Bab 3

Romance Completed 487566

Melissa cuma mendiamkan diri apabila suaminya memintanya tidak membabitkan bonda mertuanya. Dia tidak mampu lagi berkata kata dan cuma menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Dadanya sudah cukup sesak.

Dalam kegelapan hatinya, dia mendengar pintu bilik mertua terbuka, dan terjengul ibu mertuanya dengan pakaian tidur yang kelihatan masih rapi.

“Tak perlu kejut, Bonda tak tidur pun, duduk lah, Bonda dah lama tunggu saat ini,” wanita berusia 55 tahun itu bergerak ke arah sofa dan terus duduk berdekatan dengan wanita itu.

Sedikit pun dia tidak menyapa menantunya, pandang pun tidak.

Melissa bangun untuk menyalami bonda mertuanya, walaupun di dalam situasi yang sukar, dia tidak mahu berkurang ajar dengan wanita yang melahirkan suaminya ke dunia, lagipun dia punya cerita istimewa dengan bonda mertuanya yang membawa kepada jodohnya bersama Fahri.

“Tak perlu salam, kamu boleh duduk, Bonda nak Fahri dan Sarah diam, kali ini Bonda akan bercakap, Bonda tak nak sesiapa pun menyampuk. Tunggu sehingga habis Bonda bercakap,” suara itu tegas dan Melissa kembali ke sofa kerana dia melihat wajah tegang ibu mertuanya.

“Perempuan yang kamu lihat di dalam bilik Fahri adalah isterinya yang sah, mereka baru berkahwin 3 bulan lalu di Kelantan. Bonda yang carikan, kerana Bonda perlu cucu dari Fahri,” suara itu mengandungi nada yang sangat sombong dan bongkak, dia dapat mendengar daripada tonasi suara mertuanya.

Bonda mertua yang dia kenal sangat lembut, tidak pernah mencampuri urusan dia dan suaminya. Selama mereka berkongsi rumah selama 3 tahun semasa dia belajar di Nilai, dia dilayan sangat baik.

Melissa mendengar dengan jelas bait bait kata yang keluar daripada bibir wanita yang masih cantik itu, dan dia tidak pekak.

Perkataan isterinya yang sah itu ditekankan oleh bonda mertuanya, dan perkataan itu seperti bangunan yang besar menghempap di atas badannya. Nafasnya turun naik, dia meramas tangannya perlahan, memberi semangat kepada matanya agar tidak bertakung, tetapi air mata itu mengalir deras, dengan esakan yang menghibakan.

Fahri bangun, dia sudah tidak senang duduk apabila melihat wajah isterinya yang basah. Tanpa mempedulikan Bondanya, dia bangun dan menapak ke arah isterinya. Dia sudah tidak sanggup melihat kesakitan isterinya.

“Fahri, duduk situ, jangan bergerak, Bonda akan habiskan, Bonda nak dia faham kenapa semua ini terjadi,” Wanita yang masih cantik itu memandang tajam ke arah anak lelaki bongsunya.

Fahri tidak mendengar arahan Bondanya, dia mencapai tangan Melissa dan ingin memeluknya, tetapi tangannya di tepis perlahan oleh isterinya yang sudah lejun dengan air mata.

Fahri tidak memaksa, dia melihat badan isterinya yang berisi itu terhenjut henjut menahan sendu.

“Bonda rasa kami tidak perlu meminta maaf, kerana kami tidak bersalah. Tetapi sebab Bonda pun wanita juga, Bonda ingin meminta maaf kerana perkahwinan yang terjadi tanpa pengetahuan kamu,” suara itu masih sombong dan Melissa seperti pesalah yang duduk di hadapan hakim yang sedang membacakan kertas perbicaraan.

“Bonda, please Bonda, biar Fahri yang explain sendiri, Iman tak bersalah Bonda, tidak adil untuk Iman. Please Bonda,” Fahri sekali lagi bangun dan menapak ke arah Bondanya, ingin menarik tangan Bondanya untuk di bawa ke biliknya.

“Fahri, Bonda dah pesan semua ini Bonda buat untuk Fahri, bukan untuk Bonda, malam ini Bonda akan selesaikan kesemuanya, biar semua terang,” Wanita yang bernama Zainab itu mencerlun ke arah Fahri dan sekali lagi Fahri berundur dan kembali duduk di sofa itu.

“Pertama Bonda nak Fahri dan kamu tahu, Bonda tahu asal usul kamu, Fahri tidak pernah beritahu Bonda, tapi Bonda jumpa sesuatu semasa mengemas bilik kamu, jadi Bonda tidak mahu isteri Fahri lahir dari rahim yang tidak sah, pendek cerita Bonda tahu kamu anak luar nikah,”

Melissa dan Fahri memandang wanita itu serentak, mereka terkejut, mereka saling berpandangan sesama sendiri.

“Bonda, Iman tak bersalah, kenapa Bonda perlu malukan Iman begitu, mana semua timbang rasa Bonda?,” Fahri berdiri, dia seperti mahu menerkam ibunya.

Melissa mendiamkan diri, dia tahu lambat laun cerita berkenaan dirinya akan terbongkar.

Dia tidak pernah minta begitu, tetapi Allah menentukan takdir untuk dia menjadi begitu.

“Selain itu ada banyak yang Bonda ingin katanya, Fahri tolong jangan halang Bonda,” Suara itu sangat tegas, berlagak sombong dengan mata yang tajam memandang anaknya

Melissa masih lagi tidak berkutik, sesekali dia menyapu perlahan airmatanya, menahan diri daripada menjawab perkataan Bonda Mertuanya.

“Kamu sombong dengan suami kamu, suami kamu memujuk untuk tinggal dengan Bonda, kamu menolak, kononnya ingin mempunyai pekerjaan sendiri, ingin memegang duit sendiri. Suami kamu meminta kamu mengandung, kami sombong memberi alasan untuk habiskan belajar, suami kamu minta kamu menjaga Bonda, kamu memberi seribu alasan, seorang isteri sepatutnya mendengar cakap suaminya, bukan melawan,” suara itu kembali mengema dia gegendang telinga Melissa.

Kali ini Melissa mengangkat mukanya, dia memandang suaminya, kerana ada perkataan Bonda mertuanya yang tidak benar, dia tidak pernah melawan cakap suaminya, malah suaminya yang mengizinkan dia bekerja, suaminya yang memberi restu.

Fahri memandang Melissa dengan airmata yang sudah bertakung, dia tidak mahu menyampuk, dia perlu membiarkan Bondanya menghabiskan perkataannya dulu, nanti dia akan membela isterinya.

“Kamu tahu kan? Untuk mengandung perlukan badan yang sihat, tapi kamu mengumpul lemak, sehingga badan kamu besar begini. Kamu tidak malu melihat perbezaan kamu dengan Fahri. Suami kamu sempurna, tapi kamu seperti tong drum. Pernah tak kamu nak cantikkan diri untuk suami? Tak pernah kan? Sebab kamu tahu Fahri sayangkan kamu,” Wanita itu kelihatan sangat tenang, suaranya keluar satu persatu tanpa memikirkan kesakitan hati yang mendengarnya.

Mata Melissa sudah memerah, gelodak hatinya Allah sahaja yang tahu, gundah dan debaran hatinya sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Dia tewas dengan airmatanya.

Dia sendiri tidak pernah terfikir hari ini kan tiba, tidak sesekali.

Wanita yang dipanggil Sarah itu cuma mendiamkan diri, tidak berkutik dan tidak juga bersuara. Matanya memandang Melissa tidak berkelip, tetapi dek kerana inginkan kebahagian sendiri, tidak timbul rasa bersalah sedikit pun.

“Bonda minta Fahri ceraikan kamu sebelum berkahwin dengan Sarah, tetapi Fahri tidak sanggup, jadi inilah jalannya. Kalau kamu tidak sanggup bermadu, kamu boleh berundur kerana rasanya Fahri tidak perlu menyimpan kamu yang tidak memberi keuntungan kepada Fahri, kepada keluarga kami,” kata kata yang baru didengar itu seperti gembita yang kuat, kilat yang menyambar dan dentuman yang boleh mematikan jiwa yang mendengar.

“Bonda, kata kata Bonda itu terlalu kesat, kita sudah berjanji tidak akan menyakitkan Iman, itu janji Bonda pada Fahri, Bonda jangan lupa itu,” Dr Fahri mula bersuara apabila mendengar kesatan bahasa wanita yang melahirkannya.

“Bonda dah lama berlembut dengan kamu, tapi kamu tidak pernah fikir kebahagian Fahri. Memang betul Bonda yang menjodohkan kamu, Bonda yang mengatur pertemuan kamu, tapi Bonda berhak untuk memutuskan apabila Bonda tidak melihat anak Bonda akan bahagia,” Zainab menambahkan asam kepada luka yang sudah terlalu parah

Dia tahu Melissa sudah hampir lemas, tetapi dia masih belum puas.

“Bonda, please Bonda, Fahri bahagia dengan Iman, dia cinta pertama Fahri, Fahri sayangkan dia, Bonda tidak boleh berkata begitu,” Fahri kelihatan sangat gelisah, dia sudah lemas, malah sudah hampir kehabisan oksigen di dalam badannya.

Melissa melihat dan mendengar perkataan yang keluar dari suaminya, dia menghadam setiap patah perkataan, dia semakin faham dengan situasi yang cuba digambarkan oleh Bonda mertuanya.

“Selepas 5 tahun, Bonda boleh katanya kamu mandul, atau tidak boleh mengandung. Bonda nak kamu tahu, Sarah dah mengandung. Jadi ini membuktikan Fahri berupaya membuat isterinya mengandung. Kamu boleh pergi, Bonda harap kamu pergi semasa Bonda masih ingin berbaik dengan kamu, Bonda nak kamu pergi, tinggalkan Fahri. Bonda malu ada menantu yang berbadan besar seperti kamu,” wanita itu memegang tangan Sarah dan membelai perlahan, dengan riak yang menggunung tinggi.

“Bonda dah habis cakap, Bonda akan bawah Sarah ke bilik Bonda, kamu berdua berbincanglah,” Zainab bangun bergandingan dengan Sarah ke biliknya, cuma beberapa meter daripada ruang tahu paling hadapan.

“Sayang, abang minta maaf, please lupakan apa yang Bonda cakap, Abang dah pernah beritahu Bonda berkenaan kisah Iman, Iman masih isteri abang, abang masih sayangkan iman, tolong maafkan abang,” Fahri bangun dan duduk di sofa sebelah isterinya, mencapai jemari isterinya dan membawakan ke bibirnya.

Melissa berusaha keras untuk bernafas, dadanya sebak, jiwannya sarat, dan tangisannya sudah menggila, dia melepaskan kesemua sesak dadanya menjadikan badannya besarnya terhenjut kuat.

Apabila melihat Bonda mertuanya berlalu masuk ke bilik, dia memandang suaminya yang memandang sayu dengan airmata yang berlinang.

“Abang, anak luar nikah tak layak bahagia ke?,” Itu perkataan pertama yang keluar dari bibir Melissa, kerana ini kali pertama dia bercakap mengenai tarafnya secara terbuka.

Selama ini, yang tahu cuma Fahri, mamanya dan arwah daddynya.

Fahri masih duduk kejang di atas sofa itu, cuma tangannya yang mencium jemari isterinya, memegang kemas tangan isterinya.

“Abang, please fikir balik, saya tidak sanggup untuk berkongsi abang dengan orang lain. Please abang….tolong tukar fikiran abang. Doktor dah sahkan saya sihat, cuma saya kena kuruskan badan saya, abang beri masa setahun untuk saya beri zuriat untuk abang. After one year, kalau still tiada, saya akan izinkan abang berkahwin lain. Please abang,” Melissa merayu, dia bangun dan melutut di hadapan suaminya.

Dengan penuh kesakitan, dia memeluk suaminya, suaminya yang sedari tadi berusaha untuk memeluknya.

“Abang, tolong beri saya peluang, saya akan mengandungkan anak abang, saya berjanji, saya akan berhenti kerja dan jaga Bonda, tolong jangan buat saya begini abang, saya tak sanggup berpisah dengan abang, abang tahu saya sayangkan abang,” air matanya membasahi baju tidur suaminya, dia sudah tidak berdaya untuk bangun, badannya sangat lemah.

“Semua sudah terlambat sayang, bodohnya abang apabila bersetuju untuk menyakiti hati sayang,” Fahri sudah tiada ayat yang sesuai untuk memhentikan gundah gulananya.

“Iman, abang minta maaf, abang buat semua ini sebab Bonda, Bonda nak cucu, abang harap Iman boleh terima Sarah sebagai isteri abang, Insyallah abang akan berlaku adil kepada isteri abang, abang minta maaf sebab tidak dapat undur masa lagi.” Fahri tidak berdaya mengangkat badan besar isterinya, dia sendiri duduk di karpet sambil memeluk isterinya.

“Abang, Saya tidak pernah melawan cakap abang, Saya tidak pernah menderhaka pada abang. Abang sendiri yang beri peluang untuk saya bina kerjaya saya, itu idea abang, jadi saya ingat itu juga kebahagian abang. Kenapa Bonda menuduh saya begitu?,” Melissa mengelap air mata menggunakan jemarinya, kerana matanya sudah berbalam dengan airmata.

“Tidak perlu kamu merayu lagi, Bonda tidak lagi sudi bermenantukan kamu. Cukup dengan Sarah seorang, Sarah pasti boleh beri cucu yang ramai untuk Bonda, kamu boleh balik,”

Melissa berpaling kepada Bonda mertuanya, dan pandangan daripada Bonda mertua tersangat benci, matanya tajam merenung Melissa dan Fahri.

“Fahri, ajak Sarah masuk bilik, dia muntah dalam bilik Bonda tadi. Kepala dia pening, Fahri kena menjaga isteri kamu yang tengah mengandung,”

“Please Bonda, jangan buat Iman begini, Bonda jangan lupa apa yang Iman buat untuk Bonda hidup sihat seperti sekarang,” Fahri terpaksa mengungkit peristiwa lama apabila melihat Bondanya begitu lancang bersuara.

“Sarah, takkan awak tak boleh berjalan sendiri ke atas, selama ni tak pernah pulak saya tolong, jangan jadi batu api pulak,” kali ini suara Fahri seperti halilintar, dia tidak boleh memarahi Bondanya, jadi tekanan itu dilepaskan kepada Sarah.

Melissa terkedu mendengar suara Fahri yang sudah bergema di serata rumah. Dia melihat Bonda mertuanya mula menangis apabila mendengar tengkingan Fahri, anak kesayangannya.

“Tak mengapa abang, saya pulang dulu, kalau itu yang Bonda inginkan, kita tamat di sini. Tugas abang adalah membahagiakan Bonda, kita sama sama berjanji untuk mendahului Bonda di dalam apa juga keputusan kita. Saya pergi dulu, saya pasti abang akan bahagia. Maafkan saya bonda, saya harap Bonda bahagia,” Melissa menarik tangannya perlahan dari genggaman suaminya, dia mula berdiri, mengambil tas tangannya dan menyapu air matanya dengan jemarinya.

“Sayang, don't go, abang akan minta Sarah guna bilik tamu, please jangan balik, sekarang dah hampir tengah malam,” Fahri kembali menarik tangan isterinya.

“Jangan lupa Fahri, baju Iman semua Sarah dengan Bonda dah kemas , letak dalam bilik orang gaji, sebab Fahri janji nak pulangkan luggage Sarah kan? Jadi kamu boleh ambik kat bilik sana, semua Bonda dah kemas, barang kemas kamu Bonda dah kasi Sarah sebab semua tu Fahri yang beli,” kali ini dentuman guruh semakin kuat, dia sekali lagi lembik, kakinya sudah kebas.

“Bonda, perlu ke kata begitu, Allahu Akbar, kenapa dengan Bonda ni, kalau sebab Bonda bangga dengan Sarah mengandung, tak perlu buang Iman macam ni, Bonda tak takut balasan dari Allah ke?,” Kali ni Fahri turut sama menangis.

Fahri memeluk isterinya yang sudah terduduk, dia tidak tahu lagi perlu berbuat apa untuk menghentikan hinaan Bondanya.

“Bonda, please masuk bilik, Bonda tak perlu menyombong begitu. Iman juga manusia Bonda, ada perasaan, ada rasa sakit, please Bonda,” Fahri memberi isyarat kepada Sarah untuk baik ke atas, masuk ke bilik tetamu.

Dengan hentakan kaki, Sarah mula melangkah ke atas, dia sebal kerana Fahri seperti mengutamakan Melissa daripada dirinya yang sedang mengandung.

“Kamu jangan jadi anak derhaka, Bonda buat semua ini untuk kamu, bukan orang lain, tak guna kamu menyimpan isteri yang tidak memberi apa apa keuntungan,” Zainab masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu dengan kuat.

Dentuman pintu itu sekali lagi mengejutkan Melissa, dia memegang dadanya dan mengurut dengan lemah, kerana tenaganya sudah tiada. Tenaga sudah perlahan meninggalkan dirinya, kerana sedari tadi dia menahan diri daripada bertindak di luar kapasiti sebagai seorang isteri dan menantu.

BERSAMBUNG

~Di dalam hidup ini, pasti ada hari yang kita dihina, dikeji oleh orang yang kita sayang. Di saat itu, kita cuma boleh memilih, berdiam diri atau melawan. Di antara dua pilihan itu, pilihlah berdiam, kerana berdiam itu dapat membataskan kata kata semasa kita marah, kerana bahasa yang sedang marah adalah bahasa yang paling keji~ Cik Syid

Share this novel

Sholeha Siti
2024-02-04 18:09:31 

Sambung cerita tadi

Asmah
2021-08-21 21:35:49 

suami yang bagus ,ibu pulak yang buat hal

Hawani Hashim66
2021-08-19 22:17:20 

wahhh menariknya cerita ciksyid kali ni mcm drama korea yg pernah saya tonton di mana isteri gemok suaminya curang next ya terujanya bab seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience