BAB 8

Drama Series 9442

Selendang hitam yang berada di atas kepala Syaiha bergerak-gerak ditiup angin. Dia membetulkan semula selendangnya.

Rumah anak-anak yatim Madihah itu sunyi tidak berpenghuni awal- awal begini kerana semua berada di tanah perkuburan.

Pagi ini arwah Irzam dan Rose akan dikebumikan. Syaiha sorang saja tidak sama- sama turut serta dengan yang lain.

Dia tidak kuat melihat wajah bonda Hawa yang dalam kesedihan. Syaiha lebih memilih untuk menunggu disini. Hanya titipan doa yang akan di hantar buat arwah Rose dan Irzam.

Lama pandangan Syaiha jatuh pada sebatang pokok pelam yang berada diluar bilik itu. Matanya tak lari dari melihat tiga ekor burung yang sedang berteduh disitu.

Kalau dilihat dari pandangannya pasti burung-burung itu adalah sebuah keluarga. Ada ayah, ibu dan juga burung kecil itu pasti anaknya.

Hati Syaiha tiba-tiba meratap hiba. Andai dia seperti anak burung iti pasti seronok. Ada ayah dan ibu sepanjang masa disisi.

Kenapa hidupnya tidak seperti yang lain ?

Dan kenapa Allah mengambil Rose darinya ? sudahlah dia tidak mempunyai orang tua, orang yang dia sayang sepenuh hati juga turut diambil ?

Seperti dunianya tidak adil !

Tiba-tiba air mata Syaiha jatuh. Dia sudah menangis teresak-esak disitu. Pandangan Syaiha kembali pada pokok itu apabila burung- burung tadi sudah terbang pergi.

Dia memandang langit pula. Matanya seperti melihat Rose dan Irzam sedang tersenyum sambil melambai ke arahnya.

‘Syai rindu kak Rose.'

‘Kak Rose, abang Zam. Syai pegang janji akak dan abang.' ujar Syaiha dalam hati. Ingatan Syaiha terus teringat kepada Rose.

Perlahan Syaiha menolak pintu bilik bersalin itu. Dia menapak perlahan-lahan ke arah katil yang berada di hujung bilik.

Hati Syaiha tiba-tiba pilu apabila melihat Rose yang sedang terbaring atas katil sambil mata tertutup. Ada wayar yang berserat ditubuh wanita itu.

Laju Syaiha menekup mulutnya, dicuba tahan air mata yang hampir menitik. Ya ! dia harus kuat demi Rose. Dia tidak boleh lemah !

Syaiha menggenggam tangan Rose lembut apabila melihat wanita itu sedang menahan kesakitan.

“Akak, Syai kat sini." ujar Syaiha perlahan.

Rose membuka matanya apabila mendengar suara Syaiha. Rose hanya tersenyum tawar.

“Akak kena kuat tau. Syai tahu akak kuat."

Rose mengangguk lemah dengan wajahnya berkerut-kerut.

“A...abang Z...am. Ma...na abang Zam ?" soal Rose tersekat-sekat.

Syaiha jadi tergamam dengan soalan yang diberi Rose. Hatinya bertambah pilu bila melihat wajah Rose yang penuh mengharap. Laju saja air mata Syaiha gugur, dia tak kuat !

“Mana abang Zam, mana suami akak ?" soal Rose lagi.

Kali ini Rose menarik-narik tangan Syaiha. Wajah Rose terus berubah mendung. Tiba-tiba ada air jernih mengalir dari matanya.

“Kak Rose, abang Zam...."

Seperti tidak terluah apa yang hendak disampaikan Syaiha. Air matanya lagi laju mengalir. Syaiha sudah teresak-esak di tepi Rose.

Rose tergamam melihat Syaiha. Dia sudah dapat jawapan dari persoalannya tadi.

Rose memejam matanya lama. Air mata yang jatuh ke pipi dilap perlahan. Rose membuka matanya semula lalu tangan Syaiha digenggam.

“Syai... de...ngar apa k..ak Ro..se nak cakap."

Syaiha mengangkat wajah. Pandangannya bertemu dengan pandangan Rose.

“Kalau jadi apa-apa kat akak... tolong jagakan anak- anak akak." minta Rose.

Syaiha menggeleng. “Apa akak cakap ni ?!"

“Akak nak Syai selamatkan anak-anak akak..."

“Kak Rose !" laju Syaiha menggeleng.

“Tolong... akak nak anak-anak akak tengok dunia ni. Akak nak diaorang membesar dengan baik." ujar Rose lagi.

Mukanya sudah menahan sakit, mungkin sudah sampai masa untuk dia dibedah.

“Akak... Syai tak boleh hidup tanpa akak. Please kak Rose, jangan tinggalkan Syai..." Syaiha menggeleng sambil mukanya sudah basah dengan air mata.

“Akak sayang Syai, macam adik akak sendiri. Tolong besarkan anak-anak akak baik-baik. Jangan biar diaorang rasa apa yang kita rasa. Tolong bagi kasih sayang secukupnya untuk mereka." pesan Rose.

Nafas Rose makin lama tidak teratur. Kejap dia pusing ke kiri, kejap dia pusing ke kanan. Tangan Rose masih menggenggam kuat tangan Syaiha.

“Doktor ! Nurse !" panggil Syaiha kuat.

“Kak Rose ! akak kena kuat !" Syaiha membalas genggaman Rose.

Beberapa orang nurse yang memakai baju biru laju masuk ke dalam bilik itu.

“Cik, kami akan bawa dia ke bilik operation" ujar salah seorang nurse itu.

Syaiha hanya mengganguk.

“Akak, Syai sayang akak."

Perlahan-lahan genggaman Rose dan Syaiha terlerai apabila semua nurse itu mula menolak katil Rose.

Syaiha hanya melihat bayang-bayang Rose sudah hilang. Lama dia berdiri disitu dengan air mata yang dari tadi tidak berhenti.

_______________________________

Dari luar bilik bonda Hawa hanya memandang Syaiha dengan perasaaan sedih. Luluh hati seorang ibu melihat keadaan anaknya begitu.

Perlahan-lahan bonda Hawa melangkah mendekati Syaiha yang sedang berdiri di tepi tingkap bilik.

“Syai..." panggil bonda Hawa.

Syaiha hanya diam tidak berkutik. Langsung tidak hiraukan kedatangan bonda Hawa. Pandangan Syaiha masih tertumpu ke luar.

“Sampai bila Syaiha nak macam ni ?" soal bonda Hawa pula.

Sepi. Tiada langsung perkataan yang keluar dari mulut Syaiha.

“Bonda tahu Syaiha sedih tapi bonda pun sedih juga. Kita tak boleh melawan takdir Syai, ini dah ketentuan." ujar bonda Hawa lembut.

“Arwah Rose tentu sedih tengok Syai macam ni. Dah nak dekat seminggu arwah pergi."

Bonda Hawa memeluk Syaiha sambil menggosok perlahan bahunya. Syaiha yang tadi diam tanpa riaksi tiba-tiba mengalirkan air matanya.

“Bonda tahu dan yakin anak bonda ni kuat orangnya." ujar bonda Hawa lagi.

“Syai takut bonda." Syaiha sudah meletakkan kepalanya di bahu bonda Hawa.

“Syai takut apa sayang ?"

“Syai takut kalau Syai tak boleh jalankan amanah yang kak Rose bagi dengan baik. Syai takut tak dapat besarkan Hairi dengan Haira macam apa yang kak Rose harapkan."

Bonda Hawa tersenyum apabila mendengar apa yang diperkata Syaiha. Perlahan dia menarik tubuh kecil Syaiha menghadapnya.

“Dengar apa bonda nak cakap. Rose yakin yang Syaiha boleh besarkan anak-anak dia sebab itu dia amanahkan Hairi dan Haira kepada Syai. Sebab Syai kuat la arwah suruh Syai yang pikul tanggungjawab tu."

“Jadi Syai tak payah risau, bonda selalu ada belakang anak-anak bonda. Syai kena yakin ya sayang." kata bonda Hawa sambil mengusap lembut wajah Syaiha.

Syaiha mengangguk. “Terima kasih bonda sebab selalu ada dengan Syai.”

Bonda Hawa hanya tersenyum. Laju dia memeluk tubuh Syaiha.

“Sayang bonda." Syaiha mengeratkan lagi pelukkan bonda Hawa sambil mengelap sisa air mata dipipinya.

“Bonda pun sayang Syaiha."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience