Empat Puluh Lima

Other Completed 44787

Majlis perkahwinan Al dengan Umairah berjalan dengan lancar. Dewan yang berada dalam Pangkalan menjadi riuh rendah akibat semua Family tentera berkumpul meraikan mempelai.

"Tahniah Al, Umai." Kata Cinta yang naik bersama Luthfi keatas pentas tempat pengantin bersanding.

"Thanks Cinta." Kata Al lalu bersalam dengan Luthfi.

"Walupun kau tak lagi dalam team kita tetap BFF ye Jasmin?" Kata Umairah yang memeluk Cinta erat.

"Ye. Kau BFF aku dunia akhirat." Kata Cinta.

"Al aku nakemgucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Kalau kau tak bantu aku masa tu mungkin aku dah takde kat ini." Kata Cinta.

"Kita satu team. Aku takkan tinggalkan Team aku." Kata Al.

"Thanks bantu isteri aku." Kata Luthfi.

Besar jasa yang diberikan Al pada Cinta kerana membantu mengendong isterinya agar keluar dari lingkaran penceroboh.

"Cepat-cepat bagi anak aku kawan tau." Bisik Cinta pada Umairah.

"Kau ni Jasmin, Malulah aku." Kata Umairah.

Cinta membawa Luthfi pulang apabila dia mulai merasa lelah dan mual.

Mereka berpapasan dengan HyQarl dan isterinya serta anak lelaki dalam gendongan HyQarl.

Luthfi memeluk bahu isterinya agar tak berlaga denga bahu HyQarl.

Didalam perjalanan Cinta sedang leka melihat pokok pokok ditepi jalan melalui Tingkap pintu.

"Abang." Panggil Cinta.

"Ye Sayang kenapa?" Tanya Luthfi.

"Kenapa Alahan Cinta macam ni ek. Kalau malam Cinta taknak langsung dekat Abang. Tapi kalau siang ni, Asyik nak melekat je." Kata Cinta.

"Mungkin bawaan Baby." Kata Luthfi.

"Susah tau Cinta nak lelap mata sekarang ji kalau malam abang takde kat sisi Cinta." Kata Cinta berterus terang.

"Sayang sabar ye. Tak lama Lagi." Kata Luthfi.

Dia juga merasa Kasihan pada isterinya. Dahlah semua makanan susah nak ditelan isterinya, Tambahan lagi dia tak boleh dekat dengan isterinya sebelah malam dan terpaksa tidur diatas sofa.

Disisi lain, HyQarl yang jelas melihat kebahagiaan bekas isterinya bersama suami baru mengundang cemburu yang terlampau.

"Kau bahagia sangat dengan lelaki tu. Sedangkan Aku menderita diatas kebahagiaan kau Cinta." Kata HyQarl.

Dia melihat Cinta dan Luthfi dimajlis perkahwinan Al tengahari tadi. Dia juga melihat perut Cinta nampak sedikit menonjol menandakan dia mungkin mengandung.

"Macam mana dia boleh mengandung sedangkan Rahimnya dibuang dulu?" Pertanyaan HyQarl pada dirinya.

"Tapi tak pe. Aku akan pastikan kebahagiaan kamu setakat sampai sini. Aku akan buat lebih dari dulu lagi. Aku takkan biarkan kau bahagia Cinta." Kata HyQarl.

HyQarl mulai menyusun rencana untuk mencelakai Cinta dan Luthfi. Baginya dendamnya pada Cinta dan Luthfi makin menggunung.

"Aku nak kau lihat aku boleh buat lebih dari apa yang kau buat pada aku Cinta." Kata HyQarl ddngan senyum senget.

Luthfi melihat isterinya yang sedang leka menggosok perutnya perlahan.

"Haihh jadi Habit ye gosok-gosok baby kat dalam tu?" Tanya Luthfi.

"Hmmm entahlah Bang. Kalau Cinta buat macam ni, Baby ok je kat dalam tak banyak kerenah. Kalau tak Anag tengok tu." Cinta menunjukkan berapa aktif baby didalam rahimnya.

Senget ditendang sebaby yang aktif dalam kandungannya.

"Ya Allah, Jangan aktif sangat Baby, Kesian Mama. Penat lepas tu Mesti Mama sakit Baby tendang macam tu." Kata Luthfi.

"Sayang takde nak ngidam makan apa apa tak?" Tanya Luthfi.

"Nak Makan apa ek?" Tanya Cinta.

"Mana tau baby ada nak makan apa ke?" Soal Luthfi lagi.

"Eerm makan Abang jelah." Gurau Cinta.

"Kalau nak makan Abang, tunggu sampai rumah ye Sayang." Luthfi mengenyitkan mata.

"Apa lah Abang ni." Kata Cinta.

"Betulkan. Takkan sayang nak makan Abang dekat dalam kereta ni. Viral tak lama." Kata Luthfi.

"Haa ni dah lebih ni." Kata Cinta.

Luthfi ketawa geli hati melihat wajah isterinya merah menahan malu.

"Tau malu. Ingat Mama Baby ni tak tahu malu." Kata Luthfi.

"Issshhhhh." Cinta mula mencubit lengan suaminya.

"Adu adu adu Sayang sakit." Kata Luthfi.

"Tau pun sakit." Kata Cinta.

Luthfi dan Cinta bergurau sambil bercerita didalam kereta hingga mereka sampai dilaman Villa.

Cinta keluar dari kereta milik suaminya dengan dibantu Luthfi.

"Pelan sikit." Kata Luthfi.

Cinta naik kebilik mereka dan dalam perjalanan naik dia teringin nak makan Aiskrim keladi.

"Abang." Panggil Cinta.

"Ye Sayang. Kenapa?" Tanya Luthfi.

"Nak makan Aiskrim keladi lah." Kata Cinta.

"Erm tadi taknak." Kata Luthfi.

"Ermm takpe. Esok pun boleh." Putus Cinta.

Namun Luthfi tahu perasaan mengidam isterinya. Lalu dia meninggalkan isterinya selepas membantu Cinta duduk dibirai katil.

"Abang nak kemana?" Tanya Cinta.

"Abang nak cari Aiskrim Keladi." Kata Luthfi.

"Esok esok je." Kata Cinta. Dia mulai rasa tak sedap hati.

"Takpe Sayang tunggu kat sini ye." Kata Luthfi.

"Abang Hati-hati tau." Kata Cinta.

"Ye." Balas Luthfi.

HyQarl menghubungi seseorang untuk mengekori kereta Luthfi dan dia mahu seseorang itu boleh membuatkan pemandu dan penumpang mati tak kisah dengan apa cara sekalipun.

"Aku akan bayar lebihan upah kau bila tugas kau selesai." Kata HyQarl dalam talian.

"Baik Boss." Kata Gambit. Orang suruhan HyQarl untuk mencelakai Luthfi dan Cinta.

Dia memeberikan modal dan no plate kereta milik Luthfi.

Dia menghantar pesanan pada Gambit agar melakukan dengan segera.

-JANGAN TINGGALKAN SEDIKIT PUN BUKTI- HyQarl.

-BAIK BOSS- Gambit.

Gambit mulai mencari kereta yang diberitahu olsh HyQarl petang tu juga. Dan nasib menyebelahinya, Dia melihat kereta milik Luthfi ada didalam Parking Supermarket ditengah Bandar.

Dia mulai mendekat dan mula memotong break yang ada pada kereta Luthfi.

Namun dia tak tahu, Dekat Parking dan kereta milik Luthfi terdapat kamera yang merakam wajah Gambit jelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience