Teriakan dan sorakan bergema. Tepukan gemuruh diberikan, Shakira dan shayla berpandangan teruja sambil bertepukan.
Kala itu shakira berbisik gembira di sudut hatinya.
'Tak rugi aku duduk depan ni...untung jugak boleh tengok depan mata...
memang hebat...Dengar suara diaorang buat hati aku jadi cair.'
Lampu pentas dinyalakan sepenuhnya. Kelima-lima ahli destiny beredar setelah menghadiahkan ucapan terima kasih kepada audiens.
Suara audio dari luar pentas bergema. "Terima kasih atas persembahan mantap daripada destiny, seterusnya mari lah kita dengar ucapan dari pengetua Sekolah Menegah Tinggi Harapan...Puan Shahirah!"
Puan shahirah mara ke pentas dan mikrofon didekatkan ke bibir. Puan shahirah bersuara,
"Assalamualaikum...Dan apa khabar anak-anak didik sekolah menengah tinggi harapan?" Ucapnya dengan penuh bersemangat.
"Waalaikumsalam...baik!" Teriakan semangat turut dibalas audiens.
" Anda suka persembahan tadii?" teriak shahirah dengan bersemangat lagi.
"Yaaa.........!" Teriakan audiens bergema dengan gamatnya. Shakira segera menutup telinganya.' Gilaa ..memang boleh pecah gegendang telinga aku..!'
Fkirannya terbayang wajah kelima-lima destiny. Kira berbisik kala itu.
'Ini belum debut artis sebenar.kalau betul-betul lah...agak-agak macam mana ya...Diaorang akan jadi hot macam sekarang ni ka?'
Suara Shahirah menyedarkan Shakira ke dunia nyata semula. Shahirah bersuara,
" Ya...Alhamdulillah...Majlis hari ini berjalan lancar...begitu bersemangat sekali. Saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada destiny kerana berjaya membawa pulang gelaran juara. Walaupun banyak petanding yang hebat dari seluruh negara yang bertanding secara khas di negara korea, kita berjaya memenangi hati tuan rumah dan merebut gelaran juara. Ianya suatu penghormatan."
"Destiny... destiny...". Sorakan bergema lagi.
" Baiklah...Tanpa membuang masa lagi, Saya ingin meneruskan agenda sebenar majlis ini. Untuk makluman kalian pertandingan bintang muda peringkat sekolah akan diadakan tidak lama lagi, sebanyak lima belas buah sekolah terlibat. Sebelum pertandingan sebenar, Pertandingan di peringkat rendah akan diadakan, sebelum pertandingan besar yang menjadi kemuncak."
"Pertandingan yang terlibat adalah, masakan, rekaan fesyen, nyanyian solo atau berkumpulan, tarian bebas, sajak, pantun, atau seloka. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar. Yang bertuah akan terpilih bertanding pada pertandingan besar. Semua pelajar wajib turut serta...Tiada yang terkecuali! Sekian sahaja daripada saya, terima kasih! Pelajar-pelajar boleh bersurai. Bersedia untuk pertemuan khas dengan destiny."
Tepukan gemuruh diberikan oleh para audien. Suara dewan gamat seketika.
Masing-masing sibuk berbual mengenai pertandingan tersebut semasa melangkah pergi. Tidak terlepas juga shakira dan shaza membicarakan mengenainya.
"Kau nak try pertandingan yang mana kira?" soal shaza dengan teruja. Masing-masing menunggu giliran untuk keluar dewan.
"Entahlah...masakan kot..." balas shakira.
"Aku pilih rekaan fesyen...kan aku minat benda tu!"
"Yalah, Aku sokong kau seratus peratus!" balas kira dengan senyuman.
"Eh, kau nak menyanyi ke?"
Shakira berkerut sedikit mendengar suara yang seperti dikenali. Dia menoleh ke sebelah untuk melihat suara yang begitu riuh rendah berdekatannya.
'Macam kenal la!' bisik hatinya sendiri. Dia cuba mengimbas wajah seorang gadis yang telah menangkap perhatiannya.
" Kau nak nyanyi lagu k-pop ka?" soal rakan sebelahnya sambil tersengih.
"Kalau boleh, memang itu yang aku nak nyanyi...tapi...aku dah reka lagu ciptaan sendiri, bertemakan orang yang aku sayang.."Balas rakannya yang disoal.
"Ceh.....asyraf lah tuu...." Usik dua tiga orang rakannya di sebelah sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Dia lah!'
shakira memetik jari sebaik berjaya mengenal pasti wajah gadis itu. 'Dia gadis annoying yang langgar aku pagi tadi,kat depan pagar sekolah!Aku tak suka dia,dah lah biadab!'
"Shakira!" Panggilan shaza melenyapkan lamunannya.
Shakira bereaksi dan menoleh padanya.
Shaza dilihat mencekak pinggangnya dengan wajah marah.
"kau tengok mana waktu aku tengah borak dengan kau haa?"
Lantas shaza menampar bahu kira perlahan lalu menambah lagi,
"Aku ni dah macam orang gila cakap sorang-sorang tau, Mujur tak ada siapa perasan tau tak"
Kira tersengih kecil mendengarnya lalu membalas,
"Okey.. Okey..maafkan aku. kau cakap apa tadi?" soal kira kemudian.
"Kau brengset kira... tu ja yang aku nak cakap..." balas shaza dengan suara sinis.
'Hehe..padan muka...Aku pekena kau kira. ' Desis hati jahat shaza.
" Apa? Kau cakap aku tak guna!?"
Kira lantas menghayun tangan ke atas bersedia untuk ditampar lengan kira. Namun tanpa dia sempat melakukannya, Tamparan itu jatuh tepat pada orang yang salah.
"Alamak...!"
Mata kira terbuntang luas seketika. "Maafkan saya." Kira lantas menyuarakannya.
"Apahal kau men serang aku ni...kau ada tak puas hati ka?" Soal mangsa itu dengan sinis. Dia menyapu-nyapu lengannya yang kemerahan akibat ditampar.
Dewan sudah sedikit lenggang, namun masih ada beberapa pelajar di situ. Shaza hanya mampu menunduk ketika itu.
Shakira lantas bersuara lagi, " kan saya dah minta maaf... saya tak sengaja, Sorry okay?"
"Sorry...Senangnya kau cakap...kau ingat sorry kau boleh hilangkan sakit kat lengan aku? Sampai merah kau buat!Mengalahkan rasaksa lagi..!" balasnya lagi dengan sinis.
" Mengadanya... Orang tampar sikit ja la.. Tak payah nak over sangat! Lagipun manalah aku sengaja!" Pertahan kira lagi.
'Isyhh...apa yang dia tak puas hati lagi... Aku dah mintak maaflah...'kira melihat pada shaza.
'Ni shaza punya pasal, tengok aku dah kena tegur ni! ' gumam hati shakira.
"Ada apa ni?" Soal seorang gadis yang tetiba datang menerpa mereka.
" Asyraf!" Teriakan gadis itu mengejutkan shakira. 'Asyraf? Destiny?' soal hati kira.
"Awak okey?" soal gadis itu lalu cuba menyentuh lengan lelaki itu namun pegangannya ditepis.
"Aku okey!" balasnya acuh tidak acuh.
"Eh...kau perempuan pagar tu kan?" Soal gadis itu pada kira.
'Perempuan pagar dia panggil aku?' shakira masih beriak tenang.
" kau buat apa kat sweetheart aku? Apasal dia marah? Kau nak cari pasal dengan leader destiny? Aku maysara bakal tunang dia. Tak takut kena serang?" soal gadis itu lagi pada kira.
'Oh! leader destiny?Asyraf..dan perempuan annoying ni..maysara nama dia ya? Memang sesuai korang bersama. Dua-dua annoying! 'Omel kira dalam hati.
'Apasal minah ni datang sini pulak,aku nak lalu sini secara aman pun tak boleh. Tak nak terserempak tapi sekarang ada kat depan mata pulak..' gerutu hati asyraf geram.
Asyraf menegur maysara, "Maysara stop it! Orang tengah tengok. Jangan nak lebih-lebih pulak," Kata asyraf lalu beredar pergi.
Asyraf sudah tidak betah di situ memandangkan maysara turut berada bersama. Tujuannya mahu melalui ke situ dengan aman, tanpa pengetahuan maysara, namun tindakannya gagal.
Dia sengaja tidak mahu berlama-lama di belakang pentas bersama destiny bagi mengelakkan maysara datang berjumpa dengannya.
"Okay... Perempuan pagar...kau dan aku masih belum selesai!"
Kata maysara dengan sinis lalu turut sama beredar pergi.
Beberapa pelajar yang memerhati tadi akhirnya beredar pergi. kini hanya tinggal mereka berdua sahaja. Shakira berpandangan dengan shaza.
Shaza lantas bersuara.
"Maafkan ana (saya)!"
Shakira memeluk tubuh dan hanya merenung wajah shaza yang beriak sayu.
'Tengoklah nanti!'bisik hatinya.
Tbc....
Share this novel