BAB 3

Family Completed 4316

“Kak Alisa..”

Aku menoleh. Perempuan itu! Begitu berani dia berada di depanku setelah hakku disentuh dan dibelainya begitu sahaja.

Ah! Aku terfikir.... buat apa aku nak risaukan lelaki sebegitu?. Hargailah lelaki yang menghargaiku...

“Hmmm..”

“Maafkan Imani. Kami terlalu menyayangi.... bukan niat..”

“Diam!. Bukan niat atau memang niat..... itu Allah sahaja yang tahu. Jangan kau ungkapkan perkara yang kau sendiri tak maksudkan” nafasku turun naik.

Sakitnya lebih lagi apabila aku berhadapan dengannya. Aku pandang setiap inci raut wajahnya. Cantik! Tetapi aku menafikannya..... tidak perlu memuji dia yang kejam padaku.

“Kak...” Suraya Imani menyentuh tanganku.

“Saya janji tidak akan membolot abang “ janjinya.

“Saya tak kisah bermadu, kak!. Janganlah akak begini. Saya pun boleh tolak ansur” bukan main lagi perkataan yang dia keluarkan padaku. Nampak alim!

“Kau merampas... kau tidak akan pernah rasa sakit bila dirampas!” aku menyentap tanganku semula dan terus membawa Bella ke kaunter.

Rupanya Zaril menunggu di pintu utama pusat membeli belah itu.

“Please Alisa, jangan kejam dengan abang” rayunya.

“Kejam?...” aku menggeleng kepala dan terus masuk ke dalam kereta.

Mendidih hatiku waktu itu lebih – lebih lagi apabila melihat dari cermin sisi kereta yang Suraya sedang memeluk lengan Zaril. Kurang ajar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience