Bab 13

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Uish, aku dah rindu lah dengan Malaysia. Baru seminggu tak jejak Malaysia dah rindu. Haih." Keluhku sambil menarik selimut. Mereka bertiga hanya memberi reaksi muka masam mencuka.
"Oit, korang dah kenapa? Sebab dorang tak boleh nak temankan kita kat airport besok? Alah, rilek lah. Aku kan ada. Haha! Lagipun, nanti kalau kita datang sini lagi, kita terus serbu rumah dorang. Satu satu rumah kita serbu. Start dari rumah abang Koichi aku dekat Nara saaampailah rumah Takashi yang dekat Osaka tu." Ujarku memujuk mereka.
Mereka hanya mengangguk.
"Chill la, besok nak balik Malaysia takkan dengan muka macam ni wahai kawan-kawan kesayanganku?" Soalku sambil membuka ikatan sanggul rambutku.
"Yalah, yalah. Kitorang senyum ni haa. Eiiii~" Balas Alyn sambil menunjukkan giginya.
"Ha! Macam ni lah kawan-kawan aku. Smile always. Dah, tidur. Esok karang ada yang tertinggal flight pula." Balasku lalu tidur.
*******
Hari terakhir.. (huhu~ sedihnyaa~)
'Salam alaikum, alaikum yeah'
Lagu Salam Alaikum nyanyian Harris J berkumandang dari telefonku. Ha, aku minat juga yang islamik. Lagha lagha pun kenalah ingat juga Allah. Haha!
"Ha~ siapa pulak ni? Aku ngantuk ni." Aku cuba mencapai telefon pintarku yang berada di tepi bantal.
"Ryoga? Ha? Apa pula lah dia ni nak? Pagi-pagi buta dah call." Bebelku sendiri lalu menekan simbol hijau yang mana maksudnya menerima panggilan itu.
"Hello?" Aku masih mamai dengan suara yang serak aku menyahut panggilan itu.
"Hello, Sakina-chan. Where are you?" Soalnya laju.
"Ha? I'm at home now. Doushita? (Kenapa?)" Balasku lalu baring sambil mengeliat di atas tilam.
"Home? With Hannah, Alyn and Eca!?" Soal Takuya tiba-tiba sedikit menjerit. Mungkin dia buat suara kuat bagi semua orang dengar agaknya.
Aku menjauhkan telefon dari telinga semasa dia menjerit lalu menggosok telingaku. Bingitlah, Takuya! Aku kembali mendekatkan telefonku ke telinga.
"Ya, why?" Aku masih mamai.
"Hey! Wake up! Your flight will depart in a few minutes!" Ujar Ryoga panik. Aku terkejut. FLIGHT?!
"In a few minutes?! What time is it?!" Soalku pula panik. Aku terus terbangun dari tilam.
"Eight fifty minutes." Balasnya. Aku terkejut. Tidak! Penerbangan kami pada pukul 9.
"Okay, okay, I will get ready now!" Kataku terus menutup telefon.
"Alyn!! Hannah!! Eca!! Bangun!! Flight kita dah nak berlepas! Nanti tertinggal flight!" Ujarku menjerit laju mengejut mereka. Memang kami tak sempat nak buat apa-apa pun. Nasib baik malam tadi, tergerak hati nak kemas beg sebelum pergi konsert. Kami langsung tak mandi kerana nak cepat. Pengajaran di sini adalah jangan tidur selepas subuh ya, kawan-kawan.
Kami terus berlari ke lapangan terbang yang tidak jauh dari rumah. Waktu itu kami memang tak ada tudung berlilit bagai dah, sambar sahaja tudung segitiga hitam yang labuh. Dah macam nak marhaban aku rasa sebab pakai tudung sama. Tapi, baju lain-lain warna. Nasib baik.
"Fuh! Sampai! Mana flight?" Soalku.
"Sanalah, sana! Jangan berhenti." Kata Eca menunjuk ke arah balai perlepasan luar negara.
Kami segera ke sana menuju masuk ke sana.
'Ting ting ting ting'
"Last flight to Kuala Lumpur, Malaysia has departed. The next flight to Kuala Lumpur, Malaysia is in a few weeks more. We're sorry because of the bad weather forecast and we have to deleyed all flights to Kuala Lumpur, Malaysia. Thank you and have a safe flight."
'Ting ting ting ting'
Seseorang membuat pengumuman. Kami terkejut bukan kepalang pada waktu itu. Kami terhenti. Terkandas di bumi Jepun ini tanpa duit yang cukup? Tempat tinggal pula dah kembali pada tuan rumah dan segala keperluan yang lain tak ada. Beberapa minggu nak duduk lagi di sini? Macam mana kami nak hidup?
Kami duduk di kerusi lapangan terbang itu dengan hampa yang amat. Kami menangis. Perasaan bercampur-baur. Takut, sedih, lapar, nak makan. Huhu~
"Hey~" Seseorang menyapa aku dengan lembut.
Aku mengangkat muka. Muka memang dengan sembapnya, mata merah sebab menangis, memang buruk hodoh betullah muka aku waktu itu. Aku rasa memang hodohlah.
Seseorang yang menyapa aku itu menghulurkan tisu. Aku mengambil tisu itu. Dan tiba-tiba sahaja dia gelak.
"Why are you laughing?" Soalku kemarahan. Aku tengah sedih dia boleh gelak pula.
"Okay, honestly, you are cute but, if you continue cry, you look urm..ugly. Ya, ugly. So ugly." Katanya selamba.
Aku memukul dia dengan topiku.
"Haa!! Tak baiklah! Kata tak hantar kitorang pagi ni! Tipu je kan?!" Ujarku memukul dia lagi lalu sambung menangis.
"Haha, we just wanted to surprise you guys. Hey, don't cry more. I don't like to see you cry." Ujarnya. Aku mengangkat muka sambil mengelap air mataku.
"Aby!" Seseorang memanggilku. Siapa lagi? Abang aku lerr. Aku menoleh.
"Hei, adik. Tak naik flight lagi ke? Fuh, nasib baik abang sempat. Sakit perut tadi. Kalau aby dah naik flight tadi mesti abang tak jumpa aby dah." Dia melepaskan keluhan lega sebab masih sempat bertemu denganku.
"Abang, kitorang terlepas flight." Ujarku perlahan dengan nada yang sedih.
"Terlepas flight?!" Onii terkejut. Aku mengangguk perlahan.
"Macam mana kitorang nak balik? Nanti nak makan apa? Nak tidur mana? Takkan nak tidur sini? Nanti orang kata gelandangan pulak. Lepas tu nanti orang ingat kitorang ni pengganas antarabangsa. Nanti diaorang call polis suruh tangkap kitorang. Lepas tu-" Bebelanku pada mereka berdua tak sempat dihabiskan lagi sudah dihentikan oleh Ryoga.
"Shh, ochitsuite, Sakina-chan. (Shh, tenang, Sakinah.) Relax, okay? Relax. We will go through this together, okay? Now, relax. Calm down." Dia menenangkan aku. Aku kembali tenang. Eh, sekejap! Aku baru perasan. Mana Rygo?!
"Eh? Mana Rygo? Weh, Rygo mana?" Soalku kepada Eca, Alyn dan Hannah. Mereka menolong aku mencari Rygo yang tiba-tiba tiada di atas ribaku. Aku mencari di atas, bawah, kiri, kanan kerusi panjang yang aku duduk itu. Haa, ini nak meroyan balik ni. Rygo!!
"Kawaii yo. (Comelnya.)" Seseorang berkata sebegitu. Aku dapat mengecam itu suara Takashi yang berada dibelakang Ryoga.
"Takashi-san?" Aku memanggilnya. Ryoga ketepi sedikit bagi Takashi menganjak kehadapanku.
"Hai'?" Dia menyahut sambil mendukung Rygo.
"Takashi-san, I thought he was gone." Ujarku dengan lega.
"Hehe, gomen. (Hehe, sorry.) When I arrived here, he suddenly came to me." Balas Takashi.
"It's okay." Balasku kemudian kembali bersedih. Alyn, Hannah dan Eca memang muka dah kelat macam apa dah.
"Hey, urm, do you guys have breakfast this morning?" Soal Yusuke tiba-tiba.
Kami menggeleng perlahan.
"If that so, let's go eat. My treat." Ujar Yusuke. Yang lain semua terkejut kecuali, aku, Alyn, Hannah dan Eca.
"Seriously, this is our Yusuke?" Soal Koichi.
"He wants to treat us?" Soal Yuki pula dengan mulut yang ternganga.
"Not you guys. The girls. Not the boys." Balas Yusuke. Muka mereka semua berubah. Kami berempat ketawa.
"Chotto, (Hei,) I'm dying believe you." Kata Ryoga. Kami pun berjalan sambil membawa bagasi yang besar itu ke sebuah restoran halal yang berdekatan. Tak larat aku nak jalan jauh-jauh.
Setibanya kami di situ, kami duduk lalu memesan makanan. Aku keluar semula di luar restoran memberitahu mama tentang hal ini.
"Assalamualaikum, ma. Ma, kitorang..terlepas flight."
"Waalaikumussalam. Ha?! Terlepas flight?! Ya Allah, macam mana boleh terlepas flight?" Soal mama.
"Lepas subuh tadi tertidur balik. Tu yang tak sedar tu. Macam mana ni, ma?" Soalku.
"Hm, macam ni lah. Mama akan pergi ke sana. Nanti, mama bincang dengan mak Alyn, Eca dan Hannah." Ujar mama.
"Mama nak datang sini?" Aku gembira. Yayy! Mama datang sini! Teruja betul aku. Boleh jalan-jalan dengan mama.
"Hm, mama datang sana. Nanti kalau mama dah sampai, mama bagitahu."
"Okay, ma. Bye, ma. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Aku masuk ke dalam restoran lalu mengambil tempat di sebelah Eca.
"Weh, korang. Mak aku nak datang sini! Nanti mak aku akan buat perbincangan besar-besaran dengan mak korang." Kataku gembira.
"Ya Allah, alhamdulillah. Boleh juga kita balik." Mereka memanjatkan tanda syukur kehadrat Ilahi. Boleh juga balik walaupun lagi beberapa minggu kena duduk sini.
Setelah beberapa lama menunggu, telefonku berbunyi.
'Tet tet'
Mesej masuk. Mama.
*Nanti mama mendarat kat Haneda Airport tau. Tunggu mama kat sana dan kita akan tinggal di Kanagawa.* Ujar mama. Aku hanya akur.
"Kenapa, weh?" Soal Alyn.
"We have to go to Kanagawa." Balasku.
"Hm, for what?" Soal Takashi yang baru menghabiskan kunyahannya.
"My mom's flight will land at Haneda Airport and my mom said that we will stay at Kanagawa for a few weeks." Balasku.
"Oh, what a surprise." Ujar Kai sudah tersenyum lebar.
"Why?" Soal Alyn pula kebuntuan. Apa yang 'surprise' nya tu.
"My mother ask me to go back home tonight. Baru je tadi mak saya mesej. So, I asked Kai to come with me." Kata Ryoga. Ouh, buat pengetahuan semua Kai dan Ryoga berasal dari Kanagawa.
"So, do you guys will come with us?" Soal Kai. Kami memandang sesama sendiri.
"Urm, I think we should follow you guys, or else, we'll stuck here." Aku memberi pandangan.
"Yes, that's right." Alyn menyokong aku.
"Hm, if that so, do you have any money left that enough for buy tickets to Kanagawa?" Soal Koichi.
Aku keluarkan semua duit yang aku ada. Alyn, Eca dan Hannah juga mengekori perbuatanku.
"Just..enough for two ticket." Aku berkata setelah mencongak duit itu cukup-cukup sahaja untuk dua tiket ke Kanagawa.
"Daijoubu (tak apa), abang tolong." Ujar Koichi. Aku terkejut. Abang aku ke ni?! Wah terharunyaa!
"Yes, maybe we can help too." Ujar mereka.
"Seriously? Terima kasih abang! Minna-san, arigatou gozaimasu." Balasku gembira.
"Sama-sama. Later, tell mama that I'm fine here. She must be so miss me." Koichi berkata. Terserlah kerinduan dia pada mama.
"You don't want to meet her?" Aku menyoal kerana melihat dia macam sedih sebab lama tak jumpa mama. Selain rapat dengan aku, dia juga amat rapat dengan mama.
"If I'm free, I will go to Kanagawa to visit you guys there." Balasnya. Faham, dia banyak kerja.
"Okay, so, at what time we will go there?" Aku bertanya kepada Ryoga dan Kai.
"Hm, at 9 o'clock. You guys stay with others while Ryoga and I pack our things." Jawab Kai. Kami hanya mengangguk. Bagus! Lepas Isyak baru gerak.
9.15 malam..
Kami sudahpun berada di stesen keretapi. Kami membeli tiket dan seterusnya menunggu keretapi kami tiba.
Setibanya keretapi tersebut, ramai orang berpusu-pusu memenuhi gerabak-gerabak keretapi tersebut. Sesudah kami meletak barang serta bagasi di gerabak yang khas untuk barangan, seorang pramugari keretapi tersebut menunjukkan kami tempat duduk.
"Here, there's one seat." Ujar pramugari itu dengan sopan sambil menunjuk sebuah kerusi di tepi tingkap dengan ibu jarinya. Kerusi itu berada di antara tingkap dan seorang lelaki.
Kai menawarkan dirinya untuk duduk di sebelah lelaki itu. Sudah tentu kami berempat tak mahu duduk di sebelah lelaki yang tidak dikenali itu. Mujur Kai faham yang kami tidak selesa jika duduk di situ. Satu dah beres. Lagi lima.
Pramugari itu terus membawa kami ke gerabak seterusnya. Ada tiga kerusi di satu barisan yang sama. Tiga je?
"Just three here." Ujar pramugari itu lagi. Alyn, Eca dan Hannah segera duduk.
"Eh, aku? Kauorang nak campak mana?" Soalku terkejut. Tak nak lah seorang diri.
"Kau pergi lah cari seat lain, takpe kitorang tak lari pun." Kata Alyn menghalau aku dari situ. Hmph! Merajuk lah macam ni.
"Tak mahu kawan. Ikuze. (Jom. 'tak ada beza pun dengan ikuza')" Ujarku kemarahan. Mereka hanya melambai. Tak baik punya kawan.
________________________________
Kesian Sakinah kena duduk terpisah dengan kawan-kawannya. Haha! Apa pula lah yang akan terjadi pada mereka setelah mereka tiba di Kanagawa? Nantikan bab 14.

Share this novel

Amatsuotome
2021-03-24 10:49:23 

7. Aku tak faham kenapa dialog org Jepun kau tulis dlm English. And they talk in English among themselves too. What the heck? Eh c'mon la, Miss Sakura.. You are so inconsistent.

Amatsuotome
2021-03-24 10:47:37 

6. Japanese don't communicate using direct calling and sending message using apps e.g. Whatsapp. They are using email as a way to convey their messages. Direct calling is only close family members and someone who they can really trust in. 6. DOn't dump ikuza and ikuze having the same meaning. Ikuza doesn't exist, and ikuze only can be used by males. Sakinah even said Doushita? This sounds so manly and it is rude. Seriously, Miss Sakura. You really need to work on your English and Japanese, or else get a beta reader to proofread for you.

Amatsuotome
2021-03-24 10:46:54 

5. I don't know how you understand Islam teachings, Miss Sakura. You are seemed to be playing around with this quite a lot. The boys are allowed in the girls' guesthouse, the girls can go to the concert (on the other hand Sakinah has never went even for a movie before), Sakinah is going on dates with Hyuga (eh, you know that we can't go on dates without an accompany of a mahram?), the girls can't sit in a seat next to a guy? You need to samak because a non MUslim touch you? But the girls are happily going inside the boys' place? What the heck are all these?


NovelPlus Premium

The best ads free experience