"Yeay, dah sampai rumah Tok Nek!" sorak Anis Raihanna gembira.
Afiq Raihan mempamerkan riak muka menyampah. Itupun nak happy sangat ke?
Dia memarkir kereta di dalam pekarangan rumah Tok Nek. Kelihatan ibu dan bapa mertuanya sedang berehat di halaman rumah tersebut.
Anis Raihanna bergegas keluar sebaik suaminya memberhenti kan kereta. Afiq Raihan mengeleng kepala. Tak menyabar betul.
"Oi, beg kau siapa nak angkat hah?" soal Afiq Raihan.
Dia membuka bonet kereta. Beberapa beg pakaian dipandang. Dia hanya membawa satu beg pakaian sahaja. Yang lain semua kepunyaan isterinya.
"Alah, tolonglah angkatkan. Kaki aku kan sakit." pinta Anis Raihanna.
Dia menayang sebaris giginya putih itu. Tangannya memegang kaki yang berbalut. Acah sedang kesakitan.
"Aku jugak lah yang kena bawak ni. Haihh" balas Afiq Raihan pasrah.
Dia mengangkat beg tersebut dengan kedua-dua belah tangannya. Terkerut dahinya menahan berat beg itu.
"Woi, kau bawak apa ni? Berat gila. Batu nisan ke apa?" soal Afiq Raihan kepada Anis Raihanna.
"Itu kau kata berat. Bukan kau selalu workout ke? Takkan berat beg aku pun kau tak tahan."
sindir Anis Raihanna.
"Eh mana ada aku tak tahan. Saja nak tunjuk muscle aku ni dekat kau. Tak berat manalah beg kau ni." balas Afiq Raihan bongkak.
Anis Raihanna tersenyum sinis. Nak menipu agak agak la. Berpeluh suaminya mengangkat beg tersebut.
Dia berjalan terhincut-hincut ke arah kedua-dua ibu bapanya. Segaris senyuman menghiasi bibirnya.
"Mak cik, jalan tu perlahan-lahan sikit. Kang terjatuh siapa nak sambut kau." kata Afiq Raihan daripada belakang.
Anis Raihanna memberhentikan langkah. Dia menoleh ke arah suaminya.
"Kau tu yang jalan cepat sikit. Lembab! Bawak tu pun dah mengah." sindir Anis Raihanna. Dia mencekak pinggang.
"Ha lawan cakap suami. Terjatuh betul betul kang." ugut Afiq Raihan.
Anis Raihanna menjeling tajam ke arah Afiq Raihan. Suka sangat nak ugut orang mamat ni. Report ibu kang baru tahu.
Tiba-tiba, Anis Raihanna mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan. Afiq Raihan mengerutkan dahi. Apahal minah ni senyum sorang-sorang?
"Kau kenapa? Sengih sorang-sorang. Gila eh?" kata Afiq Raihan.
Peluh mula merenik di dahinya. Cuaca begitu panas pada petang itu.
"Kau ingat tak aku pernah cakap aku nak report pasal kau dekat ibu? And, kau kata kita tengok siapa yang kena marah kan?" kata Anis Raihanna.
Dia mengukir senyuman sinis.
Otaknya sudah membayangkan Afiq Raihan yang bakal dimarahi oleh Puan Aimi. Padan muka!
"Oh pasal tu. Trust me." balas Afiq Raihan selamba.
"For what?" soal Anis Raihanna yang tidak faham maksud kata kata suaminya.
"Trust me yang kau akan kena marah dengan ibu" balas Afiq Raihan.
Dia segera melarikan diri daripada Anis Raihanna. Tawanya dihamburkan.
"Eiii, dia ni kan!" bentak Anis Raihanna.
Geram apabila ditinggalkan sebegitu. Dia menghentakkan kaki diatas tanda tak puas hati.
"Auu!" Anis Raihanna meringis kesakitan. Kakinya dihentakkan terlalu kuat.
Kakinya melangkah ke rumah Tok Nek dengan perasaan geram. Walaupun dengan terhincut-hincut dia tetap gagah melangkah.
"We will see, Afiq Raihan."
Gumam Anis Raihanna sendirian. Satu senyuman sinis terukir dibibirnya.
???
"Ibu! Abah! Rindunya Anis dekat ibu abah." kata Anis Raihanna teruja.
Dia memeluk tubuh kedua-dua tubuh ibu bapanya serentak. Pipi ibu bapanya pula menjadi sasaran. Dicium penuh kasih.
Biasalah anak tunggal kan?
Afiq Raihan tersenyum senget. Dalam hati tak henti mengutuk isterinya.
Oh kau, depan ibu dengan abah bukan main manja. Kalau dengan aku mengalahkan singa. Aku ni tak ada pulak nak kena peluk cium bagai. Huh!
Cemburu lah tu..
"Ibu, mana Tok Nek? Anis rindu Tok Nek jugak." soal Anis Raihanna kepada Puan Aimi.
Dari tadi, dia mencari kelibat Tok Neknya. Tetapi tidak kelihatan. Takkan Tok Nek tak nak jumpa dia? Ha mulalah overthinking tu. Perempuan..
"Ada dekat dalam. Nanti Tok Nek keluarlah. Eh, Afiq. Kesian kamu angkat beg banyak-banyak. Mesti berat kan." kata Puan Aimi kepada Afiq Raihan.
Afiq Raihan yang sedang berbual dengan bapa mertuanya tersengih. Digaru kepalanya yang tak gatal. Acah malu jap.
Anis Raihanna mencebik. Kenapa ibu dia nak kisahkan mamat tu pulak. Tok Nek, mana? Anis nak jumpa Tok!
"Ya Allah cucu Tok! Anis,Afiq! Meh sini Tok peluk. Rindunya Tok kat kamu berdua. Baru sekarang reti nak balik?" tegur seorang wanita yang sudah lanjut usia itu.
Anis Raihanna dan Afiq Raihan memeluk tubuh wanita tua itu dengan erat. Masing-masing melepaskan rasa rindu yang membelenggu diri.
"Anis pun rindu Tok Nek. Ingat Tok Nek tak nak jumpa Anis dah." kata Anis Raihanna sambil meleraikan pelukan.
Dia mula sebak. Hubungannya dengan Tok Nek amat rapat sejak dulu lagi. Begitu juga dengan Afiq Raihan. Mereka berdua membesar bersama-sama.
"Memang Tok Nek tak nak jumpa kau. Tok Nek nak jumpa aku je. Kan Tok Nek?" balas Afiq Raihan.
Anis Raihanna menjegilkan mata ke arah Afiq Raihan. Isyarat mata 'siap kau!' diberikan. Afiq Raihan buat tak tahu.
"Tengok cucu Tok Nek sorang tu.
Fiq usik sikit pun nak nangis. Cengeng." ejek Afiq Raihan.
Seraya itu, lengan Afiq Raihan dicubit oleh Anis Raihanna. Afiq mengaduh kesakitan. Sakit la gila!
Tok Nek mengeleng kepala. Ada saja perkara yang digaduhkan oleh cucu-cucunya. Dia tersenyum.
Tak sangka, mereka berdua berjodoh. Dulu dia memang berhajat untuk mengahwinkan mereka berdua.
Tetapi dia membatalkan saja niat tersebut. Tak mahu mereka kahwin terpaksa. Namun perancangan Tuhan itu lebih indah.
"Dah, jangan gaduh. Tok Nek sayang semua cucu Tok. Takkan Tok tak nak jumpa Anis pulakkan." pujuk Tok Nek.
"Sudahlah tu jom lah masuk. Buat apa duduk dekat luar ni lama lama ." ajak Encik Zahid.
"Eh, Anis. Kenapa dengan kaki kamu?" tegur Encik Zahid lagi.
Pandangan semua orang dihalakan ke arah pergelangan kaki Anis Raihanna.
"Kenapa ni Anis? Tadi ibu tengok Anis jalan pun terhincut-hincut. Cuba cerita apa jadi." soal Puan Aimi pula.
Anis Raihanna sudah tersengih kerang. Dipandang suaminya sebelah. Afiq Raihan hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Idea nakal terlintas di fikiran.
"Ibu tahu tak kaki Anis terseliuh sebab-"
Kata katanya terhenti seketika. Dia baru nak mengadu kepada Puan Aimi. Tetapi dipotong oleh Afiq Raihan.
"Ibu. Macam ni ceritanya. Tadi masa kami rehat dekat R&R, Anis lari tinggalkan Afiq.
Afiq pun kejar. Tapi Anis pula yang terjatuh. Tu yang terseliuh kaki Anis. Maafkan Fiq ibu. Fiq gagal jadi suami yang baik untuk Anis." kata Afiq Raihan sayu.
Riak muka yang sedih ditayangkan kepada ibu mertuanya. Mahu memohon simpati. Dia menyembunyikan senyuman.
Anis Raihanna terlopong. Hebat betul mamat ni nak berlakon depan ibu. Tak boleh jadi ni! Anis mula tak tenteram.
"Ibu,dengar cakap Anis pulak-"
Belum sempat Anis Raihanna menghabiskan kata-katanya, Puan Aimi mencelah.
"Anis sudah. Kenapa tinggalkan Afiq? Ibu dah pesan kan hormat suami." balas Puan Aimi kepada Anis Raihanna.
Anis Raihannna mempamerkan riak muka tak percaya. Kenapa? Mengapa? Bagaimana?
Dia yang dipersalahkan. Belum sempat dia membela diri, ibunya telah menyalahkan dirinya. Dijeling tajam Afiq Raihan. Tak guna!
"Tak apa Afiq. Afiq tak salah. Anis yang salah. Ibu dah nasihatkan dia. Jom masuk dalam." kata Puan Aimi kepada Afiq Raihan.
Puan Aimi bersama dengan yang lain sudah melangkah masuk ke dalam rumah. Kini hanya tinggal Afiq Raihan dan Anis Raihanna sahaja di luar.
Afiq Raihan tersenyum mengejek. Dia berkata sesuatu kepada isterinya sebelum masuk ke dalam rumah.
"I've told you already to trust me" kata Afiq Raihan sinis.
Dilanggar bahu isterinya perlahan. Dia melangkah dengan perasaan senang hati. Anis Raihanna menahan geram.
"Urghh, geramnya!" luah Anis Raihanna.
Dia melangkah ke dalam rumah dengan perasaan yang sebal.
???
"Leganya dapat baring!" ucap Anis Raihanna sebaik merebahkan diri di atas katil.
Matanya dipejamkan buat seketika. Tubuhnya terasa selesa apabila dapat berbaring diatas katil yang empuk itu. Seharian duduk dalam kereta membuatkan tubuhnya kekejangan.
Krekkk!
Bunyi pintu terbuka menerjah ke dalam gegendang telinga Anis Raihanna. Dia segera membuka mata. Mahu melihat gerangan yang mengacau ketenteramannya.
Gulp!
Anis Raihanna menelan air liur. Kelihatan Afiq Raihan baru keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala paras pinggang!
"Apa pandang-pandang? Tergoda?" usik Afiq Raihan.
Dia meraup rambutnya yang masih basah itu ke belakang. Seraya itu, dia mengelengkan kepalanya sedikit bagi mengeringkan rambut.
Anis Raihanna segera mengalihkan pandangan. Suami dia memang nak goda dia ke apa? Kalau ya, dia memang dah tergoda sekarang ni.
"Aku terpandang je okay. Tak nak aku pandang kau tu. Buat semak je. Tergoda dengan kau? Euww, dalam mimpi pun tak eh." tipu Anis Raihanna.
Dia tidak memandang suaminya. Riak muka seakan geli ditayang.
"Oh,ya?" balas Afiq Raihan.
Riak muka miang jelas terpampang di wajahnya. Kaki mula melangkah mendekati isterinya.
Anis Raihanna yang perasan Afiq Raihan menuju ke arahnya segera bergerak ke birai katil. Dia mula berdebar-debar.
Afiq Raihan melabuhkan punggung disisi isterinya. Tubuhnya didekatkan ke tubuh Anis Raihanna.
Dia mengalihkan rambut isterinya yang terjuntai di dahi ke belakang telinga gadis itu. Lalu, tangannya mengelus lembut pipi Anis Raihanna.
Anis Raihanna hanya membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian. Dia hanyut dengan sentuhan daripada suaminya. Matanya dipejamkan.
Afiq Raihan tersenyum simpul. Dia mendekatkan mukanya ke sisi wajah isterinya. Lalu, dibisikkan sesuatu ke telinga Anis Raihanna.
"Kenapa tutup mata? Dah tergoda?" kata Afiq Raihan perlahan.
Dia segera bangkit dari katil. Lalu, menyarungkan baju pada badannya. Bibirnya tak henti menguntum senyuman.
Anis Raihanna yang baru tersedar membuka mata. Afiq Raihan yang sedang memakai baju dijeling sekilas.
Ah, malunya kantoi! Gumamnya perlahan.
Dia segera melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Tak tahu bagaimana mahu menutup malunya terhadap Afiq Raihan.
Afiq Raihan pula menghela nafas lega. Hampir saja dia menyentuh isterinya.
Bergetar naluri kelakiannya apabila terlalu dekat dengan Anis Raihanna. Afiq Raihan melangkah keluar dari bilik.
"Nasib baik." ucapnya perlahan.
???
"Afiq jom makan. Tadi Tok Nek ada suruh Kak Leha kaitkan buah mempelam." pelawa Tok Nek kepada Afiq Raihan.
"Mak...Fiq mana suka makan buah ni. Yang hantu mempelam tu Anis la mak." tegur Puan Aimi kepada ibunya.
"Ya Allah, mak lupa. Tak apalah Fiq. Ni ada buah lain jugak ni. Manggis, rambutan, durian dengan langsat. Biasalah tengah musim sekarang ni" balas Tok Nek.
Dia menepuk dahi. Ingatannya makin lemah memandangkan usianya sudah lanjut. Sebuah senyuman dilemparkan kepada cucunya.
"Betul tu Fiq. Meh makan sekali, sedap ni. Anis mana? Dia paling minat kalau pasal buah ni." kata Encik Zahid.
"Oh Anis mandi kejap abah. Boleh jugak lah Fiq rasa buah-buah tu semua. Dekat KL mahal harganya." balas Afiq Raihan.
Dia menyertai keluarganya menjamu selera. Afiq Raihan membalas senyuman daripada Tok Nek.
"Afiq nak apa? Biar ibu potongkan." soal Puan Aimi lembut kepada menantunya.
"Terima kasih ibu. Fiq nak buah pelam tu boleh?" jawab Afiq Raihan.
Puan Aimi mengerutkan dahi. Setahu dia anak menantunya sejak dari kecil tak sukakan buah tersebut. Hanya Anis Raihanna saja yang menggemari buah itu.
"Eh betul ni Fiq. Bukan Fiq tak suka ke?" tanya Puan Aimi mahukan jawapan.
"Entahlah ibu tiba-tiba Fiq suka pulak nak makan. Sedap." balas Afiq Raihan. Dia tersengih.
"Awak bagi je lah pada dia, sayang. Kesian dia. Kempunan dah tu" seloroh Encik Zahid kepada isterinya.
Puan Aimi menjeling suaminya. Ada saja nak malukan dia. Seisi keluarga tersebut menghamburkan tawa. Terhibur dengan gelagat sepasang suami isteri itu.
Puan Aimi menghulurkan semangkuk buah mempelam yang telah dipotong kepada menantunya. Afiq Raihan menyambut huluran tersebut.
"Terima kasih ibu" ucap Afiq Raihan. Segaris senyuman terukir di wajahnya.
"Sama-sama. Jemput makan." balas Puan Aimi.
"Ni mesti cucu Tok terikut si Anis tu kan?" tegur Tok Nek.
"Ye kot Tok. Macam sedap sangat bila tengok dia makan. Tu Fiq teringin." balas Afiq Raihan selamba.
Kata katanya mengundang tawa mereka sekeluarga. Meriah ruang makan itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka semua.
"Ha, ada kutuk Anis eh? Anis dengarlah." kata Anis Raihanna yang baru menyertai mereka sekeluarga.
Matanya bersinar apabila melihat pelbagai jenis buah buahabn yang ada. Lagi-lagi, buah mempelam!
"Ibu nak buah pelam. Yang mana untuk Anis?" rengek Anis Raihanna kepada Puan Aimi.
"Tu hah, ibu dah sediakan siap-siap. Pergi duduk sebelah Afiq." balas Puan Aimi.
Anis Raihanna segera mengambil tempat disebelah suaminya. Lantaklah mamat tu nak buat apa. Janji dia boleh makan buah kegemarannya.
"Ermm sedapnya. Manis!" puji Anis Raihanna.
Dia terlalu asyik menikmati keenakan buah itu. Afiq Raihan yang disebelah pun tak dihiraukan.
"Haih Anis tahu tak Afiq pun teringin nak makan buah tu." kata Puan Aimi.
Anis Raihanna menoleh ke sebelah. Afiq Raihan sedang makan buah kegemarannya dijeling. Sibuk nak ikut aku apahal?
"Fiq memang macam tu ibu. Penat Anis beli banyak-banyak sebab teringin tapi dia yang habiskan. Kesian Anis tau." adu Anis Raihanna kepada Puan Aimi.
Afiq Raihan menyiku lengan isterinya. Benda kecik macam tu pun nak diungkit ke? Isyarat mata diberikan.
Namun langsung tak dihiraukan oleh Anis Raihanna. Malah isterinya boleh tersengih. Saja nak balas dendam lah tuu. Teka hati Afiq Raihan.
Puan Aimi dan Tok Nek saling berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing mengukir senyuman penuh makna.
"Anis dah berisi ke?" soal Tok Nek kepada cucunya.
Seluruh tumpuan diberikan kepada Anis Raihanna. Masing-masing mahu tahu jawapan daripada gadis itu.
Anis Raihanna hanya beriak selamba. Dia sudah tahu soalan itu akan ditanya nanti. Anis tersengih kerang.
Uhuk!
Anis Raihanna menoleh ke arah suaminya yang tersedak. Perkara itu pun dia dah jangka. Dia pasrah.
"Kau kan kalau tersedak kenapa mati terus je. Senang hidup aku." bisik Anis Raihanna ke telinga Afiq Raihan.
Seraya itu, dia menepuk lembut belakang suaminya. Afiq Raihan membulatkan mata. Gurau kasar nampak. Ada yang tak tidur malam ni kang.
"Ibu, Tok Nek, abah sebenarnya Anis tak mengandung. Kami baru je kahwin. Belum ada rezeki lagi. Insyaallah ada lah nanti. Kami minta diri dulu ya." kata Afiq Raihan lemah lembut.
Dia menarik tangan Anis Raihanna masuk ke dalam bilik. Anis Raihanna berusaha melepaskan gengaman suaminya tapi tak berjaya.
"Eii lepaskanlah aku. Aku tak mengantuk lagi lah!" marah Anis Raihanna apabila dibawa ke dalam bilik secara paksa.
"Tidur!" arah Afiq Raihan.
"Tak nak!" balas Anis Raihanna geram.
Tanpa amaran, tubuhnya dicempung lalu diletakkan di atas katil. Afiq Raihan memeluk isterinya erat.
"Aku minta maaf tapi please tidur dengan aku."
Share this novel