DENGAN penuh debaran di hati, Natrah melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Ehsan dengan membawa sepucuk surat. Surat tersebut adalah surat peletakan jawatan darinya. Dia berharap agar semuanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan. Bukannya apa, dia sedia maklum akan penyakit 'gila' yang dihidap oleh Ehsan itu. Dia juga risau kalau-kalau Ehsan tidak mampu menerima keputusannya.
Haruman cologne dari segenap ruangannya membantutkan niatnya untuk meneruskan pekerjaan. Dia tahu haruman itu milik siapa. Hati yang berduka sudah mulai berlagu riang. Natrah kembali!
Pandangannya bersatu dengan mata redup milik Natrah. Ya Allah! Betapa dia merindukan gadis itu. Ingin rasanya didakap erat tubuh itu namun dia tidak boleh bertindak sesukanya. Dia risau penolakan demi penolakan dari gadis itu nantinya.
"Saya datang nak hantar ni"
Nada dan wajah Natrah serius sahaja. Tidak ada sekelumit senyuman mahupun wajah ceria yang dipamerkan. Sepucuk surat diletakkan di atas meja kerja Ehsan. Kemudian dia berundur tiga tapak ke belakang. Ingin saja dia berlari keluar sejurus menyerahkan surat tersebut kepada Ehsan namun dia masih punya rasa hormat pada lelaki itu.
"What letter?" Kini raut wajah Ehsan berubah serius. Dia dapat mengagak isi kandungan surat tersebut. Dibacanya satu persatu dengan senyuman sinis meleret pada wajah seriusnya.
"With my position as CEO, I object your this shit letter! You can go back to work" Surat tersebut dikoyakkan di hadapan Natrah. Semudah itu Natrah membuangnya. Jangan bermimpi! Kerana di saat ini dia sudah menjadi mimpi ngeri buat gadis itu!
Natrah mengetap bibir. Arghhh, dia bencikan Ehsan! Sepenuh hati! Namun dia tetap dengan keputusannya. Dia tetap akan berhenti kerja tidak kiralah apa pun yang berlaku.
"Encik boleh koyak seberapa banyak surat peletakan jawatan saya. Tapi saya tetap dengan keputusan saya tak kiralah apa pun yang terjadi"
"Okay. Now you are acting smart, aren't you?"
Ehsan menyandarkan badan di dada kerusi. Wajah tenang Natrah dipandang sekilas dengan senyuman sinisnya.
"Okay. Let's get back to where you were first time applying for work here. Rasanya, if I'm not mistaken, company did give you the R&R letter right?"
Dahi Natrah berkerut. R&R? Apa tu?
"Ohh I suppose you know what R&R is, am I right?" Anak mata Natrah dipandang sedalam-dalamnya.
Melihatkan Natrah diam tak berkutik dengan wajah penuh serabut itu, Ehsan senyum sinis lagi. Entah berapa kali dia mempamerkan senyuman itu, dia juga tidak tahu. Ingat senang aku nak lepaskan kau?!
"R&R is a shortform for rules and regulation which means any kind of rules, regulation, law and anything like so, cannot be denied and easily be broken by any staffs. And if you were to break or deny it, then the company itself has rights to sue you with huge amount of money. And with no lawyer! You think you can handle it?"
Terkebil-kebil Natrah mendengar omongan lelaki itu. What???! Ada ke peraturan macam tu? Kenapa aku tak peka?
"R&R memang diciptakan untuk setiap company supaya staff dorang tak buat hal. Within 3 years of applying ,then you are set to free. But you are working for about..." Ehsan berjeda seketika, mengingati sesuatu lantas memberikan senyuman lebar. "Not up to a year, I guess?"
Kata-kata Ehsan mengunci bibir Natrah untuk menjawab. Iya, Ehsan betul mengenai itu. Tempoh perkhidmatannya belum lagi mencecah setahun. Sedangkan dalam perjanjian tempoh kerja haruslah sekurang-kurangnya tiga tahun ke atas. Arghhh!! Kenapalah dia lupa mengenai itu?
"So, you wanna fight me back? Surat perjanjian tu ada signature awak. You can check it on. If you insist" Ehsan mendail nombor seseorang. Tidak lama kemudian, pintu bilik diketuk. Azhar, dari jabatan sumber manusia muncul dengan sebuah fail. Setelah itu, dia berlalu keluar meninggalkan Natrah dan Ehsan di situ.
"Here..." Fail tersebut diletakkan di hadapan Natrah. "You can check it on. Awak nak baca satu persatu pun takpe. It might take you ages but I don't mind waiting"
Natrah masih termangu dan ragu-ragu dengan pelawaan Ehsan. Dia tidak percayakan Ehsan namun nalurinya terlalu ingin mengetahui isi kandungan fail tersebut.
"Looks like I'm the one who have to do the work" Ehsan bangkit dari duduknya lantas menarik Natrah ke sisi. Natrah melawan namun hanya beberapa ketika.
"Saya bukan nak makan awak. Saya nak suruh awak duduk di sini and read it yourself" Ehsan membawa Natrah ke kerusi dan mengarahkan gadis itu untuk duduk. Natrah akur dan membelek satu persatu muka surat tersebut.
Kesempatan itu digunakan oleh Ehsan untuk terus dekat dengan Natrah. Dia sengaja mendekatkan dirinya ke sisi Natrah. Posisi mereka sekarang berubah. Natrah duduk di kerusi dan Ehsan pula di belakangnya. Kepala Natrah kini berada dalam paras dagunya.
Haruman cologne dan rambut Natrah mendetakkan getaran di hati Ehsan. Sungguh dia tergilakan gadis itu sehingga dia hampir hilang arah dibuatnya.
"Puas hati? Atau awak nak check bahagian lain pulak? Through computer, I guess?" bisik Ehsan ke cuping telinga Natrah.
Suara Ehsan terlalu dekat sehinggakan Natrah hampir tidak bernafas dibuatnya. Dia terlalu takut untuk bergerak. Dapat dia rasakan seluruh anggota badannya cramp tiba-tiba. Entah kuasa apa yang dimiliki lelaki itu sehingga dia lupa untuk bergerak dan melangkah.
"Takk...tak... Sa..saya rasa...cu...cukup.."
"Good" Kepala Natrah diusap lembut. "Are you scared of me Natrah?"
Natrah membisu. Takkan dia nak mengaku? Nanti bisa-bisanya dia diketawakan oleh lelaki itu.
"Give me your hand"
"Nak buat apa?"
"Don't ask"
Natrah tetap kaku. Dia tidak mahu mendengar arahan daripada Ehsan. Namun Ehsan tetap berkeras. Tangan kanan Natrah digapai. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam koceknya. Seutas gelang tangan dipakaikan ke tangan Natrah dengan senyuman. Gelang tangan itu dibelinya ketika mereka di Sarawak tempoh hari.
"Encik Ehsan..."
Pintu bilik terkuak. Wajah kaget Manisah terpacul di situ. Mulutnya yang ternganga segera ditutup. Dia bagaikan tak percaya melihat adegan tersebut. Ehsan dan Natrah terlalu dekat posisi. Dan yang tidak bisa dipercayai, Ehsan menghadiahkan seutas gelang tangan kepada Natrah. Oh my god! Berita pasal date dorang tu betul ke?
Natrah cepat-cepat bangun dan ingin berlalu pergi. Namun langkahnya dihalang oleh Ehsan. Genggaman tangan Ehsan terlalu erat sehingga dia terperangkap di situ.
Wajah menyeringa Ehsan membuatkan aura di situ berubah terus.
"Don't you know how to knock the door?" herdik Ehsan kepada Manisah.
"Sa..saya mintak ma...maaf encik Ehsan. Ta..tapi saya dah ketuk ta..tadi. Encik.. Encik Ehsan tak jawab..." jawab Manisah jujur. Hampir nak patah tangannya mengetuk pintu namun tiada sahutan daripada Ehsan. Maka itulah dia seberaninya masuk tanpa arahan.
"Even tho, you have no right to enter without my permission!" jerkah Ehsan lagi. Moodnya sudah ke laut gara-gara kelakuan Manisah itu.
"I'm so so..sorry encik Ehsan. I come back later if you need me" ucap Manisah lantas berlalu pergi. Angin taufan Ehsan sudah menghantui. Ada baiknya dia segera menyelamatkan diri.
"Saya pun ada kerja yang kena saya buat" ujar Natrah. Sekadar alasan untuk menyelamatkan diri.
"Okay. I'll let you go. Tapi ingat satu benda je Natrah. I won't give up on you. Go" ucap Ehsan serius lantas melepaskan tangan Natrah.
"WEYY, kau biar betul? Kau jangan nak buat onar pulak. Karang kau kena seketul dua dengan encik Ehsan tu, baru kau tau langit tu tinggi ke rendah"
Manisah mengeluh panjang. Masakan dia berani berbohong mengenai perkara itu. Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri. Jika dia sempat merakam aksi mereka, pasti dia akan buat. Tapi itulah, wajah ketat Ehsan membatalkan niatnya. Nak mampus jadi paparazi bos sendiri?! Eiii, amit-amit dehh...
"Korang ingat aku ni ada berani ke nak berbohong pasal benda ni? Ishh agak-agaklah!" ujar Manisah lagi.
"Tapi betul ke dorang bercinta?" soal Intan pula. Dia masih enggan menerima berita itu meskipun tiada siapa yang berani membuat fitnah dan spekulasi sendiri berkait dengan Ehsan.
"Yang tu aku tak berani nak komen" kata Manisah lagi. Dia mencicip air kopinya sambil berfikir sesuatu. Dia tak akan puas selagi tak bertemu dengan jawapannya.
"Tapi kan.. hari tu dorang pergi Sarawak atas urusan kerja ke?" sampuk Khalish pula.
"Aah kan? Aku dengar, urusan kat Sarawak dah settle dua tiga bulan sebelum dorang pergi kan?" tokok Sofea pula.
"Itu yang buat aku sangsi tu" sampuk Intan pula.
"Jangan-jangan, berita pasal dorang date tu betul tak?" Khalish menambah perisa lagi.
Sofea mengeluh panjang. Melepaslah dia nak mengorat bos sendiri. Hu hu hu...
"Yang kau ni apasal pulak?" tegur Manisah.
"Prince charming dia dah kena kebas" sahut Intan sambil tergelak.
"Haprak!" omel Sofea lagi.
Omelannya disambut tawa oleh mereka di situ. Tanpa sedar, perbualan tersebut didengari oleh Hasma sedari tadi. Hasma menggigit bibir. Pelbagai persoalan mulai menerjah ruangan otaknya. Tapi betul ke desas-desus tersebut?
HASMA mengatur langkah menuju ke meja kerjanya. Saat melewati meja kerja Natrah, dia hanya mengerling sekilas saja. Gelang tangan yang menghiasi tangan kanan Natrah menarik perhatiannya. Mulanya dia ingin bertanya namun kemudiannya dia membatalkan saja hasratnya.
"Has, kejap lagi lunch. Port biasa?" tegur Azizah tatkala Hasma sudah duduk di tempatnya.
Hasma hanya mengangguk kepala.
"Kita ajak Ara sekali" cadang Azizah dengan wajah ceria.
"Tak payah ajak dialah!" bentak Hasma tiba-tiba.
Kelakuan Hasma membuatkan Azizah kaget tiba-tiba. Hasma yang dikenalinya tak pernah bersikap seperti itu apalagi kalau membabitkan Natrah. Kena serang Jepun ke apa minah ni?
"Hang ni pasai pa? Bala tentera mana yang serang hang ni? Jepun? Korea? China?"
"Aku takde mood nak berguraulah!"
Sekali lagi, Azizah tergumam. Oopss! Hasma kena attack! Laju saja dia melarikan diri dari situ.
"Pelik betul perempuan tu! Tetiba je moody. Aku pun moody jugak. Tapi takdelah sampai ke tahap macam tu"
"Apasal?" Natrah datang menegur.
"Nun" Azizah menjuihkan bibir ke arah Hasma. "Dia tengah berperang dengan tentera Jepun. Aku baru ja kena attack tadi"
"Owh. Aku sapa dia erk?"
"Ehhh tak payah! Kang satu ofis ni dia serang pulak. Dia tu, kalau moody mengalahkan aura hantu encik bos. So baik hang tak payah nak buat baik dengan dia masa ni naa.."
"Apa-apa jelah!" Natrah ingin berlalu namun tangannya ditarik pula oleh Azizah.
"Apa?" tanya Natrah sambi pandang wajah Azizah.
"Pasai hang dengan bos.."
"Pasal mana?"
"Amboii, banyak naww bunyi dia. Pasal hang pi Sarawak tu lah..tak nak ka bercerita dengan aku?"
"Lunch jap lagilah. Aku pun tengah takdak mood ni. Karang dengan kau-kau sekali aku attack. Chaww. Roger and out"
Natrah berlalu ke tandas.
"Aikkk macam tu ja dia tinggalkan aku kat sini? Takpa takpa. Semua orang moody. Jangan sampai aku pulak yang moody karang. Huhh!!"
LAMA Natrah mengurung diri di dalam tandas itu. Hatinya jadi tak keruan saat mendengar perbualan di antara Khalish dan Sofea sebentar tadi. Satu ofis rupa-rupanya kecoh mengenai keberangkatan dia dan Ehsan ke Sarawak tempoh hari. Kemusykilan mereka mengenai urusan kerja ke bumi Kenyalang itu sudah menjadi buah mulut kebanyakan staf lantaran satu panggilan telefon dari Eirfan.
Nampak gayanya, satu ofis sudah salah faham akan perkara itu. Bagaimana bisa dia jelaskan duduk perkara sebenar? Adakah memberitahu mereka yang dia juga ditipu oleh Ehsan sepanjang berada di sana? Justeru adakah sesiapa yang akan mempercayainya? Sedangkan Ehsan adalah majikan mereka. Sudah pastilah Ehsan akan lebih dipercayai berbanding dia.
Natrah menepuk dahi. Ya Allah, masalah menjadi semakin rumit pulak! Kenapa hari ini dia malang sangat? Apa nak buat ni? Natrah mulai menggelabah.
"Okay. Tenang Ara. Tenang. Relax. Calm down" Natrah menarik nafas dalam-dalam. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan.
"Garam itu manis. Gula itu masin" Berkali-kali dia ulang kata-kata tersebut.
"Everything will be okay"
Natrah menapak keluar dari situ. Dia harus berani berhadapan dengan semua perkara. Jika selepas ini banyak yang menerpanya bertanyakan soalan yang sama, dia akan hanya menjawab... 'Saya takde apa-apa dengan bos'.
Natrah berdiri di hadapan cermin. Wajahnya ditatap. Kemudian dia melebarkan senyuman paling manis sekali.
"Chaiyokk!"
SEMUA mata memandang ke arahnya. Dia jadi tak selesa pula dengan semua pandangan tersebut. Bahkan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri pula. Natrah rasa macam nak nangis saja. Kenapalah semua orang pandang dia macam dia nak kena hukuman gantung kejap lagi?
Dari jauh, dia lihat Azizah melambai-lambai tangan kepadanya. Dia mengukir senyum. Sekurang-kurangnya adalah juga temannya. Taklah dia takut sangat.
Meja Azizah didekati. Dia lihat Hasma berwajah serius saja sambil menikmati baksonya. Erkkk, kenapa Hasma semacam saja dengan dia? Betul ke dia kena serang macam yang diduga oleh Azizah?
"Duk sini" pelawa Azizah.
Akur dengan permintaan Azizah, punggungnya dihenyakkan berhadapan dengan Hasma. Baru saja selesai duduk, Hasma sudah bangkit dari posisinya.
"Hang nak pi mana?" tegur Azizah.
"Nak balik ofis"
"Awat awai sangat? Duklah sat gi. Kita dah lama tak borak-borak sama"
"Aku kenyang jadi tumpuan orang"
Tersentap betul Natrah dengan sindiran Hasma itu. Dia dapat merasakan kemarahan Hasma itu sebenarnya berpunca dari dirinya sendiri. Tetapi atas perkara apa? Adakah gara-gara gosip mengenai hubungannya dengan Ehsan? Jika betul, apa yang menyebabkan Hasma begitu dingin padanya? Salah dia ke semua perkara itu berlaku?
"Kau marahkan aku ke Has?" Natrah tak duduk diam. Dia mahu tahu jugak perkara sebenar.
"Kenapa? Kau ada buat salah dengan aku ke?" Hasma menyetir kembali.
Natrah menarik nafas sebelum menghelanya kembali. Sahlah, Hasma memang marahkan dirinya.
"Tak!"
"Okay, so we're done"
"Tak, kita tak habis lagi. Aku tak buat salah apa-apa pun dengan kau. Kau je yang tiba-tiba dingin dengan aku. Aku tak faham dan aku tak tahu mana salah aku"
Azizah pusing melihat adegan kedua sahabatnya itu. Sekejap dia ke kanan, sekejap pulak ke kiri. Aduhhh, silap-silap haribulan dia pulak yang dingin karang!
"Pasai apa hangpa berdua ni?" tegur Azizah tidak faham. Ada masalah apa mereka berdua?
"Diamlah!" Serentak Natrah dan Hasma menegah. Azizah terdiam sambil buat aksi kunci mulut.
"Aku tak suka kau mainkan perasaan encik Eirfan" Hasma mula membuka cerita. Sebenarnya dia memang sudah mengetahui akan hubungan Natrah dan Eirfan kerana Eirfan sendiri telah mengakuinya tempoh hari.
"Maksud kau?" Natrah tidak mengerti.
"Drop the act lah Ara! Aku tahu kau bercinta dengan encik Eirfan. Dia sendiri yang bagitau aku hari tu. And now, kau main cinta pulak dengan bos kita sendiri. Hey, perempuan jenis apa kau ni?"
Natrah kaget. Hubungannya dengan Eirfan sudah diketahui oleh Hasma. Dan semua itu diakui pulak oleh Eirfan sendiri. Jadi kenapa dia harus menafikan pulak? Sudah tiba masanya dia berterus-terang mengenai semua perkara yang telah berlaku.
Azizah semakin tidak memahami. Apa maksud kata-kata Hasma? Natrah dan Eirfan bercinta? Jadi gosip mengenai Natrah dan Ehsan juga betul ke? Jadi maksudnya Natrah itu playgirl? Aduhhh, semakin pening kepalanya!
USAI bercerita, Natrah sempat mengesat air matanya. Dia tidak menyangka pula seemosi itu dia saat cerita tersebut dikongsi bersama Hasma dan Azizah. Emosi yang bercampur-baur dan tidak mampu terkawalkan.
Kalaulah Hasma atau Azizah yang berada di posisinya ketika itu, pasti mereka turut merasakan apa yang dia rasakan. Dan perasaan itu tidak mungkin mampu dia lupakan sampai bila-bila. Ianya masih berbekas dan meninggalkan kesan yang begitu mendalam.
"Kesiannya hang. Patutlah hang tak hantaq khabaq berita hang. Itu ghupenya yang berlaku" Azizah mengusap belakang Natrah untuk menenangkannya.
"Aku takut sangat masa tu. Dia boleh buat apa saja kat aku. IC aku, purse aku ,handphone aku dia rampas. Tak bagi chance langsung dekat aku untuk contact sesiapa. Aku ni, dah fikir macam-macam tau? Tapi Allah tu Maha Besar. Dia lindungi aku dari perkara yang tak diingini"
"Kesian hang. Aku tak mampu nak pikiaq kalau aku kat tempat hang. Menangih tak bersuara aku barangkali"
"Tau pun. Itulah sebab aku hantar resignation letter aku. Tapi dia tolak. Sebab aku masih belum setahun kerja. Kalau aku langgar kontrak, pihak syarikat boleh saman aku dan kos lawyer pulak atas tanggungan aku sendiri. Jadi, aku terpaksa lagi stay dan hadap muka dia. Kau boleh bayangkan tak?"
Azizah mengeluh panjang. Benarlah polisi syarikat itu. Semua pekerja dibenarkan berhenti kerja tetapi hanya setelah berkhidmat selama tempoh tiga tahun atau lebih. Kalau melanggar syarat, saman dan denda akan dikenakan. Hmmm....
Mendengarkan penjelasan Natrah, perasaan Hasma dihimpit penuh sesalan. Dia menuduh Natrah yang bukan-bukan tanpa bertanya dahulu. Dia jadi malu sendiri.
"Aku nak mintak maaf dekat kau Ara. Sebab aku dah salah faham. Aku tak tahu hujung pangkal cerita, alih-alih aku tuduh kau yang bukan-bukan. Padahal itu bukan cerita yang sebenarnya. Tapi aku dengar gosip pasal kau dengan bos kat ofis. Bermula dari Manisah, sekarang gosip tu dah berleluasa ke department lain"
Natrah mengeluh. Pandangannya dikalihkan ke sekeliling. Ruangan cafe mulai sepi. Kebanyakan staf sudah kembali ke ofis masing-masing.
"Ya aku tahu. Aku rasa sebab Manisah salah faham masa aku dalam bilik bos tadi. Dia nampak bos pakaikan gelang pada aku. Lagipun kita orang pun duduk dekat-dekat. Pasal tu kot dia ingat aku ada affair dengan bos"
"Parah ni. Benda ni dah melelat ke department lain. Aku risau kalau sampai ke telinga Datuk Elias ,teruk kau kena" Hasma menyuarakan kebimbangan. Tegasnya Datuk Elias itu tidak boleh dipertikaikan lagi. Bahkan dia dua kali ganda tegas daripada Ehsan.
Sekali lagi, Natrah mengeluh. Dia sudah tahu akan perkara itu. Apa boleh buat, dia sendiri tidak menjangka sejauh ini perkara itu boleh pergi. Kini dia hanya berharap Ehsan bisa menyelesaikan segala-galanya kerana lelaki itu yang memulakan semuanya.
"Tapi hang hutang sesuatu dari kami dua" Azizah menyampuk setelah agak lama mendiamkan diri.
"Hutang apa?"
"Bila hang bercinta dengan encik Eirfan? Hang tak habaq naa? Aku tak kira, aku nak tau jugak bila hang tangkap cintun dengan dia. Hang kena cerita dari A sampai Z"
"Ye ye. Sat gi aku habaq"
Hasma dan Azizah saling berpandangan sambil melontarkan senyuman nakal.
"Sekarang!" Serentak keduanya bersuara.
Share this novel