BAB 5

Other Completed 24384

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan.

Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu disalahkan?

Manusia ini memang tidak sempurna, pasti ada melakukan kesalahan. Malah, manusia ini juga tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diberikan.

Sudah mempunyai rumah tangga yang bahagia dan memiliki suami yang baik dan bertanggungjawab, tetapi isteri pula mula buat perangai curang dengan suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience