Series
5510
RAFAEL pandang tajam ke arah dua orang yang sedang berdiri bersebelah sambil mencuci pinggan mangkuk di singki. Aura marahnya membuatkan Muaz yang melihat telan air liur.
Kelihatan Luthfi yang sedang membantu Bella membasuh pinggan kotor.
Pandangan Rafael masih tak beralih. Melihat tajam saja ke arah mereka.
Kenapa ramai yang minat dekat adik aku. Berdiri rapat pula tu. Dia tak tahu ke aku tak suka lelaki yang rapat dengan Rose. Aku saja berhak. Tch! Desis Rafael panas hati. Namun dia pelik pula, tadi Aniq mengaku mereka sudah bercinta. Sekarang nampak Bella didekati pemuda bernama Luthfi. Biasa saja muka Aniq malah termenung panjang.
Pulang saja dari hutan 'menjemput' Aniq dan Bella. Terus mereka singgah di hospital melawat Puan Salina. Tak mahu la wanita itu terus runsing tentang anaknya hilang sehari. Puan Salina bukan main lagi terkejut namun tak lama menangis bersyukur. Sempat juga memeluk Bella kerana sudah anggap sebagai anak walau mereka baru kenal. Sifat keibuan Puan Salina amat membuat Bella terharu dan sayu. Kasihan pula disebabkan mereka, umi sakit hingga masuk hospital.
Puan Salina dah dipindahkan ke wad biasa kerana keadaan yang makin baik dan stabil. Penangan kepulangan anaknya barangkali. Mereka bercadang esok nak melawat umi lagi dan membawa buah tangan serta pakaian.
Ayu pandang muka seorang demi seorang manusia di meja makan depannya. Hanya dia seorang perempuan membuatkan dia agak kekok untuk buka mulut.
Aniq terlihat makan bersama muka termenung. Muram saja, agaknya rasa bersalah kerana umi masuk hospital sebab dia.
Selesai mencuci pinggan, Bella mengatur langkah untuk ke bilik. Rehat.
"Aku masuk bilik dulu. Nak mandi, melekit badan. Nanti letak la pinggan dalam singki, aku cuci kejap lagi." ujar Bella kepada Ayu.
Ayu senyum sekali lalu buat tanda 'okey'. "Tak apa saya basuh sendiri. Pergi la mandi dulu, rehat-rehat."
Bella angguk sekali sebagai balasan kemudian berjalan pergi memasuki bilik yang dekat dengan dapur iaitu bilik Ayu. Kongsi la kata kawan.
Tak selesa kerana hanya dia seorang perempuan di dapur ketika itu manakala yang lain lelaki. Delima pula dari tadi di dalam biliknya. Entah apa yang dibuat.
Luthfi yang berjalan melintasi mereka untuk ke beranda kayu di belakang rumah. Dirinya ditegur Aniq.
"Pergi mana, Luth?"
"Balik la. Solat zohor. Asal?" soal Luthfi kembali dimuka pintu dapur.
Lama Aniq diam seperti memikirkan sesuatu lalu berkata. "Tak ada lah."
"Tak apa lah. Jumpa esok." kata Luthfi tanpa menghidu apa-apa.
Dia tak sedar ada hati yang sedang panas melihat keakrabannya dengan Bella sebentar tadi.
Bangun Ayu dari kerusi sambil membawa pinggan kotor dibawa ke singki. Selesai mencuci dia berjalan untuk naik ke bilik. Dia juga tak betah kerana merasa suasana terasa tegang dan dingin.
Hilang saja sosok Ayu menghilang dibalik dinding.
Pakk!
Terkejut beruk Muaz bila Aniq menampar meja secara tiba-tiba beserta riak wajah yang berubah.
Di meja makan ketika ini ada tiga jejaka yang bertingkah berbeza. Rafael dan Aniq tampak seperti dalam dunia sendiri manakala Muaz memandang pelik.
Aniq memukul dahinya sendiri perlahan bersama muka tertekan. "Umi masuk hospital disebabkan aku. Dah satu hal aku kena jaga si perempuan miang tu. Mesti Bella dengki punya kalau perempuan tu asyik ajak aku kahwin. Confirm Bella jealous... confirm Bella jealous... confirm Bella jealous... aku tak boleh buat minah tu dengki. Kesian dia... " gerutunya sendiri dan cukup didengari Muaz.
Beralih kepada Rafael pula yang sedang memicit pelipis kepala lagak seperti ahli politik yang tengah fikirkan masalah negara.
"Aku tak boleh paksa Rose ikut balik, nanti dia stress. Kena marah besar punya dengan Mama kalau dia tahu ni. Kenapa lelaki nama Luthfi tadi nampak rapat dengan Rose? Dia suka Rose ke? Ah... kenapa la ramai minat Rose? Apa nak pelik, adik aku kan cantik..." desis Rafael sendiri dan turut didengari Muaz.
Muaz yang melihat suasana ketika ini hampir tersedak.
Apa benda la yang kau orang bebel ni. Bisik Muaz dalam hati lalu tersenyum tipis dan menggeleng kepala. Naik pusing dengar bebelan dua pemuda tersebut.
Suasana hening buat beberapa minit. Dapat dirasa aura dari raut serius Rafael yang sedang menatap tajam Aniq.
"Bercinta. Kau bukan serius bercinta dengan Rose kan? Kau jangan berani nak mainkan perasaan adik aku." ujar Rafael walau dalam tenang namun terselit amaran tegas.
Riak Aniq masih tak berubah. Tampak sugul menatap nasi di pinggan. Dia sudah jangka perkara ini dari Rafael. Terlihat jelas sikap Rafael yang terlalu protective dan menyayangi Bella. Pasti lelaki itu bimbang jika Bella dipermainkan.
Aniq angkat wajah seraya berkata "Aku tahu kau tak percayakan aku. Sekurangnya biarlah aku jelaskan dulu. Niat aku-"
Bicara Aniq dipotong oleh Rafael. Muaz hanya menjadi pemerhati kerana tak ada sebab dia nak menyampuk selagi tak bergaduh.
"Sekalipun sekarang dia tak ada perasaan pada kau, lama kelamaan akan ada juga. Sebab dia perempuan. Sekeras mana pun hati dia, dia tetap perempuan yang ada perasaan. Ya, memang betul aku kurang percayakan kau. Tapi aku boleh nampak yang kau seorang yang tanggungjawab. Buktinya kau sedar salah kau dan kau cari Rose sampai jumpa. Itu aku terima kasih pada kau sebab bawa balik adik aku dengan selamat. Jadi kau nak jelaskan apa?" ujar Rafael tenang seraya memberi senyum sebaris tanda terima kasihnya. Belakangnya menyandar di kerusi manakala sebelah tangan diletak atas kepala kerusi.
Aniq mengetap bibir. Tangan dikepal erat hingga keluar urat. Jiwanya kacau bilau. Fikiran terasa penuh beban dan tanggungjawab harus digalas. Teringat semula pesanan Tun Seroja kepadanya ketika wanita itu menghantar mereka balik. Dia yakin Bella dan Delima tak dengar namun entah kenapa hanya kepalanya bergema suara Tun Seroja yang memberi amaran. Dengan cara apa Tun boleh buat begitu dia tak tahu, tetapi apa yang dia tahu Tun Seroja itu bukanlah orang biasa! Apa dukun?
"Kenapa, Niq? Pucat saja muka kau." tegur Muaz bila perasan temannya pucat dan berkeringat.
Aniq cuba bertenang. Keringat dingin diwajah dibiarkan. Muaz dipandang.
"Kau pernah dengar Tun-"
"Tun Seroja?" cantas Muaz membuatkan Aniq yang tadi sugul berubah segar.
"Asal tiba-tiba kau sebut nama bomoh tu? Buatnya dia muncul nanti malam. Kena la kau." kata Muaz selamba.
Rafael terlihat keliru. "Bomoh? Tun yang tolong kau berdua tu bomoh? Bukan ke kau kata dia ketua kampung orang asli ke?"
Aniq senyum tipis. Wajah diraup. "Aku dah agak. Haih! Bala betul la. Nasib la anak dia bukan bomoh juga. Kalau tak, gila aku sebumbung dengan bomoh."
Muaz dan Rafael pandang Aniq tak percaya. Biar betul?
Memang benar, dahulu ketika mereka kecil. Sering mereka mendengar buah mulut orang kampung yang mengatakan ada sebuah kampung orang asli di dalam hutan tebal di kampung itu. Namun orang asli itu bukanlah orang biasa, mereka digelar bomoh kerana kampung yang diketui oleh seorang dukun yang dikenali sebagai Tun Seroja.
Dulunya mereka tak percaya cerita tersebut kerana dikira bohong semata. Tujuan untuk menakutkan budak-budak nakal supaya tak masuk kedalam hutan. Tak sangka meningkat remaja, ternyata kisah itu benar. Malah Aniq yang dulu tak percaya, kini mengalaminya sendiri.
Aniq membuang pandang ke arah bilik Ayu dimana ada Delima didalam. Kemudian, terlepas keluhan halus sambil sebaris senyum terukir.
"Apa agaknya masalah yang akan datang? Nampaknya dia bencikan Bella..." ngumamnya sendiri.
******
Jam sudah menunjukkan jarum 11, dan mereka sudah masuk bilik untuk tidur.
Daun pintu ditolak lalu muncul Ayu dimuka pintu. Terlihat Delima duduk sopan bersama wajah gugup di birai katil. Manakala Bella sedang menyandar pada dinding bersama wajah tanpa riak.
Erk! Situasi bagaimana ini? desis Ayu mulai merasa ada hawa janggal didalam bilik sederhananya. Dilirik juga Bella. Jarang sekali Bella sedingin itu selain dengan abangnya. Apa dia tak menyukai Delima? Ayu mula tertanya-tanya.
Tak tahan dengan situasi kekok begini Ayu bertanya mesra kepada Delima. "Oh ya, Delima. Maaf saya tak tanya pendapat awak. Macam mana dengan bilik saya? Selesa tak? Maaf la mungkin tak seluas dan semewah bilik awak. Tapi untuk sementara kita bertiga tidur la di sini."
Delima yang mendengar itu memberi senyum. Gementarnya masih terasa.
"Ah, ya. Tak apa. Memang tak seluas rumahku di kampung tapi kalau sekadar buat rehat. Bilik ni lumayan selesa." balas Delima tenang. Dia berusaha sedaya upaya untuk menutupi debaran kerana dilirik tajam sebentar oleh Bella.
"Baguslah kalau macam tu." Ayu senyum lega mendengar itu. Bimbang juga tetamu tak selesa. Wahal dia baru kenal gadis bernama Delima itu namun terlihat cukup mesra juga ya. Tadi pun banyak bertanya tentang Aniq semasa di meja makan.
"Bella-"
Baru saja Ayu ingin berbicara kepada temannya itu namun melihat riak dingin yang tak jelas dari riak Bella. Ada apa ya? Dia mahu bertanya tapi takut pula melihat mood kawannya.
"Ayu."
"Ya?" jawap Ayu pantas kerana tersentak ditegur oleh Bella secara tiba-tiba.
Ayu terheran melihat Bella yang sedang ambil sebiji bantal dan selimut.
"Bella, awak nak tidur mana? Katil saya kan saiz queen jadi rasanya muat kita bertiga." ujar Ayu.
Delima hanya pandang sebentar lalu menunduk kejap setelah menerima lirikan dari Bella.
Bella tersenyum kecil kepada Ayu. "Aku tidur dalam bilik Mariam saja. Katanya dia nak tidur dengan aku. Kau tidur lah dulu dengan..." Delima dilirik sinis. "Dia."
Setelah mendengar itu Ayu tak mencurigai apa-apa kerana dia juga dengar yang adik perempuannya itu mahu tidur bersama Bella. Dia juga senang adik-adiknya rapat dengan gadis itu.
"Baiklah." balas Ayu. Melihat saja sosok tubuh sederhana tinggi temannya pergi keluar dari bilik bersama bantal dan selimut.
Kini di dalam kamar hanya tinggal Ayu dan Delima.
Delima terlihat sedikit melepas nafas lega setelah sosok Bella sudah tiada.
Apa selega itu? Mereka bercakap apa ya sebelum aku masuk? desis Ayu hairan.
Bukan dia tak perasan. Delima terlihat berusaha menutupi kegusaran bila tak sengaja terlihat Bella. Bella juga tampaknya tak ingin tidur di dalam kamar ini kerana ada Delima. Alasan saja ingin tidur bersama Mariam. Apa terjadi sesuatu?
Bantal ditepuk tepuk kemudian selimut diberi satu kepada Delima yang terkaku sendiri di penjuru bilik.
"Tidur la dulu. Saya nak ambil wuduk kejap." ujar Ayu tersenyum kemudian berlalu masuk kedalam bilik air yang terdapat dalam kamar tersebut.
"Fuh..." terlepas nafas lega Delima. Dia duduk di birai katil.
"Bella... Tck! Aku pandang remeh pada dia. Dia nampak pendiam jadi ku pikir aku boleh jauhkan dia dengan Aniq dengan mudah. Tapi..." desis Delima sendiri. Pembicaraannya dengan Bella sebentar tadi teringat kembali.
"Dia agak menakutkan bila marah." monolog Delima perlahan. Kenapa dia begitu takut dengan perempuan berambut blonde itu? Bukankah di kampung bukan main dia berani dengan Bella.
Apa aku salah sebut perkara yang buat dia marah? Desis Delima. Dari benci lebih kepada takut pula.
Delima baring. Selimut ditarik menyelimuti tubuhnya.
"Dia lebih menakutkan dari yang ku kira..."
Share this novel