SCENE 20

Drama Completed 7675

Pada malam itu, Nediya melihat emaknya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Dia menghampiri emaknya itu lantas berkata. "Buat apa tu mak?" Mak cik Khadijah yang tadinya menatap di kaca televisyen terus membalas akan soalan anaknya itu. "Eh, Dhia. Ni mak tengah tengok berita la ni. Ish, macam-macam la kes yang berlaku dalam dunia sekarang ni." Nediya menganggukkan kepalanya. Kemudian, suasana sunyi sepi kembali. Hanya bunyi televisyen sahaja yang kedengaran.

"Mak, esok kan, Faris iaitu bos Dhia nak datang jumpa mak. Dia nak lamar Dhia, mak." Nediya yang sebenarnya tidak tahu macam mana untuk memberitahu emaknya soal ini tampil bersuara. Mak cik Khadijah terdiam. Dia memerhati mata Nediya dengan dalam sekali. Nediya yang melihat Mak cik Khadijah lama mendiamkan diri itu terus berkata lagi. "Tapi mak jangan risau. Dia bukan suami orang, mak." Mak cik Khadijah menarik nafas dan menghembuskannya.

"Dhia, anak mak. Mak selalu berdoa supaya kamu cepat-cepat bertemu jodoh. Biar ada orang yang jaga kamu, nak. Ini bukan bermakna mak nak lepaskan kamu. Tapi mak hanya nak kamu hidup bahagia. Kalau itu sudah menjadi pilihan kamu untuk menerima lamarannya, mak hanya tumpang gembira untuk anak mak ni." ujar Mak cik Khadijah dengan panjang lebar. Nediya yang khusyuk mendengar kata-kata emaknya itu terus memeluk Mak cik Khadijah.

"Terima kasih mak kerana menghormati keputusan Dhia. Doakan keputusan Dhia ini adalah tepat untuk berkahwin dengannya." Nediya berkata dalam pelukan emaknya. Mak cik Khadijah berharap agar anaknya itu mampu mengecapi hidup berumah tangga yang bahagia dengan pilihannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience