60

Romance Series 93218

“Assalamualaikum, daddy!! Nufael dan Nuffan datang ni." Ucap Aayra sebaik melangkah masuk ke bilik Harraz.

Harraz bagaikan terkedu saat menerima kedatangan isteri dan anak - anaknya di situ. Namun seketika kemudian, bibirnya mula menguntum senyum. Sepantas kilat dia mendekati Aayra dan anak - anaknya. Tubuh mereka dipeluk erat sebelum bibirnya menghadiahkan ciuman di dahi Aayra.

“What a surprise!! Sayang buat apa kat sini? Sayang datang dengan apa ni?" Soal Harraz teruja.

“Takde buat apa - apa pun. Saja nak surprise kan abang. Kenapa? Abang tak suka eh sayang dan anak - anak datang jenguk abang dekat office?" Soal Aayra pura - pura merajuk.

Harraz tertawa lucu melihat reaksi Aayra. Tidak semena - mena hidung Aayra dipicit dan ditarik kuat sehingga Aayra mengaduh kesakitan.

“Mengada eh, sayang abang ni. For sure lah abang suka sayang datang sini. Datang hari - hari pun takpe. Abang sangat mengalu - alukan kedatangan sayang. Makin bersemangat abang nak buat kerja kalau sayang dan anak - anak ada depan mata abang tau." Jelas Harraz teruja.

Aayra tersenyum simpul. Pinggang Harraz diraih lalu dipeluk erat.

“Abang.." Panggil Aayra lembut.

“Ya, sayang." Balas Harraz sambil mengendong Nufael dan Nuffan di kiri dan kanan tangannya.

“Abang tak tergoda ke bila tengok PA abang pakai macam tu? Bukan main seksi lagi sayang tengok. Dah macam nak pergi clubbing je gayanya." Aayra menyuarakan persoalan yang bermain di mindanya. Sedikit sebanyak terbit rasa cemburu di hatinya.

Emosi Harraz serta merta berubah sebaik sahaja nama Trisya disebut untuk menjadi topik perbualan mereka pada ketika ini. Wajahnya yang pada asalnya kelihatan sangat ceria kini bertukar murung. Entah mengapa dia merasakan topik itu sangat tidak sesuai untuk dibahaskan. Lagi - lagi apabila dia langsung tidak menyukai pemilik nama tersebut.

“Tergoda? Huh. She's not my taste, sayang. Untuk apa abang tergoda dengan perempuan yang maruahnya terlalu murah seperti itu? Belum apa - apa lagi dah sanggup dedah sana sini." Jawab Harraz jujur.

Aayra tersenyum bahagia. Lapang hatinya setelah mendengar pengakuan ikhlas suaminya. Aayra tahu Harraz berkata jujur. Lagi pula dia sangat memahami dengan citarasa suaminya. Namun sebagai seorang isteri, dia tidak mampu untuk menolak perasaan cemburu yang hadir itu. Apatah lagi dengan melihat penampilan Trisya sebentar tadi.

“Sayang... Kenapa ni? Sayang ok tak?" Soal Harraz risau.

Aayra mengalihkan pandangannya ke arah Harraz. Wajah tampan suaminya ditatap dengan penuh rasa cinta.

“Nothing. I'm just worried and lil bit jealous when I saw her." Ujar Aayra tentang rasa hatinya.

Harraz tersenyum kecil apabila mendengar jawapan isterinya. Nufael dan Nuffan segera diletakkan di atas sofa lalu bahu Aayra dipaut. Sepasang anak mata Aayra ditenung sedalam - dalamnya. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum tubuh Aayra ditarik ke dalam dakapannya. Dia cuba menenangkan perasaan isterinya dengan sebaik mungkin.

“Sayang risau tentang apa? Sayang takut abang termakan dengan godaan dia ke?" Soal Harraz ingin tahu.

Aayra mengangguk perlahan. Jika sebelum ini mungkin dia kelihatan seperti tidak kisah apabila Harraz sering mangadu tentang Trisya kepadanya. Tetapi hakikat yang sebenarnya dia tetap berasa curiga dengan gadis itu. Namun saat dia melihat sendiri dengan mata dan kepalanya, Aayra semakin dihantui perasaan bimbang. Bimbang jika suatu hari nanti, Trisya berjaya menggoda nafsu suaminya sekaligus membuatkan Harraz jatuh hati kepadanya. Mengingatkan situasi itu, Aayra pantas menggelengkan kepalanya berkali - kali. Entah mengapa hatinya menjadi semakin tidak tenteram.

“Astaghfirullahal'azim! Ishh.. Jangan fikir bukan - bukan, Aayra!!" Ujar Aayra sambil menampar - nampar pipinya.

“Hei, sayang!! Kenapa ni? Sayang fikir apa yang sebenarnya ni? Sayang ok tak? Sayang jangan buat abang risau." Soal Harraz bertalu - talu. Dia semakin cemas melihatkan keadaan isterinya seperti itu.

“Err.. So.. Sorry, abang. Sayang tak sepatutnya berfikiran yang bukan - bukan tentang abang dan Trisya. Sayang tahu abang boleh dipercayai. Tapi sayang cuma bimbang tentang Trisya tu. Entahlah, sejak sayang jumpa dia tadi, hati ni tiba - tiba jadi tak tenteram. Sayang rasa Trisya tu macam sesuatu sangat. Dari cara dia pandang dan bercakap dengan sayang tadi pun, sayang boleh nampak." Luah Aayra tentang kebimbangan yang melanda hatinya.

Harraz mengeluh perlahan. Wajahnya diraup berkali - kali sebelum pandangannya dialihkan ke wajah redup isterinya. Sejujurnya dia sangat memahami apa yang cuba disampaikan Aayra kepadanya. Sebagai seorang lelaki normal, Harraz juga sering diulit perasaan bimbang. Bimbang jika dirinya tidak mampu untuk melawan godaan Trisya. Tambahan pula dari pemerhatian Harraz, Trisya boleh dikategorikan sebagai seorang gadis yang berani. Berani dalam mengeksperasikan perasaannya kepada umum. Jadi tidak mustahil kiranya suatu hari nanti, Trisya bisa menggoda dirinya dengan pelbagai cara. Jadi bagi mengelak hal seperti itu terjadi, Harraz sering sahaja mengelak dari duduk berdua - duaan dengan gadis itu.

“In shaa Allah, sayang jangan risau ok? Abang akan cuba sedaya upaya untuk elakkan perkara seperti itu terjadi. Sayang percayakan abang kan? Lagipun abang ada berbincang dengan Ezmal tentang hal ini and abang request untuk tukar PA baru. So far, kalau tak silap abang sekarang ni memang HR tengah uruskan untuk mencari candidates baru. Sayang tak nak cuba?" Usik Harraz dengan senyuman nakal di bibirnya.

Aayra tersenyum gembira saat mengetahui akan hal itu. Lengan Harraz diraih lalu kepalanya dilentokkan di bahu suaminya.

“Boleh ke sayang cuba? Bukan dulu abang juga ke yang cakap dengan sayang supaya jangan bekerja and just stay at home with our babies?" Soalan Harraz turut dibalas dengan soalan kembali.

Harraz dilihat seperti sedang memikirkan sesuatu. Lama matanya merenung ke arah siling di atas. Akhirnya bibirnya mengukir senyuman. Pinggang Aayra diraih kejap lalu mata mereka saling bertentangan.

“Ya sayang. Abang tak nak bebankan isteri abang dengan kerja - kerja di pejabat ni. Bagi abang, cukuplah sayang hanya menjalankan tanggungjawab sayang sebagai seorang isteri dan ibu di rumah. Kerja - kerja di pejabat ni biarlah abang aje yang uruskan. Lagipun semuanya masih under control. Sayang jangan risau ok? Kalau Trisya tu buat bukan - bukan, abang seru je nama sayang. Sayang kan garang? So bolehlah back up abang kan?" Usik Harraz lagi.

Aayra membutangkan matanya apabila diusik seperti itu. Lengan Harraz dicubit sebelum tubuhnya dirangkul ke dalam pelukan suaminya. Seketika kemudian bibir mereka saling bertaut. Lama mereka berkeadaan begitu. Tanpa Aayra dan Harraz sedari, perbuatan mereka itu sedang diperhatikan oleh Trisya dari celahan pintu yang dibuka secara perlahan - lahan sejak tadi. Hati Trisya terbakar melihat kemesraan pasangan suami isteri itu. Nafasnya turun naik menahan amarah.

“Abang, sayang laparlah. Kita keluar lunch sekarang boleh? Atau abang busy tak boleh keluar?" Soal Aayra manja.

“Boleh sayang. Abang tak busy sangat pun hari ni. Kita keluar sekarang, eh? Sayang nak makan apa?" Soal Harraz kembali sambil mengemas barang - barang di atas mejanya yang agak bersepah.

“Nak makan... abang." Aayra semakin ligat mengusik suaminya sebelum tawanya terhambur keluar.

“Seriuos? Kalau nak makan abang tak perlu keluar. Kat sini pun boleh. Jomlah." Harraz turut membalas usikan isterinya dengan nakal.

“Abang ni!! Sayang gurau jelah. Yang tu kat rumah nantilah. Tak privacy lah kat sini. Nanti kalau Trisya dengar macam mana? Tak pasal - pasal ada yang terjun bangunan pulak nanti." Balas Aayra menyindir.

Harraz tertawa geli hati. Tanpa membuang masa, Harraz segera mencapai Nufael dan Nuffan yang diletakkan di atas sofa sejak tadi. Kedua - duanya dilihat begitu ramcak bermain sendiri. Aayra mengekori langkah suaminya dari belakang. Namun sebaik melintasi meja Trisya, langkah mereka terhenti. Aayra sengaja berdiri di sebelah suaminya lalu pinggang Harraz dipaut erat. Harraz tersenyum mengerti.

“Trisya, I nak keluar lunch dengan wife dan anak - anak I. Maybe I dah tak masuk after lunch nanti. So please cancel all my appointments this afternoon. If ada sesiapa yang cari I, just ask them to call me, ok?" Tanpa menunggu lebih lama, Harraz segera berlalu pergi meninggalkan Trisya dalam keadaan termangu - mangu di situ.

Trisya menghentak mejanya dengan kuat. Hatinya benar - benar terasa sakit apabila melihat kemesraan yang terjalin di antara Harraz dan Aayra. Lebih menyakitkan hatinya apabila dia melihat Harraz tidak henti - henti memeluk dan mencium isterinya tanpa segan silu. Hatinya sungguh terbakar. Berbakul - bakul sumpahan yang telah dilemparkan kepada wanita itu sejak Aayra tiba di sini tadi. Bagi Trisya, Aayra seperti sengaja ingin menyakitkan hatinya. Malah dari air muka wanita itu tadi begitu jelas betapa Aayra sengaja memancing rasa cemburunya. Semakin dia memikirkan hal itu, semakin galau hatinya dirasakan. Akhirnya Trisya mencapai

handbag nya lalu dia meninggalkan pejabat itu dengan hati yang terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience