(novantadue) 92

Other Series 152486

"What should I do Mrs. Afonso? My husband doesn't love me anymore.. I heard him said it." adu Aleena pada si ibu, isteri Afonso.

"Are you really sure he meant it? Maybe it's just a misunderstanding Aleena.." pujuk Mrs Afonso lembut.

Wanita cantik berambut hitam itu menepuk-nepuk punggung si anak yang sedikit meragam di dalam dakapannya.

Wajah itu mendung semenjak dia bertanyakan mengapa wanita itu melarikan diri daripada suaminya.

Fillia mengeluh berat, bahu Aleena ditepuknya lembut.

"But.. but he lied to me, I thought he was dead but the truth is.." bibir digigitnya lembut sambil membuang pandangan gelap ke luar balkoni rumah kabin kecil itu. Sejuk.

"Maybe there's a reason he kept it as secret and lied to you. At the end, he still looking for you right? Why don't you want to hear his explanation first?" Fillia memujuk lembut.

Dia tahu wanita itu masih tidak stabil emosinya dalam kondisi kini. Aleena perlu tenangkan diri dan berfikiran waras sebelum membuat keputusan, bukannya terburu-buru membuat keputusan begini.

"I.. I heard what he said earlier. He-" Aleena tidak pasti dengan alasannya sendiri. Yang dia tahu hanyalah kata-kata Dom dan kemunculan kembali lelaki itu memberi impak yang besar padanya secara tiba-tiba.

"Do you hear all his words?" bidas Fillia pula. Wajah berkedut berambut perang pendek itu menatapnya tajam, ingin tahu.

Dia tahu Aleena sendiri tidak pasti dengan jawapan dan perasaannya kini tetapi ego! Ego mahu mengakui kesalahannya.

"Hmm.. Y-Yes I do. I understand very well his words, he-" terhenti kata-katanya apabila imbas kembali perbualan Zen dan Dom.

Ada juga perbualan mereka dalam bahasa Italy yang tidak dia fahami. Adakah dia..

..sudah melakukan kesilapan?

Berkaca mata itu apabila tersedar dari fikiran dungunya sebelum ini. Betapa bodohnya dia!

Tangan naik menekup mulut sedikit, sebak tiba-tiba.

'Ya Allah.. aku dah buat apa ni? Tinggalkan suami aku dalam keadaan begitu.. Mika perlukan aku. Aku, Aku kene pulang segera!' Otaknya ligat mencerna keadaan.

Pasti Dom sedih.. Pasti Dom fikir bahawa dia sudah tidak sayangkan lelaki itu! 'Tidak.. tidak sayang..'

"Aleena?" suara Mrs. Afonso menyentakkan lamunannya.

"I- I made a mistake, I need to go home now.. Mika must be worried and looking for me right now." Aleena yang mahu bangun dari duduknya dipegang lengan itu oleh Fillia.

"Don't go tonight, it is almost midnight.. tomorrow I will tell my husband to send you home hmm?" pujuknya pula.

Aleena was-was. Dia terlalu rindukan lelaki itu! Sangat! Berat dadanya dirasakan kini selagi tiada Dom di hadapannya.

"But.. I need to-"

"Aleena.." sedikit tegas suara Fillia menghalangnya. Wanita itu menunduk akur. Dia sedar keadaan mereka kini.

Sudah lewat malam, tak akanlah dia mahu pulang sendirian bersama Faraz ke makmal Forrestor di atas bukit sana? Lagipula Afonso tiada malam Itu untuk menghantarkannya dan Faraz.

"Okay.." angguknya perlahan.

Yearn.. she misses him so badly..

'Mika.. I didn't mean it honey..' desis hatinya.

Malam itu, ditemani air mata Aleena melelapkan matanya dalam kerinduan dan perasaan bersalah yang amat sangat.

Yang dia tahu, dia mahu bertemu si suami secepat mungkin. 'Pertemukanlah aku dengannya Ya Allah..'

~~~~~~~~~~~~

"Stop right here." arah Dom perlahan. Kereta R.Royce Ghost hitam itu berhenti di kejiranan tersebut.

Rumah yang dikatakan Jonathan itu dilihat dari dalam kereta apabila cermin diturunkan.

Si isterinya di dalam. Dia mahu sangat bertemu wanita itu. Bertemu anaknya..

Adakah sekarang ini terlalu lewat? Tetapi hati dan perasaannya tidak dapat dibendung lagi..

'Mungkin saja Aleena dan Faraz belum tidur..' dia cuba berfikiran positif. Dom bertekad mahu ke dalam.

Pintu kereta dibukanya. Dua orang anak buahnya selain pemandu kalut turut keluar dari kereta mengiringi si tuan.

Tangga kecil berasakan batu merah yang naik ke pintu rumah itu didakinya perlahan dengan sebelah tongkat mengimbangi diri. Kedua orang anak buah Dom hanya mengikuti diam dari belakang.

Kini dia betul-betul berada di hadapan pintu. Nafas ditarik hembus perlahan beberapa kali menghilangkan gentar.

Pintu kayu itu diketuk beberapa kali menggunakan bulatan besi pada pintu. Tiada yang menyahut. Keadaan dari dalam hanya sunyi saja.

Diketuknya beberapa kali lagi, sabar menunggu pintu dibuka.

Dan akhirnya, Klik!

Seorang wanita berumur berambut perang menyapa pandangannya. Jelas raut wajah itu terkejut dan sedikit menjerit apabila melihat wajahnya.

Pintu terus mahu ditutupnya kuat, tetapi tangan Dom lebih pantas menahan. Tepi pintu itu ditolaknya sedikit, mencari si wanita tadi.

"Mrs. Afonso. Fillia Afonso?" suara serak basah Dom menakutkan Fillia.

Dengan teragak-agak dibuka juga pintu rumah itu sedikit, tepi pintu dipegangnya sambil nenyembunyikan separuh tubuh di sebalik pintu.

"J-Ja ich bin es. Herr wer?" (Y-Ya saya. Encik ini siapa?) soal Fillia gusar.

Wajah ngeri di hadapannya itu tidak sanggup ditatap berterusan. Takut. Mengapa lelaki-lelaki berpakaian gelap ini datang ke rumahnya? Apa yang mereka mahukan?

"Mich Angel, Angel Vanni. I want to meet my wife and son, they are here right?" (Aku Angel) soal Dom pula.

Sepasang mata redupnya kelihatan kejam pada setiap yang memandang. Fillia was-was.

'Isn't Aleena's husband named Mikhail? Then, who is this? Angel? I never heard she say about someone named Angel. What if they are actually bad people?'

Pelbagai persoalan menerpa benak fikirannya. Fillia kaget. Hanya ada dia berdua saja bersama Aleena di rumah itu termasuklah Faraz. Suami dan anak-anaknya tiada..

Memikirkan saja hal itu sudah membuatkan dia kecut perut.

"Ich denke du hast das falsche Haus.." (Saya rasa encik sudah salah rumah..) baru saja pintu hendak ditutup kembali, tangan robotik itu menahan pintu yang ditutup kuat tadi.

"Why don't you let me in? Willst du meine Frau verstecken?" (Kau nak sembunyikan keluarga akukah?) Dom sedikit emosinal dengan situasi itu.

Dia bukan bodoh mahu mempercayai wanita itu. Mata-mata yang dia hantar untuk mencari dan perhatikan si isteri tak akan sesekali tersilap.

"Nicht so.. H-Herr will seine Frau treffen, wer ist sie?" (Bukan begitu.. En-Encik mahu bertemu isteri encik, tapi siapa?) Fillia cuba berdolak-dalih. Wajah berani cuba ditayangkan yakin.

Suami Aleena bukan Angel, suaminya Mikhail! This damn can go to hell if he want to cheat on her.

"What is the fucking problem with you, madam? You just have to let me in, that's all." keras suara Dom daripada tadi. Mulai tertekan.

Raut wajah redup tadi sudah beransur bengis apabila orang tua di hadapannya kini bengap, menghalangnya dari masuk ke dalam.

Jika diikutkan sisi gelapnya, sudah dihentak kepala wanita itu ke dinding atau lantai hingga pecah! Otak tak berguna. Menyusahkan.

"Oder du willst dass ich Gewalt anwende?" (Atau kau mahu aku gunakan kekerasan?) soalan Dom menyentakkan Fillia. Kejung tubuhnya tiba-tiba.

Sedarlah dia bahawa lelaki itu sememangnya berkeras mahu masuk ke dalam rumahnya. Pasti ada tujuan jahatnya.

Bagaimana dengan Aleena dan Faraz pula? Mereka dalam bahaya!

"Vergib mir. Ich kann nicht erlauben." (Maaf. Saya tak boleh benarkan.) tegas juga suara Fillia melawan.

"Das bist du-" (Kau ni memang-) baru saja sepucuk pistol hendak diambik dari bawah kotnya, suara seseorang menggamamkannya.

"Fillia?" suatu kelibat dalam kesamaran rumah itu teraba-raba sekeliling sambil berjalan merapati muka pintu yang sedikit terbuka.

Tanpa pedulikan Fillia di tepi pintu, Dom terus meluru masuk, menerpa ke arah si isteri.

"What- What are you doing? Stay away from me!" takut Aleena apabila seorang lelaki mula merapatinya. Wajah itu tidak dia nampak secara jelas.

Langkah terundur satu persatu.

"Störe ihn nicht!" (Jangan ganggu dia!) Fillia yang mahu menghentikan langkah Dom telah ditahan kedua orang anak buah lelaki itu.

Aleena menoleh, mahu melarikan diri tetapi satu tangan keras menangkap lengannya. Ditarik lelaki itu sedikit kasar, menghadapnya.

"Argh! Let me go!" meronta-ronta Aleena mahu melepaskan diri.

Dom bengang, kedua lengan wanita itu dipegangnya kejap sebelum dibawa dalam pelukan walaupun sedikit kasar.

"Mika! Please help me.." Aleena sudah mula menangis ketakutan. Dia di dalam dakapan lelaki itu tidak habis-habis meronta kasar.

Tersentak hati Dom mendengarkan panggilan si isteri. Air matanya cuba ditahan daripada menitis.

Rontaan Aleena cuba diperkemaskan.

"Shhhh.... Shh..." belakang kepala si isteri diusapnya lembut walaupun Aleena masih berkasar.

Wanita itu tergamam. Berhenti dari meronta. Wangian ini amat dia kenali.

Haruman tubuh yang selalu menemani setiap malamnya, yang selalu dia nanti-nantikan.

Kini betul-betul di hadapannya.

Perlahan-lahan bahu si lelaki ditolaknya sedikit ke belakang, wajah samar dalam kegelapan malam itu cuba diperhatinya dengan sebak.

"Mik-Mika?" si lelaki tidak menyahut mahupun bereaksi. Hanya statik di depannya. Tiada lagi pegangan kuat pada tubuh Aleena.

Diamati Aleena seketika insan itu sebelum hatinya terdetik sendu. Sebak..

"Oh honey." tubuh itu dipeluk Aleena erat, seerat-eratnya!

Air mata sudah tidak dapat dia bendung, dibiarkan saja wajahnya dibasahi air kegembiraan dan kesyukuran itu.

"Mika.. honey.. am sorry. I'm sorry sayang. Please forgive me. Sa-saya tak bermaksud nak tinggalkan awak. Saya sayang awak amore mio." bergumam Aleena di pangkal leher si suami.

Pelukan masih tidak dia lepaskan. Sesekali wajah Dom dikucupnya bagai terlalu lama tidak ketemu suami. Dia terlalu rindu!

Apabila Aleena mula mengucup bibirnya, Dom sudah tidak dapat menahan diri. Nafasnya susah tersekat-sekat dihembus nafsu.

"Carrissima.." panggilan yang telah lama Aleena nantikan.

Kucupan Aleena dibalasnya. Lembut.. dan mula bertukar rakus. Kedua mereka sudah dalam dunia ciptaan sendiri.

Fillia yang terkedu dengan penerimaan Aleena pada si lelaki hanya statik di muka pintu.

Melihatkan pasangan itu mula bergomolan, Fillia telah ditarik kedua anak buah Dom ke luar. Pintu ditutup mereka.

"Was machst du hier?" (Ap-apa yang awak buat ni?) meronta kecil Fillia apabila tiba-tiba ditarik keluar daripada rumah sendiri. Pintu hadapan ditutup rapat.

"Warten Sie hier, er will seine Frau treffen." (Tunggu sebentar, tuan hanya mahu bertemu puan) balas salah seorang daripada mereka.

Bukan permintaan, ianya arahan.

Fillia yang tidak puas hati mahu meluru masuk semula tetapi tetap dihalang kedua lelaki itu. Salah seorang dari mereka berdiri di hadapan pintu rumah manakala seorang lagi mengawal jalan keluar.

"Sind Sie zwei ernst?" (Biar betul awak berdua ni?) rengus Fillia tidak puas hati. Tubuh dipeluk bengang.

Sedang keadaan tersebut di luar, di dalam sudah semakin hangat. Dom dan Aleena yang berkucupan rakus mulai ditiup angin nafsu.

Aleena ditolak Dom ke sofa berdekatan sambil terus berkucupan. Dikucupnya seluruh wajah si isteri sambil berbisik rindu. Sungguh dia rindukan wanita itu.

Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaannya kini. Puas bergomolan, Aleena kembali memeluk Dom.

Keadaan mereka berdua diam seketika. Dom tak lepas pelukannya pada tubuh si isteri manakala Aleena tak henti mengucup rahang dan leher si suami.

Apabila tangan Aleena mahu memetik suis lampu meja di sebelah sofa mereka, tangan Dom menghalang.

"Jangan buka." suara Dom kedengaran sayu di pendengaran Aleena.

"Kenapa sayang?" soal Aleena lembut. Bahagian dada dalam kemeja Dom yang dibuka tadi diusapnya lembut, sensual.

"I'm ugly carrissima.. I'll scare you." wajah itu menunduk seraya mengambil tangan sejuk Aleena. Dikucupnya berkali-kali.

Aleena tersenyum senang, bagaimanalah lelaki ini boleh berkata begitu? Dia terlalu sayangkan Dom sehinggakan she felt like dying missed him.

"Sayang.. I don't mind. Hmm? Trust me." ucap Aleena meyakinkan. Bibir Dom dicarinya kembali, mereka berkucupan seketika sebelum dilepaskan.

"I miss all of you.. I want to see your face, can I?" soal Aleena lembut. Matanya yang berair daripada tadi lagi diseka entah ke berapa kali.

Dengan ragu-ragu, Dom mengeluh berat. Akhirnya kepala dianggukkan juga membenarkan kesayangannya itu membuka lampu.

Klik.

Tangan spontan naik menutup mulut, ini kali kedua dia melihat raut wajah Dom selain di makmal tempoh hari.

Parut pada dahi melepasi mata ke pipi si suami disentuhnya dengan tangan bergetar.

"Honey.. what has happened to you?" air matanya mula mengalir lebat, sayu..

"Please don't hate me."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience