“Gila betul la minah sorang tu. Ada ke patut tak takut. Orang lain bukan main lagi terjerit, melalak, menangis tapi boleh dia tayang muka blur. Hisy, apa jenis orang la tu. Alien ke apa?”
Bebel Naufal Idzham kepada rakan-rakannya.
“Haha. Yang tu aku tak tau apa jenis makhluk minah tu. Tapi yang kelakarnya kenapa kau ajak kami sekali takutkan minah tu. Macam tak puas hati jer?”
Zafrul hantu botak bertanya sambil menahan gelak.
“Memang aku tak puas hati. Macam-macam aku buat tapi minah tu boleh lagi selamba badak buat muka blur, siap sindir aku pasal award lagi.”
“Rilex la Naufal, kalau minah tu datang lagi kau kenakan dia pula. Hehe.”
Hana si pontianak memberi cadangan.
“Ish, takkan dia nak datang lagi kot.”
“Kitaorang tahu kau memang excited gila setiap kali orang tengok muka ‘kau’ terus lari lintang-pukang. Ni tiba-tiba ada pulak minah tak takut. Mesti kau rasa geram, kan.”
Kata Zafrul seperti memahami Naufal.
“Takpe kau tengok jer nanti. Mereka datang lagi punya.”
Zafrul menambah.
“Korang ni ada buat something ke, macam sure sangat mereka datang lagi ni.”
Soal Naufal. Pelik.
Zafrul dan Hana hanya sengih menayangkan gigi mereka yang putih disebabkan tertelan banyak Sodium Bikarbonat
Naufal mengerut dahi kehairanan.
Zafrul dan Hana menceritakan rancangan mereka. Naufal tersengih kegirangan kerana berpeluang untuk membalas dendam.
Share this novel