"Kau!
Jerit mereka semua serentak. Masing masing menunding jari kearah satu sama lain. Nasib di tempat kawasan lif itu sunyi tiada orang.
"Korang buat pe dekat sini? Korang semua ikut kitaorang eh?!" tanya Ku Syaf Ariana dingin. Dia memandang satu persatu makhluk yang berada dihadapan mereka.
Berkerut dahi Tengku Amirul Fareez. Bila masa lak mereka nak ikut gadis gadis itu. Memang ini perancangan Aspura yang lain untuk outing di NU Sentral.
"Sorry sikit cik kak! Kita orang tak ikut pun korang. Ini memang rancangan kitaorang lelaki ni nak lepak dekat NU Sentral".
"Tup tup terserempak dengan Aspuri yang lain" katanya lagi.
Jejaka-jejaka yang terlajak hensem menganguk kepala beberapa kali seperti burung belantuk. Setuju apa yang dikata oleh leader Aspura sendiri.
Aspuri memandang tajam kearah Aspura mencari kejujuran. Mana tahu apa yang dikatakan oleh mereka hanya penipuan semata-mata.
Apabila nampak tiada kebohongan dimuka Aspura mereka semua menghembus nafas kasar. Aspuri mengalihkan badan menghadap pintu lif. Butang lif Faizs awal-awal sudah tekan.
5 minit berlalu pintu lif terbuka luas. Aspuri memasuki dan menekan butang nombor 5. Tiba-tiba Aspura yang lain merempuh masuk kedalam.
Habis didalam lif itu padat dengan 10 orang manusia yang berada. Pintu lif ditutup secara automatik.
Tengku Farah Adlina sudah ternganga termasuk yang lain. Muka mereka sudah merah. Marah mungkin?
"Apasal korang masuk dalam! Tak boleh tunggu dulu ke! " ucap Nik Aira keras. Yang lain merenung tajam kearah Aspura. Bagai hendak tertembus sahaja mereka tenung.
Gulp.
Tengku Amirul Fareez, Tengku Amir, Syed Anas, Aiman Mukhris serta Faizs sudah menelan kasar air liur di esofagus masing-masing. Panahan tajam mata helang itu seperti hendak membunuh sahaja apabila dilihat.
Mereka semua tersengih seperti kerang busuk. Sebenarnya hati mereka berdebar-debar dari tadi bila dekat dengan Aspuri. Tapi doranh cuba usirkan perasaan itu.
"Ok lek lek, kau jangan pandang kitaorang cam tu. Pandangan korang tu membuat kitaorang semua-" tergantung ayat Tengku Amir. Saja ingin membuat gadis gadis itu marah. Mereka marah nampak cute lagi-lagi Iman Nadhirah.
Hem hem ada apa-apa ke tu Tuan Tengku kita ??.
"Buat korang apa? Cakap tu biar jelas boleh tak. Ni tergantung" kata Nik Aira datar. Mata tidak lepas lagi memandang Aspura.
Senyuman Tengku Amir bertukar menjadi senyuman nakal " semua jatuh cinta dalam panahan asmara korang" ucapnya. Senyuman itu tidak memudar lagi dibibir merahnya.
Terbuntang mata mereka berlima. Aspura yang lain menepuk dahi.
"Amir ni cari pasal pulak dekat Aspuri"
Antara mereka berlima, muka Iman Nadhirah paling bengang. Dia menyising lengan baju keatas dan berjalan kearah Tengku Amir.
Mata Tengku Amir tidak lepas memandang susuk tubuh gadis itu. Sampai dihadapannya dia bertanya.
"Yes, what do you want me to do my darling?" tanya Tengku Amir dengan romantis. Mereka yang didalam lif berbulu dengar ayat Tengku Amir.
Terjongket kening Iman Nadhirah dia tersenyum nipis. "Hmm let me think?" Iman Nadhirah buat buat terfikir dengan sebelah tangan menyilang didada dan sebelah tangan lagi didagu.
Aspura dan Aspuri lain hanya menonton sahaja drama mereka berdua. Malas ingin masuk campur.
Iman Nadhirah memandang kembali Tengku Amir "aku ingat nak bagi kau hadiah? Kau nak tak? " soalnya buat-buat ceria, terasa kosong sahaja.
Ternaik alis kirinya "honey nak bagi hadiah apa?" soalnya.
Tersenyum sinis Iman Nadhirah dia menapak kehadapan dan melayangkan penumbuk dirahang lelaki itu.
"Tu lah hadiah aku. Free je. Lagi satu, siapa honey kau! Berbulu aku dengar tau tak! Dasar buaya darat! " pekik gadis itu sinis dia kembali kepada kedudukan asal.
Mata hazel Tengku Amir persis Tengku Amirul Fareez memandang tajam. Dia memegang rahang yang kesakitan akibat ditumbuk. Aspura dibelakang cuba menahan tawa.
Tengku Amir baru sahaja ingin membuka mulut tetapi pintu lif sudah sampai ditingkat 5. Aspuri yang keluar dan meninggalkan jejaka lain dibelakang.
Mendengus Tengku Amir "siap kau nanti Iman Nadhirah Binti Kamal".
Dikedai makan Aspuri yang lain sedang mencari tempat duduk. Kebanyakan sudah penuh.
Kornea mata Tengku Syafiqah tertacap pada meja makan yang mempunyai 10 buah kerusi dalam satu meja. Dia memanggil kawan-kawannya yang lain.
"We tu ada satu meja kosong tapi ada 10 buah kerusi lah. Ok ke?" soalnya.
Mata mereka semua tertacap pada meja yang disebut oleh Tengku Syafiqah sebentar tadi.
"Bolehlah" ucap mereka berempat serentak.
Aspuri yang lain melangkah ke meja makan tersebut. Pelayan kedai makan itu menuju kearah mereka dan meletakkan 2 menu diatas meja.
Dari sebelah kanan tempat duduk Tengku Farah Adlina kemudian Nik Aira. Ditengah Ku Syaf Ariana selepas itu Iman Nadhirah dan duduk hujung sekali Tengku Syafiqah.
Tengku Farah Adlina mengambil menu itu dan satu di bagi kepada Ku Syaf Ariana. Mereka bertiga berkongsi menu.
Sedang mereka pilih datang malaun sesat duduk dimeja Aspuri. Tersentak mereka berlima mendengar tarikan kerusi.
Lima mata memandang makhluk yang sesat duduk disatu meja dengan mereka.
Mereka semua mendengus kasar melihat Aspura satu meja dengan mereka.
Sekarang kedudukan mereka seperti pasangan kekasih. Syed Anas dihadapan Tengku Syafiqah, Tengku Amir didepan Iman Nadhirah, Tengku Amirul Fareez didepan Ku Syaf Ariana. Selepas itu, Aiman Mukhris dihadapan Nik Aira dan Faizs didepan Tengku Farah Adlina.
Mata biru Tengku Syafiqah menikam tajam kearah mata amber Syed Anas "apasal kau duduk depan aku?! Banyak lagi kosong sini gak kau nak duduk" perlinya kearah jejaka itu.
Muka Syed Anas hanya dingin sahaja seperti tidak terkesan dengan perlian gadis kacukan itu.
"Suka. Hati. Aku. Nak. Duduk. Mana. Pun" cakap dia satu persatu. Tengku Syafiqah hanya rolles eyes sahaja. Dia mengambil iPhone dari dalam beg dan menghidupkan. Tidak menghiraukan pandangan dari jejaka dihadapan.
20 minit berlalu makanan sudah sampai. Mereka semua hanya diam menjamu selera tanpa ingin menyampuk. Habis sahaja makan Tengku Amirul Fareez berdiri. Semua mata menghala kearahnya.
"Asal korang pandang aku? " soal dia pelik.
"Kau nak pergi mana?" hampir semua tanya soalan sama.
"Aku nak pergi bayarlah. Tak pe hari ni aku belanja makan" ujarnya dan pergi ke kaunter untuk membuat bayaran.
"Baik pula mamat tu hari ni"
Selesai bayaran mereka semua menolak kerusi dan berdiri. Mereka semua berjalan keluar dari kedai makan.
Tiba diluar Tengku Amirul Fareez menyuruh mereka berhenti sekejap. Semua mata kembali menghala kearah dia.
"Apasal" ucap Aiman Mukhris.
Tengku Amirul Fareez menyimpul senyuman. "Nak tak kita jalan dua dua harini?" soalnya.
"Nak"
"Tak nak"
Aspura dan Aspuri bertentangan jawapan. Aspuri memandang tajam kearah Tengku Amirul Fareez.
Dia tersenyum sinis kearah Aspuri "don't say no! By hook by crook korang kena juga! Ni arah aku!" sudah keluar kuasa veto dia sebagai ketua aka ketua pengawas.
"Kau ingat ni sekolah ke kena ikut cakap kau" kata Ku Syaf Ariana datar. Dia menyilangkan tangan kedada.
Dia tersenyum senget "sekolah tak sekolah sekarang aku ketua disini jadi korang sebagai anak buah kena ikut cakap aku" penuh angkuh dia cakap.
Aspuri menggulingkan mata mereka. Rasa ingin sepak sahaja muka anak Tengku Muaz ini. Tetapi disabarkan sahaja hati ini.
Tengku Amirul Fareez menarik tangan Ku Syaf Ariana dan membawa pergi. Dia melambaikan tangan kearah yang lain.
Terpinga-pinga mereka melihat. Mereka semua memandang antara satu sama lain.
Tengku Amir tersenyum nakal kearah Iman Nadhirah. Dia menarik tangan kecil itu dan membawa pergi. Terkejut gadis itu.
"Kau apasal ah nak tarik tangan aku" tanya dia garang. Jejaka itu hanya menjongket bahu sahaja.
Manakala Faizs dan Aiman Mukhris terus sahaja pelawa mengajak Tengku Farah Adlina dan Nik Aira. Dengan separuh rela mereka berdua terima. Tak nak kecikkan hati lah katakan.
Tinggal sahaja Tengku Syafiqah dan Syed Anas. Dia memandang wajah dingin gadis itu.
Tengku Syafiqah terasa diperhati menoleh kesebelah ternyata betul.
"Apa pandang-pandang? Kau nak kena lagi ke macam hari tu! " ucapnya dingin. Syed Anas menggeleng.
Dia menghulurkan tangan berkerut dahi Tengku Syafiqah.
Syed Anas mengeluh "jom kita buat macam dorang" pelawanya.
"Tak kuasa aku" kata Tengku Syafiqah. Dia meninggalkan Syed Anas dibelakang. Dalam hati terasa cabar sahaja dengan Tengku Syafiqah. Dia tersenyum sinis.
Tak pe sekarang kau jual mahal. Aku akan pastikan kau akan jatuh dalam tangan aku nanti.
Dia mengejar langkah Tengku Syafiqah yang sudah kehadapan.
Situasi Tengku Amirul Fareez dan Ku Syaf Ariana, mereka sekarang tengah gaduh.
"Aku nak pergi kedai dulu nantilah pergi pawagam" ucap Ku Syaf Ariana geram. Sakit hatinya dengan lelaki itu. Dia ingat dia siapa boleh arahkan diri dia.
"Ah tak de kita pergi pawagam dulu. Kedai tu nanti kemudiam kita boleh pergi" bidas Tengku Amirul Fareez.
Ku Syaf Ariana memandang tajam kearah mata hazel jejaka itu. Dia menunding jari kearah lelaki itu. Hampir mengena batang hidung.
"Apasal aku kena ikut cakap kau! Aku kata kedai, kedai lah! "
Tengku Amirul Fareez memekak telinganya sahaja. Matanya terhenti dikedai Victoria Secret. Dia tersenyum nakal kearah Ku Syaf Ariana yang sedang membebel.
"Ok kita pergi kedai dulu" ucapnya tiba-tiba. Mata Ku Syaf Ariana bersinar. Akhirnya ikut juga cakap dia.
"Ok jom"
"Eh tak yah lah jauh. Dekat sini pun dah ada. Depan mata lagi tu".
Ternaik kening Ku Syaf Ariana. Depan mata? Dia menoleh kebelakang ternyata kedai Victoria Secret.
"Apasal pulak kita nak pergi kedai ni lak? " soalnya datar. Tengku Amirul Fareez tersenyum nakal. Dia memasukkan tangan kedalam poket seluar.
"Aku boleh belanja kau lingering nanti" ucapnya nakal.
Muka Ku Syaf Ariana memerah malu mungkin? Dia memandang jejaka itu yang sedang tersenyum nakal.
"Kau pernah rasa nak kena penyepak dari aku?" soalnya dingin.
"Boleh je, dear. Macamlah sakit kau sepak aku" penuh riak dia cakap siap mendabik dada lagi.
Ku Syaf Ariana tersenyum senget oh tak sakit. Siap kau! Dia bergerak sedikit kearah lelaki itu dan menyepak kuat kaki dia. Terus sahaja dia meninggalkan lelaki iti dihadapan kedai Victoria Secret.
Badan Tengku Amirul Fareez hampir saja terjelepok jatuh. Nasib dia mengimbang badan.
Kuat dia sepak. Sakit kaki aku.
Dia mengusap sedikit kaki dan memandang susuk tubuh gadis itu yang hampir hilang dari pandangan. Terus sahaja dia mengejar.
Mereka tidak perasan ada yang melihat aksi mereka. Dia menggempalkan tangan menjadi penumbuk dan meninggalkan tempat itu dengan hati yang membuak api kemarahan.
Share this novel