Bab 5

Romance Series 4350

“Hello.” Sepatah saja suara itu kedengaran.

“Yes?” Aku juga menjawab pendek.

“You dekat mana?”

“Rumah.”

“Okey.”

Kemudian sunyi menyelubungi. Aku tak tahu apa yang perlu aku katakan. Sesaat berlalu nampaknya orang disana juga semacam tiada apa yang mahu ditanyakan.

“What’s wrong?” Akhirnya aku mengalah. Sudah aku tahu jika orang disana diam begitu tentu saja ada yang tidak kena.

“You jumpa siapa siang tadi?” Sudah aku agak pastinya ada perkara yang mahu dipertanyakan kepadaku oleh si pemanggil ditalian. Nada suaranya biasa saja. Nada yang seringkali dia gunakan jika bersuara kepadaku. Tenang sahaja.
“Khairul.” Maka aku juga menjawab dengan tenang sepertinya.

“He’s back for good?” Dia bertanya lagi.

“I don’t know sebab saya tak tanya pun. Kenapa?”

“Can we meet tonight?”

Aku mengeluh dengan pertanyaan itu. Untuk apa dia berjumpa denganku sekarang? Seolahkan tidak ada waktu lain pula. Aku sempat menilik jam didinding bilik tidurku. Sudah jam 10.30 malam kini.

“Sebelum tu I nak tahu, kenapa perbualan kita malam ni lain macam saja?” Aku terus menyoal kerana merasakan seolah terdapat ketegangan dipihak sana.

“You tahu sebab apa.” Ini yang paling aku tidak suka dengan sikapnya yang selalu meminta aku mencari jawapan sendiri pada setiap persoalan yang aku lontarkan.

“Boleh tak jumpa malam ni?” Dia menyoal lagi. Aku berfikir sejenak.

“Okey.” Aku patuh akhirnya.

“I tunggu depan rumah you ni.” Jawapan itu membuatkan aku mengeluh buat kesekian kalinya. Dia ni orangnya suka mengikut kata hati dan akan melakukan apa sahaja yang dihajati.

“Tunggu sekejap.” Sejurus itu aku mematikan talian. Aku berfikir lagi. Aku ini bukanlah siapa-siapa pada Daniel namun sejak mula aku kenal dengannya dua tahun lepas, dia seringkali mengambil berat mengenaiku seolah aku ini kekasih hatinya.

Sudah aku katakan bahawa aku tidak mahu ada ikatan istimewa namun Daniel tetap saja tidak berubah dengan pendiriannya. Entah apa yang dikejarkan terhadapku tidak aku tahu.

Aku segera bersiap menukar pakaian dan mengikat kemas rambutku. Aku pasti Daniel akan bercakap panjang denganku pada malam ini dan sudah pasti dia akan membawaku ke suatu destinasi.

Walaupun pada fikiran yang tipikal agak bahaya berduaan dengannya, namun sejak sekian lama aku keluar bersamanya belum pernah lagi dia bertindak diluar batas denganku. Dan semoga saja dia tetap begitu sampai bila-bila.

“Dah lama ke you sampai dekat rumah I ni?” Aku terus menyoal sebaik sahaja duduk didalam kereta. Daniel mula memandu. Biarpun kelihatan tenang namun aku tahu minda dan jiwanya agak kacau. Ini kerana tidak ada pun senyuman merias wajahnya pada malam ini.

“Sejak I called you tadi.”

“You dah dinner?” Aku cuba berbasi-basa.

“Belum.” Jawapan Daniel membuatkan aku memandangnya lebih lama. Sudah agak lewat kini dan dia masih belum makan lagi? Sudah berapa lama agaknya dia tidak mengisi perutnya? Tiba-tiba aku terfikir begitu.

“You puasa ke malam ni?” Aku cuba membuat jenaka dan ketawa sedikit. Namun kemudiannya aku terdiam kerana dibalas jelingan dari Daniel. Dapat aku rasakan suasana didalam kereta agak tegang.

“Daniel, boleh tak kita berbual macam biasa?” Aku cuba meraih simpati. Sungguh aku terasa agak kekok bercakap sepatah-sepatah begitu.

“Sorry, I tak ada mood.”
Aku terasa mahu ketawa mendengar jawapan itu.

“You tak ada mood tapi you ajak I keluar malam ni? I tak faham.” Aku menoleh kearah Daniel. Dapat aku lihat wajahnya berkerut semacam terdapat masalah besar sedang menimpanya. Apakah sebenarnya yang bermain difikiran Daniel?

“Yes, I memang tak ada mood tonight tapi I nak berada disamping you. Salah ke?” Daniel semacam marah pula.

“Okey, kita pergi makan. I lapar jugak ni. Nak lepak mana-mana pun tak apa, I okey je.” Aku tersenyum memandang ke arah Daniel. Daniel cuma mengangguk dan meneruskan pemanduannya. Aku memandang kedepan semula dan mula menganalisa kelakuan Daniel.

Daniel merupakan sepupu kepada Khairul namun aku tahu mereka bukanlah saudara yang agak rapat. Apakah terdapat apa-apa masalah diantara Daniel dan Khairul yang tidak aku ketahui? Ini kerana jika aku bangkitkan soal Khairul pasti saja Daniel membuat tidak tahu dan tidak ambil endah pun.

Akhirnya kami tiba disebuah restoran dan sebaik sahaja aku mengambil tempat duduk, Daniel meminta diri sebentar. Aku menunggu dengan membelek telefon bimbitku dengan melayari media sosial.

“Hai, Yana! Sorang je ke?” Tiba-tiba seorang lelaki menyapaku.

“No, she’s with me.” Belum sempat aku mendongak, kedengaran suara Daniel menjawab.

Aku terkejut melihat Khairul didepan meja manakala Daniel berdiri disebelahku. Aku lihat Daniel memandang tajam kearah Khairul. Namun Khairul hanya ketawa kecil. Masih seperti dulu gemar ketawa dan kelihatan ceria saja.

“Sorry kalau aku ganggu. Jumpa lagi nanti!” Khairul menghulur tangan kepada Daniel. Daniel cuma mengangguk dan menyambut huluran tangan Khairul. Aku cuma mampu membatu disitu. Entah kenapa aku tak mampu untuk mengeluarkan suaraku.

Khairul berlalu setelah itu manakala Daniel duduk di kerusi disebelahku. Aku sempat berfikir tentang Khairul.
Dari manakah dia? Bagaimana dia boleh berada disini? Ah, mungkin saja kebetulan.

“You dah pesan makanan?” Daniel menyoal sambil meletakkan telefon bimbitnya keatas meja. Terus hilang perihal tentang Khairul dibenakku. Aku menoleh kearah Daniel. Kelihatan senyuman mekar diwajahnya.

“Belum.”

“You nak makan apa? Nak makan your favourite ke atau nak makan yang lain?” Daniel menyoal mesra sambil meneliti menu yang diambil diatas meja. Aku mula terasa pelik dengan Daniel. Sedikitpun dia tidak bertanya tentang Khairul.

“I makan apa saja yang you pesan.” Aku akhirnya membuat keputusan.

Daniel memesan dua tomyam ayam beserta dua teh O ais. Hanya tomyam tanpa nasi atau hidangan lain. Aku tak kisah kerana aku bukanlah terlalu lapar dan sudah pun makan dirumah tadi.

“Pukul berapa you makan siang tadi?” Aku menyoal sambil memandang kearah Daniel. Dia kelihatan bersandar senang dikerusi sambil mendepakan tangan kanannya keatas penyandar kerusiku.

“ Pukul satu tengahari.” Jawapan itu membuatkan aku senyum pahit.

“You banyak kerja ke siang tadi sampai tak sempat makan malam?”

“Sekarang dah malam dan I akan makan sekejap lagi.”

“Don’t you feel hungry eating late at this hour? Dah dekat pukul sebelas malam sekarang.” Aku menyoal lagi sambil melihat jam ditelefon bimbitku.

“Thanks for your concerned. You tak perlu risau pasal I, Yana. I okey je.” Aku sudah tiada apa lagi yang mahu diperkatakan. Benar juga bahawa aku tak perlulah untuk risau keterlaluan jika tuan badan sendiri berkata begitu. Pandailah dia menjaga dirinya sendiri.

Seketika kemudian, pelayan datang membawa hidangan kami. Aku terus saja makan sebaik selesai membaca doa, namun Daniel cuma memerhatikanku. Aku benar-benar menikmati tomyam yang dipesan Daniel kerana ternyata tomyam disini sangat enak. Aku menoleh kearah Daniel.

“Eh, you tak makan ke?” Aku terkejut kerana aku sudah makan hampir separuh tomyamku namun Daniel tidak menjamah sedikitpun hidangannya. Dia hanya meneguk minumannya.

“I suka tengok you makan. Berselera je. Sedap ke tomyam yang I pesan tu?” Daniel tersenyum senang kearahku. Aku mula terasa serba salah namun aku cuma ketawa kecil cuba menutup rasa maluku.

“Ya, sedap.” Aku tersenyum lebar pula. Daniel tersenyum juga sambil mengangguk-anggukkan kepalanya kearahku.

“Wow, happy couple here!” Tiba-tiba muncul seorang wanita didepan meja kami. Terus aku dan Daniel memandang kearahnya. Eh, ini perempuan yang bersama Khairul siang tadi. Bekas isteri Khairul.

Wanita itu kelihatan memandang semacam kearah aku dan Daniel. Padaku Daniel sudah pasti mengenali wanita ini kerana mereka pernah bersaudara namun adakah kedatangannya kepada kami kerana itu atau mempunyai sebab lain?

“I called and sent you messages but you didn’t answer at all! I thought you were so busy with your work but actually you were busy with this girl!” Wanita itu meluah rasa marahnya kepada Daniel.

Tiba-tiba wanita itu mengambil telefon bimbit Daniel dan kemudian dia mencelupnya kedalam mangkuk tomyam Daniel. Hampir terlopong mulutku melihat tindakan nekadnya itu. Wanita itu menekan-nekan telefon Daniel dengan sudu.

“What are you doing, Elin?” Daniel sudah pun berdiri sambil bercekak pinggang. Tidak pula Daniel menengking atau memarahi wanita itu.
Aku yang masih terkejut turut berdiri dan kemudian Khairul muncul sambil memegang tas tangan wanita.
Oh, mereka datang ke sini bersama ke? Seperti aku dan Daniel mungkin. Jadi apakah yang tidak kena dengan wanita ini sebenarnya?

“Apa I buat? Kalau you dah tak reti nak guna telefon ni baik tak payah pakai lagi. Easy, right?”

“Elin, please behave yourself.” Khairul tiba-tiba menarik lengan Elin sambil menghulurkan tas tangan kepada Elin. Elin mengambil tas tangannya dengan agak kasar dan kemudian cuba merapati kearah Daniel.

Daniel segera mengambil tisu yang berada diatas meja dan kemudian mengambil telefon bimbitnya didalam mangkuk tomyam. Daniel mengelap-ngelap telefonnya.

“Jom ikut I!” Elin membentak sambil memegang erat tangan kiri Daniel. Kemudian dia menarik Daniel untuk pergi.

“I datang dengan dia.” Daniel membalas. Suaranya mula tegang kini.

“So what?! Pandai datang sini jadi pandailah dia balik sendiri!” Elin membidas.

“Yana, I’m sorry.” Sepintas saja kata-kata Daniel kepadaku dan kemudian dia berlalu bersama Elin.

“So, kau dekat sini invisible je ke? Macam tu pun boleh?” Aku terus menyoal Khairul. Khairul memandangku dan kemudian dia ketawa. Aku mengerutkan dahiku.

“Kau boleh gelak? Aku dah malu giler dekat sini, tau tak?” Aku terus saja memarahi Khairul.

“Kau dah habis makan ke belum? Kalau lapar lagi, jom aku bawa kau pergi kedai lain sebelum kes kita ni viral.” Khairul ketawa lagi kini.

Aku cuma mampu menghela nafas dengan geram. Dapat aku lihat kebanyakan mata pelanggan lain termasuk juga pelayan restoran disitu sedang memerhatikan kami.


“What’s going on? Explain please.” Pantas aku menyoal Khairul sebaik sahaja kami berada didalam keretanya.

“Aku hantar kau balik. Rumah kau dekat mana?” Khairul langsung tidak menjawab soalanku. Aku berpeluk tubuh.

“Kau sejuk ke? Aku tak buka pun air-cond lagi.” Khairul semacam mahu ketawa dan kemudian dia memeriksa ruang pendingin hawa. Aku mengeluh. Lain yang aku cakap, lain yang dia buat!

“Khairul, boleh tak kau serius? Kau ni asyik main-main jelah!” Entah kenapa aku menghambur rasa marahku kepadanya. Khairul memandangku.

“Yana, apa kena dengan kau ni? Kenapa kau melenting sangat ni?” Khairul menyoal sambil menghidupkan enjin kereta. Kemudian dia mula memandu.

“Jom aku hantar kau balik.” Khairul bersuara tenang. Namun fikiranku terus berkecamuk dengan pelbagai persoalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience