BAB 3

Family Completed 6946

“Eh mana la abang tahu” dia meninjau lukisan aku.

“Dik lukis la gambar abang” rengek Haidar.

“Tak boleh la bang. Saya hanya lukis gambar pakwe saya sahaja” saja aku tekan sahaja. Memang aku tak minat nak lukis gambar orang lain selain Abang PJ aku.

“Kecoh la. Dah la baik abang cari pelukis lain. Kamu ini kedekut. Nanti time abang terkenal jangan harap abang nak bagi autograph dekat kamu”

Bebel dia. Aku hanya juihkan bibir. Tak tahu dan tak dengar. Hari ini aku tak melukis depan dia. Aku ada surprise untuk dia. Aku panggil budak yang biasa jadi ‘postboy’ aku.

“Bagi dekat abang itu taw” pesan aku. Berlari budak itu ke arah Basir. Aku bukan mintak tolong free. Siap upah lagi. Dari jauh aku perhatikan Basir. Riak terkejut terpapar dimukanya. Seperti biasa dia mencari siapa tukang pos benda ini kat dia. Mata dia terpaku pada aku. Aku senyum dan kenyit mata dekat dia. Dia tergamang. Aku buat symbol love atas kepala sebelum beredar. Aku suka dia!

Basir termenung. Sejak beberapa hari ini dia naik gerun nak membuat persembahan. Ada orang gila meroyan kacau. Kadang-kadang dia dapat kad, nota dan buku dari makhluk tuhan ini. Dia menjadi gerun bila makhluk itu terang-terang luahkan cinta dan melamarnya. Gila tak pernah dia buat orang. Aku tak kenal dia. Tak pernah dia kena kacau dengan seorang perempuan sejak dia menjadi penghibur jalanan. Dengan rupa selekeh ada jugak orang pandang.

Basir meneliti figura dicermin. Satu-satu bahagian tubuhnya disentuh. Rambut kusut masai macam orang tak mandi. Panjang sampai leher. Berjambang penuh. Dah lama tak cukur. Agaknya apa yang budak itu pandang?

Adn mengumpul semua lakarannya ke dalam sampul surat. Disusun rapi. Lakaran tersebut perlu di hantar kepada penerbit petang ini. Susah betul la sebab terlepas pandang tarikh dateline. Semuanya gara-gara meyusun idea nak ngurat Abang PJ aku. Wah rindunya dekat Abang PJ dah 3 hari tak jumpa. Agak-agak dia sihat tak? Gambar Abang PJ diatas meja ditarik. Sah aku dah gila. Gambar Abang PJ yang bermain gitar membuatkan hati aku tersenyum. Ini belum jumpa lagi ini.

Cepat-cepat aku aku melangkah keluar. Serius aku dah lambat. Semuanya Abang PJ punya pasal. Menarik aku berangan dengan dia.

“Adn!” jeritan dari mak membuatkan aku berhenti.

“Hari ni balik awal. Jangan nak sibuk mengurat anak teruna orang”

Jeritan dari mak buat aku sedikit malu. Aku tarik sengih melihat mak sudah memberi amaran.

“In shaa allah. Rindu la lama tak jumpa dia” balas aku. Aku menghampiri mak. Tangan ditarik. Lupa nak salam mak. Sibuk sangat nak keluar jumpa Abang PJ.

“Ingatkan dah lupa nak salam mak. Banyak pahala kamu dapat bila salam mak. Ingat mak pun boleh dapat pahala.” Sinis mak. Aduh mak ini. Okay! aku salah.

“He he he.. mak” itu je yang boleh aku cakap.

“Dah-dah jangan nak buat muka kerang busuk. Malam ini balik awal. Ayah kamu datang” kata-kata mak buat mood aku mati.

“Biar apa pun yang terjadi dia tetap ayah kamu. Darah kamu mengalir dalam tubuh kamu. Hormat dia sebagai seorang ayah” pesanan mak. Buat aku tawar hati. Aduh habis lintang-pukang mood aku hari ini. Yang happy bak bunga yang baru bernafas dah layu ibarat terlebih racun.

“Mak tak balik malam ini boleh tak?” aku mencuba nasib. Mana la tahu mak boleh bertolok-ansur dengan anak kesayangan dia ini.

“Tak balik malam ini, mak tak akan benarkan kamu jumpa Abang PJ lagi.”

“Ish mak ini sampai hati” cepat-cepat aku protes. Mana boleh tak jumpa Abang PJ. Azab tak jumpa dulu tak terubat ini nak tambah azab lagi. ish ish tak rela aku.

“Yelah-yelah mak menang” jelas kelihatan muka mak yang tersenyum bangga. Ya aku tahu aku meamng kalah dengan mak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience