1 Ramadan - 6.30 petang
"Ding dong...." bunyi loceng rumah kedengaran di rumah. Puan Yusnita terdengar loceng rumah ditekan dan menyuruh Faridah kerana Puan Yusnita sedang memasak.
"Ida !! Tengok jap siapa yang datang tuh" kata Puan Yusnita. Faridah bangun dari atas sofa dan membuka pintunya.
"Assalamualaikummm. Eh Ida adik abang. Sihat tak" rupa-rupanya Fadzil datang seorang diri dan tidak datang bersama dengan isterinya,Azralina.
Faridah tidak menjawab salam lalu dia naik ke atas bilik dengan cepat-cepat.
"Waalaikumussalam. Eh Fadzil masuklah. Bawak juadah berbuka ke. Alhamdulillah. Mana adik kau si Ida tuh" kata Puan Yusnita lalu mematikan api di dapur gas dan berjalan ke arah Fadzil
"Err...dia kata ada kerja tadi mama. Terus naik atas. Apa khabar mama. Sihat tak" kata Fadzil lalu bersalaman dengan ibunya.
"Mama sihat je. Kau macam mana. Eh mana Lina. Tak ikut ke sekali" kata Puan Yusnita.
"Sihat je mama. Ni Lina OT hari ni sampai tengah malam. So dia berbuka kat tempat kerja dia jela" kata Fadzil.
"Ouh patutlah. Eh kau dah jumpa ayah tak. Hmm kau dengan ayah dengan adik kau si Farhad macam mana" kata Puan Yusnita. Fadzil terdiam sahaja.
"Kau okay tak Fadzil. Hmmm kau nih diam lak" kata Puan Yusnita.
"Boleh Fadzil cakap dengan mama jap" kata Fadzil.
"Cakap dengn mama nak...apa dia Fadzil. Meh duduk atas sofa". kata Puan Yusnita lalu Fadzil duduk di atas sofa bersama dengan ibunya.
"Mama...Fadzil ada benda nak cakap nih. Tapi mama janji mama tak marahkan Fadzil tau" kata Fadzil.
"Apa dia Fadzil. Insyaallah mama tak marahkan kau. Cakap je" kata Puan Yusnita.
"Fadzil nak mintak maaf atas semua benda yang Fadzil buat dulu kat mama,ayah,Ad dengan Ida. Allah dah balas kifarah kat Fadzil mama" kata Fadzil sambil menangis.
"Ya Allah kenapa ni Fadzil menangis. Apa yang kifarah ni. Mama tak faham" kata Puan Yusnita.
"Sebenarnya Fadzil kahwin dengan Lina ada sebab. Untuk jauhkan diri dari mama dengan ayah. Fadzil ikutkan perasaan. Suka sangat dengan Lina. Dia dah buat hal dengan Fadzil" kata Fadzil. Puan Yusnita terdiam.
"Hm...apa dia Fadzil. Apa yang Lina dah buat dengan kau" Puan Yusnita.
"Saya nampak Lina dengan lelaki lain kat luar. Fadzil nampak dia berjalan dengan laki lain" kata Fadzil.
"Subahanallah....Fadzil dia tu bini kau tau. Takkanlah dia nak curang kat belakang kau. Ya Allah kau ni jangan la fikir yang bukan-bukan. Mungkin bukan Lina. Dah dah" kata Puan Yusnita.
"Fadzil bukan salah tengok tau. Sah sah tu Lina yang Fadzil nampak" kata Fadzil.
"Tak baik tuduh bini kau tuh. Kalau betul pun,kau ada bukti ke. Takde kan ? Kau bagitau tak bini kau" tanya Puan Yusnita. Fadzil menggeleng-geleng kepala.
"Tapi Fadzil tak bagitau dia pun. Takut Lina ingat Fadzil ni menuduh je. Tapi apa boleh buat mama. Hmmm...". kata Fadzil sambil bermuram.
"Sabar Fadzil. Mama faham dengan kau. Dah dah. Jangan nangis. Nanti mama bagitau ayah yang kau balik. Nanti kita berbuka sama-sama" kata Puan Yusnita. Fadzil mengangguk tanda faham.
"Kau pergi naik atas bilik pastu mandi. Dah nak berbuka nih. Mama nak siap-siap makanan jap" kata Puan Yusnita. Fadzil naik ke atas biliknya dan terus mandi.
Puan Yusnita mengambil handphonenya dan memberitahu suaminya,Encik Shuhaimi tentang kepulangan anak sulungnya untuk berbuka puasa.
7 malam
Fadzil ingin mengejutkan adiknya,Faridah di dalam biliknya. Fadzil ingin membuka pintunya tetapi pintu itu berkunci.
"Idaaa. Dah pukul 7 nih. Turun la berbuka. Mama dah tunggu tuh" kata Fadzil sambil mengetuk biliknya.
"Nanti aku turun lah bawah. Tak payah la sibuk !!" kata Faridah yang berada di dalam bilik. Fadzil terdiam sahaja dan kemudian turun ke bawah.
"Hah Fadzil. Mana adik kau. Selalu dia tak macam nih tau. Dia akan duduk kat bawah ni sampai berbuka tau. Kalau mandi pun lepas dia berbuka" kata Puan Yusnita.
"Dia kata jap lagi dia turun. Oh ya ayah mana ek. Kata ayah nak berbuka kat sini" kata Fadzil. Puan Yusnita menggeleng kepalanya sahaja.
"Ayah kau tak boleh balik. Katanya dia ada hal. Tapi masa mama call ayah,ayah cakap dia on the way nak balik rumah. Tapi bila mama cakap yang kau dah balik sini,ayah cakap dia nak patah balik tempat kerja di sebab ada. emergency. Mama rasa,ayah kau marah lagi kat kau" kata Puan Yusnita.
"Salah Fadzil jugak mama. Hmmm lepas berbuka ni Fadzil balik lah. Ida macam benci kat Fadzil je. Lina tak tahu la macam mana" kata Fadzil.
"Ya Allah. Kenapa cepat sangat nih. Stay la sini dalam dua hari ke. Nanti sahur la sekali dengan mama dengan Ida. Hmm korang nih sampai bila boleh berhenti bergaduh. Adik kau si Ad tuh dah lama tak balik rumah nih" kata Puan Yusnita.
"Takperlah mama. Mungkin diorang nak ambik masa untuk maafkan Fadzil nih. Hmmm" kata Fadzil.
"Dah takyah sedih depan rezeki. Dah nak berbuka nih" kata Puan Yusnita. Fadzil mengangguk.
"Fadzil. Raya nanti mama ingat nak cadangkan kita semua balik rumah nenek kat Bagan Serai" kata Puan Yusnita.
"Hmmm tengok la dulu macam mana. Fadzil tak boleh janji sangat la mama. Tengok la keadaan sekarang macam mana kan ? Nanti la dulu mama" kata Fadzil. Puan Yusnita terdiam sahaja
Faridah baru sahaja keluar dari biliknya dan turun ke bawah untuk berbuka. Dia tidak memandang abang sulungnya langsung.
"Haaa Ida. Lama betul dalam bilik tu. Buat apa" kata Puan Yusnita.
"Ida tengok fon tadi" kata Faridah.
"Kau ni fon je tahu. Kerja sekolah dah siap ke. Esok dah sekolah" kata Puan Yusnita.
"Siap dah mama. Lepas terawih ni ingat Ida nak study" kata Faridah.
"Eh Ida. Kebetulan Fadzil nak pergi terawih nanti. Kay ikutla abang kau nanti ye" kata Puan Yusnita.
"Mama...kan Ida nak study. Terawih kat masjid tu lama. Kang tak pasal-pasal lambat pulak balik. Nantu mengantuk susah Ida nak study. Ida terawih jela kat rumah" kata Faridah.
"Hmm okay Ida. Kau tuh study jangan tak study. Kau lupa ke yang kau ada cakap dengan mama percubaan SPM ni start minggu depan. Kau nak study nanti study yang susah dulu macam Math ke. Kau tu selalu gagal dalam exam Math. So mama nak kau study elok-elok" kata Puan Yusnita.
"Ya mama. Ida tahu..." kata Faridah.
Azan maghrib sudah berkumandang menandakan waktu berbuka puasa. Mereka menikmati juadah berbuka yang disediakan.
Selepas berbuka,Fadzil keluar dari rumah untuk menghisap rokok. Beberapa jam lamanya Fadzil menahan diri dari makan,minum dan menghisap rokok dari sahur semalam dan akhirnya Fadzil dapat menghisap rokok.
"Kau nak pergi mana tu Fadzil" kata Puan Yusnita yang baru sahaja selesai membasuh semua pinggan yang kotor.
"Fadzil nak keluar jap. Nak hisap rokok" kata Fadzil.
"Hmmm kau nak merokok jauh sikit. Jangan hisap dekat sangat dengan rumah ni. Mama tak boleh hidu sangat asap rokok ni. Tahu kan mama ada semput". kata Puan Yusnita.
"Tahu mama. Alah Fadzil hisap kat laman belakang rumah ni. Jap ek mama" kata Fadzil lalu keluar dari pintu rumah tersebut.
Faridah baru sahaja selesai solat Maghrib dan turun ke bawah. Faridah yang masih bertelekung berjumpa dengan ibunya,Puan Yusnita.
"Mana laki tuh mama ?" kata Faridah.
"Laki mana nih. Fadzil tuh ?" kata Puan Yusnita. Faridah mengangguk.
"Kau nih Ida. Dia tu abang kau tau. Yang kau satu lagi ni asal kau makan sikit hari ni. Selalunya kau makan sampai habis. Pastu kau naik bilik awal. Kita makan-makan tadi takde pun kau berbual ke tanya abang kau tuh" kata Puan Yusnita.
"Ida takde selera la nak makan. Alah mama...abang mana yang sanggup maki tengking Ida macam nih. Pastu dia boleh tumbuk muka Farhad tu semata-mata nak bantah keputusan dia nak pindahkan Ida kat Shah Alam tuh. And dia pun sanggup cakap dengan ayah tu sampai ayah marah and tampar dia tuh ? Mama...kalau dia pindahkan Ida sampai ke Shah Alam tuh,apa la jadi kat Ida nanti. Tak keruan Ida jadinya tau tak" kata Faridah.
"Mama tau...kau masih marahkan dia kan. Ayah pun sama jugak masih marahkan Fadzil. Tapi Ida,baik buruk dia macam mana pun,dia tetap abang kau. Abang sulung kau sendiri. Kau kena la hormat dia" kata Puan Yusnita.
"Hormat dia konon...dia tu cakap dengan Ida dengan Farhad time dia kata sebab apa dia nak kahwin dengan Lina tuh. Mama tau sebab apa ? Sebab dia tak tahan dengan mama dengan ayah tuh. Selalu nak bebel la apa la. Selama Fadzil dengan Farhad takde kat rumah nih,Ida jela yang selalu ada dengan mama dengan ayah. And now dia tu buat muka tak tahu malu dia balik rumah nih. Mama tak terasa ke dengan dia tu bila dia cakap mama dengan ayah macam-macam" kata Faridah.
"Faridah ! Jaga sikit mulut kau tuh. Kenapa kau masih nak berdendam dengan Fadzil tuh. Haih...mama tahu kenapa Fadzil nak berkahwin dengan Kak Lina tuh. Fadzil dah ceritakan semuanya kat mama. Mama pun terkejut. Tapi apa mama boleh buat ? Benda dah berlaku. Mama percaya dia dah menyesal apa yang dia dah buat" kata Puan Yusnita.
"Hmmm...mama, Ida nak naik atas jap. Lepas terawih Ida turun" kata Faridah lalu naik ke atas menuju ke biliknya.
"Astaghfirullah hal azim...kenapa la keluarga aku yang berdendam dengan Fadzil anakku ya Allah...." kata Puan Yusnita seorang diri lalu duduk di atas sofa.
Faridah duduk di dalam biliknya dan memikirkan tentang kejadian beberapa bulan lalu yang menyebabkan Faridah mula membenci abang sulungnya Fadzil. Pun begitu,Faridah masih tetap ada perasaan benci kepada abang sulungnya sendiri.
"Hmph tak tahu malu punye mamat tuh. Balik nak menyesal konon dengan mama aku. Abang apa macam tu punya perangai. Haih" kata Faridah seorang diri lalu berbaring di atas sofa.
9.15 malam
Faridah baru selesai menunaikan solat Isyak dan solat sunat Terawih. Faridah keluar dari biliknya dan turun ke bawah untuk menikmati makanan yang tidak habis semasa berbuka puasa tadi. Faridah mencari ibunya di ruang tamu dan dapur tetapi tiada.
"Mama terawih dalam bilik kot. Mamat tuh terawih lagi. Hm takperla boleh aku makan dulu" kata Faridah lalu duduk di atas meja dan menikmati makan di atas meja makan.
Sementara Faridah sedang makan,dia terdengar bunyi kereta sedang masuk ke dalam pagar rumah.
"Assalamualaikum" suara itu memberi salam dan pintu rumah dibuka. Encik Shuhaimi baru pulang dari tempat kerja.
"Waalaikumussalam. Eh ayah. Ayah baru balik kerja ke" kata Faridah kepada bapanya,Encik Shuhaimi.
"Haah. Ayah sebenarnya malas nak balik rumah tau. Malas nak hadap muka dia tuh" kata Encik Shuhaimi.
"Laa kenapa pulak. Tak best lah ayah tak balik rumah. Lain la kalau ayah ada kerja banyak kat ofis ke" kata Faridah.
"Mama bagitau ayah,Fadzil dah balik sini. Betul ke ?" kata Encik Shuhaimi.
"Haah. Tapi Ida malas la nak layan dia. Menyampah lah haih. Nak balik rumah ni konon" kata Faridah.
"Biarlah dia Ida. Ni mama mana ?" kata Encik Shuhaimi.
"Mama ada dalam bilik. Solat kot. Ayah nak makan tak. Jamah la sikit" kata Faridah.
"Eh takper. Tadi ayah dah berbuka kat ofis dengan kawan-kawan ayah. Takper ayah naik atas dulu ya. Jangan lupa study" kata Encik Shuhaimi sambil mengusap kepala anaknya,Faridah.
Selesai menjamah sedikit makanan,Faridah naik ke atas biliknya dan memulakan ulang kaji pelajarannya untuk peperiksaan percubaan SPM yang berlangsung tidak lama lagi.
Encik Shuhaimi masuk ke dalam biliknya dan mendapati isterinya,Puan Yusnita baru selesai membaca Al-Quran.
"Eh abang. Bila balik nih. Siapa ada kat bawah tuh" kata Puan Yusnita.
"Baru sampai tadi. Faridah ada kat bawah makan tadi. Pastu dia kata nak study" kata Encik Shuhaimi.
"Oh okay la tuh. Ni tadi kenapa abang lambat balik. Emergency apa kat office tuh" kata Puan Yusnita.
"Oh tadi tu. Masa abang call awak tadi,ada notifications masuk. P.A. abang suruh balik jap sebab ada orang nk jumpa abang untuk aturkan meeting esok" kata Encik Shuhaimi.
"Ouh patutlah. Abang,saya nak tanya boleh tak" kata Puan Yusnita.
"Hmm ni mesti si Fadzil tu kan. Apa dia" kata Encik Shuhaimi.
"Ya bang...saya bukan apa. Sampai bila abang nak berdendam dengan Fadzil tuh. Tadi dia ada cakap dengan saya sampai menangis-nangis" kata Puan Yusnita.
"Tahu pulak nak balik rumah ni kan. Pastu menangis pulak. Apa pulak dia cakap dengan awak nih" kata Encik Shuhaimi.
"Sabarlah abang. Saya tak habis cakap lagi. Fadzil tu menangis sebab dia menyesal. Menyesal kahwin dengan si Lina tuh. Dia cakap ni semua balasan dari Allah" kata Puan Yusnita.
"Baru sekarang dia nak fikir balasan Allah ? Yang dia cakap dengan saya macam tuh,pukul adik dia sendiri maki adik dia sendiri ? Nak kahwin sebab nak larikan diri dari tanggungjawab kita sebagai ibu bapa ? Takde fikir lak pasal Allah. Dia tu buat tak fikir apa-apa. Main lepas je" kata Encik Shuhaimi.
"Abang...dah la tu. Semua benda dah berlaku kan. Dia dah menyesal apa yang dia dah buat selama nih. Saya sebagai ibu mestilah saya kena terima apa yang berlaku kat anak-anak kita. Kita tak boleh biarkan anak-anak kita bersedih macam nih" kata Puan Yusnita.
"Awak percaya ke dia menyesal. Belum tentu lagi Nita. Abang nak pergi mandi jap" kata Encik Shuhaimi.
Puan Yusnita berasakan sangat sedih kerana ada sebahagian ahli keluarganya tidak memaafkan Fadzil atas segala kekhilafannya. Puan Yusnita meneruskan usahanya untuk cuba mengembalikan hubungan ahli keluarganya.
Share this novel