Seorang wanita berjalan masuk dengan penuh bergaya di dalam sebuah bank sehingga semua mata memandang. Tidak kira peringkat umur semua tidak berkedip memandang kejelitaan dan bertapa elegentnya si pemunya diri yang masih berdiri di pintu masuk. Ibarat ada angin meniup di sekitar wanita terbabit membuatkan tudung selendang yang di pakainya itu berterbangan di pandangan mata setiap umat yang berada disitu. Wanita itu mula melangkah menuju ke arah kaunter pertanyaan. Ruang yang di sediakan untuk laluan ibarat pentas peragaan untuk wanita itu. Penyambut di kaunter ternganga mulutnya melihat penampilan yakin yang dikenakan oleh wanita di hadapannya. Memandang ke atas bawah sambil memuji kecantikkan itu.
"Hi. I ada appointment dengan En Hakim pada pukul 10. Boleh I berjumpa dengan dia?" suara yang keluar cukup mengetarkan semua orang yang mendengar. Cukup Anggun dan yakin.
Si penyambut di kaunter pertanyaan masih melongo cukup kagum melihat figure di hadapannya. Dia yang perempuan pun tidak seyakin yang ditonjolkan oleh wanita itu. Auranya cukup membara.
"Hello Miss. Are you there?" sapa wanita itu sambil gempulan tangannya mengetuk meja menyedarkan si penyambut.
"Ah..Yes..Sorry. Boleh saya tahu nama Cik?" tanya si Penyambut setelah kembali ke dunia realiti.
"My name is Siti Liana." cukup jelas si wanita memperkenalkan dirinya.
"Oh! Cik Liana. En Hakim di biliknya. Saya inform dulu kehadiran Cik pada En Hakim. Cik Liana have the seats first." Ujarnya setelah menyemak identiti di hadapannya.
Liana hanya menurut sahaja sambil melabuhkan punggungnya di bangku yang di sediakan. Setiap orang masih tidak melepaskan pandangan mereka. Dia perasan akan situasi itu. Dia mengakui dia mempunyai kecantikkan yang tiada cacat celanya. Bentuk badannya yang tinggi lampai hampir ke 170 cm dengan pinggang seperti kerengga membuatkan semua orang tergoda tidak kira umur dan jantina. Dengan tatarias yang cukup elegent memakai baju kurung moden mengikut alur badannya di padankan dengan kasut bertumit tinggi menyerlahkan lagi keanggunnya yang membawa watak wanita bekerjaya.
"Cik Liana boleh masuk ke bilik En hakim yang berada di hujung situ." Sapa si penyambut tidak lama dia menunggu sambil menunjukkan arah bilik yang perlu dituju.
"Thanks." Ucap Liana dengan tersenyum manis sambil berlalu ke arah ditunjukkan.
Liana sudah berada di hadapan pintu bilik yang dinyatakan. Baru sahaja Liana mendaratkan tapak tangannya ke arah tombol pintu itu pintu itu telah terbuka dari dalam. Terdengar suara lelaki sedang rancak berbual di hadapan pintu. Si lelaki yang tidak perasan akan keberadaan Liana di situ hampir berlanggar dengannya.
"Ops. Sorry." pinta si Jejaka. Liana hanya mendengus kecil nasib baik mereka tidak berlanggar kalau tidak sudah tertonggeng Liana di situ. Jatuh air mukanya jika dia tertonggeng di depan khayalak ramai itu.
"Oh Cik Liana, Are you here. Please come in." Jemput lagi seorang lelaki yang memakai tag nama Hakim di kemejanya. Liana tersenyum dan menerima pelawaan En Hakim. Si jejaka di hadapannya tidak lepas memandang wanita di hadapannya. Sungguh cantik ciptaan illahi di hadapannya itu sehingga membuatkan dirinya kaget seperti patung cendana di hadapan pintu.
Liana yang ingin melalui pintu itu terhalang kerana keberadaan jejaka sasa di hadapannya itu.
"Excuse Me, sir." Si jejaka yang tersedar semula terus memberikan laluan.
"Sorry." Liana yang mendengar ucapan maaf itu hanya tersenyum hambar lalu terus berlalu menghilangkan diri ke dalam bilik itu. Si jejaka masih tidak lepas memandang susuk tubuh itu.
Liana mencuri perbualan antara pemuda itu dengan En Hakim.
"So congrats sekali lagi atas permohonan awak itu. Saya ucapkan selamat berjaya dengan bisness yang akan awak jalankan nanti." Ucap En Hakim sambil berjambak tangan bersama si jejaka.
Si jejaka menyambut salam itu dengan terbuka hati. Jelas terpancar di wajah si jejaka kegembiraan. Pasti permohonan pinjamannya di luluskan sebab itu si jejaka tidak lengkang senyumannya di bibir dari tadi. Semua yang hadir ke bank tersebut dengan tujuan berjumpa dengan En Hakim hanya dengan satu tujuan yang cukup jelas iaitu membuat pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan atau untuk kegunaan peribadi individu.
"Yes and thanks a lot for everything." ucap pemuda terbabit dengan cukup gembira lalu pergi meninggalkan En Hakim. Sebelum berlalu sempat di kerling anak matanya ke arah wanita di dalam bilik itu.
Setelah pemuda terbabit beredar, En Hakim terus masuk semula ke biliknya lalu ditutup kembali muka pintu tidak mahu orang luar mendengar perbincangannya.
"So Cik Liana ada projek baru akan di jalankan ke?" Tanya En Hakim setelah melabuhkan punggungnya di hadapan Liana.
"Of course yes. That's why i'm here. Kalau tak, tak ada maknanya I nak cari you." En Hakim tergelak mendengar bicara Liana. Liana merupakan pelanggan pentingnya. Setiap kali Liana hadir bertemu dengannya pasti ada membawa berita gembira padanya.
"So, what can i help you?"
"Ok. I will straight the point. Datin ingin menggembangkan lagi bisnessnya so we need your help. I means I need you and your company to support us. Can you?" En Hakim yang mendengar hanya mengangguk lalu tersenyum.
"Of course i will help you. Macam tidak biasa. I dah kenal you dan Datin. Rekod you all's bersama kami sangat cantik. So it's should be no problem with us because support you all's brings to our company benefits too."
"That's why i like you En Hakim. I had already bring the proposal and you can check them. Just please proceed like always." Liana terus mengeluarkan fail dari dalam beg bimbit yang dibawanya sekali. Isi fail itu merupakan kertas kerja yang telah dia sediakan sebelum berjumpa dengan En Hakim.
"As always. You being are faster's. Everything has be already prepare. I don't need to tell you what to do." puji En Hakim sambil mengambil fail yang dihulurkan.
"Well that's me. I tak suka nak menlecehkan kerja. Lagi cepat lagi bagus." Liana membanggakan dirinya sendiri. Prestasi kerjanya itu yang membuatkan dia menjadi orang kepercayaan Datin Sofea.
"I will check your proposal then i will proceed just like you want." Liana tersenyum mendengar bicara En Hakim itu.
"I will wait good news from you, En Hakim. Please do not disappoint me."
Liana terus meminta diri setelah perbincangan antara mereka berakhir. Sewaktu Liana baru sahaja melangkah keluar dari dalam bank itu tangannya telah direntap dengan kasar oleh seseorang yang tidak dikenali. Dilihat seorang lelaki memakai topi yang tidak kelihatan dengan jelas wajahnya cuba menarik beg tangan yang sedang di pegangnya. Liana cuba melawan lelaki terbabit dari terus merangut begnya yang berisi pelbagai barangan berharganya. Aksi tarik menarik berlaku di situ. Liana terus bertepik meminta bantuan.
"Tolong perangut!!!"
"Hoi!!" tepik seorang pemuda yang mendengar jeritan Liana.
Terus sahaja pemuda itu memberi satu tumbukkan padu mengenai wajahnya. Perangut itu terdorong kebelakang dan terus berlari dengan laju seperti pelesit meninggalkan hasil ragutannya. Liana yang tidak dapat mengimbangi dirinya kerana dia memakai kasut tumit tinggi terus terjatuh terjelempuk. Di lihat pemuda itu mengambil semula beg yang sudah berada di atas kaki lima. Setelah itu, dia membantu Liana untuk berdiri.
"Are your ok?" tanya pemuda itu setelah Liana dapat berdiri dengan lurus.
"Yes. I'm ok." ucap Liana sambil membetulkan kedudukan bajunya.
Pemuda itu terus menghulurkan beg miliknya dan Liana memandang siapakah gerangan yang membantunya itu. Dilihat pemuda yang baru sahaja di temui di depan bilik En Hakim yang sudah membantunya. Liana mengucapkan terima kasih dan Liana ingin meminta diri. Waktu Liana melangkah terasa pergelangan kakinya sakit. Mungkin terseliuh waktu terjatuh tadi. Pemuda tadi yang melihat wajah di hadapannya mempamerkan wajah cemberut terus bertanya.
"Are you really ok?"
"I don't thing so. I rasa I terseliuh." Ucap Liana sambil memandang pergelangan kakinya yang terasa perit itu.
"Macam tu I bawa u pergi klinik depan tu." Pemuda itu memberi cadangan.
Nasib juga Klinik kesihatan berada tidak jauh dari situ jadi tidak perlu mereka berjalan jauh. Liana terus setuju dengan cadangan si pemuda itu. Mereka terus berlalu ke arah klinik itu untuk mendapatkan rawatan. Setelah mendapatkan rawatan mereka berdua telah bertukar nombor telefon agar mudah untuk dihubungi akan datang.
* * *
Setelah beberapa hari kejadian yang menimpanya, Liana telah menghubungi si pemuda yang membantunya itu. Liana mengajak Pemuda itu bertemu untuk membalas semula apa yang telah dilakukannya tempoh hari.
"Hi. Lama tunggu." tegur Liana setelah mereka berdua membuat temu janji pada malam tadi sewaktu Liana menghubunginya.
"Tak. I baru je sampai." ucap pemuda yang sedang duduk di hadapannya sambil tersenyum.
Boleh tahan juga. Monolog Liana sambil menilik setiap inci wajah pemuda di hadapannya. Liana terus mengambil tempat di hadapan pemuda itu.
"So how your ankle?" Langsung pemuda itu bertanya sambil melihat pergelangan kaki milik Liana. Liana ketawa sedikit geli hati dengan soalan itu. Dah semestinya sudah sihat sepenuhnya jika tidak dia tidak mengajak mereka berdua bertemu janji.
"Of course good. If not I tak ajak you date hari ni. Lagipun I dah berehat 3 hari di rumah. So kaki I dah ok. Looked that I dah boleh pakai kasut favourite I." sambil di tunjukkan kasut tumit yang di pakainya. Si pemuda tersenyum sambil mengaru pelipisnya. Mungkin malu dengan soalan yang di ajukan tadi.
"Kita ni dah kenal tapi masih tak tahu nama masing-masing. I'm Siti Liana but you can call me Liana." Liana memperkenalkan dirinya sambil menghulukan salam perkenalan.
"I'm Al Aqra. You can call me Aq. Just Aq." jelas Aqra sambil menyambut salam dari Liana.
"Wah. Such a Unique name. Nice to meet you Aq."
Aqra yang mendengar hanya tersenyum sambil mengekek senang hati. Dia dah biasa mendengar dengan ayat itu apabila dia memperkenalkan dirinya.
"Yes. I know that. Everyone will say like that too. But do you know my name actually from the awesome person."
"Oh really. I don't know that. Who is this?" Liana mula tertarik untuk mendengar cerita di sebalik nama Al Aqra.
"Al Aqra adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Seperti kita tahu sahabat-sahabat Nabi yang lebih di kenali tapi mungkin Al Aqra ramai yang tidak mengenali beliau." Aqra mula bercerita mana ilham bapanya memberi nama yang cukup unik di dengari oleh orang lain.
"Al Aqra bin Haabis atau nama sebenarnya adalah Firas. Al Aqra seorang berketurunan Bani Tamin dan mempunyai peranan yang besar sebagai hakim di pasar okaz pada waktu itu. Agama asal Al Aqra adalah penyemah api dan seorang majusi. Beliau telah di utuskan oleh Bani Tamin bersama sahabatnya serta lebih kurang 80 orang untuk menghadap Rasulullah SAW dengan tujuan menyerahkan diri beliau semua. Al Aqra terkenal dengan sifat berani dan setianya. Beliau sering mengikut dan melindungi Rasullah SAW dan islam sewaktu peperangan. Beliau telah wafat dengan mati syahid di dalam peperangan Yarmuk. Peperangan antara kaum muslimin melawan Romawi Timur. Dia syahid bersama ke semua anaknya seramai sepuluh orang."
Liana terkedu mendengar perjelasan Aqra mengenai pemimpin pemilik asal nama itu. Sungguh tidak di sangka pemuda di hadapannya yang terlihat begitu moden dan metroseksual mempunyai ilmu sejarah islam. Bukan itu sahaja membuatkan Liana terpukau dengan lelaki di hadapannya. Dia turut terpukau dengan aura yang cukup macho dihadapannnya. Aqra yang perasan Liana tidak lepas merenungnya terus melambai tangannya di hadapan Liana untuk menyedarkan Liana dari lamunannya itu. Liana yang tersedar sudah tersengih malu apabila dia kantoi meniliti pemuda di hadapannya.
"Wah! Such a good story. I don't know the men like you knew very well our islamic history. I'm speechless." Aqra hanya tersenyum mendengar kekaguman yang diberikan kepadanya.
"Well, my dad gave that name on me because his like the islamic history. So that's why I learn and understand that name for like that explanation. Not only my name. My sister too. Her name is Siti Khadijah but all peoples just call her...."
"Katty!" Teka Liana memotong bicara Aqra. Membuatkan mereka berdua ketawa berdekah.
"I knew that. Everyone had that name will changes to Katty. More glamours their says." Aqra mengangguk setuju lalu mereka berdua sambung kembali tawa.
* * *
3 bulan berlalu.
"Ummi tak setuju Aq! Ummi tak setuju kamu nak berkahwin dengan Liana tu!" Tepik Pn Rahimah, ummi kepada Aqra. Dia cukup membantah permintaan untuk berumah tangga bersama Liana.
"Tapi kenapa Ummi? Liana tu baik ummi." Pinta Aqra meminta perjelasan.
Memang Pn Rahimah tidak dinafikan sejak pertemuan pertamanya dengan wanita yang bernama Liana, dia seorang yang baik dan berbudi bahasa. Bukan itu sahaja pakej dengan rupa parasnya yang cantik dan bekerjaya tetapi hanya satu sebab membuatkan Pn Rahimah menghalang hasrat anak terunanya itu.
"Umur dia tu jauh lebih tua dari kamu. Sebaya pula dengan adik ummi, mak cik saleha kamu tu." jelas Pn Rahimah sebab utama dia membantah.
"Ummi, umur hanya nombor. Kami serasi dan saling memahami. Itu sudah memadai pada Aq."
Pn Rahimah mendecit mendengar bicara Aqra.
"Memang umur tu cuma nombor. Dia pun tak nampak setua yang di sangka. Tapi kalau setahun dua tu ummi boleh terima. Ini 12 tahun jaraknya. Kamu tu baru 25 tahun. Si Liana tu sudah 37 tahun." Pn Rahimah siap mengeluarkan jari sebanyak tiga dan tujuh merujuk umur Liana.
"Apa masalah dengan umur Liana tu. Tak ada masalah pun. Ummi malu anak ummi kahwin dengan anak dara tua macam tu."
"Cuba kamu cari yang muda sikit. Tu ha anak mak cik Deeba kamu tu si Delima tu, ummi berkenan sangat dengan budak tu. Cantik ada budi bahasa. Muda pula tu." Aqra mendengus apabila mendengar nama Delima.
Aqra sudah sedia maklum bahawa umminya ingin sekali menjadikan budak Delima menantunya.
"Tapi Aq tak suka budak tu. Lagi dia budak lagi ummi baru habis STPM. Dah tu dia tu belajar pun tak pandai. Jatuhlah standard Aq kalau berbinikan dia tu. Sekurangnya Liana ni berpendidikan dan berkerjaya. If Aq nak bawa pergi mana-mana pun tak segan. Lagi Aq baru buka firma Aq kan. Kalau dengan budak D tu tak boleh bawa pergi majlis." Aqra cukup berbulu bila nama Delima meniti di mulut umminya. Berbakul-bakul pujian di berikan.
"Kamu ni pandai je nak membodohkan orang ye. Dia memang belajar tak pandai tapi segi yang lain dia pandai. Lagipun ummi risau kalau kamu nikah dengan Liana nanti kamu boleh beri ummi cucu ke?" Aqra yang mendengar pertanyaan umminya terus menepuk kepala.
"Ummi, mentang-mentang umur Liana dah lanjut ummi ingat dia tak boleh mengandung bagi ummi cucu." tergeleng-geleng kepala Aqra dengan umminya itu.
"Yelah, ummi nak cucu. Boleh ke Liana bagi cucu pada ummi?"
"Ummi, Che Ta dan Zain tu pun umur mereka jarak jauh. Zain tu lebih muda dari Che Ta tapi ada juga hasilnya, kan. Comel lagi anak dia tu." Aqra cuba memujuk Umminya.
"Ish.. Kamu ni ada je menjawabnya kan. Abang tengok anak kita ni. Awak jangan nak berdiam diri. Cakaplah sesuatu." Pn Rahimah meminta bantuan suaminya agar membatalkan hasrat anak terunanya itu.
"Biarlah. Tidak salah pun. Bukannya Liana tu bini orang. Janda pun bukan. Rasulullah SAW dulu juga berkahwin dengan wanita jauh lebih tua dari umurnya, Siti Khadijah. Bukan dia orang buat benda tidak elok pun. Kita tak boleh menghalang anak-anak kita untuk mendirikan masjid." ulas Tn. Abu Bakar mengenai keinginan anaknya berumah tangga.
Pn Rahimah mendengus kasar mendengar hujahan si suami. Apabila suami sudah berkata dia tidak boleh berkata apa-apa lagi. Nak tak nak dia terpaksa menerima Liana sebagai menantunya.
My new baby. 12/12/22 @ 12.00 Am
Share this novel
Sy datang nak reread hehehe
sedap nama