Fadzil dengan anak-anak diorang tu. Tu jela dia cerita. Sedangkan aku ni tak suka datang kampung sebab rimas, pengotor banyak nyamuk la apa lah” kata Azralina menundukkan kepalanya.

“Kau tak boleh cakap camtuh Lina. Apa yang kau cakap semua tuh bukan apa yang kau sangka kan. Kau untung lahir-lahir terus duduk rumah besar kat bandar. Kadang-kadang kita kena merendah diri juga. Jangan sombong dengan semua orang” kata Syaa.

“Ya aku tahu. Dulu aku selalu fikir macam tu. Sekarang bukannya apa yang aku fikir selama nih. Sebab tuh dulu aku hina budak-budak kampung. Bersalah pulak aku kat diorang yang pernah aku hina dulu” kata Azralina.

“Dah la tuh Lina. Kita cari homestay dulu. Lepas settle pasal homestay kita rehat. Satu malam aku tak tidur langsung. Aku nak tidur menguap sangat dah nih” kata Syaa.

“Yelah yelah. Aku pun dah mengantuk jugak nih. Lepas sahur tadi aku tak mengantuk langsung pun. Tiba-tiba rasa mengantuk pulak. Eh tu ada satu homestay tuh. Rumah tu klasik jugak. Cuba call tuan punya homestay ni” kata Azralina.

Syaa menaip nombor telefon yang tertera pada banner homestay di pagar rumah itu. Syaa bersembang dengan tuan rumah itu tentang harga sewa dan apa-apa yang berkaitan dengan homestay. Beberapa minit kemudian Syaa mmematikan telefonnya.

“Okay tuan rumah ni dalam 10 minit dia datang. Kalau sehari sewa RM 150? Macam mana ? Tuan rumah tu suruh bayar deposit 100 dulu. Nampak rumah kampung simple je ni sebab tu harga macam ni” kata Syaa.

“Aku okay je. Kita tong tong la bayar kat orang tu nanti. Aku bayar deposit dulu. Entah-entah dalam rumah tu lagi lawa dari rumah aku nanti” kata Azralina tersengih.

“Pandai lah kau. Entah-entah biasa macam rumah-rumah lain” kata Syaa.

“Mana lah aku tahu. Kau nampak muka aku macam anak tuan rumah ni ke ?” kata Azralina.

“Takdelah. Alah tunggu jela tuan rumah tu sampai. Kita relaks dalam kereta dulu” kata Syaa.

“Okay okay. Lambat lagi ke mengantuk dah aku ni” kata Azralina sambil menguap.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta tiba di hadapan homestay itu. Syaa keluar dari kereta itu.

“Tunggu sini kejap. Nanti kalau dah settle kau parking masuk rumah tu” kata Syaa. Rakannya mengangguk sahaja.

Syaa bertemu dengan tuan rumah itu lalu berbincang tentang homestay itu. Setelah berbincang beberapa minit Syaa memberi isyarat kepada Azralina supaya memasuki kereta ke dalam perkarangan rumah. Setelah itu barulah Azralina keluar dari keretanya.

“Besar jugak perkarangan rumah ni. Ni kalau letak 10 buah kereta pun muat nih” kata Azralina.

“Okay cik Syaa. Ni kunci rumahnya. Semua sekali lengkap dalam rumah tuh. Lagipun rumah ni seminggu sekali kitorang pergi bersihkan. Jangan risau astro semua lengkap. Nanti kalau dah keluar rumah baru bayar full ya” kata tuan rumah itu.

“Thank you tau. Alhamdulillah semua ada Lina. Jom lah kita tengok rumah tuh dulu” kata Syaa. Azralina mengambil kunci rumah itu daripada tangan Syaa.

“Terima kasih bang” kata Azralina kepada tuan rumah itu.

“Sama-sama. Saya pergi dulu tau. Ada apa-apa just call saya tau. Ataupun terus ke rumah saya. Rumah saya keluar belok kanan terus lagi nampak rumah yang warna biru tu” kata tuan rumah itu lalu menuju ke keretanya. Azralina dan Syaa mengangguk.

“Alang-alang kau dah ambik kau bukak lah dulu” kata Syaa.

“Sabar lah nak tengok kunci mana yang betul” kata Azralina membuka kunci pintu gril besi dan membuka kunci pintu rumah itu.

“Assalamualaikum” kata Azralina memberi salam.

“Wahh serius lah ? Rumah klasik dalam macam rumah aku weh” kata Azralina.

“Bersihnya rumah nih. Rajin betul tuan rumah tu bersihkan rumah ni” kata Syaa.

“Jap aku tengok seluruh rumah nih” kata Azralina. Syaa sedang asyik memerhatikan ruang tamu yang tersergam indah.

“Peh bilik semua ada aircond” kata Azralina sambil membuka setiap bilik yang ada di rumah itu. Kemudian dia menuju ke dapur.

“Dapur complete semua. Senang la aku nak masak nanti” kata Azralina seorang diri.

“Takper Lina biar aku yang masak nanti tau. Kau duduk depan tengok tv rilek je. Jom lah angkat beg baju kita dulu. Lepas ni mandi-mandi rehat lah” kata Syaa.

“Ada tiga buah bilik. Boleh tahan jugak bilik semua. Ada aircond lagi” kata Azralina.

“Alah macam rumah kau jugak kan. Hehehe marilah angkat dulu” kata Syaa. Azralina mengikut Syaa keluar dari rumah itu untuk mengambil beg pakaian mereka.

.

“Mana si Fadzil abang kau tuh Ida ? Tak turun-turun pun dia tuh” kata Adirah.

“Tidur la tuh dekat bilik dia. Diorang tuh dah satu malam dekat highway. Mengantuk sangat la tuh” kata Faridah.

“Kau sebut mengantuk nih…aku dah nak terlelap nih. Ngantuk sangat dah aku nih” kata Alisha.

“Sebab ketupat la aku tak mengantuk nih. Belum apa-apa kau dah tewas. Mende la kau” kata Faridah.

“Beria lah kau nih. Aku tengah tahan nih” kata Alisha.

“Kau pergi mesin air tuh kau minum air. Pergilah insyaallah hilang ngantuk kau” kata Adirah. Faridah tergelak sahaja.

“Puasa lah gila. Apa lah kau nih” kata Alisha.

“Hahaha dah tuh. Kita dapat rehat ni pun dah okay la. Kita dapat buat ketupat dalam masa yang ditetapkan. Sekarang pukul 11 nih” kata Faridah.

“Nenek bagi tak kita tidur tengah hari nanti ?” tanya Adirah.

Faridah mengangkat bahunya.

“Nanti pukul 1 korang rehat lah nak tidur ke mandi ke apa ke. Yang penting solat bila dah masuk waktu nanti. Pukul 2 bangun datang dapur balik” kata Nek Tipah.

“Yeayyyyyy baik nenek. Hehehe” jerit Alisha.

“Hoi kau jerit kemain lagi macam dah pukul 1. Baru pukul 11 kau nih pun” kata Faridah.

“Nenek dah siap masuk ketupat nih. Nanti berbuka kita makan la sama-sama. Esok korang buat lagi banyak. Campur sekali dengan ketupat lembu yang korang nak buat kejap lagi” kata Nek Tipah.

“Okay nenek. So boleh ke mulakan kelas buat ketupat lembu nih ?” tanya Adirah.

“Eh boleh je nih. Lagipun nenek dah tak sibuk. Begini, buat ketupat lembu ni kena sabar dan kena buat dengan fokus. Kalau boleh tengok la buku yang nenek dah letak dekat almari tuh” kata Nek Tipah. Alisha dengan segera mengambil buku panduan membuat ketupat lembu di almari dan meletakkan di atas meja.

“Okay bagus Isha. Sekarang nenek akan turunkan ilmu cara pembuatan ketupat lembu kepada korang bertiga. Tetapi korang kena ingat, kalau diorang nak belajar, korang kena ajar diorang sampai rasa boleh buat sendiri. Boleh tak ?” kata Nek Tipah.

“Boleh nenek” kata Faridah mengangguk.

“Nenek nak pesan satu je. Kalau tak jadi ke apa ke jangan putus asa. Leraikan balik ikatan yang salah dan buat semula sampai lah jadi seperti ketupat lembu yang betul. Buat benda ni memang akan selalu tak jadi walau ulang banyak kali pun. Nenek dah try buat satu ketupat tu masa sebelum sahur tadi” kata Nek Tipah sambil menunjukkan ketupat lembu yang dibuat sendiri oleh Nek Tipah di atas meja sinki tersebut.

Muka Faridah, Adirah dan Alisha berubah wajah seperti tidak yakin akan usaha yang akan dilakukan nanti. Tetapi mereka tetap tenang sahaja walaupun tugasan yang dilakukan agak sukar.

“Peh besarnya. Kalau aku makan sorang tak habis nih” kata Alisha tergelak.

“Okay mari kita buat sama-sama” kata Nek Tipah lalu mengajar Faridah, Alisha dan Adirah membuat ketupat lembu yang betul dan sempurna.

Farhad yang sedang menuju ke dapur melihat sahaja gelagat adiknya Faridah, dua orang kembarnya dan neneknya yang sedang membuat ketupat lembu itu.

“Ida dah nak belajar buat ketupat lembu rupanya. Aku ni bila lah nak belajar buat ketupat lembu tuh” kata Farhad dalam hati. Dia berpatah balik kemudian masuk semua ke dalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience