Rumah Musalmah. Waktu tengahari.
Ibu Zaihan (Mak tiri Sayang Musalmah) pandang sekeliling rumah. Dari satu bilik ke satu bilik kakinya melangkah. Fatin dan Farhana duduk di kerusi kayu dengan telifon bimbit di tangan. Maizurah hanya memerhati kerenah tetamunya itu dengan muka menyampah. Sungguh dia tak suka dengan manusia-manusia yang muncul di rumahnya itu.
“Ni bilik siapa?” tanya Ibu Zaihan.
“Bilik saya dan adik, makcik.” Jawab Musalmah.
“Yang ni?”
“Ni bilik ayah.”
“Dan ibu kami,” sampuk Maizurah.
Zaihan merenung wajah anak kecil di sebelah Musalmah.
“Ibu kamu dah mati,” sinisnya perlahan. Musalmah pegang tangan adiknya. Dia tak mahu adiknya bertindak bukan-bukan.
“Ada dua bilik je ke dalam rumah ni?”
“Ada tiga bilik makcik. Satu lagi kat dapur. Bilik kecil.”
Ibu Zaihan kipaskan mukanya dengan kipas kain. Kulang kalik dia berjalan di hadapan Musalmah dan Maizurah.
“Habis, anak makcik yang cantik manis dua orang tu nak tidur di mana? Bilik kat dapur tu?”
Musalmah diam. Dia tak tahu nak jawab apa. Iya atau tidak? Kerana pertanyaan itu baunya sangat sinis.
“Aku nak Fatin dan Farhana tidur dalam bilik ni. Kamu berdua tidur dalam bilik kat dapur tu. Boleh kan?”
Musalmah pandang Maizurah. Adiknya itu menggeleng tanda tak setuju. Tiba-tiba, kedengaran bunyi motor ayahnya memasuki laman. Masing-masing memandang ke jendela.
Fatin dan Farhana masih duduk di kerusi kayu. Ibu Zaihan sudah melangkah ke pintu demi menyambut kepulangan suaminya. Tangan dihulur dan Musalmah lihat mereka bersalaman dengan wajah yang cukup mesra dan ceria.
“Bila sampai?”
“Baru kejap ni bang. Abang dari mana?”
“Abang ke pekan tadi. Abang belikan ni untuk Zaihan. Tak seberapa pun, harap Zaihan suka.” Pak Daim menunjukkan kotak gelang tangan ke isteri barunya. Makin berseri-seri wajah perempuan cantik itu, Musalmah tenguk.
“Mah, buatkan air.”
Musalmah mengangguk. Dia turun ke dapur. Maizurah mengikuti.
“Kak, betul ke bawang putih dua orang tu nak ambil bilik kita?” tanya Maizurah. Musalmah pandang muka adiknya.
“Agaknyalah dik.”
Maizurah terdiam.
“Tak apalah. Asalkan adik tidur dengan kakak pun dah cukup. Bagi je lah bilik tu kat mereka kalau mereka nak.”
“Baiknya hati adik akak ni.” Ucap Musalmah sambil cuit hidung adiknya.
Maizurah pandang Musalmah. Tiada senyum di muka itu. Air kopi panas yang dibancuh, dibawa naik ke ruang tamu di tingkat atas. Perbualan ibu tirinya dengan Pak Daim terhenti saat Musalmah tuangkan kopi panas ke dalam cawan.
“Oh ya bang. Bilik Fatin dan Farhana yang mana?” tanya Ibu Zaihan dengan nada paling lembut.
“Rumah ni ada tiga bilik ja. Yang tu bilik Musalmah dan Maizurah. Kat dapur tu ada satu bilik lagi.”
“Tak naklah tidur kat dapur. Mak, hantarlah kami balik rumah nenek. Kat sana bilik besar.”
“Ish, takkan nak balik rumah nenek pula,” tertahan nada Ibu Zaihan.
“Kalau macam tu, Mah tidurlah kat bilik dapur dengan adik, boleh? Nanti ayah buatkan satu lagi bilik kat tempat solat tu.” Tanya Pak Daim. Musalmah anggukkan kepala.
Ibu Zaihan memandangnya dengan senyum. Musalmah tarik tangan adiknya dan mereka sama-sama masuk ke dalam bilik dan berkemas apa yang perlu.
Terima kasih kerana sudi singgah
Share this novel